Anda di halaman 1dari 33

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Manual Kerja Kursus (Kerja Projek)


Bahasa Melayu
Kertas 5 (910/5)

Penggal 3 Tahun 2016

PERINGATAN:
Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru atau pemeriksa dan calon sahaja dan tidak boleh
dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak.


Hak cipta Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

KANDUNGAN
Perkara

Halaman

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA


1
2
3

Pengenalan
Objektif
Pelaksanaan Kerja Kursus
3.1 Arahan Kerja Kursus

3
3
3
3

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

5
5
5

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

BAHAGIAN II: CALON


3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.6.1 Penulisan esei ilmiah
3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

7
7
7

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta


3.7.1 Penulisan esei ilmiah
3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

8
8
8

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


3.8.1 Penulisan esei ilmiah
3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

9
9
9

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

10

4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan


4.2 Sekolah Swasta
4.3 Calon Persendirian Individu

10
12
16

Format Penulisan

18

Struktur Penulisan

18

Penskoran

19

Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) Bahasa


Melayu

20

Borang yang Digunakan

21

10 Contoh Tajuk
Lampiran 1:
Lampiran 2:
Lampiran 3:
Lampiran 4:
Lampiran 5:
Lampiran 6:

21

Struktur Penulisan Esei Ilmiah


Muka Hadapan Kerja Kursus
Borang Perakuan Calon
Borang Rekod Kerja Kursus Calon
Borang Markah Kerja Kursus Calon
Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

Tema Kerja Kursus 2016

22
24
25
26
27
31
32

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA


1

PENGENALAN
Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markah
kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3
bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

OBJEKTIF
Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan
keupayaan calon untuk
2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
2.2 menerapkan domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini
2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan
pembelajaran sepanjang penggal

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS


3.1 Arahan Kerja Kursus
(a) Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua
calon pada penggal 3.
(b) Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM.
(c) Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan
pelajaran.
(d) Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian
esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklah
diajarkan pada awal penggal 3.
(e) Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah
(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat
bimbingan daripada guru
(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang
berasingan
(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan
penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon
(e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
(f)

Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan

(g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM
mengikut tarikh yang ditetapkan
(h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon dengan
menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

TERHAD

TERHAD

(i)

MANUAL KERJA KURSUS

Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah

(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon
di sekolah
(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh
penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(l)

Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(f)

Mengisi borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4) pada setiap kali sesi pertemuan
diadakan

(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah


(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, atau
menciplak esei daripada mana-mana sumber
(j)

Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak dan dinilai

(k)

Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon

(l)

Mengadakan sesi pembentangan mulai 3/9/2016 hingga 21/9/2016

(m) Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu


(n) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh
calon, borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon
(lampiran 5), dan borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(o) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan
perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
(p) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan
borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru)
(q) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga
tarikh keputusan STPM diumumkan
(s) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepas
tarikh keputusan STPM diumumkan

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa


(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan
(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yang
diberikan oleh guru sekolah swasta
(d) Menilai pembentangan calon secara individu
(e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (lampiran 5) dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(f)

Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan


menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah
menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail
kerja kursus pemeriksa)
(h) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi
sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei
ilmiah sahaja)
(i)

Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak
dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu


(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitu
kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa
penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan
(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei
ilmiah
(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
kepada calon
(e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yang
ditetapkan
(f)

Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon
sebelum sesi pembentangan

(g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannya


kepada calon
(h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah
(i)

Menilai pembentangan calon

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

(j)

Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan


menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(k) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3), borang rekod kerja kursus
calon (lampiran 4), borang markah kerja kursus calon (lampiran 5), dan borang
rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)
(l)

Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6) selewatlewatnya seminggu selepas penghantaran markah. (Pemeriksa mestilah
menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail
kerja kursus pemeriksa)

(m) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan
(n) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yang
diberikan oleh MPM
(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah
(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan esei
ilmiah
(f)

Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

(g)

Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih
(i)

Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewatlewatnya pada 19/09/2016 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

(j)

Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yang
dilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai

(k) Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantik
oleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 3/10/2016 hingga 14/10/2016.
(l)

Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani oleh


calon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

BAHAGIAN II: CALON


3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
3.6.1 Penulisan esei ilmiah
(a)

Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)

Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c)

Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah

(d)

Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

(e)

Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan


guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(f)

Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

(g)

Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)

(h)

Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk


membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)

(i)

Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)

(j)

Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(k)

Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang


berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(l)

Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada


syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada


(n)

Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada guru
mengikut tarikh yang ditetapkan

3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah


(a)

Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh


setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b)

Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5


hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.

