Anda di halaman 1dari 10

Pengenalan

Mukjizat teragung anugerah Allah Azzawa jalla yang diwahyukan kepada junjungan
besar nabi kita, nabi Muhammmad SAW bukan sekadar dipelajari dari sudut hukumhukum tajwid dan tafsir sahaja, bahkan ia dituntut agar dialunkan secara bertarannum.
Alunan tarannum Al-Quran tidak sama dengan lagu-lagu nyanyian lain, bahkan tidak
sama dengan lagu penglipur lara, syair, qasidah dan nasyid. Tidak ada kitab-kitab agama
lain yang mengalunkan alunan tarannum seindah bacaan Al-Quran, kerana tarannum AlQuran mempunyai kaedah dan prinsip hukum-hukum bacaan yang sesuai dengan
kehendak ilmu tajwid dan fasohah Al-Quran.
Justeru, penulisan ini berusaha untuk mengupas kaedah-kaedah penyusunan tarannum
yang berkesan dan membicarakan berkaitan pengukuhan dan pemantapan persembahan
bacaan Tarannum Bil Quran dengan sempurna. Kertas kerja ini juga cuba
menggabungjalinkan perkaitan tajuk ini dengan penguasaan seseorang qari terhadap ilmu
tajwid, fasohah dan tartil dalam pembacaan, serta keelokan suara (tahsin al-saut) dalam
kemahiran bertarannum. Pentadabburan uslub-uslub Al-Quran melalui cabang ilmu ini
diharapkan mencapai wawasan dunia dan akhirat sehingga segala maksud dapat difahami
dan dihadamkan pada akal, hati, roh serta dapat beramal dengannya.

Apa itu Tarannum Bayyati?


Perkataan Bayati adalah dari bahasa arab yang bererti rumah atau tempat kediaman. Pada
istilahnya, ianya adalah nama bagi suatu jenis alunan Tarannum yang dipopular oleh qariqari arab terutama qari Mesir. Tarannum Bayati mula diperkenalkan di Tanah Melayu ini
kira-kira pada tahun 1940-an.Sehingga kini ianya amat terserlah sekali. Jika sesuatu
persembahan bacaan al-Quran itu tidak dimasukkan Tarannum Bayati, maka dirasakan
belum lengkap dan belum sempurna. Tarannum merupakan suatu ilmu atau suatu kaedah
suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu
untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya didalam bidang
ilmu pembacaan Al-Quran.
Istilah Tarannum, al-Maqaamat, al-Han dan al-Ghinadi sebut seiring dalam ilmu
seni suara. Sebutan Tarannum dan Maqamat agak sinonim dan sering diguna pakai
dalam ilmu seni pembacaan al-Quran. Istilah Tarannum bi al-Quran yang dipopularkan
penggunaannya dan difahami oleh kebanyakan masyarakat di Nusantara, menunjukkan
wujud hubungan erat dengan seni memperelokkan suara dalam pembacaan ayat-ayat suci
al-Quran . Banyak hadith yang menggesa umat Islam membaca al-Quran dengan berlagu,
antaranya ialah:
1. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

: ( ):
.
2. Rasulullah s.a.w bersabda:

Ertinya: Bukan dari kalangan kami mereka yang tidak mahu melagukan dengan bacaan
Al-Quran.
3. Ibn Bathal menceritakan bahawa galakan membaca al-Quran secara berlagu itu
disokong oleh hadith Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdul Alla dari Muammar
dari Ibn Syihab yang berbunyi :

