Anda di halaman 1dari 35

Book Manuscript

Prinsip Pengurusan Risiko dan Insurans (2nd edition)


Hendon Redzuan & Rubayah Yakob

Bab 2

PENGURUSAN RISIKO
Objektif Pembelajaran
Selepas mempelajari bab ini, anda patut boleh:

Menerangkan langkah-langkah dalam proses pengurusan risiko

Menerangkan semua teknik kawalan risiko dan pembiayaan risiko

Menerangkan kaedah untuk mengenalpasti risiko

Membeza dan menerangkan semua kaedah penilaian risiko

Membincangkan kaedah untuk memilih teknik pengurusan risiko yang


sesuai.

isiko yang dihadapi oleh organisasi perlu diuruskan bagi mengelak organisasi
daripada mengalami kerugian tenat yang bukan saja boleh menjejaskan aset
dan perolehan, malahan boleh menyebabkan kebankrapan. Terdapat satu
pendekatan sistematik untuk menguruskan risiko yang dihadapi oleh individu
atau organisasi bagi meminimumkan kesan kewangan akibat sesuatu kerugian
yang berlaku. Kaedah ini dipanggil pengurusan risiko.
Pengurusan risiko merupakan satu pendekatan saintifik kepada masalah
risiko tulen. Objektifnya adalah untuk menghapuskan atau mengurangkan risiko
tulen yang dihadapi oleh individu dan firma perniagaan. Walaupun istilah

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

pengurusan risiko merupakan fenomena yang baru, namun sebenarnya ia sudah


dipraktikkan seawal pemeradaban lagi. Di negara kita, konsep pengurusan risiko
masih lagi diperingkat infancy. Kebanyakan organisasi masih tidak begitu
memahami konsep ini, walaupun mereka sebenarnya telah melaksanakan
pengurusan risiko dalam organisasi mereka. Kebanyakan organisasi beranggapan
bahawa pengurusan risiko adalah sama dengan insurans. Pengurusan risiko tidak
sepatutnya dikelirukan dengan pengurusan insurans.
Pengurusan risiko
merangkumi konsep yang lebih meluas dengan melibatkan berbagai-bagai teknik
untuk mengendalikan pendedahan kerugian. Insurans adalah salah satu daripada
teknik yang boleh dilaksanakan, tetapi bukanlah satu-satunya teknik
menguruskan risiko.
Walaupun boleh dilakukan oleh individu, pengurusan risiko lazimnya
dilaksanakan oleh organisasi, terutamanya sektor pembuatan, pengangkutan dan
pembinaan. Biasanya dalam sesebuah organisasi yang besar, pelaksanaan proses
ini menjadi tanggungjawab jabatan pengurusan risiko yang diketuai oleh
pengurus risiko (risk manager).

Definisi Pengurusan Risiko


Pengurusan risiko boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengenalpasti
pendedahan kerugian yang dihadapi oleh sesebuah organisasi dan memilih teknik
yang paling sesuai untuk menguruskan pendedahan tersebut.
Program pengurusan risiko adalah pendekatan sistematik untuk
menguruskan risiko tulen yang dihadapi oleh organisasi, dengan meramal
kerugian luar kawal yang mungkin berlaku dan mereka-bentuk serta
melaksanakan prosedur yang sesuai dengan tujuan meminimumkan bilangan
kerugian atau kesan kewangan daripada kerugian yang berlaku. Program ini
melibatkan proses pengenalpastiani pendedahan kerugian yang dihadapi oleh
organisasi dan pemilihan teknik yang paling sesuai untuk mengendalikan
pendedahan-pendedahan kerugian yang boleh menjejaskan aset dan perolehan
organisasi.

Objektif Pengurusan Risiko


Sebelum program pengurusan risiko dilaksanakan, organisasi perlu perlu
memutus dan menentukan dengan tepat apakah yang diharapkan oleh organisasi
untuk dicapai melalui program pengurusan risiko yang akan dilaksanakannya.
Objektif ini akan menjadi garis panduan utama kepada pengurus risiko dan
pasukannya dalam melaksanakan tugas mereka.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

Objektif utama rancangan pengurusan risiko bagi kebanyakan organisasi


adalah ketahanan (survival), iaitu keupayaan organisasi untuk bertahan daripada
kerugian serta memastikan organisasi boleh meneruskan operasi selepas sesuatu
kerugian berlaku. Objektif ini merujuk kepada pengelakan terhadap kerugian
katastrofi yang boleh menyebabkan organisasi bankrup atau terhalang daripada
menjalankan fungsinya. Seterusnya, ketahanan juga bermaksud memelihara
keberkesanan operasi demi memastikan organisasi tidak terhalang daripada
mencapai matlamatnya oleh risiko tulen atau kerugian yang timbul daripada
risiko tersebut. Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi disaman oleh pengguna,
organsisasi diharapkan masih boleh meneruskan perniagaan walaupun mungkin
terpaksa membayar sejumlah pampasan yang besar kepada pengguna tersebut.
Atau katalah sebuah organisasi
mengalami kebakaran yang mungkin
memusnahkan sebahagian besar premisnya. Melalui proses pengurusan risiko,
kesan kebakaran boleh diminimumkan, dengan itu operasi syarikat masih boleh
diteruskan .
Selain objektif ketahanan yang paling utama, banyak lagi objektif lain
program pengurusan risiko yang boleh dipilih oleh sesebuah organisasi. Pada
umumnya, objektif pengurusan risiko boleh dikategorikan sebagai objektif
sebelum kerugian (pre-loss) dan objektif selepas kerugian (post-loss). Objektifobjektif yang disarankan adalah seperti yang berikut.

Objektif Sebelum Kerugian:


(1) Ekonomi
Objektif ini bermaksud sesebuah organisasi perlu membuat persediaan
untuk menghadapi kerugian berpotensi secara yang paling ekonomik.
Persediaan ini melibatkan analisis kos program keselamatan, premium
insurans dan kos untuk pelbagai teknik mengendalikan kerugian. Objektif
ekonomi juga bertujuan memastikan keberkesanan penggunaan sumber
secara yang paling optima.
(2) Pengurangan Kebimbangan
Pendedahan kerugian boleh menyebabkan kebimbangan kepada pihak
pengurusan dan juga pengurus risiko. Misalnya, ancaman tuntutan
mahkamah daripada pengguna akibat produk rosak, ataupun kemungkinan
berlakunya bencana alam seperti gempa bumi atau taufan yang boleh
menyebabkan kemusnahan teruk terhadap premis perniagaan. Program
pengurusan risiko diharapkan dapat mengurangkan kebimbangan yang
wujud supaya semua pihak dapat melakukan tugas dalam keadaan tenteram
dan yakin.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

(3) Memenuhi Obligasi Undang-undang


Undang-undang menghendaki sesebuah firma melindungi pekerja daripada
kecederaan atau kematian akibat tugas dengan memastikan tempat bekerja
adalah selamat dan selesa, peralatan dan material yang digunakan juga
adalah selamat dan berfungsi dengan baik, pakaian keselamatan khas
disediakan bagi bidang tugas yang berisiko tinggi. Selain itu, firma juga
dikehendaki memasang peralatan keselamatan, misalnya alat pencegahan
kebakaran, membuang bahan buangan berbahaya seperti toksid secara
selamat, dan meletakkan label pada produk secara yang wajar. Kesemua ini
adalah antara obligasi undang-undang yang perlu dipenuhi oleh firma
sebelum berlakunya kerugian.

Objektif Selepas Kerugian:


(1) Ketahanan
Seperti yang telah dibincangkan, ketahanan bermaksud selepas berlakunya
kerugian, firma boleh menyambung operasinya walaupun mungkin
sebahagian sahaja, dalam tempoh masa yang wajar.
(2) Penerusan Operasi
Bagi sesetengah jenis perniagaan, keupayaan untuk meneruskan operasi
selepas berlaku kerugian sangat penting, supaya pelanggan dapat terus
menerima perkhidmatan yang diperlukan dan tidak berpindah kepada
pesaing. Organisasi seperti syarikat telefon, bank, dan firma-firma lain yang
berdaya saing perlu meneruskan operasi selepas berlakunya kerugian bagi
menjaga kepentingan pelanggan.
(3) Kestabilan Perolehan
Perolehan per sher perlu dipelihara bagi menjaga kepentingan pemegang
saham. Hal ini boleh dicapai jika organisasi meneruskan operasi selepas
kerugian berlaku walaupun mungkin terpaksa menimbulkan belanja
tambahan yang besar kerana organisasi mungkin terpaksa beroperasi di
lokasi yang lain atau menyewa mesin untuk operasi.
(4) Pertumbuhan Berterusan
Sesebuah firma boleh tumbuh melalui pengeluaran produk dan pasaran
baru, atau melalui pemerolehan (acquisition) atau percantuman (merger).
Oleh itu, pengurus risiko perlu mempertimbangkan kesan kerugian atas
keupayaan organisasi untuk tumbuh. Untuk terus tumbuh, firma misalnya
perlu berupaya mengeluarkan produk baru walaupun menghadapi sesuatu
kerugian.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

(5) Tanggungjawab Sosial


Objektif ini bertujuan meminimumkan kesan kerugian terhadap orang lain
dan juga masyarakat. Kerugian yang tenat yang dialami oleh organisasi boleh
memberi kesan buruk kepada pekerja, pembekal, penghutang dan
pengguna pada amnya. Oleh itu, perancangan perlu dibuat supaya walaupun
kerugian tenat dialami oleh organisasi, namun hubungan awam yang baik
dapat dipelihara.
Apabila objektif-objektif program pengurusan risiko firma sudah dikenal pasti,
mereka patut diakui secara formal dalam polisi pengurusan risiko korporat
(corporate risk management policy). Dokumen ini memberikan garis panduan
untuk mencapai program pengurusan risiko yang berkesan dan konsisten dengan
memberikan maklumat terperinci mengenai matlamat program yang hendak
dilaksanakan dan cara pelaksanaannya.

Proses Pengurusan Risiko


Proses pengurusan risiko melibatkan lima langkah yang perlu dilaksanakan oleh
organisasi dalam menguruskan risiko yang dihadapinya. Langkah-langkah dalam
proses pengurangan risiko adalah seperti berikut:
1.

