Anda di halaman 1dari 4

FOKUS : LATAR MASA

NOVEL DI SEBALIK DINARA


(DAYANG NOOR)
SOALAN
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan tiga latar
masa beserta contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.
(8 markah)
RANGKA JAWAPAN
ISI

HURAIAN

Novel yang saya


kaji ialah Di Sebalik
Dinara karya Dayang
Noor.
Terdapat
beberapa latar masa
dalam novel ini.

1) Farisha sampai di pintu apartmennya pada


jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia
menekan interkom minta bantuan teman
serumahnya, Shida untuk membuka pintu.

2)Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi


rumah abangnya untuk makan malam. Pada
Latar
masa waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua
yang
pertama berita yang menyedihkannya iaitu berita
adalah pada waktu penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya
malam.
hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
3)Seterusnya, pada waktu malam juga, Farisha
bersama Rosman dan Shida berbincang di
pejabatnya Secured Shell untuk meneliti
dokumen undang-undang projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab. Perbincangan tamat
pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit
kepala.
4)Peristiwa lain yang berlaku pada waktu malam
ialah Karl meninggal dunia pada jam 7.00
malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam
projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia
meraung, manakala Medina menangis teresakesak.
**Pilih satu atau dua huraian.

Latar
masa
yang
kedua adalah pada
waktu pagi. Antara
peristiwa
yang
berlaku pada waktu
pagi ialah:

1) Farisha gelisah menunggu kedatangan


Rosman yang berjanji untuk mengambilnya.
Mereka berjanji untuk bersama-sama ke
simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam
menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan
bermula pada jam 9.00 pagi.
2) Pada waktu pagi hari yang sama iaitu pukul
10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu Aqram
di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek
mini di Soft Lab untuk mereka berdua. Farisha
menyalin alamat e-mel Aqram.
3) Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja
di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida
bertemu dengan Khairul Anwar, manakala
Farisha bertemu dan mendapat penerangan
daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka
berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu yang
pelik pada wajah Alia.
**Pilih satu atau dua huraian.

Selain itu, terdapat


juga latar masa pada
waktu
petang.
Contoh
peritiwa
yang berlaku pada
waktu petang ialah:

1) Pukul 4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi.


Dia disoal tentang penyakit Farisha yang tibatiba pengsan di tempat kerja.
2) Pada waktu petang juga, Shida menyelongkar
peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika
ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masa
itulah, Shida terjumpa fail yang mengandungi
dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat
bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi
Farisha.
3) Pada waktu petang juga Rosman dan Shida
melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah

kerana membiarkan Farisha seorang diri


melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka
mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh
banyak bercakap. Mereka minta diri untuk
pulang dan berjanji akan datang pada hari esok.
4) Pada waktu petang juga dua orang suruhan
Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba
menembusi
pemikiran
Farisha
dengan
memasang peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka
merakamkan setiap isyarat yang diterima.
**Pilih satu atau dua huraian.

JAWAPAN GABUNGAN LENGKAP


Novel yang saya kaji ialah Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor.
Terdapat beberapa latar masa dalam novel ini. Latar masa yang
pertama adalah pada waktu malam. Farisha sampai di pintu
apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta
bantuan teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu. Pada waktu
malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam.
Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang
menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan kenyataan yang
dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.
Latar masa yang kedua adalah pada waktu pagi. Antara
peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah Farisha gelisah
menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya.
Mereka berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance.
Ketika itu jam menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula
pada jam 9.00 pagi. Peristiwa Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft
Lab juga berlaku pada waktu pagi. Shida bertemu dengan Khairul Anwar,
manakala Farisha bertemu dan mendapat penerangan daripada Aqram.
Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan nampak sesuatu
yang pelik pada wajah Alia.

Selain itu, terdapat juga latar masa pada waktu petang.


Contoh peritiwa yang berlaku pada waktu petang ialah Shida
menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk mencari jika ada ubat
yang dimakan oleh Farisha. Pada masa itulah, Shida terjumpa fail yang
mengandungi dokumen asal usul Farisha. Dia berasa sangat bersalah
kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha. Pada waktu petang juga
dua orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha
dengan memasang peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan
setiap isyarat yang diterima.
*Jawapan lain yang bersesuaian boleh diterima