Dengan adanya qari-qari yang membaca al-quran secara berlagu dapat menambahkan lagi
keseniaan dan keelokan membaca al-quran. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
.
Maksudnya:
Perelokkanlah bacaan al-quran dengan suara kamu kerana suara yang elok itu lebih
menambahkan keelokan al-Quran.
Di antara sifat-sifat Tarannum Bayati ialah:
1. Mempunyai kelembutan di samping ketegasan.
2. Mempunyai kesesuaian dengan tobaqat sederhana.
3. Mempunyai unsur keharmonian dan ketenangan.
4. Mempunyai kesesuaian dengan Tarannum pembukaan dan penutup.
Tarannum Bayati mempunyai tugas dan peranannya yang tersendiri. Di antaranya ialah:
1. Memantapkan persembahan bacaan.
2. Menjadi Tarannum pembukaan dan penutup.
3. Menjadi pengukuran kepada Tarannum yang akan dipersembahkan sesudahnya.
4. Membawa kefasihan menyebut huruf-huruf al-Quran.
5. Dapat melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan.

Apa itu Tarannum Rast?


Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum
rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.
Sifat Tarannum Rast
Gerak lembut disamping ketegasan.
Kelembutan alunan.
Lincah menyemarakkan.
Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast


Memberi semangat kepada persembahan.
Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

Nota tentang pembelajaran Tarannum


Adakah belajar tarannum itu sukar? Jika diajukan pertanyaan itu pada saya, jawapan saya
adalah Tidak. Sebabnya anak-anak yang berumur bawah 12 tahun ramai yang dapat
menguasai ilmu Tarannum. Jika sukar ...pasti mereka tidak akan mampu menguasainya.
Apakah sebenarnya "kata kunci" untuk mempelajari ilmu ini. Pada saya adalah "Usaha
yang berterusan" menjadi titik tolak kepada semua kejayaan. Peruntukkan sedikit masa
untuk mempelajari ilmu ini. 30 minit selepas Maghrib sudah lebih dari mencukupi.

Mempelajari tarannum tidak dapat dipelajari dalam masa seminggu atau sebulan. Ianya
akan mengambil masa bertahun untuk menjadi Qari/Qariah yang baik. Datuk Faizul yang
menjadi Johan Antarabangsa pada tahun 2003 telah berulangalik daripada Jerantut
Pahang kerumah Tn Guru Nik Jaafar di Pasir Mas Kelantan selama lebih kurang 5 tahun
sebelum menyertai Tilawah pada tahun 2003 tersebut. Kadang-kadang saya malu dengan
diri sendiri untuk menyertai kelas di Menara TM setiap hari Jumaat pun tidak
berkesempatan. Bukan saya tidak mahu sebenarnya, cuma masa agak tidak sesuai pada
saya yang berada agak jauh dari Menara TM iaitu 5.30-6.30pm. Mungkin perlu
dilewatkan sikit.
Banyak kelas yang telah saya sertai. Bermula daripada Kelas Tarannum anjuran BAKIT
Terengganu, kemudian Kelas Tarannum Masjid Pandan Indah, kelas Tarannum Masjid
Al-Muqarrabin, Kelas Tarannum TM Annexe 1 dan Kelas Tarannum Masjid Putrajaya.
Hampir semuanya mempunyai fenomena yang hampir sama iaitu ramai pelajar hanya
pada permulaan sahaja. Bila kelas berjalan dari satu minggu ke satu minggu, bilangan
pelajar akan berkurangan dan akhir sekali hanya tinggal beberapa orang sahaja. Adakah
kerana merasakan belajar Tarannum itu sukar? Jawapannya tidak ada pada saya. Cuma
saya berpendapat pelajar berkenaan tidak mempunyai semangat yang kental serta minat
yang mendalam kepada Ilmu Tarannum yang menyebabkan belajar hanya separuh jalan.
Jadi ingatan saya kepada semua, belajarlah kerana Allah untuk diri sendiri. Jika diberikan
ilmu, ajarkan pada anak-anak, itu sudah lebih dari mencukupi....
Bagi yang baru mempelajari Tarannum saya mempunyai sedikit panduan untuk di
kongsikan.
1. Persiapan minda iaitu ikhlas belajar kerana Allah. Membaca Al-Quran itu amat tinggi
ganjarannya daripada Allah. Sila rujuk kitab-kitab yang banyak sekali sekali
menceritakan kelebihan Al-Quran ini. Dalam Internet pun banyak diceritakan.
2. Belajar Tarannum dengan sabar dan penuh minat. Jangan terburu-buru mengejar untuk
menghabiskan 7 lagu semuanya tetapi akhirnya 1 lagu pun tidak melekat didalam minda
dan tidak dapat dikuasai.
3. Belajar lagu Harakat demi harakat. Ulang harakat yang sama berulang kali tanpa rasa
jemu sehingga iramanya melekat di dalam diri. Saya selalu memberikan contoh semasa
memasuki darjah 1 sekolah rendah dahulu. Kita tidak diajar untuk menyanyikan lagu
Negaraku. Setiap kali perhimpunan, pelajar senior akan menyanyikan lagu tersebut dan
kita sebagai pelajar yang baru masuk akan dengar dengan penuh penghayatan sebabnya
kita tak boleh bercakap semasa lagu Negaraku dinyanyikan. Lama-kelamaan kita dapat
menyanyikan lagu tersebut !!! Betul tak?? Begitulah juga dengan irama lagu Tarannum...
Jangan harapkan sewaktu didalam kelas sahaja. Sebaliknya perlu membuat ulangkaji
semasa dirumah. Oleh sebab itu rakaman semasa didalam kelas Amat perlu untuk tujuan