2.

Mengenal pasti risiko


Mengenalpasti sebanyak mungkin pendedahan kerugian dan
berpotensi yang dihadapi oleh organisasi

kerugian

Menilai risiko
Mengukur dan menganalisa pendedahan kerugian, dan menganggarkan
kekerapan serta saiz kerugian berpotensi yang dihadapi oleh organisasi.

3. Memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang sesuai


Mempertimbangkan teknik-teknik pengurusan risiko yang boleh
dilaksanakan dan memilih gabungan teknik yang paling sesuai untuk
menguruskan pendedahan kerugian.
4. Melaksana teknik-teknik yang dipilih
Melaksanakan program pengurusan risiko berdasarkan gabungan kaedah
yang telah dipertimbangkan dan dipilih.
5.

Memantau dan mengkaji semula program pengurusan risiko


Memantau dan menilai hasil pelaksanaan, mengkaji semula program
pengurusan risiko yang dilaksanakan.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

Setiap langkah dalam proses pengurusan risiko akan dibincangkan dengan


mendalam dalam bab ini. Proses pengurusan risiko boleh digambarkan seperti
dalam Paparan 2.1 berikut.
Paparan 2.1
Langkah-langkah Dalam Proses Pengurusan Risiko

PROSES PENGURUSAN RISIKO


Pengenalpastian Risiko
Penilaian Risiko
Pemilihan teknik yang sesuai untuk menguruskan risiko
Pelaksanaan teknik yang dipilih
Pemantauan dan kajian semula program pengurusan risiko

Pengenalpastian Risiko
Sebelum sebarang langkah diambil untuk menguruskan risiko, risiko itu perlu
dikenal pasti terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, pengurus risiko perlu benar-benar
mengenali organisasinya dan memahami kesemua aspek yang berkaitan dengan
operasinya. Dalam proses ini, pengurus risiko perlu cuba mengenal pasti seberapa
banyak risiko yang boleh dihadapi oleh organisasinya, sama ada yang melibatkan
pendedahan kerugian yang besar mahupun yang kecil. Proses ini sememangnya
agak sukar, kerana ia perlu dijalankan secara berterusan dan bukanlah satu
perkara mudah untuk mengetahui kesemua risiko yang dihadapi. Sesetengah
jenis risiko mungkin dihadapi oleh sebahagian besar organisasi, manakala
sesetengah yang lain adalah unik kepada organisasi tertentu kerana setiap
organisasi mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi fungsi dan operasi.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

Pendedahan Kerugian Yang Lazim Bagi Kebanyakan Organisasi


Antara pendedahan kerugian yang lazim dihadapi oleh kebanyakan organisasi
adalah seperti berikut:
1.

Pendedahan Kerugian Harta


Bangunan, loji, struktur
Perabot, peralatan, bekalan
Peralatan pemprosesan data elektronik, software komputer
Akaun boleh terima, kertas berharga, rekod
Kenderaan milik firma

2.

Pendedahan Kerugian Liabiliti


Liabiliti produk
Pencemaran alam sekitar
Diskriminasi terhadap pekerja, pemecatan salah (wrongful
dismissal)
Liabiliti awam
Liabiliti pemilik tanah dan premis
Liabiliti majikan
Liabiliti profesional
Liabiliti salah amalan
Liabiliti pemilik kenderaan

3.

Pendedahan Kerugian Pendapatan Perniagaan


Kehilangan pendapatan akibat kerugian
Perbelanjaan berterusan selepas kerugian
Perbelanjaan tambahan
Kerugian pendapatan perniagaan kontinjen

4.

Pendedahan Kerugian Sumber Manusia


Kematian atau hilang upaya pekerja mahir
Persaraan atau pengangguran
Kecederaan industri
Penyakit pekerjaan (occupational disease)

5.

Pendedahan Kerugian Jenayah


Rompakan, kecurian
Sikap tidak amanah pekerja
Penipuan dan penggelapan wang
Pendedahan jenayah internet dan komputer

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

6.

Pendedahan Kerugian Faedah Pekerja


Kegagalan memenuhi peraturan kerajaan
Pendedahan pelan insurans kumpulan hayat, kesihatan dan
persaraan
Kegagalan membayar faedah yang dijanjikan.

7.

Pendedahan Kerugian Asing


Keganasan
Risiko mata wang asing
Risiko politik

Sumber Maklumat Untuk Mengenalpasti Risiko


Langkah pertama dalam pengenalpastian risiko ialah untuk cuba mendapatkan
sebanyak maklumat yang boleh mengenai organisasi, matlamat, fungsi dan
operasinya. Kefahaman yang mendalam mengenai organisasi serta operasinya, di
samping penggunaan sumber maklumat yang sesuai untuk mengenalpasti risiko
boleh menjamin pendedahan risiko yang penting tidak terlepas daripada
perhatian pengurus risiko. Antara sumber maklumat yang boleh digunakan adalah
soal selidik analisa risiko (risk analysis questionnaires), senarai semak
pendedahan (exposure checklists) dan penyata kewangan (financial statements).
Selain daripada itu, sumber-sumber lain yang boleh membantu pengurus risiko
mengecam pendedahan risiko yang dihadapi oleh organisasi adalahcarta aliran
(flow charts), pemeriksaan fizikal (physical inspection atau site-inspection),
pengalaman kerugian lampau (historical loss data), komunikasi dengan jabatanjabatan lain dan analisa rekod serta dokumen.

(a) Soal Selidik Analisa Risiko


Soal selidik analisa risiko memerlukan pengurus risiko untuk menjawab pelbagai
soalan yang boleh membantu untuk mengenal pasti pendedahan-pendedahn
kerugian yang besar dan kecil. Biasanya soal selidik ini mengemukakan soalansoalan yang mendalam dan bersifat penetrating, yakni jawapan yang diberikan
akan memberi penunjuk kepada kehadiran hazad dan keadaan yang boleh
menimbulkan risiko. Soal selidik analisa risiko biasanya direka untuk mengenal
pasti risiko yang boleh diinsuranskan dan juga yang tidak boleh diinsuranskan.
(b) Senarai Semak Pendedahan
Senarai semak yang tersedia boleh diperoleh dari konsultan pengurusan risiko
dan syarikat insurans. Senarai semak pendedahan biasanya menyenaraikan

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

pelbagai sumber kerugian berpotensi, dari kemusnahan aset fizikal dan tidak
ketara (intangible) hinggalah kepada liabiliti undang-undang. Oleh kerana
senarai kerugian yang dinyatakan dalam senarai tersebut adalah umum, maka
pengurus risiko yang menggunakan senarai ini perlu meneliti setiap kerugian
berpotensi yang di senaraikan dan mempertimbangkan sama ada kerugian
tersebut relevan dengan organisasinya. Bagi setiap butiran yang disenaraikan, dia
perlu menjawab soalan berikut Adakah sumber kerugian berpotensi ini boleh
dihadapi oleh organisasi saya?. Dengan menjawab soalan ini, proses
penyingkiran (elimination) dapat dilakukan terhadap pendedahan yang tidak
berkaitan dengan organisasi pengurus risiko tersebut dan akhirnya pengurus
risiko akan dapat mengumpul kesemua pendedahan yang relevan kepada
organisasinya.
(c) Penyata Kewangan
Analisa penyata kewangan syarikat banyak boleh membantu dalam proses
pengenalpastian risiko. Contoh kunci kira-kira Syarikat Ceria Beauty diberikan di
bawah. Senarai aset dalam kunci kira-kira misalnya, boleh memberi ingatan
kepada pengurus risiko mengenai aset-aset yang dimiliki oleh syarikat. Jika tidak,
ia mungkin boleh terlepas daripada perhatian pengurus risiko.
Pengurus risiko boleh menganalisis setiap butiran yang dinyatakan dalam
penyata kewangan dan cuba menganalisis risiko berpotensi yang dihadapinya.
Sebagai contoh, pengurus risiko boleh mengkaji butiran akaun belum terima.
Antara kerugian berpotensi yang boleh dihadapi di bawah butiran ini ialah
kegagalan memungut akaun daripada pembeli yang enggan membayar, atau
daripada pembeli yang meninggal dunia, atau daripada pembeli yang mengalami
kemerosotan kesihatan, atau daripada yang mengalami kemerosotan perniagaan
akibat peril yang menimpa seperti kemalangan atau kebakaran premis. Boleh jadi
juga berlaku kemusnahan terhadap rekod-rekod akaun belum terima yang
mengakibatkan hutang tidak dapat dikutip sepenuhnya daripada penghutangpenghutang.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

10

Paparan 2.2
Contoh Penyata Kewangan Bagi Pengenalpastian Risiko

Syarikat Ceria Beauty


Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2014
Asset semasa
Liabiliti semasa
Tunai
Akaun belum bayar
Pelaburan jangka pendek
Cukai
Akaun belum terima
Liabiliti jangka panjang
Inventori
Bon
Aset tetap
Modal dan lebihan
Tanah
Saham modal
Kilang & peralatan
Rezab
Untung tertahan

(d) Carta Aliran


Kaedah lain yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat syarikat adalah
melalui carta aliran. Carta aliran operasi dalaman menggambarkan sesebuah
firma itu sebagai satu unit pemprosesan. Melalui carta ini, apa-apa kontingensi
yang boleh mengganggu kelicinan proses boleh dikenal pasti.
Di bawah kaedah ini, carta aliran sesebuah organisasi diteliti dan bagi setiap
peringkat aliran, kerugian berpotensi dikenal pasti. Kaedah carta aliran biasanya
berguna kepada organisasi perniagaan dalam mengenal pasti sumber risiko
dalam proses pengeluaran produk. Soalan berikut boleh ditanya dalam proses
mengenal pasti kerugian Apakah peristiwa atau kejadian yang boleh menganggu
kesinambungan aliran proses pengeluaran daripada peringkat bahan mentah
sehingga peringkat barang siap?.
Contoh carta aliran ringkas bagi sebuah kilang pemasangan kereta
ditunjukkan di bawah ini. Misalnya, apakah langkah keselamatan yang diambil
keatas bahagian dan bahan sewaktu pemunggahan dilakukan dalam Peringkat 1?
Di manakah cat dan bahan solven disimpan bagi aktiviti Peringkat ke-2? Adakah
langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil untuk melindungi bahan-bahan
ini daripada kebakaran? Adakah lantai dibersihkan dan dipastikan bebas daripada
sebarang pelincir? Apakah langkah-langkah keselamatan yang diambil untuk
melindungi pekerja di sepanjang peringkat proses pengeluaran? Adakah apa-apa
bahaya yang boleh mengancam penyimpanan produk siap? Pelbagai lagi soalan
boleh ditanyakan oleh pengurus risiko. Hanya melalui pemeriksaan rapi terhadap
keseluruhan proses pengeluaran dapat memberikan gambaran penuh
pendedahan kerugian yang dihadapi.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

