Anda di halaman 1dari 17

1.

Tajuk Kajian

Mempertingkatkan Pengetahuan Pelajar Tingkatan 1 (5) mengenai 10 buah gunung di


Malaysia melalui kaedah Pengembaraan dan Wasiat Georg

2. Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji

Kertas kerja ini di kemukakan oleh pelajar Program Pengajian AM (AT58D), Diploma
Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi Julai 2009/2010, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak.

Nama-nama pelajar yang mengemukakan cadangan kertas kerja ini adalah seperti di
bawah ini:

1. Siti Fatimah Binti Pazaer L 20092004697

2. Aznita Binti Abdul Ghani L20092004676

3. Siti Adha Binti Ishak L 20092004667

4. Siti Fairuz Binti Md Akhir L20092004677

3. Nama Sekolah

Sek. Men. Keb. Canossian Convent,

Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang.

No. Tel: 07-7711103

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman menjawat jawatan sebagai guru sandaran tidak terlatih (GSTT)


amat berharga buat saya. Namun, untuk menjadi seorang guru bukanlah mudah
sebenarnya. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru memerlukan tahap
kesabaran yang tinggi dan memerlukan usaha yang berterusan untuk memastikan
pelajar mendapat yang terbaik daripada proses pengajaran oleh guru. Oleh kerana itu,
saya dengan bebesar hati untuk menerima tanggungjawab yang diberikan kepada saya
untuk mengajar mata pelajaran geografi bagi 5 kelas tingkatan 1 termasuklah pelajar
tingkatan 1(5) SMK. Canossian Convent, Kluang yang terdiri daripada pelajar

1
perempuan sahaja. Pelajar-pelajar tingkatan 1(5) terdiri daripada pelajar yang lemah
dalam pelajaran amnya.
Oleh kerana itu, sebelum saya menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran saya telah menyediakan bahan pengajaran dengan menggunakan
powerpoint kerana setiap bilik darjah di sekolah tersebut telah dilengkapi LCD untuk
digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan saya membuat
persediaan tersebut dengan harapan mereka dapat mengikuti pengajaran saya dengan
berkesan. Bahan powerpoint tersebut saya muatkan dengan gambar peta Malaysia
yang berwarna untuk menarik minat mereka yang saya download daripada internet.
Peta tersebut telah diplotkan sekali 10 buah gunung yang utama di Malaysia dimana
perlu mereka tahu lokasi dan ketinggian untuk tahap tingkatan 1. Seperti guru-guru
berpengalaman, selepas proses Pengajaran dan Pembelajaran dijalankan, saya telah
memberikan latihan kepada mereka dengan bahan yang telah saya fotostat iaitu peta
kosong Malaysia yang memerluakan mereka mengisi tempat kosong tersebut merujuk
kepada pengajaran saya. Latihan tersebut perlu dilengkapkan oleh pelajar dirumah
sebagai peneguhan kepada proses Pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Saya
juga telah meminta mereka mengingat 10 buah gunung tersebut dan akan menyoal
mereka semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran yang berikutnya pada minggu
tersebut.
Namun, saya sangat tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh
pelajar 1(5) apabila saya menjalankan soaljawab pada Pengajaran dan Pembelajaran
yang berikutnya pada minggu itu juga. Berdasarkan jawapan yang mereka berikan
kepada saya didapati mereka tidak berupaya untuk menyatakan fakta penting yang telah
mereka hafal menerusi buku teks dan juga buku latihan. Malah pelajar tersebut juga
tidak berupaya untuk mengingat lokasi dan ketinggian setiap gunung yang utama ada di
Malaysia. Jika perkara ini berpanjangan maka mereka tidak akan dapat menguasai
sukatan yang seterusnya. Contohnya terdapat sukatan yang seterusnya memerlukan
mereka mengetahui dimana kawasan-kawasan hidroelektrik yang utama di Malaysia,
kawasan pembalakan dan sebagainya. Masalah ini juga terjadi kerana kebolehan
pelajar yang berbeza tahapnya. Di samping itu, penguasaan bahasa Melayu yang lemah
dalam kalangan pelajar-pelajar Cina dan India juga merupakan faktor pelajar tidak
berupaya untuk menyatakan dan mengingat fakta-fakta tersebut.
Sebagai seorang guru sandaran, saya menganggap ianya satu cabaran yang
perlu saya hadapi bagi membantu mereka untuk mengingat seberapa banyak fakta yang

