Anda di halaman 1dari 11

HADITH PALSU ATAU REKAAN: MERUNGKAI KONTRADIKSI ANTARA ULAMA

DAN MASYARAKAT KE ARAH SATU ASAS


Mohd Farhan Md Ariffin,1 Khadher Ahmad2
Abstrak
Hadith merupakan sumber syariat kedua dalam Islam. Hadith memainkan peranan unggul dalam
pelbagai aspek kehidupan seorang Muslim.
Kata Kunci: Hadith mawdu, penolakan ulama, penerimaan masyarakat
Pendahuluan
Hadith merupakan salah satu sumber hukum (tasyri) yang amat penting dalam Islam. Ia
berfungsi sebagai penjelas dan pentafsir al-Quran bahkan sebagai penetap hukum sebagaimana
al-Quran. Imam al-Shafie menjelaskan bahawa hubungan antara hadith dan al-Quran adalah
untuk memperkuatkan hukum yang didatangkan oleh al-Quran, menerang atau menghuraikan
maksud al-Quran, dalil atau petunjuk nasakh dan mansukh serta mewujudkan hukum yang tidak
disebutkan oleh al-Quran.
Oleh sebab itu, sangat penting untuk menjaga dan mengawal al-Sunnah daripada generasi ke
generasi. Contohnya, ulama menetapkan pelbagai syarat yang ketat supaya sebuah hadith dapat
diterima dengan darjat sahih ataupun hasan. Selepas meneliti dan membuktikan kesahihan
sesebuah hadith melalui perawi hadith (sanad), mereka perlu mengkaji ayat dan kandungan
hadith (matan) sehingga mereka dapat merekodkan hadith yang dapat dijadikan sumber hukum.
Skop dan Metodologi
Dilakukan atas permintaan masyarakat
Pertanyaan yang meluas
Definisi Hadith Mawdu
Menurut etimologinya, ia berasal daripada perkataan akar (
) . Perkataan mawdu adalah
nama subjek dan mempunyai beberapa peringatan, antaranya menggaris, mereka, menganggur
dan melekat. Dari sudut terminologi, hadith mawdu memberi maksud himpunan kalam (katakata) yang dicipta dan didustakan oleh seseorang dengan menisbahkannya kepada Nabi SAW.
Sebenarnya ia tidak thabit kepada baginda Nabi SAW, tetapi dinamakan sedemikian sebagai
sindiran terhadap penciptanya.
Faktor-Faktor Kemunculan Hadith Mawdu
1 Pelajar Pascasiswazah PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.
2 Pensyarah Kanan, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Penyelewengan Terhadap Agama