11

(e) Pemeriksaan Fizikal


Pemeriksaan fizikal keatas premis dan operasi organisasi dapat mengenalpasti
pelbagai pendedahan kerugian. Maklumat kerugian berpotensi yang penting
boleh diperolehi melalui pemeriksaan tapak atau pemeriksaan bahagianbahagian di dalam ppremis perniagaan. Pengurus risiko boleh meneliti situasi di
tempat-tempat berkenaan. Perbincangan dengan penyelia di sesuatu bahagian
boleh membantu mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai
operasi bahagian tersebut dan seterusnya mengenal pasti kerugian berpotensi
yang di hadapinya.
Paparan 2.3
Contoh Carta Aliran Proses Pengeluaran Sebuah Syarikat
Pemasangan Kereta

Peringkat 1
Bahan dan
bahagian
dihantar ke kilang
memproses

Peringkat 2

Peringkat 3

Mengecat,
memproses dan
mengering

Pemasangan
bahagian di main
assembly floor

Peringkat 5
Penyimpanan
produk siap di
gudang.

Peringkat 4
Ujian produk siap

(f) Data Kerugian lampau


Pengalaman kerugian yang pernah dialami oleh sesebuah organisasi amat
berguna untuk membantu pengurus risiko mengenalpasti kerugian berpotensi
yang dihadapi oleh organisasinya. Jika organisasi pernah mengalami sesuatu
kerugian, misalnya kebakaran, maka adalah jelas bahagian tanpa program
pengurusan risiko yang efektif, kerugian yang sama mungkin boleh berlaku lagi
dimasa depan. Pengalaman kerugian lampau organisasi lain yang operasinya
serupa juga boleh membantu untuk mengenalpasti kerugian berpotensi yang
mungkin berlaku.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

12

Data kerugian lampau juga boleh membantu pengurus risiko menentukan


skop dan tahap kerugian yang mungkin dialami oleh sesebuah organisasinya.
Sebagai contoh, jika sesebuah organisasi pernah mengalami kebakaran, kerugian
yang jelas adalah kerosakan kepada bangunan dan harta dalam bangunan
tersebut. Tetapi terdapat juga kerosakan lain yang perlu diambil kira, misalnya
kerosakan akibat air dan asap, kerosakan hartabenda atau kecederaan kepada
pekerja atau pelanggan, kehilangan perniagaan atau kehilangan pelanggan
sewaktu pembaikan dijalankan kepada premis perniagaan dan kehilangan kekal
pelanggan kepada pesaing. Data kerugian lampau boleh membantu pengurus
risiko mengenalpasti berbagai kerugian langsung atau tidak langsung akibat
daripada sesuatu peril yang berlaku.
(g) Interaksi Dengan Jabatan Lain
Komunikasi antara jabatan boleh memberi kesedaran kepada semua pihak yang
terlibat mengenai kehadiran risiko. Dan keduanya, ia dapat membantu pengurus
risiko mengetahui perkara yang sedang berlaku di organisasinya. Penyelia dan
pekerja di setiap jabatan lebih mahir mengenai risiko yang dihadapi di jabatan
masing-masing, oleh itu input daripada mereka sangat penting bagi membantu
proses pengenalpstian risiko. Selain membantu mengenalpasti risiko, penyelia
setiap jabatan juga boleh memberitahu pengurus risiko jika terdapat sebarang
perubahan dalam aktiviti, proses, harta, produk atau perkhidmatan yang
berkaitan dengan jabatannya. Maklumat ini boleh membantu pengurus risiko
mengenal pasti risiko baru yang mungkin timbul daripada perubahan yang
berlaku.

(h) Analisa Rekod dan Dokumen


Sejarah organisasi dan operasi semasanya dikandung di dalam berbagai-bagai
rekod. Rekod-rekod ini merupakan asas sumber maklumat yang diperlukan untuk
analisa risiko dan pengenalpastian pendedahan. Dokumen utama yang dianalisis
biasanya adalah penyata kewangan yang terdiri daripada penyata pendapatan
dan kunci kira-kira seperti yang telah dibincangkan diatas. Dokumen dan rekod
lain yang boleh digunakan adalah pajakan, jadual aset, rekod inventori, laporan
penilaian dan persetujuan jual-beli. Kesemua dokumen ini mengandungi banyak
maklumat mengenai sejarah organisasi, operasi, kedudukan kewangan , risiko dan
kerugian berpotensi yang dihadapi.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

13

Penilaian Risiko
Selepas risiko dikenalpasti, langkah seterusnya melibatkan proses untuk menilai
atau mengukur risiko yang dihadapi oleh organisasi. Adalah penting untuk
mengukur serta menilai pendedahan kerugian supaya ianya boleh diuruskan
dengan baik. Dua aspek risiko dan pendedahan kerugian perlu diteliti, iaitu
kekerapan kerugian (loss frequency) dan ketenatan kerugian (loss severity).
(1)

Kekerapan kerugian merujuk kepada bilangan kerugian yang mungkin


berlaku dalam tempoh masa tertentu, atau kebarangkalian berlakunya
sesuatu kerugian dalam tempoh masa tersebut.

(2)

Ketenatan kerugian merujuk kepada saiz kerugian yang mungkin berlaku


dalam tempoh tertentu.

Proses penilaian risiko melibatkan anggaran kekerapan dan ketenatan kerugian


yang mungkin berlaku.

Ukuran Ketenatan Kerugian


Walaupun pengurus risiko perlu menimbangkan kedua-dua kekerapan dan
ketenatan kerugian, namun ketenatan kerugian patut diberikan lebih perhatian
kerana satu kerugian katastrofi yang berlaku mungkin boleh memusnahkan terus
sesebuah firma perniagaan. Oleh itu, bagi setiap kerugian berpotensi, pengurus
risiko perlu menganggarkan dua ukuran ketenatan, iaitu kerugian maksimum
munasabah (maximum possible loss) dan kerugian maksimum mungkin
(probable maximum loss).
(a) Kerugian maksimum munasabah adalah kerugian paling besar yang
boleh berlaku kepada organisasi di sepanjang kewujudannya, di bawah
kombinasi keadaan yang paling teruk.
(b) Kerugian maksimum mungkin merujuk kepada kerugian paling besar
yang mungkin dihadapi oleh organisasi, di bawah keadaan biasa.
Sebagai contoh, katalah sebuah bangunan 10 tingkat bernilai RM10 juta.
Kebarangkalian untuk bangunan tersebut musnah sepenuhnya akibat kebakaran
boleh dikatakan hampir sifar. Hal ini kerana bangunan tersebut dilengkapi dengan
alat pencegahan kebakaran seperti penggera kebakaran, pengesan asap dan
sistem perenjis air. Sistem pencegahan kebakaran disambungkan ke balai bomba
berdekatan, jadi sebarang aktiviti kepada alat pencegahan akan dikesan oleh
pihak bomba yang akan memberikan respons dengan segera. Katalah berlaku

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

14

kegagalan tenaga (power failure) yang menyebabkan semua alat pencegahan


tidak berfungsi. Sistem sokongan (back up system) yang sepatutnya membantu
alat pencegahan berfungsi sewaktu ketiadaan tenaga mengalami masalah
teknikal yang menjadikannya tidak berfungsi.
Katalah kebakaran berlaku akibat litar pintar sewaktu tenaga mengalami
masalah. Bomba mungkin dapat dihubungi melalui telefon oleh orangramai,
tetapi pada masa yang sama berlaku gangguan bekalan air yang teruk di seluruh
kawasan berhampiran yang menyebabkan bomba tidak dapat memadamkan api
dengan air. Di bawah kombinasi keadaan paling teruk seperti yang digambarkan,
kemungkinan bangunan tadi untuk musnah sepenuhnya akibat kebakaran bukan
lagi hampir sifar. Oleh itu, bagi contoh ini, kerugian maksimum munasabah bagi
kerosakan fizikal bangunan adalah RM10 juta.
Namun, dalam keadaan biasa, alat pencegahan kebakaran masih berfungsi di
bawah sistem sokongan jika berlaku kegagalan tenaga. Pasukan bomba juga
berupaya untuk membantu mengawal kebakaran. Oleh itu, pengurus risiko
menganggarkan jika berlaku kebakaran, kemungkinan besar hanya 40 peratus
daripada bangunan itu akan musnah. Jadi, kerugian maksimum mungkin keatas
bangunan tersebut akibat peril kebakaran adalah RM4 juta.

Unit Kerugian
Satu lagi ukuran ketenatan kerugian dipanggil unit kerugian (loss unit). Unit
kerugian merujuk kepada jumlah semua kerugian kewangan yang boleh
ditimbulkan oleh sesuatu kejadian tertentu. Jumlah ini termasuk kerugian
langsung harta, kerugian turutan, kehilangan pendapatan, kerugian diri dan
kerugian liabiliti akibat berlakunya sesuatu kejadian, contohnya kebakaran atau
bencana alam. Untuk menentukan nilai unit kerugian, kerugian maksimum
munasabah bagi setiap pendedahan perlu dikira terlebih dahulu. Dan kemudian,
kerugian maksimum munasabah bagi semua pendedahan dijumlahkan untuk
memperoleh nilai unit kerugian. Organisasi mungkin boleh menanggung kerugian
maksimum munasabah daripada mana-mana satu pendedahan, tetapi tiada
jaminan kerugian akan hanya berlaku secara individu. Unit kerugian adalah cara
untuk memberi peringatan kepada pihak pengurusan mengenai potensi kerugian
katastrofi yang boleh dihadapi oleh organisasinya di bawah keadaan yang paling
teruk, iaitu jika beberapa kerugian yang tenat berlaku serentak.

