Anda di halaman 1dari 3

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan Kepada Pendidik

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan


seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru
permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan
aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni
dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam
proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada
seorang pendidik seperti:
1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang berketrampilan dan
professional.
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita
untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang,
berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian
atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui
aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan
diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan
murid-murid tersebut.
2) Membantu
pembelajaran.

guru

melaksanakan

dengan

mudah

proses

pengajaran

dan

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,
muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.
Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan
perpindahan pembelajaran.
3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh
Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni
membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka
dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu,
dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4) Guru dapat mempelbagaikan
pembelajaran.

teknik dan strategi dalam pangajaran dan

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat


tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakan sekolah memberi penekanan kepada kecergasan

linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong
seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi
pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran.
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri
untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang
bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat
dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran


Seni Dalam Pendidikan ialah:1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran
belajar.
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina
keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini.
Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan
kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang
lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya
dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk
mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.
2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap
kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita
memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh
menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran
meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.
3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
Kreativiti semulajadi akan merangsang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada
keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan
personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita
dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian
masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan esteem kendiri dan
menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat
menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.
4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak
kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan.

Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi
kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam
pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih
menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka,
hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita.
5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan
kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,berimaginasi dan
kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait
antara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam
kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan
penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi
5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat
memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni
dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat
merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat menggalakkan pelajar
bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang
digunakan ini.

Anda mungkin juga menyukai