Para sarjana Islam menggunakan istilah zindiq bagi merujuk kepada golongan tersebut. AlSakhawi berkata golongan ini adalah golongan yang menzahirkan Islam tetapi menyembunyikan
kekufuran atau tidak berpegang kepada agama. Golongan ini menggunakan hadith untuk
memporak-porandakan Islam, memecahbelahkan umat dan memasukkan penyelewengan dalam
perlaksanaan syariat.
Misalnya Abd al-Karim Ibn Abu al-Awja sebelum dibunuh oleh Muhammad Ibn Sulayman Ibn
Ali (Amir Basrah) semasa pemerintahan Khalifah al-Mahdi telah mengaku mencipta 4000
hadith yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram. Al-Mahdi pula berkata,
Telah mengaku di hadapan saya seorang zindiq yang telah mereka 400 hadith yang berlegarlegar sekitar orang ramai.
Memenangkan Pegangan dan Kepercayaan Dianuti
Fitnah dan perpecahan mula berlaku dalam kalangan umat Islam semenjak kewafatan Rasulullah
SAW. Ia mencapai kemuncaknya setelah peristiwa fitnah al-Kubra, iaitu pembunuhan Saidina
Uthman Ibn Affan RA. Setelah itu ia berlarutan sehingga terjadi Perang Siffin dan Jamal.
Semakin jauh manusia daripada zaman kenabian maka semakin banyaklah perpecahan dan
perselisihan. Antaranya ialah perpecahan politik. Perpecahan ini memfokuskan masalah
pemilihan Khalifah pemerintahan umat Islam. Dari sini lahirnya golongan Shiah, Khawarij di
samping golongan Ahl al-Sunnah yang sedia ada.
Selain itu, terjadi juga perselisihan dalam masalah akidah dan fiqh. Ia berpunca daripada
perbezaan pendapat dalam beberapa permasalahan sifat dan nama Allah, mengenai kerasulan,
kitab, Qada dan Qadar serta pelbagai perkara lagi.Kemudian lahir beberapa Madhahib alMutakallimin seperti Qadariyyah, Murjiah, Jahmiyyah, Mutazilah, Mutashabihat di Ahl Sunnah
wa al-Jamaah. Setiap golongan mempunyai pegangan akidah yang tersendiri.
Ditambah pula pada kurun kedua Hijrah, perselisihan di sekitar permasalah furu di dalam fiqh
yang memunculkan beberapa mazhab fiqh. Didorong pula oleh sentimen mahu memenangkan
mazhab pegangan masing-masing, serta menonjolkan keistimewaan imam-imam ikutan mereka,
maka timbullah hadith-hadith palsu bagi tujuan tersebut. Keadaan ini tidak berhenti setakat itu,
pihak lawan juga tidak berdiam diri dan mencipta hadith-hadith palsu bagi menjawab serangan
yang ditujukan kepada mereka.
Di samping itu, masalah fanatik terhadap kabilah, puak, kaum, bangsa dan warna kulit turut
menjadi pendorong di mana terdapat hadith-hadith palsu mengenai kelebihan bahasa Arab, Parsi
dan sebagainya. Malah, terdapat juga hadith palsu berkenaan kelebihan sesuatu tempat dan
mencela tempat tertentu.
Kecenderungan untuk mengajak kepada kebaikan dan al-Targhib wa al-Tarhib dalam
Keadaan Jahil
Golongan zuhhad dan ahli ibadah dalam mendorong dan merangsang orang ramai supaya
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan beribadah kepada-Nya turut mencipta hadith-hadith
palsu bagi tujuan tersebut. Berbekal dengan tujuan mereka yang baik tetapi kejahilan mereka