ulangkaji..... Rakaman kelas pertama bersama Ustaz Hafaz (Naib Johan AQ2) masih saya
simpan sehingga ke hari ini. Mungkin semasa kelas kita tidak dapat menyerap
/menghayati irama yang diajarkan, tapi bila kita balik dan dengar berulang-ulang kali,
kita akan mula faham irama lagu berkenaan.
4. Jangan malu untuk cuba melagukan lagu yang diajarkan. Biarpun iramanya
sumbang..Tanpa mencuba, kita tidak akan berjaya. Tidak ada orang yang dapat terus
berlari. Semua orang bermula dari merangkak, kemudian berjalan dan
berlari.Kemudian setelah difahami lagu-lagu yang diajarkan itu, cuba lagukan kepada
ayat-ayat lain yang tidak pernah diajarkanInilah sebenarnya yang kita mahukan. Dapat
melagukan apa juga lagu didalam mana-mana ayat tanpa sebarang masalah.
5. Dapatkan irama yang asas terlebih dahulu, kemudian baru berusaha kearah
mencanggihkan bacaan dengan memasukkan unsur-unsur tambahan seperti Burdah halus,
Wuslah, Ikhtilal dan mempelajari cabang-cabang lagu yang lain. Ini akan memakan masa
bertahun-tahun pastinya.
6. Dapatkan guru-guru yang mempunyai ilmu tarannum untuk membimbing kita
mempelajari ilmu ini. Mempelajari daripada komputer, VCD dan kaset hanyalah sebagai
tambahan dan ulangkaji sahaja. Guru-guru akan memberikan tunjuk ajar yang lebih
berkesan dalam memahami ilmu ini.

Kak Hasnita
Pengenalan
Zaid bin Thabit RA telah menyebutkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang
bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai seseorang membacakan Al-Quran itu
sebagaimana ia diturunkan. Menurut hukum, bahawa membaca Al-Quran secara
bertajwid itu adalah wajib dan diberi pahala bagi pembacaanya, manakala pembacaan
tanpa tajwid secara bacaan yang salah adalah berdosa.
Setelah mendalami ilmu tajwid, secara tidak langsung pembacaan ayat Al-Quran akan
menjadi lebih jelas, sempurna dan fasih mengikut lahjah-lahjah Arabiah dan lahjah
Quraniah yang ditetapkan dalam bidang fasohah sekaligus akan menyelaraskan rentakrentak (tartil, tadwir, tahdir) yang menjadi sebahagian dari fasohah.
Setelah bidang fasohah dikuasai, nescaya seseorang itu akan dapat melagukan bacaan
ayat Al-Quran mengikut kaedah suara yang dipelbagaikan bunyinya mengikut proses
nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu
bacaan, khususnya bacaan Al-Quran.