Penilaian Risiko Menggunakan Penarafan


Setelah pengurus risiko menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian bagi
setiap jenis pendedahan kerugian, pendedahan-pendedahan ini boleh dibariskan
berdasarkan kepentingan relatifnya. Sebagai contoh, pendedahan kerugian yang
boleh menyebabkan firma menjadi bankrap adalah jauh lebih penting untuk

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

15

ditangani di dalam program pengurusan risiko berbanding dengan pendedahan


dengan kerugian berpotensi yang rendah.
Satu kaedah penilaian yang biasa digunakan adalah penarafan risiko
berdasarkan tahap kegentingannya (ranking of risk based on criticality).
Sesetengah risiko bersifat kritikal dan perlu diuruskan secepat mungkin sebelum
menjadi terlalu merugikan. Aspek penting yang patut dipertimbangkan dalam
membentuk kriteria penarafan ialah ketenatan kerugian berpotensi dan
kekerapan atau kebarangkalian kerugian berpotensi. Dua penarafan keutamaan
(priority ranking) boleh dibentuk, satu berasaskan kepada ketenatan dan satu lagi
berasaskan kekerapan kerugian atau kebarangkalian berlakunya kerugian.
(a) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Ketenatan
Di bawah penarafan keutamaan, kriteria utama yang digunakan memberi
tumpuan kepada kesan kewangan yang ditimbulkan oleh risiko. Oleh itu,
penarafan ini biasanya dibentuk berdasarkan ketenatan kerugian berpotensi.
Memandangkan julat saiz kerugian yang boleh berlaku amat besar, maka
sangatlah wajar risiko dan pendedahan ditarafkan berdasarkan kegentingannya.
Sesetengah risiko mungkin mengakibatkan ketenatan kerugian yang tinggi yang
boleh menjejaskan syarikat, oleh itu ia memerlukan perhatian segera berbanding
dengan risiko yang lain.
Kategori penarafan keutamaan berdasarkan ketenatan yang biasa digunakan
dalam industri insurans digambarkan seperti di bawah ini.
(i) Risiko kritikal (critical risks)
- semua pendedahan terhadap kerugian yang magnitudnya boleh
menyebabkan kebankrapan.
(ii) Risiko penting (important risks)
semua pendedahan dengan kerugian berpotensi yang mungkin tidak
menyebabkan kebankrapan, tetapi menyebabkan firma perlu
mendapatkan sumber dana daripada luar, misalnya melalui
pinjaman, untuk meneruskan operasi.
(iii) Risiko tidak penting (unimportant risks)
semua pendedahan yang kerugiannya boleh dibiayai oleh aset atau
pendapatan semasa tanpa menimbulkan beban kewangan yang
keterlaluan.
Pengagihan pendedahan kerugian ke dalam salah satu kategori penarafan di atas
memerlukan pengurus risiko menganggarkan amaun kerugian berpotensi yang
boleh ditimbulkan oleh pendedahan tersebut.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

16

Sebagai contoh, risiko tuntutan liabiliti yang dihadapi oleh sesebuah firma
merupakan risiko kritikal. Hal ini sedemikian kerana risiko ini boleh membawa
kepada kerugian yang tidak terhad amaunnya. Risiko kebakaran misalnya adalah
risiko penting. Kebakaran boleh membawa kepada gangguan operasi yang boleh
menyebabkan kehilangan pendapatan kepada firma. Risiko bahan mentah rosak
sebelum diproses merupakan contoh risiko tidak penting.
(b) Penarafan Keutamaan Berdasarkan Kekerapan
Walaupun ketenatan kerugian merupakan faktor utama dalam penilaian risiko,
faktor kekerapan atau kebarangkalian kerugian perlu juga diberi perhatian,
terutamanya untuk membezakan kalangan pendedahan yang mempunyai
ketenatan berpotensi yang hampir serupa. Jika perkara-perkara lain ditetapkan,
pendedahan yang bercirikan kekerapan yang tinggi wajar diberi lebih perhatian
berbanding pendedahan dengan kekerapan yang rendah.
Kriteria pengkelasan penarafan berdasarkan kekerapan yang sering
digunakan adalah seperti berikut:
(i) Hampir kosong (almost nil)
pada pendapat pengurus risiko, kejadian / peril / kerugian mungkin
tidak akan berlaku.
(ii) Sedikit (slight)
kejadian mungkin boleh berlaku, namun ia belum pernah berlaku dan
dijangka tidak berlaku pada masa depan.
(iii) Sederhana (moderate)
kejadian pernah berlaku sekali sekala pada masa lepas, dan dijangka
akan berlaku dimasa depan.
(iv) Pasti (definite)
kejadian memang sering berlaku dimasa lepas dan dijangka akan
berlaku lagi pada masa depan.

Sebagai contoh, risiko kemusnahan bangunan dan premis akibat ribut salji
mempunyai kebarangkalian hampir kosong untuk berlaku di negara kita. Risiko
gempa bumi berlaku di negara kita mempunyai kebarangkalian sedikit. Risiko
tuntutan liabiliti pengguna bagi sebuah organisasi mungkin dalam kategori
sederhana dan risiko kerosakan fizikal kepada kereta dan lori milik organisasi
adalah dalam kategori pasti.
Selain kaedah penarafan, risiko boleh juga diukur menggunakan taburan
kebarangkalian statistik dan analisis kuantitatif. Sebenarnya kaedah ini adalah

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

17

kaedah yang lebih tepat untuk mengukur kekerapan dan ketenatan pendedahan
kerugian. Bagi pembaca yang berminat, topik ini dibincangkan secara ringkas di
dalam Appendiks 2.1 diakhir bab ini.
Pengurus risiko perlu menganggarkan kekerapan dan ketenatan kerugian
bagi melihat kepentingan relatifnya seperti yang telah dibincangkan di atas. Dan
lagi, kekerapan dan ketenatan setiap pendedahan kerugian perlu dianggarkan
supaya pengurus risiko boleh memilih teknik-teknik pengurusan risiko yang paling
sesuai untuk menangani setiap pendedahan kerugian. Teknik-teknik ini akan
dibincangkan di bawah ini.

Teknik Pengurusan Risiko


Proses pengurusan risiko menangani risiko dengan mereka-bentuk dan
melaksanakan prosedur yang meminimumkan kerugian atau kesan kewangan
akibat pendedahan kerugian yang timbul. Prosedur ini dipanggil teknik atau
kaedah pengurusan risiko.
Teknik-teknik untuk menangani risiko boleh dikelaskan kepada dua
pendekatan, iaitu pendekatan kawalan risiko (risk control) dan pembiayaan
risiko (risk financing).
(1) Kawalan risiko merujuk kepada teknik-teknik yang mengurangkan kekerapan
dan ketenatan kerugian.
(2) Pembiayaanr risiko merujuk kepada teknik-teknik yang menyediakan
peruntukan bagi menampung kerugian.

Kawalan Risiko
Seperti yang dinyatakan di atas, kawalan risiko menggambarkan teknik atau
kaedah yang digunakan oleh organisasi untuk mengurangkan kekerapan atau
ketenatan kerugian. Kawalan risiko memberi fokus kepada meminimumkan risiko
kerugian yang dihadapi oleh organisasi. Teknik kawalan risiko yang utama terdiri
daripada
(a)
(b)
(c)

Pengelakan risiko
Pencegahan kerugian
Pengurangan kerugian

Kesemua teknik kawalan risiko akan dibincangkan satu persatu di bawah ini.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

18

(a) Pengelakan Risiko


Pengelakan (avoidance) bermaksud firma tidak akan terlibat dengan pendedahan
kerugian tertentu, dan andainya sudah terlibat, pendedahan kerugian tersebut
akan ditinggalkan.
Secara teknikalnya, pengelakan berlaku bila keputusan dibuat untuk
menghalang risiko daripada wujud langsung. Risiko perlu dielakkan andainya
organisasi enggan menerimanya. Sesebuah organisasi boleh mengelak daripada
terlibat dengan sesuatu risiko dengan cara tidak terlibat langsung dengan aktivitiaktiviti yang berisiko, atau memberhentikan (abandon) aktiviti berisiko yang
sedang dilaksanakan.
Contoh pengelakan risiko oleh firma perniagaan adalah keputusan untuk
tidak mengeluarkan sesuatu produk tertentu yang mungkin memberikan kesan
berbahaya kepada pengguna. Jika produk tersebut telah dikeluarkan,
pengeluarannya dihentikan. Keputusan ini diambil kerana wujudnya risiko liabiliti
tuntutan pengguna andainya pengguna mendapat kecederaan daripada
penggunaan produk tersebut. Satu lagi contoh, katalah Bank Amanah sedang
dalam perundingan untuk bergabung dengan Bank Tawakal yang sedang
mengalami masalah kewangan yang tenat. Amanah boleh mengelakkan diri
daripada terlibat dengan risiko masalah kewangan Tawakal dengan cara
membatalkan rancangan penggabungan.
Pengelakan risiko patut digunakan andainya kerugian yang mungkin berlaku
berpotensi menuju kearah katastrofi, dan juga risiko yang wujud tidak boleh
dikurangkan atau dipindahkan. Biasanya keadaan ini wujud bagi risiko yang
mempunyai kekerapan dan ketenatan kerugian yang tinggi. Sebagai contoh,
tuntutan liabiliti daripada pengguna yang mengalami kecederaan akibat
penggunaan sesuatu produk boleh jadi banyak bilangannya dan besar amaun
setiap satunya. Walau bagaimana pun, teknik ini biasanya digunakan sebagai
langkah terakhir, hanya apabila tiada alternatif lain yang sesuai digunakan. Untuk
memajukan diri dan perniagaan, risiko perlu diambil. Jika pengelakan digunakan
secara ekstensif, ada kemungkinan sesebuah firma akan gagal mencapai
objektifnya. Sebagai contoh, sebuah syarikat pengeluar yang dinamik dan inovatif
perlu bersedia mengeluarkan produk baru. Mereka tidak sepatutnya sentiasa
mengelak daripada risiko produk liabiliti kerana jika itu berlaku, syarikat akan
kehilangan daya saing.