mengenai agama dan kecuaian serta mengikut kemahuan sendiri, mereka telah mencipta hadithhadith tersebut.
Ini termasuklah hadith-hadith mengenai kelebihan dan keistimewaan surah-surah al-Quran,
ibadat seperti solat sempena hari tertentu seperti siang Asyura dan malamnya, malam pertama
bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Id al-Fitr dan lain-lain lagi.
Di samping itu, terdapat juga hadith-hadith palsu yang diciptakan bagi mendorong manusia
supaya mengerjakan taat dan zuhud, berakhlak mulia dan melazimi amalan terpuji. Abu Ismah
Nuh Ibn Abu Maryam, Maysarah Ibn Abu Maysarah Ibn Abd Rabbuh adalah antara mereka
yang terlibat dalam mencipta hadith-hadith palsu mengenai kelebihan al-Quran.
Nuh apabila ditanya mengenai hadith yang dikatakan diriwayatkan oleh Malik daripada Iqrimah
daripada Ibn Abbas RA mengenai fadail al-Quran, surah demi surah, beliau berkata; Saya
melihat orang ramai meninggalkan al-Quran dan tertumpu kepada Fiqh Abu Hanifah dan
Maghazi Ibn Ishaq, lalu saya ciptakan hadith tersebut.
Kecenderungan Terhadap Kepentingan Duniawi
Kecenderungan dan tamak untuk memperoleh keseronokan dunia dan kemewahannya juga
adalah antara pendorong kelahiran hadith-hadith palsu. Ini adalah melalui beberapa perkara
misalnya bertujuan mendekati penguasa dengan mengharapkan balasan. Hal ini berpunca
daripada kelemahan iman dan jiwa individu tertentu demi mengambil hati penguasa sehingga
menyebabkan sanggup mereka hadith demi mengaut ganjaran material, pangkat dan kuasa.
Misalnya Ghiyath Ibn Ibrahim al-Nukhai yang sanggup berdusta dan menokok tambah hadith
kerana mengharapkan ganjaran daripada Khalifah al-Mahdi yang gemarkan berlaga burung.
Seterusnya ialah dari golongan pencerita (Qussas) dan penceramah (Wuaz). Mereka
mengharapkan ganjaran daripada orang ramai yang menghadiri majlis mereka. Semakin ramai
yang dating bererti semakin bertambah kutipan wang yang diterima. Justeru, mereka sanggup
mereka hadith bagi tujuan menarik perhatian ramai, sama ada dalam bentuk cerita, hikayat
dongeng dan khurafat. Walaupun kepalsuannya nyata, mereka sanggup mempertahankannya
dengan alasan-alasan yang batil. Al-Hafiz Zayn al-Din al-Iraqi turut menyatakan bahawa
golongan ini qussas dan wuaz seringkali menukilkan hadith tanpa mengetahui keadaannya
(sama ada sahih atau sebaliknya) terlebih dahulu.3
Di samping itu, satu lagi faktor yang mencetuskan rekaan hadith palsu ialah bertujuan melariskan
barang dagangan dan memuji atau mencela sesuatu pekerjaan. Demi melariskan jualan, mereka
sanggup mencipta hadith bagi menunjukkan kebaikan barangan tersebut. Misalnya, boleh
didapati hadith-hadith palsu yang banyak mengenai kelebihan terung, delima, anggur, kurma dan
sebagainya. Tidak terkecuali juga kelebihan sesetengah pekerjaan seperti jahitan, berbekam dan
lain-lain.
Selanjutnya ialah bertujuan mematahkan hujah lawan dan menguatkan alasan sendiri dalam
dekat atau diskusi. Ada dalam kalangan anggota masyarakat yang mendakwa berilmu, dengan
3 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 26.

berani sekali mencipta hadith-hadith palsu semata-mata untuk mempertahankan pendapatnya. Ini
berlaku dalam majlis ilmu yang berbentuk debat atau seumpamanya.
Akhirnya, hadith palsu direka atas kepentingan peribadi. Muhammad Ibn Abd al-Malik alAnsari misalnya telah mencipta hadith dengan menonjolkan kelebihan memandu orang buta
memandangkan beliau ialah seorang buta. Nafi Ibn al-Harith Dawud al-Ama yang merupakan
seorang buta peminta sedekah juga turut mereka sebuah hadith yang menjelaskan kelebihan
orang kaya yang gemar bersedekah yang menurutnya akan dikurniakan makanan yang
mengenyangkan di dunia.
Ciri-Ciri Hadith Mawdu
Hadith mawdu boleh dikenalpasti melalui beberapa tanda iaitu;4
Tanda-Tanda Pada Sanad
Perawi yang meriwayatkannya adalah pendusta (al-Kadhdhab) atau dikenal sebagai seorang
yang suka berdusta (maruf bi al-Kadhib).
Diketahui perawinya sebagai orang yang suka membuat hadith palsu dan hal ini (kepalsuan)
disahkan sendiri oleh pembuat hadith tersebut.
Wujud perkara yang boleh menunjukkan kepada pengakuannya atau melalui penelitian
terhadap keadaan riwayat (ilmu riwayah).
Wujud petunjuk-petunjuk (qarinah) pada diri perawi yang memberi pengaruh kepadanya
untuk mereka-reka hadith.