Imam al-Ghazali menyatakan bahawa pembaca al-quran yang baik itu bukan saja
lidahnya menyebut kalimah-kalimah al-quran dengan betul, bahkan akalnya juga
mentadabburkan makna dan memahami pengertiannya, sementara perasaannya turut
sama menghayati tuntutan al-quran tersebut dan jiwanya khusyuk kepada Allah Taala.
Pembacaan yang mantap dan persembahan tarannum yang berkesan sangat diimpikan
oleh seorang qari dan qariah serta pencinta seni al-Quran.Pakar-pakar tarannum di dalam
dan luar negara sentiasa berusaha menggembelingkan tenaga ke arah pemantapan seni
tarannum al-quran agar ia dialunkan menepati kehendak bacaan yang diamalkan oleh
Rasulullah SAW , para sahabat dan tabien serta generasi selepasNya.
Kaedah talaqqi dan musyafahah daripada guru yang mutqin dan mahir adalah merupakan
kaedah pertama dan utama untuk menyebarkan pembacaan Kalam Allah walaupun
dewasa kini kita dibanjiri oleh ledakan kemajuan ICT . Ia tidak boleh menggantikan guru
dalam memberi tunjuk ajar yang berkesan.
Dalam usaha memantapkan pembelajaran dan penguasaan tarannum tidak boleh menolak
secara total terhadap segala inisiatif yang lebih moden dalam pengajaran al-Quran
melalui media elektronik. Rancangan Mari Bertarannum yang disiarkan di tv9 merupakan
salah satu daripada usaha murni untuk mendidik generasi cilik cara mengasah bakat
membaca al-Quran dengan alunan tarannum yang pelbagai. Lebih istimewa lagi apabila
proses mentahsinkan suara diajar dengan latihan vocal. Tarannum adalah berasal daripada
perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud
berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan
bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang
membawa maksud intonatian, modulation, recital, chanting, singing and humming iaitu
yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.
Tarannum jika ditinjau daripada perspektif ilmu adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang
dipelbagaikan mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Yang dimaksudkan
dengan nada, rentak dan irama ialah:
Nada: tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak: pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama: alunan atau bentuk bunyi.
Tarannum juga diistilahkan sebagai satu ilmu atau kaedah seni suara yang yang
dibunyikan menerusi nada, rentak dan irama yang sangat lunak berdasarkan kepada
kaedah tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan khususnya
bacaan al-Quran. Di Malaysia kaedah ini dikenali dengan nama Tarannum bi al-Quran
kerana bersempena sepotong hadis Rasulullah iaitu:

( ) .
"Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang
selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran".

Nota kaki
Tuan Hj. Nik Jaafar bin Nik Ismail, seorang pakar tarannum terkemuka tanah air
menggariskan beberapa perkara penting mesti difahami oleh seseorang qari dalam usaha
mencapai tahap penguasaan tarannum yang berkesan. Perkara-perkara penting tersebut
ialah sebagaimana berikut ;

1. Memahami ilmu- ilmu Tahsin al-Saut (memperelokkan suara), ilmu tajwid, ilmu
ketartilan bacaan, fasohah dan ilmu tarannum.
Memperelokkan suara dalam pembacaan al-Quran mempunyai kaitan yang amat rapat
dalam penguasaan tarannum yang mantap. Seseorang qari mesti mengenal sifat-sifat
suara yang dimiliki bagi menyesuaikan tobaqat qarar, nawa, jawab dan jawabul jawab.
Persembahan tarannum yang berkesan dan mantap akan lebih terserlah jika suara
dialunkan menepati kesemua tingkatan-tingkatan suara tersebut termasuklah tobaqat
suara yang paling tinggi iaitu suara mustar atau otak.
Pembacaan al-Quran secara bertajwid adalah fardu ain bagi setiap orang Islam
terutamanya seorang qari atau qariah. Seseorang qari semestinya mendalami ilmu tajwid
demi memelihara lidah dari kesalahan jaliy dan khafiy semasa membaca kalam Allah. Ia
juga bertujuan menyelamatkan seorang qari daripada tersasar dalam menyebut makharij
al-huruf dan sifat-sifatnya.
Imam Ibnu Jazari menyatakan dalam puisi kitabnya :