(c)

Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

(d)

Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.

(e)

Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti


power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.

(f)

Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g)

Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

(h)

Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei


ilmiah.

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta


3.7.1 Penulisan esei ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(c) Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untuk
melaksanakan penulisan esei ilmiah
(d) Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan
(e) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
guru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(f)

Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

(g) Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikut
format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)
(h) Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untuk
membincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan
merekodkannya dalam borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j)

Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(k) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang


berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(l)

Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada


syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(m) Melampirkan borang soal selidik, jika ada


(n) Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada
guru mengikut tarikh yang ditetapkan
3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan oleh
setiap ahli mengikut bahagian masing-masing.
(b) Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama
5 hingga 10 minit. 5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab
bagi setiap kumpulan.
(c) Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalan
hendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f)

Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g) Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.


(h) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei
ilmiah.

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu


3.8.1 Penulisan esei ilmiah
(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu
yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon
(b) Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan
(c) Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah
(d) Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan
pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM
(e) Merancang jadual kerja
(f)

Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu berdasarkan tajuk yang


dipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk lampiran 1)

(g) Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang


berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik
(h) Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada
syarikat atau institusi, jika ada
(i) Menandatangani borang perakuan calon (lampiran 3)
(j)

Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(k) Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada
pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan
3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah
(a) Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dan
tempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.
(b) Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.
5 hingga 10 minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab.
(c) Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakan
oleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.
(d) Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku.
(e) Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti
power point, LCD, OHP, kertas mahjong, atau lain-lain untuk memaparkan isi
penting sahaja.
(f)

Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g) Bahan pembentangan mestilah dimasukkan dalam bahagian lampiran esei


ilmiah.
3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus
(a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yang
ditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada manamana sumber.
(b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namun
demikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.
(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calon
akan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.
(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan esei
daripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS


4.1

Tarikh

Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Perkara

1/6/16
hingga
12/6/16

Manual
kursus

13/6/16
hingga
17/6/16

20/6/16
hingga
18/9/16

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

Melayari portal MPM


untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon

Melayari portal MPM MPM memuat


untuk memuat turun naik manual pada
Manual Kerja Kursus 31/5/2016.
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon

Pengenalan
penulisan esei
ilmiah

Memberikan penerangan
kepada calon tentang
pelaksanaan penulisan
esei ilmiah dari aspek
tugasan dan tarikh akhir
penyerahan tugasan

Mendengar penerangan
guru mengenai aspek
tugasan yang perlu
dilaksanakan
Memahami skop tugasan
Merancang jadual kerja

Penentuan
tajuk penulisan
esei ilmiah

Membimbing calon
menentukan tajuk
penulisan esei ilmiah
yang relevan dengan tema
yang dipilih

Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama dengan
guru berdasarkan tema
yang dipilih

P&P dan
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah

Mengadakan sesi P&P di


dalam bilik darjah
tentang penulisan esei
ilmiah

Mengikuti sesi P&P dan


mempelajari teknik
penulisan esei ilmiah

Membimbing calon
melaksanakan tugasan

Melaksanakan tugasan
berdasarkan tajuk yang
ditentukan
Mengadakan pertemuan
dengan guru untuk
mendapatkan bimbingan

Guru dan calon


mesti
merekodkan
butiran
perjumpaan
dalam lampiran
4.

Menilai elemen
kemahiran insaniah

Mengumpul data dan


maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan data
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan
Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah

Penilaian
kemahiran
insaniah
dilakukan
sepanjang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah.

kerja

10

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Catatan

19/9/16
hingga
30/9/16

Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
ilmiah

Menerima penulisan esei


ilmiah daripada setiap
kumpulan calon

Menghantar penulisan
esei ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan kepada guru

Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.