(b) Pencegahan Kerugian


Pencegahan kerugian (loss prevention) merujuk kepada langkah-langkah yang
boleh mengurangkan kekerapan berlakunya sesuatu kerugian.
Program pencegahan kerugian menumpukan kepada usaha untuk mencegah
kerugian daripada berlaku. Program ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

19

mengurangkan kebarangkalian atau kekerapan berlakunya kerugian. Pencegahan


kerugian bertujuan mengurangkan bilangan atau kekerapan kerugian yang
berlaku.
Sebagai contoh, untuk mencegah kebakaran di sebuah premis perniagaan,
pemiliknya boleh memasang beberapa alat pencegah kebakaran seperti alat
pengesan asap dan dinding kalis api. Untuk mencegah pekerja daripada mendapat
kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan boleh memastikan tempat bekerja
adalah selamat, pencahayaan yang cukup, lantai yang tidak licin, mesin-mesin
yang berfungsi dengan sempurna, tanda-tanda amaran di tempat-tempat
tertentu yang memerlukan pekerja lebih berhati-hati, bahan-bahan kimia dan
radiasi yang disimpan dengan cermat dan lain-lain lagi. Kaedah yang boleh
mengurangkan kemalangan kenderaan antaranya adalah latihan untuk pemandu,
toleransi sifar terhadap penggunaan alkohol dan dadah semasa memandu,
penguatkuasaan undang-undang keselamatan jalanraya yang ketat.
Kaedah pencegahan patut dilaksanakan selagi kos pelaksanaan lebih rendah
daripada faedah yang akan diperoleh. Keadaan ini sesuai bagi kerugian
berpotensi dengan kekerapan tinggi dan ketenatan rendah, contohnya
kemalangan pekerja di tapak pembinaan.

(c) Pengurangan Kerugian


Pengurangan kerugian (loss reduction) merujuk kepada langkah-langkah untuk
mengurangkan ketenatan kerugian selepas ia berlaku.
Kadangkala, walaupun aktiviti pencegahan telah dilakukan, kerugian masih
juga berlaku. Oleh itu, program kawalan kerugian boleh dilaksanakan dengan
tujuan meminimumkan ketenatan dan kesan kewangan daripada kerugian yang
benar-benar berlaku. Ia melibatkan aktiviti-aktiviti yang boleh mengurangkan
ketenatan kerugian berpotensi.
Sebagai contoh, bagi mengurangkan kesan kebakaran, syarikat boleh
memasang beberapa peralatan seperti perenjis air automatik, alat pemadam api
dan penggera kebakaran pada premisnya. Untuk mengurangkan kesan
kemalangan jalanraya, pemandu kereta perlu memasang tali pinggang keledar,
manakala pemandu motosikal menggunakan topi keledar. Di tempat kerja,
contohnya di kilang pengeluaran atau tapak pembinaan, pekerja perlulah
mengenakan pakaian yang sesuai, misalnya memakai topi keselamatan, sarung
tangan, kasut boot dan lain-lain.
Sesetengah aktiviti pencegahan kerugian juga merupakan aktiviti
pengurangan kerugian. Katalah berlaku kemalangan ke atas seorang pemandu
yang memakai tali pinggang keledar. Jika kemalangan itu melibatkan hentakan
yang tidak begitu kuat, penggunaan tali keledar mungkin boleh mencegah
pemandu daripada mendapat kecederaan. Jika hentakan yang berlaku adalah

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

20

kuat, pemandu mungkin akan cedera, tetapi tali keledar itu boleh menghalang
daripada kecederaan yang lebih serius.
Di samping kaedah pengurangan kerugian, terdapat beberapa kaedah lain
yang boleh digunakan untuk mengawal ketenatan kerugian yang berlaku. Mereka
terdiri daripada kaedah pengasingan (segregation) dan penyelamatan (salvage).
Pengasingan
Pengasingan atau penyebaran aset boleh menghadkan ketenatan berpotensi
kerugian yang berlaku. Sebagai contoh, sebuah firma menyimpan barangan
siapnya sebelum diekspot di dalam tiga buah gudang yang terletak di lokasi yang
berbeza. Jika salah sebuah gudang terbakar, kerosakan terhad pada barangan
yang diletakkan di gudang yang tersebut sahaja. Andainya firma ini menyimpan
kesemua barang siapnya di dalam satu gudang sahaja, maka ketenatan kerugian
yang dialami pastinya akan lebih besar kalau berlaku kebakaran di gudang yang
tersebut.
Penyelamatan
Operasi penyelamatan selepas berlakunya kerugian boleh mengurangkan kos
kerugian. Sebagai contoh, jika berlaku kebakaran sesebuah rumah, mungkin ada
antara perabut atau perkakas yang terselamat. Maka barang yang tidak musnah
harus dipindahkan ke tempat lain yang selamat untuk mengelakkan barangan itu
daripada rosak akibat pendedahan kepada cuaca atau akibat peril tertentu seperti
kecurian.

Pembiayaan Risiko
Pembiayaan risiko merupakan teknik-teknik yang menyediakan peruntukan bagi
pembayaran kerugian selepas ia berlaku. Teknik-teknik ini memberi fokus kepada
persediaan yang dibuat bagi memastikan adanya dana yang mencukupi untuk
menampung kerugian yang benar-benar berlaku.
Pembiayaan risiko
menumpukan kepada penyediaan dan penggunaan dana untuk menghadapi
kerugian yang ditimbulkan oleh risiko yang masih wujud selepas teknik kawalan
risiko dijalankan.
Teknik pembiayaan risiko yang utama adalah:
(a) Bendungan
(b) Pindahan bukan-insurans
(c) Pindahan insurans
Kaedah-kaedah pembiayaan risiko akan dibincangkan satu persatu seperti
berikut.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

21

(a) Bendungan Risiko


Bendungan (retention) bermaksud organisasi akan menanggung atau
membendung sebahagian atau keseluruhan daripada kerugian yang berlaku
daripada sesuatu pendedahan kerugian.
Di bawah kaedah ini, risiko akan ditanggung sendiri oleh organisasi. Risiko
kerugian tidak dielak, tidak dicegah, juga tidak dikurangkan. Jika berlaku kerugian,
kos kerugian akan dibiayai menggunakan dana yang ada. Kaedah ini sebenarnya
merupakan kaedah utama menguruskan risiko bagi kebanyakan organisasi
perniagaan. Organisasi perniagaan menghadapi risiko yang tidak terhad
bilangannya. Dalam kebanyakan kes, tiada apa yang dilakukan untuk
menguruskan risiko tersebut. Ini bermaksud risiko tersebut dibendung oleh
organisasi. Namun sebenarnya kaedah bendungan hanya sesuai untuk kerugian
berpotensi dengan kekerapan dan ketenatan yang rendah.
Kaedah bendungan boleh berbentuk aktif atau pasif. Bendungan aktif
bermaksud bendungan yang dirancang, iaitu pengurus risiko telah
mempertimbangkan kaedah-kaedah pengurusan risiko yang ada dan
memutuskan untuk membendung sesuatu risiko tertentu. Bendungan aktif
bermaksud kaedah ini dilakukan secara disedari (conscious) dan sengaja. Manamana risiko yang dengan sengaja tidak dielak, tidak dicegah atau tidak dipindah
maka ianya akan dibendung. Misalnya kerugian kecil akibat pencopetan
(shoplifting) yang biasa berlaku di gedung membeli belah selalunya ditanggung
sendiri oleh pihak pengurusan gedung terbabit.
Bendungan pasif pula adalah bendungan yang tidak dirancang. Ia boleh
terjadi jika organisasi tidak menyedari bahawa ia terdedah kepada sesuatu risiko,
atau anggaran kekerapan atau magnitud kerugian lebih kecil daripada yang
sepatutnya. Sebagai contoh, sebelum kejadian tsunami di Pulau Pinang pada
Disember 2004, organisasi di sekitar tempat kejadian mungkin tidak menyangka
bahawa mereka terdedah kepada peril tsunami. Bendungan ini berlaku tanpa
disedari atau tanpa sengaja. Ia biasanya melibatkan risiko yang tidak dikenalpasti.
Kerugian yang dibendung tanpa dirancang boleh dibiayai menggunakan dana
yang ada.
Satu lagi pengkelasan bendungan adalah antara bendungan bertabung
(funded retention) dengan bendungan tidak bertabung (unfunded retention).
Dalam program bendungan bertabung, firma memperuntukkan aset untuk
menampung kerugian yang dibendung jika ia berlaku. Aset ini biasanya dipegang
dalam instrumen yang mudah dicairkan. Sesengah firma pula mempunyai
program bendungan yang disertakan dengan peruntukan belanjawan untuk
membiayai kerugian yang dibendung.
Selain itu, sesetengah firma yang besar menggunakan pelan insurans-sendiri
dan syarikat insurans kaptif untuk membiayai dan menguruskan risiko yang
dibendung.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

22

Insurans-Sendiri
Insurans sendiri (self-insurance) adalah satu program yang boleh dilaksanakan
oleh organisasi untuk membiayai kerugian yang dibendung. Ia melibatkan
perancangan kewangan untuk menampung kerugian berpotensi yang biasanya
tidak dapat dipastikan saiz dan kekerapannya. Di bawah program ini, organisasi
melakukan fungsi-fungsi tertentu syarikat insurans terhadap kerugian yang
dibendung itu. Antaranya ialah membuat ramalan saiz dan kekerapan kerugian
yang mungkin, menyediakan dana bagi membiayai kerugian yang berlaku dan
mengendalikan tuntutan yang berkaitan dengan kerugian yang dibendung itu.
Melalui program ini, pindahan risiko dan agihan kos kerugian berlaku di dalam
organisasi sendiri.
Elemen yang perlu ada pada organisasi yang hendak menjalankan program
ini adalah:

Kewujudan sekumpulan pendedahan yang cukup besar yang terdedah kepada


risiko kerugian yang hendak dibendung. Ini bagi membolehkan ramalan yang
baik terhadap kerugian dapat dibuat. Rekod-rekod kerugian lepas juga perlu
ada bagi membantu anggaran kerugian dibuat.
Organisasi mestilah mempunyai keupayaan untuk menyediakan dana bagi
menampung kerugian terjangka.
Organisasi perlu bersedia melaksanakan keperluan rancangan insuranssendiri, antaranya ialah pelaburan dana, penyimpanan rekod, pengurusan
tuntutan, aktiviti pencegahan kerugian dan analisa pendedahan kerugian.

