Anda di halaman 1dari 3

BERCERITA TAHAP SATU

TAJUK : TUPAI MENOLONG KAMBING.


Assalamualaikum warahmatulllaahi wabarakaatuh.
Terima kasih dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi
majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru,rakan-rakan
seterusnya hadirin sekalian.Berdirinya saya pada pagi yang penuh ceria ini
adalah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Tupai Menolong
Kambing.Dengar baik-baik ya kawan-kawan.
Di tepi sebuah hutan,ada sebatang pokok kelapa yang berbuah lebat
dan manis isinya.Semua tupai sangat suka datang ke situ.Setelah
makan,mereka bermain-main sambil berkejar-kejaran.Sedang mereka asyik
bermain,tiba-tiba Tolong !Tolong !.Mereka mencari suara
tersebut.
Rupa-rupanya ,suara itu milik seekor kambing jantan yang telah
terbenam dalam lumpur.Ia tidak dapat keluar dari lumpur tersebut. Kambing
jantan itu meminta bantuan tupai itu. Mana mungkin tupai yang kecil dapat
membantu kambing yang besar?
Tidak lama kemudian,seekor tupai yang bijak mendapat satu idea.Ia
minta kawan-kawannya mencari akar kayu.Setelah mendapatkannya,ia
menyambung akar-akar tersebut menjadi seutas tali yang panjang.Kemudian
ia melompat ke atas badan kambing lalu mengikatnya pada tanduk kambing
kuat-kuat.Sekawan tupai tersebut cuba menarik akar itu bersungguhsungguh,namun tidak berjaya.
Tupai yang bijak mendapat idea.Ia minta kawan-kawannya
mendapatkan bantuan binatang lain.Sedang asyik mencari bantuan,mereka
terjumpa beberapa ekor monyet sedang bermain.Harapan mereka agar
monyet
itu
dapat
menolong
.Namun,rayuan
Sang
Tupai
tidak
diendahkannya,malah monyet itu menyalahkan sang kambing atas
kecuaiannya.
Sang Tupai terus mencari dan meminta pertolongan binatang
lain.Rayuan demi rayuan diutarakan kepada binatang yang dijumpai seperti
badak,musang,kijang
dan
seladang,namun
pelbagai
alasan
diberikan.Semuanya mahu mengelak daripada memberikan pertolongan
kepada Sang Kambing.

Kawan-kawan mahu tahu apa yang terjadi selepas itu ?


Semua tupai berkumpul semula kerana tidak berjaya mendapatkan
bantuan.Mereka berasa letih dan lapar.Mereka pun makan buah kelapa yang
ada di pokok itu.Tiba-tiba mereka teringatkan Sang Kambing yang masih
belum makan.Mereka berikan isi kelapa muda kepada Sang Kambing.Sang
kambing mengucapkan terima kasih dan terus memakannya.
Selepas makan,tupai yang bijak itu pun duduk berfikir.Tidak lama
kemudian,ia pun mendapat satu akal.
Ia mengarahkan kawan-kawannya mengambil daun-daun kelapa kering
lalu meletakkannya di atas lumpur dekat dengan tempat kambing itu
terbenam. Setelah itu,mereka bersama-sama menarik keluar Sang
Kambing .Akhirnya dapatlah Sang Kambing keluar dari lumpur .Sang
Kambing mengucapkan terima kasih lalu beredar pergi.
Keesokannya hujan turun dengan lebat sekali.Setelah beberapa ketika,
banjirlah
tempat
itu.Semua
binatang
mencari
tempat
perlindungan.Lapar..sejukitulah yang dirasakan oleh penghuni
hutan.Setelah hujan berhenti, Sang Tupai yang kelaparan melompat dari satu
dahan ke dahan lain untuk mencari makan di tempat biasa, tetapi tidak
berjaya kerana terhalang oleh sebatang jalan.Lalu berkumpullah mereka
sambil berfikir.
Sedang asyik berfikir,datanglah Sang Monyet yang mereka jumpa
semalam.Mereka juga kelaparan kerana masih belum makan.
Pada masa itu,berlalulah seekor kambing yang tinggi.Rupanya-rupanya
itu adalah Sang Kambing yang terbenam dalam lumpur semalam.Tanpa rasa
malu,Sang Monyet minta Sang Kambing membantunya menyeberang
jalan.Namun,ia
mahu membantu Sang Tupai terlebih dahulu. Ia pun
berulang-alik menghantar mereka ke pokok kelapa yang dituju.Ia terasa
amat penat dan lapar.Mereka pun makan bersama-sama sehingga kenyang.
Banjir masih belum surut.Monyet-monyet kelaparan kerana masih
belum makan.Apabila mereka bertanya kepada kambing,kambing hanya
menyuruh mereka bersabar.Setelah berkali-kali bertanya soalan yang
sama,Sang Kambing pun mengingatkan perlakuan mereka kepadanya
semalam.Sang Monyet berasa amat malu.

Walaupun malu,mereka terus merayu.Akhirnya,kambing membawa


monyet-monyet itu naik di atas belakang badannya lalu menyeberang
jalan.Mulai hari itu,monyet-monyet tidak sombong lagi.

Ya kawan-kawan,
Kita tidak boleh sombong antara satu sama lain.Sekiranya kawan-kawan kita
memerlukan bantuan,kita hendaklah menolong dengan ikhlas.
Apa yang penting..kerjasama (lagu).
Sebelum saya mengundurkan diri,dengarkanlah serangkap pantun:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada rezeki mendatang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Wabillaahi
taufiq
wabarakatuh.

walhidayah

wassalaamualaikum

warahmatulllaahi