Menyemak dan menilai


kerja kursus setiap
kumpulan calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahan
untuk pembentangan

Guru hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Guru perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

3/9/16
hingga
21/9/16

Pembentangan
oleh calon

Menilai pembentangan
penulisan esei ilmiah
calon secara individu

Membentangkan
penulisan esei ilmiah
dalam masa 5 hingga 10
minit seorang pada
tarikh dan masa yang
ditetapkan

Penilaian oleh
guru
26/9/16
hingga
26/10/16

Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM

Menghantar markah
penulisan dan
pembentangan esei
ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

Tidak berkenaan

November
2016
hingga
Oktober
2017

Penyimpanan
evidens

Menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah
calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan

Tidak berkenaan

11

TERHAD

TERHAD

4.2

MANUAL KERJA KURSUS

Sekolah Swasta

Tindakan
Pemeriksa

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

1/6/16
hingga
12/6/16

Manual
kerja kursus

Melayari portal
MPM
untuk
memuat
turun
Manual
Kerja
Kursus Bahasa
Melayu
yang
disediakan oleh
MPM
untuk
guru, pemeriksa,
dan calon

Melayari
portal
MPM
untuk
memuat
turun
Manual
Kerja
Kursus
Bahasa
Melayu
yang
disediakan oleh
MPM untuk guru,
pemeriksa,
dan
calon

13/6/16
hingga
17/6/16

Pengenalan
penulisan
esei ilmiah

Memberikan
penerangan
kepada calon
tentang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah dari
aspek tugasan
dan tarikh akhir
penyerahan
tugasan

Mendengar
Tidak
penerangan guru
berkenaan
mengenai aspek
tugasan yang
perlu
dilaksanakan
Memahami skop
tugasan
Merancang jadual
kerja

Penentuan
tajuk
penulisan
esei ilmiah

Membimbing
calon
menentukan tajuk
penulisan esei
ilmiah yang
relevan dengan
tema yang dipilih

Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama
dengan guru
berdasarkan tema
yang dipilih

12

Catatan

Melayari portal MPM memuat


MPM
untuk naik manual
memuat turun pada 31/5/2016.
Manual Kerja
Kursus Bahasa
Melayu yang
disediakan
oleh
MPM
untuk
guru,
pemeriksa, dan
calon

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

20/6/16
hingga
18/9/16

P&P dan
pelaksanaan
penulisan
esei ilmiah

Mengadakan sesi
P&P di dalam
bilik darjah
tentang penulisan
esei ilmiah

Mengikuti sesi P&P


dan mempelajari
teknik penulisan
esei ilmiah

Membimbing
calon
melaksanakan
tugasan

Melaksanakan
tugasan
berdasarkan tajuk
yang ditentukan

Tindakan
Pemeriksa
Tidak
berkenaan

Guru dan calon


mesti
merekodkan
butiran
perjumpaan
dalam lampiran
4.

Mengadakan
pertemuan dengan
guru untuk
mendapatkan
bimbingan
Menilai elemen
kemahiran
insaniah

Mengumpul data
dan maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan
data dalam bentuk
penulisan esei
ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan

Catatan

Tidak
berkenaan

Penilaian
kemahiran
insaniah
dilakukan
sepanjang
pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah.

Menyemak dan
membuat
penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei
ilmiah

13

TERHAD

TERHAD

Tarikh
19/9/16
hingga
30/9/16

MANUAL KERJA KURSUS

Perkara
Penghantaran,
penyemakan,
dan penilaian
penulisan esei
ilmiah

Tindakan Guru

Tindakan Calon

Menerima
penulisan esei
ilmiah daripada
setiap kumpulan
calon untuk
diserahkan kepada
pemeriksa

Menghantar
penulisan esei
ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan
kepada guru

Tindakan
Pemeriksa
Menerima
penulisan esei
ilmiah
daripada guru
sekolah swasta

Catatan
Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.
Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

3/10/16
hingga
14/10/16

Pembentangan
oleh calon
Penilaian oleh
pemeriksa

Menyediakan
jadual
pembentangan
dan
memaklumkannya
kepada pemeriksa

Menyediakan
bahan untuk
pembentangan

Menyemak
dan menilai
kerja kursus
setiap
kumpulan
calon
mengikut
kriteria
penilaian yang
ditetapkan
oleh MPM

Tidak berkenaan

Membentangkan
penulisan esei
ilmiah dalam masa
5 hingga 10 minit
seorang pada
tarikh dan masa
yang ditetapkan

Menilai
pembentangan
penulisan esei
ilmiah calon
secara
individu

14

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Tindakan
Pemeriksa

Tarikh

Perkara

Tindakan Guru

Tindakan Calon

14/10/16
hingga
28/10/16

Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM

Tidak berkenaan

Tidak berkenaan

Menghantar
markah
penulisan dan
pembentangan
esei ilmiah
kepada MPM
dengan
menggunakan
perisian
e-submission

November
2016
hingga
Oktober
2017

Penyimpanan
evidens

Menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah calon di
sekolah dari
tarikh
penyelarasan
tamat hingga
enam bulan
selepas
keputusan STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah)