2
ada dalam sukatan matapelajaran tingkatan 1. Bagi mencapai hasrat saya ini, saya telah
menemubual beberapa orang rakan guru ketika itu. Temubual tersebut telah saya
jalankan sebelum saya dan rakan guru lain di sekolah tersebut mengikuti kursus kajian
tindakan yang dianjurkan pihak sekolah pada tahun lepas dimana penceramah kursus
tersebut adalah guru pakar sekolah kami iaitu Pn. Hjh. Rahmah Binti Sayuti (merupakan
salah seorang pemenang kajian tindakan peringkat negeri Johor dengan tajuk kajiannya
ialah Using Pictures and Explisit Vocabulary Teaching Strategies To Improve 4Sc1
Descriptive Composition dan Improving 2 Set 2 Compositions Using The 6-Trait Writing
Model). Kursus kajian tindakan tersebut bagi mendedahkan guru-guru di SMKCC untuk
bergiat aktif dalam menjalankan kajian tindakan dan sebagai motivasi serta penyuntik
semangat. Matlamat kursus tersebut adalah para guru perlu menghasilkan satu proposal
kajian tindakan dan perlu dihantar kepada pentadbir dalam masa 2 minggu selepas
kursus tersebut dijalankan. Guru-guru juga telah digalakkan untuk bertanding
diperingkat daerah.
Saya telah mengemukakan pertanyaan saya kepada rakan yang mengajar
matapelajaran Geografi tingkatan 2 iaitu Cik Fakhrunnisak Binti Mamat. Daripada
perbualan yang telah saya jalankan secara tidak formal saya dapati pelajar-pelajar
tingkatan 2(5) juga mengalami masalah seperti masih lagi tidak dapat mengenalpasti
lokasi sebenar setiap negeri yang ada di Malaysia, tidak dapat memberi contoh gunung
yang berpotensi sebagai tempat perlancongan, kawasan penjana hidroelektrik dan
kawasan tadahan air, mereka juga tidak dapat menguasai subtopik dalam tajuk Bentuk
Muka Bumi dan potensinya yang telah dipelajari semasa di tingkatan 1 (tahun 2008).
Secara logiknya, pertanyaan saya bertumpu kepada tingkatan 2(5) adalah kerana
pelajar-pelajar 1(5) ini amat jaranag sekali akan dapat naik ke tingkatan lain
memandangkan mereka merupakan golongan pelajar yang tidak menguasai
kebanyakan matapelajaran yang dipelajari mereka di sekolah. Ini membuktikan pelajar-
pelajar tersebut gagal untuk mengingat kembali fakta-fakta yang penting selain kami
juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan jangka pendek atau
kemampuan mereka mengingat. Saya juga telah berbual-bual dengan seorang lagi
rakan yang turut mengajar matapelajaran Gografi tingkatan 2 iaitu Cik Marina Binti
Bahari dimana saya dapati masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah mereka
tidak lagi mengingat fakta-fakta geografi yang telah dipelajari di tingkatan 1. Oleh hal
yang demikian, beliau terpaksa mengimbas semula hampir kesemua fakta berkaitan
setiap kali mahu memulakan proses pengajaran dan pengajaran di dalam kelas. Ini

3
menyebabkan sukatan pelajaran tingkatan 2 bagi matapelajaran geografi sukar untuk
diteruskan kerana pelajar tidak dapat mengaitkan dengan sukatan pelajaran tingkatan 1
terutamanya bagi aspek kemahiran. Akibat daripada ini, maka boleh saya katakan
bahawa masa 40 minit bagi setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung akan hanya tertumpu kepada sukatan tingkatan 1 sahaja sedangkan
pelajar telah berada di tingkatan 2. Sepatutnya mereka telah pun menguasai sukatan
matapelajaran Geografi tingkatan 1 agar semasa berada di tingkatan 2 mudah bagi
mereka untuk menerima pengajaran oleh guru dan kemahiran mereka semakin mantap
untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun berikutnya.
Berdasarkan masalah-masalah tersebut saya merasakan terdapat kekurangan
dalam pengajaran saya kerana pada ketika itu saya menganggap jika ia mudah untuk
saya maka mesti mudah untuk para pelajar saya. Namun, setelah saya menjejaki ke
Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah bagi sesei julai 2009/2010 barulah saya sedar bahawa tahap
perkembangan begi setiap pelajar adalah berbeza. Daripada kefahaman saya
sepanjang belajar disini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pelajar 1(5)
merupakan pelajar yang sukar menerima ilmu dengan cara pengajaran yang hanya
pada keterangan sahaja tetapi mereka lebih mudah untuk menerima sesuatu ilmu jika
mereka meneroka sendiri ilmu tersebut. Ini terbukti apabila mereka menceritakan
keseronokan terhadap matapelajaran kesusasteraan melayu kerana terdapat sebuah
cerita pendek yang ada nama saya. Oleh itu, mereka dapat mengingat cerita tersebut
dengan baik kerana ada contoh yang paling hampir dengan mereka digunakan dalam
buku tersebut.