Sebagai contoh, sebuah hospital swasta boleh membentuk program


insurans-sendiri bagi membendung risiko liabiliti profesional, iaitu apabila pesakit
menyaman hospital atas alasan kecuaian yang dilakukan oleh pakar perubatan
atau sebab-sebab lain.
Syarikat Insurans Kaptif
Selain pelan insurans sendiri seperti yang diterangkan di atas, terdapat satu lagi
kaedah insurans sendiri yang melibatkan penubuhan sebuah anak syarikat yang
dipanggil syarikat insurans kaptif (captive insurer).
Syarikat kaptif ditubuhkan dan dimiliki oleh sebuah syarikat induk. Tujuan
syarikat kaptif ditubuhkan adalah untuk mengeluarkan perlindungan insurans
kepada syarikat induknya. Risiko syarikat induk yang dipindahkan kepada kaptif
tersebut boleh ditanggung sepenuhnya oleh kaptif, atau boleh di reinsuranskan
sebahagiannya di dalam pasaran reinsurans. Syarikat kaptif sangat popular di
negara-negara seperti Amerika dan England, yang tujuan utama penubuhannya
ialah untuk memberikan perlindungan bagi sesetengah jenis insurans yang sukar
diperoleh, misalnya insurans liabiliti. Selain berupaya menginsuranskan risiko

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

23

syarikat induknya, perbelanjaan pentadbiran syarikat kaptif mendapat


pengecualian cukai. Dan lagi, pembelian insurans daripada syarikat insurans
melibatkan kos melepas (opportunity cost) kerana premium perlu dibayar terlebih
dahulu. Melalui pembentukan kaptif, syarikat induk boleh menggunakan dana
secara lebih produktif sehinggalah kerugian timbul.

(b) Pindahan Bukan Insurans


Pindahan risiko bukan insurans melibatkan proses pemindahan risiko kepada
pihak lain, sama ada syarikat insurans atau bukan syarikat insurans. Berbeza
dengan pindahan insurans, risiko tidak dikurangkan melalui proses pindahan itu.
Satu contoh pindahan risiko bukan insurans adalah proses lindung nilai
(hedging), yakni individu mengelak daripada risiko perubahan harga dalam
sesuatu aset dengan membeli atau menjual satu aset lain yang harganya berubah
dalam arah yang mengimbangkannya. Lindung nilai adalah satu teknik untuk
memindahkan risiko turun naik harga yang tidak menyenangkan kepada
spekulator dengan membeli dan menjual kontrak depan di bursa teratur,
misalnya di Bursa Derivatif Malaysia. Sebagai contoh, pasaran depan telah
dibentuk untuk membolehkan peladang melindungi diri mereka daripada
perubahan harga tanaman dari waktu menanam hingga waktu menuai.
Seseorang peladang boleh menjual kontrak depan, yang sebenarnya merupakan
janji untuk menghantar pesanan pada harga tetap di masa depan. Jika nilai
tanaman peladang merosot, nilai kontrak depan akan meningkat untuk
mengimbangi kerugian yang dialami.
Pindahan risiko boleh juga berbentuk aturan berkontrak, contohnya holdharmless agreement. Di bawah persetujuan ini, seorang individu secara sukarela
bersetuju untuk menanggung kemungkinan kerugian seorang yang lain. Sebagai
contoh, seorang penyewa bersetuju untuk bertanggungjawab atas kerosakan
yang dialami oleh premis yang disewanya seperti yang dinyatakan di bawah terma
pajakan (lease). Contoh lain, katalah Syarikat Biskut Tweety meminta Syarikat
Jalan Tom&Jerry membina jalan raya menghubungkan premisnya dengan jalan
besar. Tom&Jerry bersedia untuk melaksanakan pembinaan hanya jika Tweety
bersetuju untuk menanggung liabiliti jika Tom&Jerry disaman oleh pihak lain
akibat pembinaan jalan tersebut. Dalam kes ini, risiko liabiliti yang sepatutnya
ditanggung oleh Tom&Jerry dipindahkan kepada Tweety.
Risiko boleh juga dipindahkan kepada syarikat insurans, tetapi pindahan ini
dipanggil pindahan bukan insurans jika ia tidak memenuhi ciri insurans, iaitu risiko
tidak dikurangkan. Seperti yang akan kita lihat dalam bab seterusnya, salah satu
ciri insurans adalah pengurangan risiko yang boleh dicapai melalui pengunaan
Hukum Bilangan Besar. Namun hukum ini hanya boleh diaplikasikan jika terdapat
bilangan pendedahan yang besar.
Misalnya, seorang pembeli
gaun Puteri Diana mungkin mahu
menginsuranskan koleksinya. Ia boleh membeli perlindungan insurans dari

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

24

syarikat insurans. Walau pun insurer boleh menawarkan perlindungan, tetapi


oleh kerana bilangan pendedahan adalah kecil, hukum bilangan besar tidak dapat
digunakan, dan dengan itu risiko tidak dikurangkan. Contoh lain ialah model
terkemuka seperti Claudia Schiffer yang menginsuranskan anggota badannya dan
pemain bolasepak Wayne Rooney yang menginsuranskan kakinya. Sekali lagi,
walaupun perlindungan insurans diberikan oleh syarikat insurans, tetapi risiko
tidak dikurangkan. Oleh itu, pindahan risiko ini dikatakan pindahan bukan
insurans.

(c) Pindahan Insurans


Pembelian insurans merupakan teknik pengurusan risiko yang paling utama dan
dilaksanakan dengan meluas oleh organisasi perniagaan. Sistem insurans
melibatkan pemindahan risiko dan kesan kewangan akibat kerugian yang
dihadapi oleh organisasi atau individu kepada syarikat insurans. Kontrak insurans
dibentuk di antara syarikat insurans, dikenali juga sebagai insurer, dengan
pembeli insurans, atau insured. Di bawah kontrak insurans, insurer memberi
jaminan untuk membayar ganti rugi bagi kerugian yang dilindungi, sebagai
balasan kepada bayaran premium yang dibuat oleh insured.. Intipati insurans
adalah perkongsian kerugian (loss sharing) dan pengurangan risiko (risk
reduction).
Perkongsian kerugian
Sistem insurans membolehkan syarikat insurans meramalkan kerugian yang
berpotensi dialaminya. Berdasarkan kerugian yang dijangka, kos untuk
menampung kerugian diagih-agihkan di kalangan ahli-ahli sesuatu kumpulan
insurans secara adil dan saksama melalui kutipan premium. Oleh itu, ahli-ahli
kumpulan yang besar bilangannya sama-sama berkongsi kerugian dengan
menyumbang untuk membentuk dana bagi membayar ganti rugi kepada
beberapa ahli kumpulan yang ditimpa bencana yang diinsuranskan.
Pengurangan risiko
Bilangan pendedahan yang besar yang terdedah kepada risiko tertentu
dikumpulkan. Kerugian terjangka kemudiannya dianggarkan. Berdasarkan
hukum bilangan besar, semakin besar bilangan pendedahan yang diperhatikan,
semakin hampir jumlah kerugian sebenar kepada jumlah kerugian terjangka. Oleh
itu, semakin besar pendedahan, anggaran kerugian sebenar semakin tepat. Jika
anggaran kerugian semakin tepat, maka ketidakpastian terhadap kerugian
semakin berkurangan. Hal ini sedemikian kerana insurer dapat menjangkakan
jumlah kerugian yang akan berlaku, dan dengan itu dapat menyediakan dana yang

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

25

mencukupi untuk membiayai kerugian tersebut. Apabila ketidakpastian


berkurangan, maka risiko juga berkurangan. (Ingat bahawa risiko merujuk
kepada ketidakpastian terhadap kerugian.) Hukum bilangan besar akan
dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab akan datang.

Ringkasan Teknik Pengurusan Risiko


Kesemua teknik pengurusan risiko yang telah dibincangkan di atas boleh
digambarkan seperti dalam Paparan 2.4 berikut.
Paparan 2.4
Teknik Pengurusan Risiko

TEKNIK PENGURUSAN RISIKO

Kawalan Risiko

Pembiayaan Risiko

Pengelakan

Bendungan

Pencegahan
Kerugian

Pindahan Bukan
Insurans

Pengurangan
Kerugian

Insurance

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

26

Pemilihan Teknik Pengurusan Risiko


Selepas risiko dikenalpasti dan dinilai, langkah seterusnya adalah
mempertimbangkan semua alternatif yang boleh digunakan untuk menangani
risiko yang wujud dan seterusnya memilih kaedah yang paling sesuai untuk
dilaksanakan.
Pemilihan kaedah melibatkan pembuatan keputusan mengenai teknik mana
yang akan digunakan bagi menguruskan sesuatu risiko. Bagi sesetengah
organisasi, polisi pengurusan risiko korporatnya memberikan garis panduan
mengenai kriteria yang boleh digunakan dalam memilih teknik yang paling sesuai.
Dalam memutuskan mengenai teknik yang patut digunakan terhadap risiko
tertentu, pengurus risiko patut mempertimbangkan saiz kerugian berpotensi,
kebarangkalian ia berlaku, objektif dan visi organisasi, jumlah dana yang
diperuntukan bagi program pengurusan risiko, dan yang terpenting ialah
kebijaksanaan dan pertimbangan pengurus risiko itu sendiri. Faedah yang boleh
diperolehi dan kos yang ditimbulkan oleh setiap teknik yang dipertimbangkan
perlu dianggarkan. Dan kemudian, berdasarkan maklumat terbaik yang diperoleh
dan berpandukan polisi pengurusan risiko korporat syarikat, keputusan boleh
dibuat mengenai teknik yang patut dipilih untuk dilaksanakan bagi setiap risiko.
Lazimnya, gabungan beberapa teknik dijalankan serentak bagi sesuatu risiko.
Dua contoh berikut menunjukkan gabungan beberapa teknik pengurusan risiko
yang dipilih bagi menangani risiko kebakaran dan risiko kemalangan pekerja yang
dihadapi oleh sebuah organisasi.
Contoh 1: Risiko kebakaran premis perniagaan
Pasangkan alat pengesan asap (pencegahan kerugian)
Pasang alat perenjis automatik (pengurangan kerugian)
Beli insurans kebakaran berjumlah RM500,000 dengan had bendungan
RM10,000 (insurans dan bendungan).