Tanda-Tanda Pada Matan


Memiliki lafaz yang lemah dari sudut bahasa Arab
Memiliki makna yang merosakkan (buruk)
Bertentangan dengan kaedah umum dalam bidang hukum dan akhlak
Mengajak kepada perbuatan yang menggalakkan syahwat dan maksiat
Bercanggahan dengan penyaksian ramai
Bercanggahan dengan kaedah perubatan yang disepakati
Bercanggahan dengan coretan sejarah dan sunnatullah dalam usul kejadian dan penciptaan
insan
Mengandungi keanehan dan keganjilan yang bertentangan dengan akal
Tanda-Tanda Lain
Bercanggahan dengan nas sorih dalam al-Quran
Bercanggahan dengan keterangan daripada hadith-hadith mutawatir
Bercanggahan dengan Qawaid umum dan hukum hakam yang ada di dalam al-Quran dan alSunnah
Bercanggahan dengan ijma ulama

4 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 13-16.

Menyokong mazhab/kabilah/puak/sekte/kaum tertentu


Keadaan riwayatnya yang tidak masyhur dan hanya diriwayatkan oleh seorang perawi
Mengandungi ganjaran pahala yang besar bagi perbuatan yang biasa
Mengandungi ancaman yang melampau sebagai balasan perbuatan keji

Contoh Hadith Mawdu Popular Yang Berlegar Dalam Masyarakat

Terjemahan: Apabila kamu mendapati terdapat hadith daripadaku yang tidak menyalahi
kebenaran, maka ambillah ia dan berhadithlah dengannya (sebagai hujah) walaupun (tidak thabit)
bahawa aku yang bersabda.

Terjemahan: Apabila ibu salah seorang daripada kamu memanggil namamu walaupun ketika
sedang solat, maka jawablah panggilannya. (Namun) jika bapamu yang memanggil, maka tidak
perlu dijawab. (Hadith ini diriwayatkan oleh Abd al-Aziz Ibn Aban al-Umawi. Beliau dikritik
oleh Ibn Main sebagai pendusta yang meriwayatkan hadith palsu)

Terjemahan: Jika salah seorang daripada kamu bersin ketika berkata-kata, maka saksikanlah
bahawa kata-katanya adalah benar. (Ibn Qayyim telah mengkritik hadith ini dengan mengatakan
bahawa perbuatan bersin tidak menjamin kesahihan kata-kata seseorang. Walaupun seseorang
bersin sebanyak seribu kali bersin, tidak akan sesekali menjamin kebenaran kata-katanya.)

Terjemahan: Sayangilah dalam kalangan manusia sebanyak tiga golongan (iaitu), orang mulia
dari kaum yang hina, orang kaya dari orang miskin dan orang alim di antara orang jahil.

Terjemahan: Minumlah kamu semua ketika (sambil) makan, ia akan cepat mengenyangkan
kamu semua. (Hadith ini batil malahan minum ketika makan adalah amalan yang tidak elok dan
tidak baik untuk penghadaman).

Terjemahan: Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina. Menuntut ilmu adalah kewajipan atas
setiap Muslim. (Ibn Jawzi turut meriwayatkan hadith sama dalam kitab al-Mawduat)

Terjemahan: Memakan ikan akan melemahkan tubuh.

Terjemahan: Seseorang pernah mengadu kepada Nabi SAW berhubung masalahnya memiliki
bilangan anak yang sedikit. Maka Nabi SAW memerintahkannya agar memperbanyakkan
memakan telur dan bawang merah.

Terjemahan: (Kelebihan) umatku ke atas umat-umat yang lain adalah seperti bulan dengan
bintang.

Terjemahan: Saya (Nabi Muhammad SAW) adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. (Hadith
ini dihukum mawdu oleh Ibn al-Jawzi dan al-Dhahabi)

Terjemahan: Apabila orang alim dan penuntut ilmu datang melewati sebuah kampung, Allah
SWT akan mengangkat azab dari (yang dikenakan terhadap penghuni) tanah perkuburan di
kampung tersebut selama 40 hari.

