Anda di halaman 1dari 4

Pembesar di Vietnam

PEMBESAR DI VIETNAM
Pembesar mengikut kamus dewan bermaksud orang yang berpangkat tinggi. Kedudukan
pembesar dalam system pemerintahan sangat penting dan berada di lapisan kedua selepas
Maharaja. Golongan pembesar ini merupakan golongan pegawai tadbir kerajaan yang dilantik
oleh maharaja. Golongan pembesar akan memegang jawatan tertentu dalam pemerintahan serta
melaksanakan tugas yang telah diberikan oleh maharaja.
Pembesar dibahagikan kepada beberapa bahagian dan menpunyai tugas yang tertentu.Pembesar
bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi supaya dapat mengekalkan jawatan. Jika mereka
gagal melaksanakan tugas, maharaja berkuasa melucutkan jawatan dan menggantikan dengan
pembesar yang lebih dipercayai. Pembesar juga mempunyai bidang kuasa yang terhad
berdasarkan arahan dan kuasa yang diberi oleh maharaja. Oleh itu pembesar mesti mendapat
kepercayaan dan sokongan yang tinggi daripada maharaja agar kedudukan mereka tidak
tergugat.Pembesar juga perlu memastikan para pengikut mereka membantu melaksanakan tugas
dan arahan dengan sempurna.Oleh itu pembesar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
pengikut mereka.
Golongan pembesar dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pusat,wilayah daerah
dan kampong.Tanggungjawab pembesar kepada Maharaja meliputi urusan pemerintahan,
ekonomi dan social.

Hieraki dan peranan pembesar di Vietnam


Sistem pemrintahan di Vietnam berasaskan system pemusatan kuasa melalui birokrasi pusat.
Golongan pembesar telah diberi kuasa penuh oleh kerajaan pusat untuk menjalankan
pentadbiran. Semasa pemerintahan Dinasti Nguyen,golongan cendekiawan yang dikenali sebagai
Quan atau mandarin merupakan pembesar yang menduduki lapisan kedua selepas
maharaja.Golongan ini mendapat tempat yang istimewa dan amat berpengaruh dalam
masyarakat. Mereka merupakan pemerintah sebenar dan bertanggungjawab melaksanakan dasardasar dan tugas maharaja. Quan akan mengetuai setiap peringkat pentadbiran dalam kerajaan.
Maharaja Gia Long telah menukar dasar dalam melantik golongan pembesar iaitu baginda telah
menamatkan keistimewaan dan pengaruh politik dari dalam kalangan golongan bangsawan dan
keluarga diraja. Baginda telah melantik golongan Quan daripada kalangan golongan intelektual
yang telah lulus Peperiksaan Awam di China terutama dalam bidang Bahasa dan klasik
Confucius.Hal ini telah memberi peluang kepada rakyat biasa yang pintar serta mempunyai
pengetahuan dalam ajaran Confucius secara mendalam untuk menjadi pegawai tinggi awam.

Golongan Quan sangat berpengaruh dalan pentadbir dan merupakan menteri kanan yang
mengeruai Quan atau kementerian seperti Hal ehwal Awam,Kerja
Raya,Kewangan,upacara,kehakiman dan peperangan.Quan Hal ehwal Awam yang mempunyai
taraf yang tinggi berbanding Quan-quan yang lain.
Majlis Tertinggi (Noi-Cac) telah dibentuk yang dipengerusi oleh Maharaja dan dibantu oleh
enam orang Menteri Kanan (Quan) yang mengetuai enam kementerian kerajaan.