Contoh 2:

Risiko kemalangan pekerja di tapak pembinaan bangunan

Pastikan tapak pembinaan adalah selamat serta mematuhi Occupational


Safety & Health Act. Pastikan pekerja memakai pakaian keselamatan sewaktu
bekerja. (pencegahan dan pengurangan kerugian)
Beli insurans pampasan pekerja yang melindungi pekerja yang cedera atau
meninggal sewaktu bekerja (insurans)
Sediakan dana yang akan membayar pampasan kepada keluarga pekerja yang
meninggal sewaktu diluar tugas (insurans sendiri atau bendungan)

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

27

Pada umumnya, pengurus risiko boleh menjadikan Matriks Pengurusan Risiko


seperti dalam Paparan 2.5 sebagai panduan asas bagi memilih teknik yang sesuai.
Walau bagaimanapun, pertimbangan yang saksama serta pengalaman pengurus
risiko memainkan peranan penting dalam proses pemilihan teknik pengurusan
risiko.

Paparan 2.5
Matriks Pengurusan Risiko

Kekerapan
Kerugian

Ketenatan
Kerugian

Teknik Pengurusan Risiko Yang


Sesuai

Rendah

Rendah

Bendungan

Tinggi

Rendah

Pencegahan Kerugian dan


Bendungan

Rendah

Tinggi

Insurans

Tinggi

Tinggi

Pengelakan

Di samping kepakaran dan pertimbangan pengurus risiko dalam memilih teknik


yang sesuai, terdapat kaedah matematik yang boleh digunakan untuk membantu
pengurus risiko membuat keputusan. Namun kaedah matematik ini agak teknikal
dan di luar skop buku ini.

Pelaksanaan Teknik Yang Dipilih


Selepas pemilihan dibuat, pengurus risiko perlu menghebahkan maklumat
berkaitan kaedah yang dipilih dan cara pelaksanaannya kepada pihak yang
terbabit supaya tindakan lanjutan dapat diambil. Jika keputusan dibuat untuk
membendung risiko tertentu, maka prosedur pentadbiran yang sewajarnya perlu
dilaksanakan bagi penyediaan dana untuk membiayai kerugian yang berlaku. Jika
kaedah pencegahan dipilih misalnya, maka program pencegahan kerugian yang
sesuai perlu dibentuk dan dilaksanakan. Keputusan untuk memindahkan risiko
kepada syarikat insurans perlu diikuti dengan pemilihan polisi yang sesuai dan
pemilihan syarikat insurans yang efisien dan reliable.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

28

Penilaian Dan Kajian Semula Program Pengurusan


Risiko
Langkah ini sangat penting untuk memastikan keberkesanan program yang
dilaksanakan. Ini adalah kerana risiko yang dihadapi oleh organisasi boleh
berubah. Teknik yang sesuai digunakan tahun lalu mungkin tidak lagi sesuai untuk
tahun ini kerana risiko yang berubah. Dan lagi, kesilapan didalam memilih teknik
juga boleh berlaku. Sesuatu kaedah yang telah dipilih untuk menguruskan
sesuatu risiko mungkin bukan merupakan kaedah yang terbaik untuk digunakan.
Penilaian dan kajian semula membolehkan pengurus risiko mengkaji keputusan
dan mengesan sebarang kesilapan yang telah dibuat.
Kajian semula program boleh dilakukan oleh pengurus risiko dengan
mengulangi setiap langkah dalam proses pengurusan risiko untuk menentukan
sama ada keputusan lepas masih lagi sesuai dengan keadaan semasa dan adakah
keputusan telah dilaksanakan dengan sebaiknya. Untuk itu, pengurus risiko perlu
mengkaji semula objektif program, mengulangi proses pengenalpastian, menilai
semula risiko yang telah dikenal pasti, dan mengesahkan kesesuaian teknik yang
telah dipilih. Akhir sekali, pelaksanaan teknik yang dipilih perlu dipantau untuk
memastikan keberkesanan dan kejayaan program pengurusan risiko yang
dilaksanakan.

Evolusi Proses Pengurusan Risiko


Secara tradisinya, program pengurusan risiko yang dijalankan oleh organisasi
adalah terhad kepada menangani risiko tulen seperti risiko harta, risiko liabiliti
dan risiko pekerja. Namun demikian, sejak kebelakangan ini, banyak organisasi
perniagaan mula meluaskan skop pengurusan risiko dengan mengambilkira risiko
kewangan spekulatif disamping risiko tulen. Pengurusan risiko kewangan
(financial risk management) merujuk kepada pengenalpastian, analisis dan
kaedah untuk menangani risiko kewangan spekulatif. Risiko-risiko ini antaranya
termasuk risiko kadar faedah, risiko harga komoditi dan risiko kadar pertukaran
mata wang.
Didorong oleh kejayaan pengurusan risiko kewangan, banyak organisasi telah
mengembangkan program pengurusan risiko mereka untuk merangkumi lebih
banyak risiko yang dihadapi oleh organisasi. Evolusi kepada proses pengurusan
risiko menyebabkan organisasi mula mempertimbangkan bukan saja risiko tulen,
malahan semua risiko yang dihadapi oleh organisasi untuk diuruskan dalam satu
program pengurusan risiko. Program pengurusan risiko yang menguruskan semua
risiko yang dihadapi oleh organisasi dipanggil pengurusan risiko enterprais
(enterprise risk management) atau ERM. Pengurusan risiko enterprais adalah
program pengurusan risiko yang komprehensif yang menangani risiko tulen, risiko
spekulatif, risiko strategik, risiko operasi, risiko kewangan dan lain-lain risiko yang

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

29

dihadapi oleh organisasi. Dengan menggabungkan semua risiko utama dalam satu
program pengurusan risiko bersepadu, firma perniagaan boleh mengimbangi
risiko terhadap satu sama lain. Hasilnya, risiko keseluruhan yang dihadapi oleh
firma boleh dikurangkan. Program pengurusan risiko enterprais juga dikenali
sebagai pengurusan risiko korporat (corporate risk management) atau
pengurusan risiko bersepadu (integrated risk management).

Rujukan
1.

Black, K. & Skipper, H.D. 2000. Life and Health Insurance. 13th edition.
Prentice-Hall, New Jersey, USA.

2.

Dorfman, M. S. & Cather, D. A. 2013. Introduction to Risk Management &


Insurance. 10th edition. Pearson Education Limited. New Jersey, USA.

3.

Hendon Redzuan, Rubayah Yakob & Mohamad Abdul Hamid. 2006. Prinsip
Pengurusan Risiko dan Insurans. Pearson Prentice-Hall. Kuala Lumpur.

4.

Redja, G. E. & McNamara, M. J. 2014. Principles of Risk Management &


Insurance. 12th edition. Pearson Education Limited. Global Edition.

5.

Vaughan, E.J & Vaughan, T. 2003. Fundamentals of Risk and Insurance. 9th
edition. John Wiley & Sons, Inc, USA.

6.

Zuriah Abdul Rahman & Hendon Redzuan. 2009. Takaful: The 21st Century
Insurance Innovation. McGraw-Hill. Kuala Lumpur.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

30

Appendiks 2.1
Penilaian Risiko: Kaedah Taburan Kebarangkalian Statistik
Di bawah kaedah ini, pengurus risiko akan cuba menganggar taburan kekerapan
dan kebarangkalian. Taburan kekerapan merujuk kepada bilangan kerugian
setahun daripada pendedahan tertentu, manakala taburan ketenatan merujuk
kepada taburan nilai ringgit yang hilang apabila kerugian berlaku. Selalunya,
matlamat pengurus risiko adalah untuk menggabungkan kedua-dua taburan ini
untuk mendapat taburan jumlah kerugian tahunan. Taburan jumlah kerugian
bergantung kepada bilangan kerugian dan ketenatan setiap kerugian yang
berlaku. Pengetahuan mengenai ketiga-tiga taburan ini berguna dalam
membantu pengurus risiko membuat pemilihan teknik pengurusan risiko yang
sesuai. Seperti yang akan kita lihat, pembentukan taburan kerugian bukanlah
satu perkara mudah. Banyak andaian yang perlu dibuat di sepanjang proses
pemerolehan. Oleh yang demikian, hasil yang diperoleh perlu diinterpretasi
dengan berhati-hati.
Model Kebarangkalian Untuk Pengurusan Risiko
Pengurus risiko selalunya berminat kepada tiga pemboleh ubah rawak (random
variables) yang menggambarkan sifat risiko yang dihadapi oleh sesebuah
organisasi. Pemboleh ubah rawak ini adalah bilangan kerugian, nilai ringgit manamana satu kerugian, dan jumlah nilai ringgit bagi semua kerugian.
Dalam buku ini kita akan gunakan pemboleh ubah rawak N, L dan T seperti
berikut:
(a) N mewakili bilangan kerugian yang akan berlaku dalam tempoh masa
tertentu, biasanya satu tahun.
(b) L mewakili nilai ringgit bagi mana-mana satu kerugian yang berlaku
(c) T mewakili jumlah nilai ringgit bagi semua kerugian yang berlaku dalam
tempoh tertentu, biasanya satu tahun.
Pemboleh ubah N berkait dengan kekerapan kerugian, manakala L berkaitan
dengan ketenatan kerugian. Jika L1 mewakili ketenatan bagi kerugian pertama
yang berlaku dalam tahun tertentu, L2 mewakili ketenatan bagi kerugian kedua
yang berlaku dalam tahun tersebut dan seterusnya, maka
T = L1 + L2 + L3 + + LN