Tidak berkenaan

Menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah calon di
sekolah dari
tarikh
penyelarasan
tamat hingga
enam bulan
selepas
keputusan
STPM
diumumkan
(bagi sekolah
swasta yang
tidak
dibenarkan
menyimpan
evidens
penulisan esei
ilmiah)

15

Catatan

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh
1/6/16
hingga
12/6/16

Perkara
Manual kerja
kursus

Tindakan Pemeriksa
Melayari portal MPM
untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon

Tindakan Calon

Catatan

Melayari portal MPM


untuk memuat turun
Manual Kerja Kursus
Bahasa Melayu yang
disediakan oleh MPM
untuk guru, pemeriksa,
dan calon

MPM memuat
naik manual pada
31/5/2016.

Menghubungi calon
persendirian individu
yang ditetapkan oleh
MPM untuk
memaklumkan tarikh,
masa, dan tempat untuk
bertemu
13/6/16
hingga
17/6/16

20/6/16
hingga
18/9/16

Pengenalan
penulisan esei
ilmiah

Mengadakan pertemuan
dengan calon
persendirian individu
untuk memberikan
penerangan tentang
pelaksanaan penulisan
esei ilmiah, dari aspek
tugasan dan tarikh akhir
penyerahan tugasan

Bertemu dengan
pemeriksa untuk
mendapatkan maklumat
tentang pelaksanaan
penulisan esei ilmiah
dari aspek tugasan yang
perlu dilaksanakan dan
tarikh akhir penyerahan
tugasan
Memahami skop
tugasan
Merancang jadual kerja

Penentuan tajuk
penulisan esei
ilmiah

Membimbing calon
menentukan tajuk
penulisan esei ilmiah
yang relevan dengan
tema yang dipilih

Membincangkan
penentuan tajuk
bersama-sama dengan
pemeriksa berdasarkan
tema yang dipilih

Pelaksanaan
penulisan esei
ilmiah

Tidak berkenaan

Melaksanakan tugasan
berdasarkan tajuk yang
ditentukan
Mengumpul data dan
maklumat yang
diperoleh daripada
pelbagai sumber
Menyusun dapatan
Mempersembahkan data
dalam bentuk penulisan
esei ilmiah mengikut
format yang telah
ditetapkan

16

TERHAD

TERHAD

Tarikh

MANUAL KERJA KURSUS

Perkara

Tindakan Pemeriksa

Tindakan Calon

Catatan

Menyemak dan membuat


penambahbaikan
terhadap kualiti
penulisan esei ilmiah
19/9/16
hingga
30/9/16

Penghantaran,
penyemakan, dan
penilaian
penulisan esei
ilmiah

Menerima penulisan esei


ilmiah daripada setiap
calon

Menghantar penulisan
esei ilmiah mengikut
tarikh yang telah
ditetapkan kepada
pemeriksa

Calon boleh
menghantar
penulisan esei
ilmiah sebaik
sahaja siap tanpa
perlu menunggu
tarikh akhir
penghantaran.

Menyemak dan menilai


penulisan esei ilmiah
setiap calon mengikut
kriteria penilaian yang
ditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahan
untuk pembentangan

Pemeriksa
hendaklah
menyemak dan
menilai penulisan
esei ilmiah calon
sebaik sahaja
mereka
menghantarnya
tanpa perlu
menunggu
sehingga tarikh
akhir
penghantaran.
Pemeriksa perlu
menyemak
penulisan esei
ilmiah calon
sebelum sesi
pembentangan
dijalankan.

3/10/16
hingga
14/10/16

Pembentangan
oleh calon

Menilai pembentangan
penulisan esei ilmiah
calon secara individu

Membentangkan
penulisan esei ilmiah
dalam masa 10 hingga 20
minit seorang pada
tarikh, masa, dan di
tempat yang ditetapkan

Menghantar markah
penulisan dan
pembentangan esei
ilmiah kepada MPM
dengan menggunakan
perisian e-submission

Tidak berkenaan

Penilaian oleh
pemeriksa
14/10/16
hingga
28/10/16

Penghantaran
markah
keseluruhan
kepada MPM

17

TERHAD

TERHAD

Tarikh

Perkara

November
2016 hingga
Oktober
2017

MANUAL KERJA KURSUS

Penyimpanan
evidens

Tindakan Pemeriksa
Menyimpan evidens
penulisan esei ilmiah
calon di sekolah dari
tarikh penyelarasan tamat
hingga enam bulan
selepas keputusan STPM
diumumkan