5. Isu Keperihatinan

Walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini, namun
demikian setelah berbincang dengan 3 rakan yang mengikuti kursus KPR 5063
merangkap rakan yang akan menjalankan kajian tindakan, mereka bersetuju untuk
menyediakan satu kertas cadangan berkenaan isu ini iaitu Meningkatkan Pengetahuan
Pelajar Tingkatan 1 Mengenai Bentuk Muka Bumi Di Malaysia dengan menggunakan
kaedah penceritaan dalam permainan yang kami namakan sebagai Pengembaraan dan
Wasiat Georg di 10 Buah Gunung Di Malaysia. Dengan menggunakan kaedah ini kami
berharap agar pelajar dapat mengembara sendiri ke 10 buah gunung tersebut para
seterusnya pelajar dapat mengenal mengingat fakta penting di 10 buah gunung tersebut

4
dengan jelas dan tepat. Kami telah bersepakat untuk memilih kelemahan pelajar dalam
subtopik ini setelah membuat beberapa bacaan terhadap beberapa kajian lepas
berkaitan mata pelajaran ini bertajuk seperti berikut:

a) Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Geografi dengan menggunakan


teknik permainan (Geo Dam).

b) Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik Drag And Drop.

c) Meningkatkan kemahiran murid mengukur bearing dengan menggunakan kaedah


main peranan dalam P&P.

d) Meningkatkan kemahiran pelajar membaca peta dengan menggunakan kaedah


huruf `W`.

Berdasarkan pembacaan kami terhadap jurnal-jurnal tersebut, kami merumuskan seperti


berikut:

Pembacaan kajian tindakan pertama yang dibaca oleh kami bertajuk


`Meningkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Geografi dengan menggunakan
teknik permainan´ yang mereka namakan Geodam oleh pelajar daripada Universiti
Kebangsaan Malaysia, diketuai Siti Hasmiyanti Binti Zahari. Daripada kajian tersebut
mereka mahu melihat kepada peningkatan minat pelajar terhadap matapelajaran ini
dengan cuba menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar semasa proses
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Untuk itu, mereka menggunakan
soal selidik untuk mengukur sejauhmana minat pelajar sebelum aktiviti tersebut
dijalankan. Mereka menggunakan teknik permainan untuk melihat penglibatan pelajar
seterusnya menguji pelajar secara lisan dan rawak bagi setiap topik yang ada dalam
matapelajaran geografi. Mereka juga menggunakan kaedah pemerhatian sebelum,
semasa dan selepas permainan dijalankan bagi melihat reaksi pelajar sebelum bermain,
penglibatan pelajar semasa bermain dan kepuasan serta penguasaan pelajar selepas
bermain. Untuk aspek refleksi dan penilaian mereka akan mencadangkan masalah
dibincangkan dalam mesyuarat guru untuk mendapatkan pandangan dan membuat
penambahbaikan jika perlu. Mereka juga ada menyatakan bahawa matapelajaran
geografi merupakan satu bidang yang berkaitan `Field Of Knowledge´ yang mana
merupakan satu bidang yang pengetahuan dan tidak terikat. Merela cuba membawa
pelajar untuk `have to think´ kepada `want to think´. Kertas cadangan mereka ini sedikit

5
sebanyak meyokong kertas cadangan kami kerana masalah pelajar terhadap
penguasaan peta adalah lemah. Bagi mencapai hasrat membantu pelajar mencapai
peningkatan pengetahuan dan menguasai peta amat wajarlah kami memilih isu kami
dalam kertas cadangan ini.