Maksudnya: Mengamalkan tajwid itu suatu kewajipan , kerana berdosa tidak
memperelokkan bacaan.
Kemampuan membaca Al-Quran dengan tartil dan fasih adalah tidak kurang pentingnya
bagi seseorang qari. Ketartilan pada setiap persembahan amat dititikberatkan bagi
memenuhi piawaian tilawah yang berkualiti tinggi sehingga memberi keinsafan kepada

pembaca dan pendengar dalam menghayati maksud ayat ,bahkan ia adalah tuntutan
daripada Allah SWT sebagaimana firman Nya:

Maksudnya: Bacalah Al-Quran itu dengan tartil.


) (
Maksudnya: Bacalah dengan perlahan dan hati-hati kerana hal itu akan membantu
pemahaman serta tadabbur terhadap Al-Quran.
Ulama telah bersepakat bahawa ayat ini merupakan dasar pokok yang memerintahkan
Al-Quran dibaca dengan berhati-hati sehingga baik pengucapannya serta memenuhi
ketentuan hukum bacaan, perintah mana yang mengandungi hukum wajib.
Ironinya, keempat-empat cabang ilmu ini amat berkait rapat di antara satu sama lain yang
melahirkan kombinasi korikulum bersepadu yang mantap. Hasilnya tergubal sistem
pemarkahan dan penghakiman tilawah al-quran di Malaysia bagi menilai setiap kategori
ini secara sistemetik demi memartabatkan persembahan tarannum yang berkualiti tinggi
sesuai dengan kemuliaan mukjizat terunggul.
2. Memahami Fungsi Tarannum Bi al-Quran.
Setiap tarannum mempunyai fungsinya yang tersendiri, ianya terbahagi kepada dua
kategori bagaimana berikut:1. Tarannum-tarannum yang berfungsi dengan sendiri tanpa bergantung kepada tarannum
lain iaitu seperti tarannum Bayati, tarannum Husaini, tarannum Kurdi, tarannum Saba,
tarannum Hijaz, tarannum Nahwand, tarannum Rast, tarannum Sikah, dan tarannum
Jiharkah.
2. Tarannum-tarannum yang kurang berfungsi dengan sendiri tetapi lebih sesuai
menumpang lain-lain tarannum seperti tarannum Iraqi, tarannum Ajami, tarannum Nawa
asar atau tarannum Ushaq dan tarannum Syuri.
Tarannum tersebut kurang popular, hanya dapat diminati dan dihayati oleh qari-qari yang
mempunyai kepakaran sahaja seperti As-Sheikh Muhammad Rifat, As-Sheikh Taha AfFashni, As-Sheikh Mustafa Ismail dan sebagainya, kerana ia lebih berfungsi sebagai
tarannum selingan atau sebagai wuslah kepada mana-mana persembahan bacaan untuk
menambahkan kecanggihan tarannum.