Terjemahan: Islam dibina atas kebersihan. (Imam al-Ghazali telah menyatakan hadith ini di
dalam kitab Ihya Ulum al-Din, akan tetapi al-Iraqi tidak pernah menjumpai riwayat sedemikian
yang thabit daripada Rasulullah SAW)

Terjemahan: Berfikir sejam lebih baik daripada beribadah selama setahun. (Hadith ini
disandarkan secara batil kepada Rasulullah SAW, bahkan ia sebenarnya berasal dari kalam ulama
Salaf)

Terjemahan: Cintakan negara sebahagian dari iman. (Hadith ini telah dikritik oleh Imam alZarkashi dan Sakhawi)

Terjemahan: Cintakan kucing sebahagian dari iman. (Hadith ini telah dikritik oleh Ali Qari dan
Saghani)

Terjemahan: Menghadiri majlis seorang alim (majlis ilmu) lebih baik daripada solat seribu
rakaat. (Hadith ini telah dikritik oleh Ibn al-Jawzi)

Terjemahan: (Kelebihan) doa ibu bapa kepada anaknya sebagaimana doa Nabi kepada
umatnya.

Terjemahan: Setiap bidah adalah sesat, kecuali bidah dalam hal ibadat.

Terjemahan: Dunia adalah tempat bercucuk tanam untuk akhirat. (Imam al-Ghazali telah
menyatakan hadith ini di dalam kitab Ihya Ulum al-Din, akan tetapi al-Sakhawi tidak pernah
menjumpai riwayat sedemikian yang thabit daripada Rasulullah SAW)

Terjemahan: Tiada delima di dunia ini melainkan biji benihnya berasal dari syurga.

Terjemahan: Sesiapa yang bercakap perkara dunia di dalam masjid, maka Allah SWT tidak
menerima amalannya selama 40 tahun.

Terjemahan: Sesiapa yang berusaha, maka dia yang akan mendapatkan (hasilnya).

Terjemahan: Sesiapa mengenal dirinya, maka dia telah mengenal Rabbnya.

Terjemahan: Matilah kamu sebelum kamu dimatikan.

Terjemahan: Anak zina tidak akan masuk syurga.

Terjemahan: Wudhu di atas wudhu sepertima cahaya di atas cahaya.

Terjemahan: Empat perkara yang tidak pernah puas: bumi dari hujan, perempuan dari lelaki,
mata dari pandangan dan telinga dari mendengar.

Terjemahan: Mati merupakan kafarah (penebus dosa) bagi setiap Muslim.


Refleksi Ulama Terhadap Hadith Mawdu
Para ulama hadith merupakan golongan paling arif dalam hal ini. Mereka mengetahui
pengharaman berbohong terhadap Rasulullah SAW adalah menyeluruh dalam semua perkara.
Ijma ulama turut mengharamkan secara total perbuatan berdusta atas nama Rasulullah SAW dan
termasuk dalam kategori dosa besar paling tercela.5
Hadith mawdu merupakan seburuk-buruk hadith daif. Perawi yang meriwayatkan hadith
mawdu tidak terlepas dengan dua keadaan iaitu tidak mengetahui tentang keadaan hadith yang
diriwayatkan itu mawdu atau meriwayatkannya sedangkan mengetahui kepalsuan hadith
terbabit.
5 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 24.

