Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN TAHUN 2014

Bismilla hir rahma nir Rahim..


1. Yang Berusaha _____________________________
2.
3.
4

Jawatankuasa kerja majlis khatam Al-Quran

Ibubapa dan anak-anak yang dikasihi

6. Seterusnya peserta khatam al-Quran yang diraikan


Assalammualaikum warah matullah hi wabarakatuh..
Lembut bicara mengucapkan salam
Tangan dihulur penuh kemesraan
Majlis bermula bersulamkan kalam
Ahlan wa sahlan saya ucapkan

Alhamdulillah seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Pusat Pengajian Al-Quran
___________________________________________________________________________
Bagi tahun 2014 bersamaan 1436 Hijrah
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berusaha ____________
__________________ dapat bersama-sama mengimarahkan majlis Khatam Al-Quran yang
penuh keberkatan secara beramai-ramai di antara pelajar dewasa dan kanak-kanak dalam
semangat kekeluargaan yang utuh di dewan SK Parit Raja ini. Walaupun sederhana tetapi
kegembiraan dan kemeriahannya telah terpancar pada wajah peserta semua..
Semoga majlis ini akan dapat menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap kalam Allah
dan seterusnya mengangkat martabat Al-Quran ke tahap tertinggi dan dijadikan petunjuk dalam
melahirkan insan cemerlang di dunia dan di akhirat Insya Allah

Hadirin dan hadrat yang dirahmati Allah sekelian.,


Al-Quran diturunkan sebagai penyuluh
Menerangi hati membuka rahmat
Zikir munajat pembersih jiwa
Doa dipohon menjana takwa
Bagi memberkati dan kesejahteraan majlis ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepada Nya. Untuk itu, majlis mempersilakan al Fadhil Ustaz _________________
Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan..
DOA
Amin-amin Ya Rabbal Alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT

Hadirin dan hadrat yang dirahmati Allah sekelian.,


Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias di tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput mohon kata aluan
Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha _______________________________________
Untuk menyampaikan ucapan aluan dan merasmikan majlis khatam Al-Quran ini.
UCAPAN
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi yang merupakan amanat dan
pesanan berguna kepada kita.

Hadirin dan hadrat yang dirahmati Allah sekelian.,


Masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Dengan ini majlis mempersilakan AL Fadhil Ustaz
________________________________ untuk mengetuai dan memimpin Majlis Khatam AlQuran pada hari ini. Majlis dengan hormatnya mempersilakan..
BACAAN AL-QURAN

Alhamdulillah..Selesai sudah majlis khatam Al-Quran kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz di atas pimpinan bacaan al-quran tadi.
Majlis kita telah pun menghampiri kemuncaknya. Acara seterusnya ialah majlis penyampaian
sijil.
Bagi tujuan tersebut majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha
______________
Untuk menyampaikan sijil kepada para peserta..
Peserta Dewasa
Kanak-kanak

Alhamdulillah..Dengan upacara penyampaian sijil itu tadi maka berakhirlah majlis Khatam
Al-Quran bagi tahun 2014
Saya mewakili seluruh Jawatankuasa pelaksana Majlis Khatam Al-Quran mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan majlis pada hari ini. Semoga kita semua beroleh keberkatan
daripada Nya, Insya Allah..
Dikesempatan ini saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengendalikan majlis ini.
Akhir adalah datangNya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya jua.
Bunga mawar cantik berseri
Mekar disirami si embun pagi
Majlis Khatam Al-Quran mengundur diri
Semoga tahun hadapan berjumpa lagi

Marilah sama-sama kita membaca tasbih kaffarah dan surah Al-Asr

Sekian sahaja, salam hormat


Wa bil Lahit Taufiq Wal Hidayah
Wassalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh
Wa fi Amnil Lahi Taala
Wa ilal liqa. Maas salamah

Anda mungkin juga menyukai