PENYUSUNAN HARAKAT LAGU YANG BERKESAN

Harakat-harakat tarannum itu hendaklah disusun secara sistematik supaya persembahan


lebih berkesan. Antara teknik penyusunan yang digunakan ialah:1. Harakat-harakat yang dialunkan adalah cermat, mempunyai ciri menghangatkan
persembahan serta menggunakan harakat yang canggih.
2. Harakat yang dihiasi dengan alunan lahjah arab dan gabungan lagu-lagu cabang serta
gerak suara pelbagai seperti gaya Iraqi, Kurdi dan Syuri, nakriz, bustanjar, kuflah mahur,
usysyaq, zinjiran dan mayyah.
3. Harakat yang dihiasi dengan wuslah iaitu gabungan dua bunyi atau lebih dari manamana angin lagu dalam satu harakat.
4. Harakat yang mempunyai salalim, iaitu harakat-harakat yang dialunkan mengikut
sistem tangga menurun atau menaik.
5. Harakat yang mempunyai Ikhtilalulahni, iaitu harakat-harakat yang dialunkan dengan
nada suara yang disumbangkan sama ada secara menurun atau mendaki.
Harakat-harakat tersebut perlu disusun secara sistematik dan menarik. Persembahan yang
tidak menepati teknik-teknik di atas akan menyebabkan kecacatan dan melencong dari
sasaran sebenar yang akan dicapai. Latih tubi yang berterusan dengan cara talaqqi dan
musyafahah akan memberi keberkesanan mendalam terhadap satu-satu persembahan
bacaan.

Kesimpulan
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa seseorang qari yang berhasrat
menguasai persembahan tarannum al-Quran yang berkesan sewajarnya menitikberatkan
beberapa perkara berikut :
1- Berusaha sedaya upaya untuk memnguasai kaedah sebutan kalimah-kalimah dan mahir
menggabungkan kalimah tersebut dalam potongan ayat al-Quran mengikut lahjah Arab.
2- Mendalami ilmu tatabahasa Arab dan merujuk guru-guru yang memahami bahasa alQuran supaya menepati kehendak bacaan pada wakaf dan ibtida.
3- Menerapkan tarannum yang sesuai dengan pengisian harakat yang canggih
berdasarkan kefahaman pada maksud kalimah dan potongan ayat yang akan
dipersembahkan.
4- Memastikan susunan tarannum yang rapi dan tingkatan suara yang bersesuaian dengan
kemampuan nafas yang dimiliki.

5- Menghiaskan setiap harakat tarannum dengan pengisian ikhtilal, salalim, dan burdah
yang berkualiti dalam usaha mencapai persembahan yang bermutu tinggi dan mencuit
jiwa pendengar.
6- Sentiasa menjalani latih tubi yang berterusan di samping merujuk guru-guru dan pakar
tarannum secara talaqqi dan mushafahah bagi mendapat gubahan seni yang terkini dan
kontemporari kerana sifat suatu seni itu sentiasa maju dan berubah-ubah.

BIBLIOGRAFI
1. Al-Quran al-Karim
2. Al-Hadith al-Syarif.
3. Sedek Ariffin (2009).Jurnal Darul Quran JAKIM : Kepentingan Talaqqi dan
Musyafahah Dalam Pembacaan Al-Quran. Disember 2009 . bil. Ke 13. Melaka:
Percetakan Surya Sdn.Bhd.
4. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kurikulum Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran, Cet
Pertama 2007. Selangor: Salwa tegap Niaga.
5. Hj Nik Jaafar Nik Ismail, (2009), Buku Qaedah Tarannum ( Cara Berlagu, Darul Fikr,
Kuala Lumpur.
6. Mohd Ali Bin Abu Bakar, (1997), Seni Lagu Al-Quran Di Malaysia, Darul Fikir, Kuala
Lumpur.
7. Muhammad Al-Ghazali, ( 1996 ), Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Quran
Penerjemah Muhammad Rivai Batubara, Selangor : Budaya Ilmu Sdn.Bhd.
8. Abu Mardhiyah,( 2004),Tajwid al-Quran. Cetakan Pertama ,Kuala Lumpur: Perniagaan
Normahs
9. Haji Qasim bin Haji Ahmad (t.t) Risalah Panduan Tarannum bi al-Quran, Kedah.