Dalam kajian tindakan yang dibuat oleh Khairuddin Bin Isa daripada SMK. Khir
Johari 36300 Sungai Sumun Perak mengenai “ Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik
Drag And Drop” pada Julai 2008, beliau mengapa timbul usaha untuk membuat aktiviti
ini adalah apabila dia yang telah ditugaskan untuk mengajar kelas 3G iaitu kelas terakhir
di sekolah tersebut telah mendapati pelajar di kelas tersebut yang akan menduduki PMR
tidak dapat memplot kedudukan – kedudukan Negeri di Malaysia. Dalam subjek
Geografi penguasaan mengenai tajuk tentang Negara Malaysia adalah penting. Untuk
mengatasi masalah ini beliau telah menghasilkan pembelajaran Peta Negara Malaysia
melalui kaedah Drag and Drop menggunakan program flash. Sebelum menggunakan
kaedah ini, beliau telah menggunakan kaedah biasa iaitu pelajar menanda Peta Kosong
Negara Malaysia berulang – ulang kali. Namun pelajar merasa bosan dan objektif
pembelajaran tidak tercapai. Tindak balas daripada pelajar ialah mereka mencadangkan
supaya pembelajaran dilakukan dengan menggunakan Komputer. Antara objektif kajian
ini dijalankan adalah supaya diakhir pembelajaran ini nanti pelajar dapat menandakan 7
kedudukan negeri – negeri di Malaysia dan pelajar dapat menandakan 7 kedudukan ibu
negeri di Malaysia di dalam peta Malaysia. Untuk melaksanakan kajian ini, terdapat
empat strategi utama yang diambil iaitu tinjauan masalah , analisa tinjauan masalah ,
tindakan yang dijalankan dan pelaksanaan tindakan. Setelah pelajar mempelajari peta
Malaysia menggunakan kaedah yang biasa, 10 pelajar telah dipilih untuk membuat ujian
Pra 1 berkaitan dengan peta negeri telah diadakan. Manakala 10 orang pelajar lagi telah
dipilih untuk membuat ujian pra 2 iaitu yang berkaitan dengan Ibu Negeri. Selepas ujian
dijalankan, beliau mendapati pelajar sangat lemah dalam memplot kedudukan di atas
peta malah sepanjang ujian dijalankan pelajar kelihatan bosan sepanjang ujian
dilaksanakan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini, banyak menggunakan perisian
internet. Sebelum memulakan aktiviti ini kepada pelajar, beliau telah membina laman
web terlebih dahulu. Dalam laman web tersebut, terdapat banyak aktiviti yang akan
didedahkan kepada pelajar. Setelah program Drag and Drop diupload ke dalam internet,
barulah pelajar tersebut dapat mempelajari Peta Malaysia menggunakan kaedah drag
and drop. Selepas kaedah ini didedahkan kepada pelajar, pelajar akan menjalani ujian
Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong . Set soalan uijian Pos 1 dan 2 ini adalah sama

6
seperti yang digunakan dalam ujian pra 1 dan 2. Refleksi daripada aktiviti ini, telah
menunjukkan kemajuan di mana pelajar dapat menguasai dan memahami pembelajaran
Peta Malaysia dengan minat yang tinggi. Keputusan ujian Pos telah menunjukkan
pelajar 3G telah boleh memplot kedudukan di dalam peta Malaysia dengan baik.
Rumusan yang dapat dibuat ialah pembelajaran Peta Malaysia menggunakan kaedah
drag and drop dapat membantu pelajar menguasai Peta Malaysia terutama pelajar yang
lemah. Kajian tindakan ini turuut membantu kami membuat keputusan untuk
meneruskan kertas cadangan ini kerana kami dapati pentingnya pelajar untuk
menguasai peta kerana asas kepada matapelajaran geografi ada disitu.