Dalam keadaan pertama, perawi tidak dikira berdosa kerana jahil dengan keadaan itu walaupun
dikira cuai kerana gagal mengkaji dan meneliti keadaan sebenar hadith. Sebaliknya
meriwayatkan bagi menerangkan kepalsuannya, adalah harus di sisi ulama untuk kepentingan
mengelak dan menghindarkan diri dan komuniti daripada bahaya hadith tersebut. Dalam keadaan
lain, jika diriwayatkan dalam keadaan tahu akan kepadaannya bukan untuk menerangkan
kepalsuannya, maka para ulama secara ijma mengharamkan perbuatan tersebut dalam semua
keadaan dan bidang sama ada akidah, syariat, fiqh, fadail dan sebagainya.6
Oleh itu, tidak boleh meriwayatkannya kecuali dengan disertakan penjelasan mengenai
pendustaan dan pembohongannya. Sesiapa yang mengatakan yang ia adalah hadith sedangkan ia
mengetahui itu adalah semata-mata pembohongan terhadap Rasulullah SAW, hukumnya sama
seperti bersekongkol dalam menyatakan pendustaan terhadap Rasulullah SAW.
Imam al-Dhahabi, Abu Muhammad al-Juwayni, Ibn Munir dan selainnya dalam kalangan kibar
ulama juga menghukum kafir kepada orang yang sengaja melakukan pendustaan atas nama
baginda Nabi Muhammad SAW sehingga mengubah perkara yang halal menjadi haram dan
begitu juga sebaliknya.7 Pendapat ini juga disokong oleh Ali Qari yang membolehkan dibunuh
sesiapa yang berdusta atas nama Rasulullah SAW serta mayatnya dibakar dengan api.8
Imam al-Nawawi turut mengatakan bahawa haram meriwayatkan hadith mawdu bagi mereka
yang mengetahui atau berat pada sangkaannya yang hadith tersebut palsu walaupun dalam
perkara al-Targhib wa al-Tarhib kecuali disertakan penjelasan mengenai kepalsuannya. Di
samping itu, tidak boleh menggunakan lafaz jazam (secara pasti misalnya Rasulullah SAW
bersabda) dalam meriwayatkannya sebaliknya disyaratkan menggunakan lafaz tamrid (misalnya
dikatakan).
Oleh itu menurut al-Khatib, wajib bagi para muhaddithin supaya tidak meriwayatkan sebarang
khabar ciptaan dan hadith yang batil lagi palsu. Sesiapa yang melakukan demikian, baginya dosa
besar yang jelas dan termasuk dalam kalangan pendusta atas nama Nabi SAW.
Dalam bab amalan, hadith mawdu lebih utama dari hadith daif untuk ditinggalkan oleh sebab
unsur kerosakan dan pendustaan yang terkandung di dalamnya. Para ulama bersepakat melarang
riwayatnya, apatah lagi untuk digunapakai dan beramal dengannya. Malah terdapat keterangan
yang jelas mengharamkan beramal dengan hadith mawdu. Zayd Ibn Aslam pernah mengatakan;
Sesiapa yang beramal dengan khabar yang sahih kepalsuannya, maka dia adalah khadam
syaitan.
6 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 16.

7 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 16.

8 Abi al-Hasan Muhammad Ibn Khalil Ibn Ibrahim Ibn Muhammad Ibn Ali al-Qawuqji, al-Lulu al-Marsu fi ma La Asl Lahu aw bi Aslihi
Mawdu, Beirut-Lubnan: Dar al-Bashair al-Islamiyyah, 1994, 24.