Peranan Majlis Tertinggi


MT bertanggungjawab memberikan pandangan kepada maharaja dalam semua perkara yang
berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Mengadakan perbincangan bagi
menyelesaikan isu-isu penting yang gagal diselesaikan di peringkat kementerian.Perlaksanaan
system pembesar telah dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil serta mempunyai kuasa
yang terhad mengikut tugas vyang dipertanggungjawabkan serta diarahkan oleh Maharaja.
Peranan Pembesar
Golongan pembesar memain peranan yang penting dalam pentadbiran. Kemajuan dan
kemunduran kerajaan berdasarkan kebijaksanaan pembesar dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab oleh pemerintah. Pembesar secara umumnya dibahagikan beberapa peringkat
serta bahagian dan mempunyai tugas-tugas tertentu. Pengkhususan tugas yang sistematik telah
dibentuk berdasarkan jawatan yang disandang oleh pembesar.Pembesar mesti bertanggungjawab
terhadap tugas yang diberi supaya dapat mengekalkan jawatan yang disandang dan tidak diganti
dengan pembesar yang lain oleh Maharaja.
Pembesar dibahagikan mengikut kelas-kelas tertentu dengan bidang tugas masing-masing seperti
yang diarahkan oleh Maharaja. Pembesar diberi kebebasan untuk melaksanakan tugas mereka
sama ada di peringkat pusat, daerah dan kampong.
Peranan pembesar di peringkat pusat
Pembesar ini menjalankan tanggungjawab di ibu kota kerajaan dan istana. Pembesar
pusat terdiri daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan
maharaja dan menjadi orang kepercayaan Maharaja. Pembesar kanan digelar Quan atau
Mandarin yang bertanggungjawab menasihati dan membantu segala keputusan berkaitan urusan
pemerintahan dan pentadbiran. Pembesar kanan dipertanggungjawab mengetuai enam
kementerian utama (Quan), iaitu Quan Hal Ehwal Awam, Kerja Raya, Kewangan ,Upacara
,Kehakiman dan Peperangan.Pembesar kanan sangat berpengaruh dan berperanan pentimg dalam
kerajaan kerana mereka melaksanakan tugas-tugas maharaja. Mereka juga merupakan penegak

keadlian dalam kerajaan serta dilantik sebagai pentafsir undang-undang. Selain itu mereka juga
bertindak sebagai pegawai kehakiman dan mereka mendapat sokongan,sanjungan dan dihormati
oleh rakyat.
Dalam menjalankan pentadbiran, pembesar kanan telah dibantu oleh pembesar pusat.Pembesar
pusat dipertanggungjawab mengetuai jabatan-jabatan yang tertentu sepeerti Jabatan
Peperangan,Jabatan Kehakiman, Jabatan Percukaian dan sebagainya.

Peranan pembesar di peringkat daerah


Pembesar wilayah dan daerah pula akan mentadbir wilayah atau daerah tertentu dan mempunyai
bidang kuasa tertentu. Pembesar daerah mempunyai tanggngjawab penuh kepada maharaja di
peringkat pusat. Kedudukan mereka akan terancam sekiranya mereka menentang perintah
maharaja. Pembesar daerah bertanggungjawab dari aspek melaksanakan semua urusan
pentadbiran di peringkat daerah masing-masing, serta mengutip cukai di daerah masingmasing.Pembesar daerah juga bertanggungjawab menjalankan upacara keagamaan dan adat
istiadat, mengambil dan melatih tentera untuk pertahanan kerajaan dan melaksanakan tugas
kehakiman di peringkat daerah.
Peranan Pembesar di peringkat kampung (komun)
Pembesar (komun) peringkat ini merupakan yang paling rendah sekali. Pada peringkat
ini pembesar terdiri daripada Majlis Orang Tua yang memiliki kebijaksanaan, pengetahuan dan
pengalaman yang luas tentang selok belok pentadbiran dan masalah yang berkaitan dangan
masyarakat kampung.Pembesar pada peringkat ini bertanggungjawab menjalankan semua
perintah dan arahan daripada pihak istana.Tanggungjawab tersebut seperti mengendalikan urusan
pentadbiran di peringkat kampong serta melaksanakan tugas kehakiman seperti kesalahan
jenayah kecil di peringkat kampung.Komun juga bertanggungjawab menyelesaikan semua
masalah dan menjaga kebajikan penduduk kampong serta menguruskan kutipan cukai.Mereka
juga memastikan penduduk bersatu dan menumpukan sepenuh kesetiaan kepada pemerintah
pusat yang diketuai oleh Maharaja.Komun juga bertanggungjawab memelihara pertahanan dan

mengekalkan keamanan di peringkat kampong serta kemakmuran ekonomi di peringkat


kampong.
Secara umumnya,pembesar mempunyai tanggungjawab yang penting bukan sahaja kepada
maharaja, tetapi juga para pengikutnya.Kedudukan status sosial,pengaruh dan kekayaan
seseorang pembesar sebenarnya adalah bergantung kepada ramainya bilangan pengikut
seseorang pembesar tersebut. Keperluan pengikut menjadi keutamaan kepada golongan
pembesar untuk melaksanakan semua tugas yang diarahkan oleh maharaja.

Anda mungkin juga menyukai