Manakala, kajian tindakan yang dijalankan oleh Kamsiah Binti Mohd Ali daripada
SMK. Bandar Putra, Kulai Johor pada tahun 2007 dengan tajuk Meningkatkan
Kemahiran Murid Mengukur Bearing Dengan Menggunakan Kaedah main Peranan
Dalam P&P menyokong bahawa pelajar harus meneroka sendiri matapelajaran geografi
untuk mengekalkan memori terhadap ilmu `Field Of Knowledge´ ini dengan lebih lama.
Kajiannya berfokus kepada hanya 10 orang pelajar lemah setelah satu ujian pra
dijalankan terhadap 29 orang dalam tingkatan 2PK4 tersebut. Pemilihan isu tersebut
adalah kerana beliau mendapati pelajarnya masih keliru untuk menentukan arah bearing
dan titik rujukan dengan tepat. Pada pandangan beliau jika hal ini berterusan maka
pelajar akan sukar untuk menentukan kedudukan sesuatu tempat di atas peta. Oleh
kerana itu, beliau telah memilih aktiviti main peranan kerana ia dapat meningkatkan
kemahiran mereka seramai 10 orang itu. Daripada pemerhatian, beliau mendapati
pelajar sangat teruja ketika aktiviti pertama mahu dilakukan sehinggalah aktiviti ke tiga
mereka masih seronok dengan permainan yang dirancang oleh guru mereka. Setiap
aktiviti yang dibuat akan disusuli dengan kertas lembaran yang mengandungi soalan
yang membabitkan mereka melabel. Dapatan kajiannya menunjukkan peningkatan
peratusan untuk 10 orang pelajar tersebut dengan peratus paling rendah ialah 90
peratus. Daripada kajian beliau ini, kami dapati bahawa pelajar lebih mudah untuk
mengingati fakta apabila mereka sendiri mengalami keadaan tersebut. Pengalaman
pada peringkat umur mereka amat penting dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
Dengan ini, kami bersepakat memilih isu dalam cadangan kertas kerja ini dengan
melibatkan permainan yang diharapkan dapat menarik minat seterusnya mengekalkan
memori tentang kandungan pembelajaran tersebut dengan lebih panjang lagi
tempohnya berbanding sekarang ini mereka hanya seperti masuk telinga kanan keluar
telinga kiri kerana mereka tidak mahu terikat dengan pengajaran dan pembelajaran yang

7
terlalu formal. Ditambah lagi jika pengajaran dan pembelajaran yang sebelumnya
merupakan matapelajaran berat dan diajar secara formal dengan menyalin nota dan
penerangan sahaja oleh guru.

Kertas cadangan oleh Cik Fakhrunnisak Binti Mamat juga membuatkan


kami sekumpulan memilih tajuk ini kerana kelamaha pelajar dalam mengingat lokasi
negeri-negeri yang ada di Malaysia walaupun telah berada di tingkatan 2. Ini kerana
semasa di tingkatan 1 (2008) mereka hanya melukis dan mewarna peta setelah guru
melukis di papan hitam berdasarkan penerangan. Kemudian guru hanya meminta
pelajar menghafal lokasi setiap negeri tersebut sendiri. Pelajar hari ini tidak begitu rajin
untuk berbuat demikian kerana dibebani oleh kerja sekolah yang banyak disebabkan
jumlah buku kerja juga bertambah untuk setiap subjek. Bagi pelajar yang berada di kelas
atas sahaja akan berusaha untuk memenuhi permintaan guru disamping mereka
memang berusaha untuk mendapat tempat yang terbaik dalam tingkatan. Kesan
daripada pengajaran guru tersebut akan menyebabkan kesan jangka panjang jika tidak
diselesaikan. Dalam kajiannya, beliau mendapati semasa beliau menanyakan semula
tentang kawasan penanaman nenas di Malaysia, pelajar tidak dapat menjawabnya.
Keudian beliau melukis peta Malaysia di papan hitam dan bertanya semula. Namun,
pelajar hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu. Kemudian beliau memberi jawapan
kepada mereka iaitu Johor. Seterusnya beliau meminta salah seorang pelajar
memplotkan negeri Johor di atas peta yang dilukis. Pelajar tersebut pun memplotkan
peta tersebut di negeri Perak. Beliau sangat terkejut kerana pelajar tersebut memplot
ditempat yang salah. Beliau bertanya lagi dimana dia tinggal, pelajar tersebut menjawab
kluang. Seterusnya, kluang dimana pula, pelajar diam tidak menjawab. Daripada kes
itulah beliau mendapati pelajar masih belum menguasai lokasi negeri di Malaysia.