Tindakan Calon

Catatan

Tidak berkenaan

FORMAT PENULISAN
(a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk
lampiran dan bibliografi.
(b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:
(i) Saiz huruf: 12
(ii) Jenis font: Times New Roman
(iii) Langkau: Dua
(iv) Margin:
Kiri- 1.5"

Atas- 1"

Kanan- 1"

Bawah- 1"

(v) Saiz kertas: A4


(c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

STRUKTUR PENULISAN
Penulisan esei ilmiah oleh calon perlulah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(Rujuk lampiran 1)
1.

Tajuk kajian

8.

Batasan Kajian

2.

Senarai Kandungan

9.

Kaedah Kajian

3.

Penghargaan

10. Dapatan Kajian

4.

Pengenalan

11. Rumusan Kajian

5.

Objektif Kajian

12. Penutup

6.

Kepentingan Kajian

13. Bibliografi/Nota akhir

7.

Skop Kajian

14. Lampiran

18

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

7 PENSKORAN
(a) Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan
Pemarkahan penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan
perkara dalam jadual yang berikut:
Bil.

Perkara

1.

Tajuk Kajian

2.

Senarai Kandungan

3.

Penghargaan

4.

Pengenalan

5.

Objektif Kajian

6.

Kepentingan Kajian

7.

Skop Kajian

8.

Batasan Kajian

9.

Kaedah Kajian

10.

Dapatan Kajian

11.

Rumusan Kajian

12.

Penutup

13.

Lampiran

14.

Bibliografi/Nota akhir

15.

Bahasa

(b) Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah


Pemarkahan bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat
berdasarkan perkara dalam jadual yang berikut:
Bil.

Perkara

1.

Kerelevanan

2.

Kelancaran

3.

Keterampilan

4.

Kebahasaan

5.

Penggunaan Alat/Bahan Bantu

19

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS


(PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU

Tema 1: Fonetik dan Fonologi


Tema 2: Pragmatik

Calon memilih tema


Tema 1: Fonetik dan Fonologi

Calon mengenal pasti isu

Calon menentukan tajuk kajian

Calon menentukan objektif kajian

Calon menentukan kepentingan kajian

Calon menentukan skop kajian

Calon menentukan batasan kajian

Calon menentukan kaedah kajian

Calon menjelaskan dapatan kajian

Calon merumuskan kajian

Calon menutup kajian

20

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

BORANG YANG DIGUNAKAN


Terdapat empat jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:
(i) Muka hadapan kerja kursus (lampiran 2)
(ii) Borang perakuan calon (lampiran 3)
(iii) Borang rekod kerja kursus calon (lampiran 4)
(iv) Borang markah kerja kursus calon (lampiran 5)
(v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (lampiran 6)

10 CONTOH TAJUK
Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX
Bil
1

Skop Kajian
Bahasa Melayu
Klasik

Contoh Tajuk Kajian


Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15
hingga Abad ke-19
Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zaman
Bahasa Melayu Klasik
Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa Melayu
Klasik

Morfologi

Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam Kalangan


Masyarakat Melayu
Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X
Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak

Catatan:
Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah X boleh
juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu atau
gabungan kedua-dua bidang.

21

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 1
Struktur Penulisan Esei Ilmiah
Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik
(a) Tajuk Kajian
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16
(b) Senarai Kandungan
Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripada
senarai kandungan hingga bibliografi/rujukan
(c) Penghargaan
Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam penulisan esei
(d) 1.0 Pengenalan
Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam
esei
(e) 2.0 Objektif Kajian
Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei
(f)

3.0 Kepentingan Kajian

(g) 4.0 Skop Kajian


(h) 5.0 Batasan Kajian
(i)

6.0 Kaedah Kajian


Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur

(j)

7.0 Dapatan Kajian


Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya:
7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan
Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis.

Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris dengan


menggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnya


surat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17
dengan menggunakan bahasa Melayu.

7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan.

Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatan


tradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.

7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu,
dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab.
Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dan
digunakan sebagai bahasa perhubungan utama.

22

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing.
Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis,
Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu.
7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan
pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yang
terkemuka, contohnya:
Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera
Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa
Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya
(k) 8.0 Rumusan Kajian
Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak
(l)

9.0 Penutup

(m) Bibliografi/Nota akhir


Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian
(n) Lampiran
Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah,
surat, dan sebagainya.

