Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG PULAI

31300 KAMPONG KEPAYANG


PERAK DARUL RIDZUAN
3572939

TEL:05-

ABA 2062
_____________________________________________________________________________________
1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj.Kami:
SKSP/06/03/005(61)
Tarikh: 22 Februari 2016
Kepada
Pengerusi Depoh
Keretapi Tanah Melayu Berhad,
Depoh KTMB Batu Gajah,
Perak
Perkara : Memohon Sumbangan Minyak Hitam Untuk Kejohanan Sukan
Sekolah
Dengan sukacita perkara di atas dirujuk.
2.
Untuk pengetahuan tuan/puan, sekolah kami akan mengadakan Kejohanan
Balapan dan Padang pada 03 April 2016 (Ahad) dan pihak kami amat memerlukan
minyak hitam untuk membuat garis balapan di padang sekolah.
3.
Dengan ini, pihak kami memohon jasa baik tuan/puan agar dapat
menyumbang sejumlah minyak hitam agar dapat murid-murid sekolah kami
menjalankan aktiviti sukan dengan lancar. Jumlah yang kami perlukan adalah
sebanyak 5 biji tong di mana setiap tong sejumlah 20 liter tiap satu.
4.
Diharap pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan permohonan kami.
Segala jasa baik dari pihak tuan/puan amatlah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menjalankan tugas,
.................................................................
(EN ZAKI B. ISMAIL)
Guru Besar,
SK Simpang Pulai.

Sk

: 1. Fail Sukan