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

31

Dua model yang berguna untuk menggambarkan ciri kekerapan kerugian


adalah taburan binomial dan taburan Poisson. Kedua-duanya akan dibincangkan
di bawah nanti. Untuk menggunakan model-model ini, beberapa paremeter akan
dianggarkan menggunakan data lepas.
Model yang disarankan untuk
menggambarkan sifat ketenatan kerugian adalah taburan normal, lognormal,
exponential dan Pareto. Oleh kerana kekompleksan model-model ini, hanya
taburan normal akan dibincangkan secara ringkas dalam bab ini.
Model Binomial
Taburan Binomial pada amnya digunakan sebagai model untuk menggambarkan
jumlah bilangan kerugian yang mungkin berlaku daripada sejumlah pendedahan
terhadap kerugian, dengan kebarangkalian P mana-mana satu pendedahan akan
mengalami kerugian dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh digunakan
bila kita mempunyai bilangan pendedahan tertentu yang diwakili oleh n. Model
ini mengandaikan bahawa setiap pendedahan boleh mengalami 1 kerugian sahaja
atau 0 kerugian dalam sesuatu tahun. Dan lagi, setiap pendedahan mempunyai
kebarangkalian P yang sama untuk menjana kerugian. Setiap pendedahan
dianggapkan tidak bersandar (independent) antara satu sama lain.
Di bawah andaian yang dinyatakan, fungsi taburan kebarangkalian binomial
bagi jumlah bilangan kerugian yang mungkin di alami di berikan oleh formula
berikut:
P(N=x) = .

n
px (1-p)n-x
x (n-x)

x = 0,1,2,3,...,n

dimana,
N
x
n
p

=
=
=
=

Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian


Bilangan kerugian yang mungkin berlaku dalam sesuatu tahun
Bilangan pendedahan kerugian
Kebarangkalian kerugian yang dijanakan oleh setiap pendedahan.

Nilai terjangka bilangan kerugian diwakili oleh E[N] = np dan variasi bilangan
kerugian diwakili oleh Var [N] = np (1-p ). Bagi menggunakan model Binomial,
parameter p perlu dianggarkan, biasanya dengan cara melihat pengalaman lepas
yang dialami oleh pendedahan-pendedahan yang sedang dinilai dan pendedahan
lain yang homogeneous.
Sebagai contoh, katalah terdapat 100 buah rumah yang diinsuranskan di
bawah insurans kebakaran oleh Insurer ABC. Anggapkan setiap rumah
mempunyai kebarangkalian p yang sama untuk terbakar sekali dalam tahun yang
akan datang, dan kebarangkalian 1-p untuk tidak terbakar. Katalah berdasarkan

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

32

rekod kebakaran lepas, dianggarkan nilai p = 0.0001. Oleh kerana terdapat 100
buah rumah, maka n = 100. Sekarang kita boleh membuat pengiraan berikut:
Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditetapkan:
P(N=0) = .

100
(0.0001)0 (0.9999)100 = 0.990049
0 100

Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 1:


P(N=1) = .

100
1 99

(0.0001)1 (0.9999)99 = 0.009901

Kebarangkalian jumlah bilangan kerugian adalah 2:


P(N=2) = .

100
2 98

(0.0001)2 (0.9999)98 = 0.000049

Nilai terjangka bagi bilangan rumah yang akan terbakar adalah np = 100(0.0001)
= 0.01 dan variasi di bawah model ini adalah np(1-p) = 100(0.0001)(0.9999) =
0.009999.

Model Poisson
Taburan kebarangkalian Poisson digunakan untuk menganggarkann
kebarangkalian sesebuah organisasi akan mengalami bilangan kerugian tertentu
dalam tempoh masa satu tahun. Model ini boleh diaplikasikan jika kita
mengambil kira bahawa setiap detik masa yang berlalu merupakan pendedahan
kepada kerugian. Ini bermakna, di bawah model ini, kerugian boleh berlaku pada
setiap ketika atau detik masa. Oleh itu, organisasi menghadapi pendedahan
kerugian yang tidak terhad bilangannya dalam sesuatu tahun. Di bawah model
Poisson, tempoh masa antara kerugian dikatakan mempunyai sifat memoryless.
Ini bermaksud, jumlah masa yang akan berlalu sebelum kerugian akan datang
berlaku tidak bergantung kepada jumlah masa yang telah berlalu selepas kerugian
yang lepas berlaku.
Jika kita menganggapkan setiap detik masa yang berlalu mempunyai
kebarangkalian yang sama untuk menjana kerugian, dan setiap detik tidak
bersandar antara satu dengan lain, maka taburan kebarangkalian Poisson bagi
bilangan kerugian yang boleh berlaku dalam tempoh masa tertentu dinyatakan
oleh formula berikut:

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO


P(N=x) =

e- x
x!

33

x = 0,1,2,....

di mana,
N = Pemboleh ubah rawak yang mewakili bilangan kerugian
= Purata kerugian yang dialami dalam sesuatu tahun (dianggarkan
daripada pengalaman kerugian lepas)
Nilai terjangka diwakili oleh E[N] = dan sisihan piawai diwakili oleh SD[N] = .
Sebagai contoh, katalah untuk tempoh lima tahun yang lepas, sebuah
syarikat pengeluaran telah mengalami 1 kerugian liabiliti pengguna pada tahun
pertama, 2 kerugian pada tahun ke-2, 0 kerugian dalam tahun ke-3, 1 kerugian
dalam tahun ke-4 dan 0 kerugian dalam tahun ke-5. Mula-mula kita perlu
menganggarkan nilai terjangka bilangan kerugian yang diwakili oleh E[N] = .
Berdasarkan data diatas, = (1+2+0+1+0)/5 = 0.8. Sekarang kita boleh membuat
pengiraan berikut:
Kebarangkalian tiada kerugian berlaku dalam tempoh yang ditentukan:
P(N=0) = e-0.8 0.80
0!

0.4493

Kebarangkalian bilangan kerugian yang berlaku adalah 1:


P(N=1) = e-0.8 0.81
1!

= 0.0359

Kebarangkalian bilangan kerugian adalah 2:


P(N=2) = e-0.8 0.82
= 0.0014.
2!
Anda boleh cuba mengira sendiri kebarangkalian bagi bilangan kerugian
seterusnya.

Model Normal
Taburan kebarangkalian Normal boleh digunakan untuk menganggarkan
ketenatan kerugian. Ia boleh digunakan untuk menganggar kebarangkalian nilai
ringgit kerugian dalam sesuatu tahun akan menyamai atau melebihi amaun

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

34

tertentu. Nilai ringgit kerugian merujuk kepada saiz kewangan kerugian yang
berlaku. Katalah pemboleh ubah rawak L mewakili nilai ringgit (saiz) kerugian dan
ia merupakan pemboleh ubah yang tidak bersandar (independent). Jika L
mempunyai taburan normal dengan min dan varians 2, maka kebarangkalian L
menyamai atau melebihi sesuatu nilai boleh dianggarkan menggunakan fungsi
densiti kebarangkalian bagi taburan normal. (Sila rujuk buku statistik bagi fungsi
ini). Anggaran kebarangkalian menggunakan fungsi ini memang rumit, kerana ia
akan melibatkan proses pengamiran (integration).
Namun demikian, pakar statistik telah menyediakan cara yang lebih mudah
untuk menggunakan taburan normal, iaitu melalui taburan normal piawai
(standard normal). Pemboleh ubah normal piawai mempunyai min 0 dan varians
1. Andainya kita hendak mengira Kebarangkalian (L > nilai tertentu), maka kita
boleh merujuk kepada Jadual Taburan Normal Piawai. Jadual ini boleh didapati
daripada buku-buku statistiks. Untuk menggunakan jadual ini, kita perlu menukar
pemboleh ubah normal kepada pemboleh ubah normal piawai.
Katalah X adalah pemboleh ubah normal dengan min dan sisihan piawai .
Dan katalah Z adalah pemboleh ubah normal piawai dengan min 0 dan sisihan
piawai 1.
Maka,
z =

x-

Sebagai contoh, andaikan Syarikat Herba Raya mempunyai pengalaman kerugian


berkaitan kecederaan industri yang bertaburan normal, dengan min RM30,000
dan sisihan piawai RM15,000. Sila jawab soalan berikut:
(1) Katalah kerugian akibat kemalangan industri sebanyak RM70,000 atau lebih
setahun dianggapkan sebagai kerugian kewangan yang tenat. Apakah
kebarangkalian syarikat ini akan mengalami kerugian tenat dalam sesuatu
tahun?
Penyelesaian:
Katalah X mewakili saiz kerugian bertaburan normal dan Z mewakili saiz kerugian
bertaburan normal piawai. Maka,
X
Z

=
=

70,000
70,000 - 30,000 = 2.67
15,000

Kebarangkalian (X > 70,000) = Kebarangkalian (Z > 2.67)


= 0 .0038.

BAB 2 PENGURUSAN RISIKO

35

Nilai kebarangkalian di atas diperoleh daripada jadual taburan normal piawai.

(2) Apakah kebarangkalian saiz kerugian yang akan dialami dalam tahun ini
berada dalam lingkungan 1 sisihan piawai?
Penyelesaian:
Kebarangkalian (X berada diantara
Kebarangkalian X
Kebarangkalian (-1<Z<1)
= 0.
Iaitu kebarangkalian kerugian sebenar akan berada diantara RM15,000 dan
RM45,000 adalah 0.6827.
(3) Apakah kebarangkalian saiz kerugian akan berada dalam lingkungan 2 sisihan
piawai (iaitu saiz kerugian akan berada kurang daripada RM60,000).
Penyelesaian:
Kebarangkalian (X berada di antara 2
= Kebarangkalian (-2<Z<2)
= 0 .9545.

Anda mungkin juga menyukai