23

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016
PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)
TEMA

NAMA,
NOMBOR
KAD PENGENALAN,
DAN ANGKA GILIRAN
CALON

1.
2.
3.
4.

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/PENILAI
TANDATANGAN
GURU/PENILAI
TARIKH

24

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 3
BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)


KERJA KURSUS (KERJA PROJEK)
Borang Perakuan Calon
Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar
kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang
dihasilkan.
Makluman kepada Calon:
Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja
kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi
menghasilkan kerja kursus tersebut.
Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana
pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.
Calon 1

Calon 2

Calon 3

Calon 4

Tandatangan Calon
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Tarikh
Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja kursus (kerja projek) Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja
kursus (kerja projek) calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus (kerja projek) tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh
Alamat

25

25

TERHAD

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 4
BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016


BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)
PENGGAL 3 TAHUN 2016
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

Tarikh

Nama calon

Aktiviti
(Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru

Tandatangan Guru

Catatan

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)


Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu
Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 2014 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Tandatangan Guru: ............................................................
Nama Guru: ......................................................................
Tarikh: ..............................................................................

26

26

TERHAD

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 5
BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016


BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON
BAHASA MELAYU 910/5

(a)

Senarai Nama Ahli Kumpulan


(Untuk diisi oleh calon)

1.

Nama: .

No. Kad Pengenalan:

2.

3.

4.

Tandatangan:

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

Nama: .

Tandatangan:

No. Kad Pengenalan:

27

TERHAD

TERHAD

(b)

MANUAL KERJA KURSUS

Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan


(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

Kriteria Penilaian

Markah
Penuh

Markah
Guru/Pemeriksa

Markah
Penyelaras

1. Tajuk Kajian
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Pengenalan
5. Objektif Kajian
6. Kepentingan Kajian
7. Skop Kajian
8. Batasan Kajian
9. Kaedah Kajian
10. Dapatan Kajian
11. Rumusan Kajian
12. Penutup
13. Bibliografi/Nota akhir
14. Lampiran
15. Bahasa
Jumlah markah

28

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan


Calon
Perincian Markah Pembentangan
1

Kerelevanan
Kesesuaian teknik memulakan pembentangan

[ ]

Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk

[ ]

Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan

[ ]

Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa


JUMLAH
Kelancaran
Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membaca
keseluruhan teks

[ ]
[ ]

Pertautan idea

[ ]

Kejelasan penyampaian

[ ]

Keberkesanan penyampaian
JUMLAH
Keterampilan
Kekemasan berpakaian

[ ]
[ ]

Kesopanan tutur kata

[ ]

Keyakinan diri

[ ]

Keupayaan menarik minat khalayak

[ ]

Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan


JUMLAH
Kebahasaan
Kegramatisan ayat

[ ]
[ ]

Kepelbagaian kosa kata

[ ]

Ketepatan dan kejelasan sebutan

[ ]

Kesesuaian intonasi

[ ]

Kesesuaian bahasa badan

[ ]
[ ]

[ ]

[ ]

JUMLAH
Penggunaan Alat/Bahan Bantu
Persediaan alat bantu

[ ]

Kesesuaian alat bantu


Kecekapan penggunaan alat bantu

[ ]

Kesesuaian teknik paparan bahan


Kreativiti
JUMLAH
JUMLAH MARKAH

[ ]
[ ]

29

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

(d) Komen Penilai:

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markah dan butiran di Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
atas adalah benar.
di atas adalah benar.

Nama:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
No. Telefon (sekolah): .
(bimbit): .

Nama: ..
No. Kad Pengenalan: .
Tarikh:
No. Telefon (sekolah): .
(bimbit): .

30

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Lampiran 6
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON
PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________
MATA PELAJARAN: _______________________________
NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________
(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)
BIL.

ANGKA GILIRAN

NO. KAD PENGENALAN

MARKAH

CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)


PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan


butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butiran


di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: .....

Tandatangan Pengetua: ..

Nama: ....

Nama: ..

No. Kad Pengenalan: ..

No. Kad Pengenalan: .

Tarikh: ...

Tarikh: ...

No. Telefon (sekolah) : .

No. Telefon (sekolah):

(bimbit): .

(bimbit):

Nota:

Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.

31

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

32

TERHAD

TERHAD

MANUAL KERJA KURSUS

Pilih satu tema sahaja.


Tema 1
Fonetik dan Fonologi

[100]

Tema 2
Pragmatik

910/5

[100]

33

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai