Anda di halaman 1dari 2

Ppi forum:

Bincangkan senario keusahawanan di Malaysia sejak 5 tahun yang lepas. Tulis


pandangan anda sebanyak 250 perkataan

Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh


ditakrifkan sebagai seseorang yang menjalankan inovasi, kewangan dan
perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi
pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi.
Pada pandangan saya, senario keusahawanan di Malaysia sejak 5 tahun
lepas di lihat telah berubah dengan drastiknya akibat dari ledakan
penjualan dan pemasaran secara atas talian.
Ledakan ini sebenarnya telah mewujudkan ramai usahawan baru dan
merancakkan lagi dunia perniagaan. Kebanyakkan usahawan ini
mempunyai produk sendiri atau menjadi reseller dimana mereka
mengambil produk secara pukal dari pengeluar asal dan memberikan
jenama mereka sendiri. Ada juga usahawan yang cuba memberikan
sentuhan sendiri seperti mengubah suai atau menambah ciri ciri tertentu
kepada produk asal dan menjual dengan jenama ekslusif. Contoh yang
paling mudah adalah produk tudung atau hijab.
Senario keusahawan di Malaysia juga di lihat berkembang dengan
pesatnya hari dari pemasaran secara atas talian. Jika dilihat senario
sebelum ini, seorang usahawan sukar untuk memperkenalkan produk
mereka kepada bakal pelanggan. Keadaan ini menyebabkan usahwanan
terpaksa mengeluarkan modal yang banyak untuk tujuan marketing.

Berbeza dengan keadaan sekarang, usahawan mudah untuk menguji


produk mereka sama ada boleh dijual atau tidak. Usahawan boleh
memulakan perniagaan secara kecilan dirumah dengan modal yang
minimum. Seandainya produk mendapat sambutan, langkah untuk
mengembang kan perniagaan dapat di mulakan.
Bukan sahaja produk produk pakaian, malahan segala jenis produk sangat
mudah di perkenalkan di pasaran secara online. Usahawan boleh
melalukanya dia media sosial secara berbayar atau pun percuma. Mereka
hanya memerlukan gambar dan menyertakan maklumat maklumat
berkenaan produk mereka. Jangan terkejut jika anda dapat melihat
binatang seperti kucing juga di jual di atas talian.
Senario ini sebenarnya memberi peluang kepada ramai orang untuk cuba
menceburi bidang keusahawanan seterusnya mewujudkan persaingan
yang sihat. Ini adalah senario yang baik untuk pengguna kerana mereka
dapat memilih tanpa dipengaruhi oleh penjualan secara konvensional.
Usahawan pula tidak lagi perlu mengeluarkan modal yang besar untuk
mengadakan permis perniagaan mereka.

Anda mungkin juga menyukai