Refleksi Masyarakat Terhadap Hadith Mawdu


Walaupun di sebalik amaran keras ulama terhadap penularan hadith mawdu, penyebarannya
dalam kalangan masyarakat seolah-olah tidak pernah terhenti dan tidak berpenghujung. Di
Malaysia sendiri,
Laman sosial
Kempen anti hadith palsu
Satu Asas Dalam Menghadapi Penyebaran Hadith Palsu
Dakwah ulama tidak akan dikira sebagai berjaya selagimana tidak berbekas ke dalam hati
masyarakat. Ulama tidak sewajarnya meninggalkan masyarakat dalam keadaan jahil.
Pandangan ulama sewajarnya diterima secara meluas dan dihormati. Para ulama merupakan
pewaris para Nabi dalam menyampaikan dakwah dan tidak akan sekali-kali mengkhianati
amanahnya.
Cadangan panduan berinteraksi dengan hadith sekaligus membanteras penularan hadith palsu
1) Asal sesuatu hadith adalah daif
Kaedah utama yang wajib diketahui oleh setiap Muslim ialah asal sesuatu hadith adalah daif
sehingga dapat didatangkan bukti-bukti kesahihannya melalui penelitian terhadap lima syaratsyaratnya iaitu sanad bersambung, perawinya adil (tidak diragui pengamalan agamanya), dabit
(pemeliharaan yang baik terhadap hafalan atau penulisan kitab hadith), tidak ada syaz
(kejanggalan) dan illah (kecatatan). Jika salah satu tidak sempurna dan dipenuhi, bakal memberi
kesan kepada darjat hadith itu sendiri. Bagi masyarakat awam yang tidak berkemampuan dalam
bidang hadith, wajar merujuk kepada pandangan tokoh atau jaguh hadith.
2) Menukilkan hadith dari sumber asli sahaja
Menurut disiplin ilmu hadith, hadith-hadith wajib dinukilkan daripada kitab-kitab asli hadith (alMasadir al-Asliyyah). Hal ini merangkumi kitab-kitab hadith utama misalnya kitab sahih alBukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasai, Sunan Ibn
Majah, Musnad Ahmad, Muwatta Imam Malik, Sunan al-Darimi dan banyak lagi. Penyandaran
hadith-hadith dalam kitab asli tersebut adalah lengkap dengan nombor hadith, sanad (jalur
riwayat), matan (teks) dan penjelasan hukum hadith oleh ulama kemudian (tahqiq).
3) Berhati-hati dalam menukil hadith
Dalam hal ini termasuklah mengenalpasti kedudukan dan darjat hadith sebelum
menyebarkannya. Hadith-hadith yang didapati dari pelbagai sumber perlu dirujuk kepada kitab
hadith yang berautoriti (kitab asli hadith) atau penjelasan ulama hadith bagi mendapatkan
penjelasan mengenai keadaan riwayat sesuatu hadith. Cara ini boleh menjamin nukilan hadith
yang baik dan meninggalkan yang rosak atau cacat (palsu).
4) Membiarkan hadith-hadith yang meragukan, ajaib, pelik dan musykil sehingga datang
qarinah yang membuktikan kesahihan hadith

10

Hadith merupakan kalam mulia dan disandarkan kepada susuk tubuh manusia paling murni iaitu
Nabi Muhammad SAW. Sebaran hadith yang diperakui kehujahannya adalah ibadah dan jika
sebaliknya bakal mengundang dosa dan ancaman neraka. Oleh itu, seseorang wajib mengambil
langkah berhati-hati (ihtiyat) sebelum menyebarkan sesuatu hadith.
5) Bertanya kepada penuntut dan penyelidik hadith kontemporari
Kaedah terakhir yang boleh dilakukan oleh masyarakat awam bagi mendapatkan penjelasan
mengenai sesuatu hadith ialah bertanya kepada mereka yang pakar dan mempunyai pengetahuan
mencukupi dalam bidang hadith. Namun begitu, hal ini memerlukan masa bagi tujuan tinjauan
atau penyelidikan status hadith. Masyarakat awam boleh bersandar kepada pandangan pelajar,
tokoh atau ulama hadith dalam hal ini dan tanggungjawab meriwayatkan hadith sahih atau
ancaman neraka terhadap sebaran hadith palsu telah berpindah kepada tukang rujuk tersebut.
Kesimpulan
Generasi sahabat RA sangat memelihara hadis, mereka menghafaz bahkan ada yang menulis
hadith kemudian menyampaikan pula kepada generasi seterusnya. Mereka berusaha menjaga
hadith-hadith bagi memastikannya sampai kepada generasi hari ini dengan tepat sebagaimana
mereka menerimanya daripada Nabi Muhammad SAW. Kemudian muncul pula para alim ulama
yang mengarang karya-karya dalam bidang hadith agar ia dapat dipelihara dan difahami
masyarakat awam sebaik mungkin. Fenomena ini berterusan hinggalah ke hari ini sehingga ke
Malaysia.
Oleh itu,
Bibliografi

11

Anda mungkin juga menyukai