Daripada kes-kes dalam kajian diatas kami mendapati dengan hanya


memberikan penerangan tidak adak dapat membantu mereka menguasai topik ini.
Seperti yang dikatakan oleh Eee Ah Ming (1997) dalam Isu-isu Pendidikan di Malaysia,
pengajaran tradisional bertunjangkan kepada kaedah kuliah dalam bentuk penyampaian
maklumat atau prinsip secara lisan dan abstrak oleh guru kepada pelajar melalui
komunikasi satu hala masih diamalkan oleh guru untuk mengajar subjek Geografi.
Keadaan ini mengakibatkan pelajar merasa bosan untuk belajar dan menyebabkan
pencapaian dalam subjek geografi pelajar merosot. Hal ini adalah disebabkan peranan

8
pelajar dalam kelas adalah pasif dan keadaan ini menyebabkan pelajar hilang minat
untuk belajar subjek geografi.

6. Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar – pelajar diharap akan mencapai objektif
berikut :

5.1 Objektif Umum :

Meningkatkan pencapaian pelajar dalam subjek Geografi.

5.2 Objektif Khusus :

Dengan merujuk sukatan mata pelajaran tingkatan 1

5.2.1 Pelajar dapat mengetahui kedudukan 10 buah gunung di


Malaysia.

5.2.2 Pelajar dapat mengetahui ketinggian 10 buah gunung di Malaysia.

5.2.3 Pelajar dapat mengingat kedudukan dan ketinggian 10 buah


gunung di Malaysia.

5.2.4 Pelajar dapat menjawab latihan berkenaan 10 buah gunung di


Malaysia tanpa merujuk buku teks tingkatan 1.

7. Sasaran Kajian

Kajian ini akan dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang berada dalam tingkatan 1 (5)
iaitu seramai 38 orang yang mana semuanya adalah merupakan pelajar perempuan
yang lemah tahap pencapaiannya terhadap mata pelajaran Geografi tingkatan 1.

8. Tindakan Yang Dicadangkan

8.1 Aktiviti

a) Pembinaan cerita dan permainan :

Dalam mengatasi masalah mengingati kedudukan Banjaran di Malaysia, terdapat


beberapa tindakan dan aktiviti yang telah kami ambil :

9
i) Teknik penceritaan : dalam teknik ini kami telah menyediakan satu cerita
yang bertajuk pengembaraan dan wasiat Georg di 10 buah gunung di Malaysia.
Penggunaan cerita yang menarik seperti pengembaraan ini, adalah teknik yang
mudah untuk memberikan inspirasi kepada para pelajar. Sebelum kami mencipta
sesuatu cerita, teknik – teknik yang telah kami ambil untuk memastikan
pemilihan cerita sesuai atau tidak adalah seperti berikut :

 Adakah pelajar akan mendapat idea dalam cerita tersebut ?

 Adakah cerita itu akan merangsang imaginasi dan membantu mereka


mengingat fakta dengan mudah ?

 Adakah cerita itu akan membantu mereka menemui makna dalam


dunia Geografi ?

 Penggunaan aksi – aksi yang menarik minat pelajar ?

 Watak cerita yang tidak dapat dilupakan ?

 Plot cerita yang menarik yang melibatkan konflik, suspend dan


penamat yang menarik

 Corak bahasa yang menarik.

ii ) Teknik permainan untuk menguji minda.

b) Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang serta bahan digunakan :

i) Aktiviti 1

Pelajar akan diajar mengenai Bentuk Muka Bumi melalui penceritaan


yang akan disampaikan oleh guru menggunakan bantuan audio.
Penceritaan ini akan juga akan dibantu oleh Alat Bantu Mengajar seperti
Peta Animasi yang diperbuat daripada Power point.

ii ) Aktiviti 2

Selepas pelajar faham mengenai cerita tersebut, pelajar akan


dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi sehelai petikan cerita
tentang pengembaraan Georg. Pelajar di bagi masa untuk mengingati

10
cerita dalam masa 10 minit. Untuk menarik minat pelajar lagi, satu kotak
disediakan yang merupakan wasiat daripada Georg tadi. Dalam kotak
tersebut ada beberapa peninggalan Georg berbentuk kata kunci dan
soalan – soalan yang perlu dibincangkan dalam kumpulan. Selepas 1
minit wakil disetiap kumpulan diminta untuk mengisi peta Malaysia yang
ada di hadapan kelas dengan serta merta berdasarkan soalan yang ada
dalam setiap sampul yang mempunyai maklumat yang berlainan.

iii ) Aktiviti 3

Pelajar akan menjalani ujian Pos 1 dan 2 menggunakan peta kosong.


(Rujuk lampiran)

Untuk mempermudahkan, kami jadualkan langkah-langkahnya seperti diberikut:

Langkah Aktiviti Tempoh Huraian


masa (minit)

Pengenalan Penerangan guru 2 Guru 11memberi penerangan


ringkas kepada pelajar tentang
cara bermain

Pertama Penceritaan Oleh Guru 5 Guru membaca cerita


berdasarkan petikan dengan
(Pelajar Mencatit)
intonasi yang menarik perhatian

Pembahagian Kumpulan Kecil 10 Guru 11ember arahan kepada


pembentukan kumpulan kecil
(Pembacaan oleh Murid)

Kedua Permainan (Pelajar Menjawab 10 Pelajar mengambil sampul wasiat


Soalan Wasiat) daripada guru dan cuba mencari
jawapan bersama rakan-rakan
-Markah diberi untuk setiap
dalam kumpulan serta plot di atas
jawapan yang betul
kertas mahjong yang ditampal di
papan hitam

Ketiga Ujian Khas (Tanpa merujuk 10 Pelajar diminta menjawab 1 ujian


kepada buku teks) secara individu tanpa merujuk apa

11
sahaja bahan bertulis termasuk
buku teks

Kesimpulan Ulasan Guru 3 Guru membuat ulasan tentang


pelajar berdasarkan pemerhatian
sepanjang pelajar menjalankan
aktiviti

8.2 Instrumen Kajian

a) Ujian pendek :

Untuk memastikan objektif ini benar – benar tercapai, pelajar akan diberi

satu soalan iaitu memplotkan nama – nama gunung di dalam sehelai

peta yang diedarkan tanpa melihat buku sebelum dan selepas.

b) Pemerhatian :

Perbincangan tentang tindakbalas pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

8.3 Metod Analisis

a) Ujian pra dan ujian pos : Analisis markah pencapaian pelajar

b) Pemerhatian :Analisis secara perbincangan tentang tindakbalas

pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

9 Jadual Perlaksanaan

12
Bil Perkara Tarikh

1 Perjumpaan dalam kumpulan (Perbincangan) 7 Julai 2009


Mengenalpasti isu dan masalah

2 Penulisan Pengalaman 2 Ogos 2009

3 Mengumpul Literature (Buku, Jurnal, Internet) 10 Ogos 2009

4 Penulisan Literature 15 Ogos 2009

5 Merancang Kaedah Pengajaran Yang Akan Digunakan 18 Ogos 2009


Dalam Kajian

6 Menyusun Semua Maklumat Yang Diperolehi 20 Ogos 2009

7 Penulisan Proposal Kajian Tindakan 2 Ogos – 13 September

8 Pembentangan dan Menghantar Draf Kepada Pensyarah 1 September 2009

9 Mengambil Semula Draf dan Membuat Pembetulan Jika 3 September 2009


Ada

10 Membuat Penambahbaikan 4-13 September 2009

11 Menghantar Proposal Kajian Tindakan Lengkap 15 September 2009

12 Perlaksanaan Kajian Tindakan Dalam Perbincangan

13 Membincangkan Masalah Yang Timbul Semasa Dalam Perbincangan


Menjalankan Kajian Tindakan

14 Menulis Laporan Kajian Tindakan Dalam Perbincangan

15 Pembentangan Dapatan Kajian Dalam Perbincangan

15 Membuat Penambahbaikan Dalam Perbincangan

10 Anggaran Perbelanjaan

Bil Kod Perkara Pecahan Bilangan Anggaran Jumlah


diperlukan seunit (RM) (RM)

1 27000 Percetakan Percetakan soalan 7 0.05 0.35


soal

13
selidik/Ujian Percetakan Ujian 38 X 2 0.05 4.00

Bahan dan Kertas Mahjong 2 0.50 1.00


alatan bantu
mengajar

Sampul Surat 7 0.30 2.10

Bahan Edaran 8 0.05 0.40

Selotap 1 0.50 0.50

Marker Pen 1 2.00 2.00

Ju 10.35
mlah keseluruhan

Bibliografi

Abdul Hamid Abdullah, Mohmadisa Hashim, Mohd Faris Dziauddin & Mohamad Suhaily Yusry
Che Ngah (2006). Isu-isu Pendidikan Geografi Di Malaysia. Tanjung Malim, Universiti
Pendidikan Sulatan Idris.

Fakhunnisak Binti Mamat. (2009). Meningkatkan Kemahiran Pelajar Dalam Membaca Peta
Dengan Menggunakkan Kaedah Huruf `W`: SMK. Canossian Convent, Kluang, Johor.

Kamsiah Binti Mohd Ali. (2007). Meningkatkan Kemahiran Murid Mengukur Bearing Dengan
Menggunakan Kaedah Main Peranan Dalam P&P: SMK. Bandar Putra, Kulai,Johor.

14
Khairuddin bin Nisa. (2008). Menguasai Peta Malaysia Melalui Teknik Drag And Drop : SMK.
Khir Johari 36300 Sungai Sumun Perak.

Pn. Hjh. Noraini Bt. Hasbollah. (2001). Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan, Kaedah
Perbincangan 1-2-4. www.keepandshare.com/doc/view.php?id=527764&da=y. Dicapai
pada : 15 Ogos 2009.

Profesor Dr. Othman Bin Lebar. (2009). Modul kursus Kajian Tindakan Dalam Pendidikan:
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan sultan Idris.
Tanjong Malim, Perak.

Siti Hasmiyati Binti Zahari. (2009). Meningkatkan Minat Pelajar Dalam Matapelajaran Geografi
Dengan Menggunakan Teknik Permaianan (Geo Dam): Universiti Kebangsaan
Malaysia.

LAMPIRAN

Aktiviti 1: Penceritaan

Al-kisah…

Di Banjaran Bintang, terletak Gunung Bintang yang tingginya 1880 m itu , tinggal
seorang petapa yang masih gagah walau berusia ratusan tahun bernama Petapa Thundercats

15
dan anaknya Georg. Petapa ini di gelar begitu kerana mempunyai kebolehan berjalan sepantas
kilat. Anak beliau Georg mewarisi kehebatan ayahnya dan telah berjaya menjelajah Gunung
Korbu yang tingginya 2182 m di Banjaran Titiwangsa. Kehebatan beliau sememangnya tidak
dapat ditandingi. Antara kejayaan beliau adalah apabila beliau berjaya menakluk ketinggian
2187 m Gunung Tahan dan 2108 m Gunung Benom yang mana masing-masing terletak di
Banjaran Tahan dan Banjaran Benom dengan menggunakan Hikmat Jurus Kilat peringkat ke-3.
Namun begitu, kehandalan Georg telah goyah dengan kehadiran seorang lagi anak petapa di
seberang laut (Kepulauan Borneo). Setelah Georg menyiasat, beliau mengesan terdapat satu
aura hebat di puncak Gunung Kinabalu. Dengan menggunakan Hikmat Jalan Laju peringkat ke-
4, Petapa Georg merentasi Laut China Selatan dan berjumpa rakyat di kawasan Gua Niah
untuk mencari tempat berteduh. Beliau kemudian berjalan perlahan-lahan ke kawasan Gua
Mulu yang terletak beberapa kilometer berhampiran tempat beliau menginap. Setelah Petapa
Georg menggunakan teropong kurniaan Puteri Buloh Betung, beliau dapat melihat di Banjaran
Tama Abu, terdapat dua gunung yang diberi nama Gunung Murud dan Gunung Mulu yang
tingginya 2425m dan 2371m. Lalu beliau dengan senafas sahaja berjalan sepantas kilat
mengikut arah angin ke Utara menuju ke Gunung Trus Madi untuk bermandi manda. Dari
puncak Gunung Trus Madi yang tingginya 2597m di Banjaran Trus Madi itulah beliau dapat
melihat satu cahaya yang menunjukkan kekuatan petapa di Gunung Kinabalu. Akhirnya beliau
mendapat tahu, anak petapa itu merupakan anak kepada Petapa Sunny kerana berupaya
mengeluarkan cahaya secerah matahari dan menyakitkan mata. Georg amat mengagumi
kehebatan Petapa Sunny lalu bertekad untuk menetap di puncak Gunung Kinabalu yang
tingginya 4104m di Banjaran Crocker itu untuk belajar ilmu Silat Matahari hingga ke peringkat
tertinggi.

16
17

Anda mungkin juga menyukai