Anda di halaman 1dari 9

Soalan

Tulis karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.


Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara
menjaga kesihatan diri

Contoh Jawapan
Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita
perlu mengutamakan kesihatan diri dengan mengambil langkah-langkah yang perlu
untuk memastikan kesihatan kita sentiasa baik.
Antara cara untuk mengekalkan kesihatan diri adalah dengan bersenam.
Bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu, kira-kira 30 minit bagi setiap sesi, dapat
menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, serta mencergaskan badan.
Kita juga boleh berjoging atau bersukan sebagai satu daripada kaedah bersenam.
Kebersihan juga penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlu sentiasa
membersihkan badan, contohnya dengan mandi, menggosok gigi, dan bersyampu. Hal
ini dapat menjauhkan kuman yang menjadi punca pelbagai penyakit.
Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal sihat.
Elakkan memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu,
pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga perosak atau bahan cemar yang
boleh mendatangkan penyakit.
Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkan
pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan yang boleh menyebabkan
pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi, dan penyakit jantung.
Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangi diri
demi kesejahteraan hidup.

Fakta: Berjimat-cermat Amalan Mulia


Tulis sebuah karangan tentang faedah berjimat-cermat.

Berjimat-cermat Amalan Mulia


Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat
bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja
tanpa pembaziran.
Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita
boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti
boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku-buku latihan
dan sebagainya lagi.
Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan
kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga akhirnya barangan
tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan
masalah hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang
untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka
terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik
mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan
tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke
klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan.
Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas,
pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimatcermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta
mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

KEBAIKAN MENABUNG

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang untuk masa hadapan. Sikap suka
menabung perlu dipupuk sejak kecil. Menabung mempunyai banyak kebaikan.

Antara kebaikan menabung ialah kita dapat mengamalkan sikap berjimat cermat. Oleh
sebab itu, kita perlu merancang segala perbelanjaan harian. Kita hendaklah membawa bekalan
air dan makanan ke sekolah. Justeru, baki duit yang diberi ibu bapa dapat disimpan ke dalam
tabung.

Apabila kita menabung, kita mempunyai wang simpanan. Jika kita menyimpan di dalam
bank, kita akan mendapat sebahagian keuntungan atau faedah bank. Selain itu, wang
simpanan ini juga bolek digunakan untuk menampung perbelanjaan kita untuk melanjutkan
pelajaran ke universiti. Kita juga boleh membeli barangt-barang keperluan diri kita dengan wang
simpanan.

Menabung juga dapat membantu keluarga apabila ditimpa kesusahan. Jika kita sakit,
wang itu juga boleh digunakan untuk mendapatkan rawatan. Selain itu, wang ini juga boleg
digunakan jika ahli keluarga kita sakit atau ditimpa kemalangan.

Sesungguhnya menabung adalah amalan mulia dan banyak manfaatnya, bak kata
pepatah, beringat sebelum kena, berjimat sementara habis. Oleh itu, mulalah menabung dari
sekarang kerana sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Fakta: Kebaikan-kebaikan Membaca


Membaca mempunyai banyak kebaikannya. Ibu bapa haruslah memupuk
minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Apatah lagi pada masa
ini bahan bacaan yang sesuai seperti surat khabar, majalah dan sebagainya sangat
mudah kita dapati seperti di kedai-kedai berdekatan rumah atau melalui internet.

Antara kebaikan membaca ialah mengetahui perkembangan terkini dan


menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya apabila kita membaca surat khabar,
kita akan mengetahui berita semasa di dalam dan di luar negara sama ada berita
tentang ekonomi, politik, sosial dan lain-lain lagi. Ini tentu akan meningkatkan mutu
karangan kita kerana banyak fakta yang kita ketahui.

Selain daripada itu, membaca juga dapat menambahkan perbendaharaan


kata. Orang yang selalu membaca akan mampu menulis karangan dengan ayat
yang lebih gramatis kerana lebih banyak perkataan yang mereka ketahui atau
kuasai.

Di samping itu, orang yang rajin membaca akan memperoleh banyak


pengajaran dan pengalaman daripada pembacaan. Ini boleh dijadikan pedoman
untuk kebaikan mereka dalam kehidupan sehari-harian.

Membaca juga dapat merehatkan minda kita setelah penat belajar. Ini kerana
banyak bahan bacaan ringan yang baik dan menghiburkan kita seperti komik,
cerpen dan lain-lain lagi. Bagaimanapun, kita harus lebih cermat dalam memilih
bahan bacaan berunsur hiburan ini kerana ada juga yang tidak sesuai atau tidak
elok untuk dibaca.

Kesimpulannya, mengamalkan budaya membaca amatlah penting terutama


kepada para pelajar. Selain dapat mengisi masa lapang, aktiviti ini juga dapat
mengelakkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat. Oleh itu, kita
haruslah amalkan sikap suka membaca supaya kita cemerlang dalam pelajaran dan
menjadi kebanggaan guru-guru dan ibu bapa.

KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh
badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti
sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita
berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan
peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan
cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.
Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah
kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun
agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan
individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan
antara kaum dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara
bermanfaat.Sesi latihan
permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu
lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada
terjebak dalam gejala sosial.
Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya
kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri
mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita
telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin
bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita bersamasama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas
dan cergas.

Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum - Karangan Jenis Fakta

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan
kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan
persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan
kokurikulum.
Ada banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.Salah satu faedah kegiatan
kokurikulum ialah kita dapat memenuhkan masa lapang. Orang yang memenuhi masa lapang
dengan aktiviti berfaedah tidak terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan
aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih
setiap petang. Oleh itu masa lapang mereka terisi sepenuhnya.
Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada
berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha,
bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang jawatan pengerusi,
mereka akan belajar menjadi ketua. Begitu juga dengan jawatan-jawatan lain.
Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk
disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin
susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan sukan,, kita mesti
menepati masa. Jika terlewat, kita akan ketinggalan dan rugi.
Badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum. Kita boleh
menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar. Untuk menang
dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan. Dengan latihan itu kita akan
menjadi cergas. Badan akan mengeluarkan peluh. Kita akan menjadi sihat dan kuat. Kita juga
tidak akan mudah sakit.
Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap persatuan
dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum. Ada yang berbangsa
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul.
Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka.

KARANGAN UPSR (fakta) : Kepentingan Kelas Tambahan Murid-murid sekolah kini digalakkan
mengikuti kelas tambahan. Nyatakan Kepentingan mengikuti kelas tambahan.

Kelas tambahan bermaksud kelas pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di luar
waktu persekolahan atau ketima musim cuti sekolah.Ketika ini, kelas tambahan seakan-akan
menjadi suatu kewajipan bagi mana-mana sekolah. Pihak ibu bapa pula beranggapan kelas
tambahan ini perlu bagi meningkatkan prestasi pelajaran anak-anak.
Kelas tambahan ini biasanya menjadi pilihan utama ibu bapa kerana kelas ini boleh
diikuti oleh murid-murid secara percuma. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos
perbelanjaan ibu bapa. Tambahan pula, tenaga pengajarnya pula terdiri daripada guru-guru
sekolah itu sendiri.
Selain itu, kelebihan kelas tambahan ialah guru boleh memberikan banyak latihan
tambahan yang boleh meningkatkan keupayaan murid itu untuk menjawab soalan. Kaedah ini
juga dikenali sebagai latih tubi yang turut memberikan satu pengalaman kepada murid untuk
menghadapi realiti peperiksaan sebenarnya. Pengalaman menjawab yang dialami dalam kelas
tambahan berupaya memberikan satu keyakinan kepada murid tersebut dalam menghadapi
peperiksaan pula.
Di samping itu, kelas tambahan yang dijalankan biasanya memberikan lebih kefahaman
kepada murid-murid. Murid-murid yang lemah akan diberikan lebih tumpuan kerana kelas ini
tidak menekankan silibus. Oleh itu, kelas tambahan banyak membantu murid-murid sederhana
dan lemah untuk menguasai kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran.
Malah, kelas tambahan juga memastikan murid-murid memanfaatkan masa dengan
aktiviti yang berfaedah. Kelas tambahan yang diadakan selepas waktu sekolah biasa
menyukarkan murid-murid untuk bergaul dengan budak-budak nakal atau kacang hantu. Ini
dapat menghalang mereka terbabit dalam gejala yang tidak sihat seperti melepak dan
menghabiskan masa menonton televisyen.
Kesimpulannya, Kelas tambahan banyak menberikan manfaat. Oleh itu, ibu bapa harus
menggalakkan anak-anak mengikuti kelas tambahan untuk memastikan masa depan mereka
cerah.

CONTOH KARANGAN CERITA PENGALAMAN

Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR / Kem Kecemerlangan UPSR yang di sekolah
kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut.

Pada hari Sabtu bersamaan 10 Februari 2014, sekolah saya telah mengadakan
Program Motivasi UPSR. Program itu diadakan di Dewan Utama Sekolah Kebangsaan Air
Baruk. Program itu bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.
Penceramah program itu ialah Puan Marhaini, Guru Kaunseling sekolah saya.
Peserta yang menyertai program ini terdiri daripada 80 orang murid tahun 6 yang akan
menduduki peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Saya berasa sangat seronok dan
gembira kerana dapat menyertai program ini. Program ini diadakan adalah untuk memberi
motivasi kepada kami untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam UPSR. Selain itu,
program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kami tentang teknik belajar.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program itu ialah ceramah tentang teknik belajar.
Puan Marhaini menerangkan teknik belajar menggunakan peta minda. Kaedah peta minda ini
digunakan dalam membuat nota dan menulis karangan. Peta minda memudahkan kami
mengingati fakta .
Selain itu, kami juga diberikan latihan dalam kumpulan. Seramai 10 orang dalam satu
kumpulan. Sebanyak 8 kumpulan telah ditubuhkan. Pemudah cara aktiviti ini ialah guru-guru
mata pelajaran teras. Dalam aktiviti latihan dalam kumpulan, kami diberi tugasan untuk
membina peta minda yang berwarna warni.
Sepanjang program itu, saya dapat banyak pengalaman manis. Antaranya , saya diberi
peluang membentangkan hasil perbincangan . Pada mulanya saya berasa takut. Setelah diberi
semangat oleh ahli kumpulan , saya berasa yakin. Puan Marhaini memuji saya dan rakan-rakan
membentangkan hasil perbincangan dengan penuh keyakinan.

Saya berharap , saya dapat menggunakan teknik belajar yang diberikan oleh Puan
Marhaini dalam program itu. Program Motivasi UPSR ini memberikan banyak ilmu dan kaedah
belajar yang betul kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai