Anda di halaman 1dari 10

POLITIK

Raja-raja mempunyai peranan yang penting dalam bidang politik


sebagai penaung kepada bangsa,mengetuai urusan pentadbiran,agen
penyatuan rakyat jelata,melantik Bendahara dan pembesar-pembesar,
menjalin hubungan hal ehwal luar dan ketua pertahanan.

Institusi Raja-raja dijelaskan sebagai penaung kepada bangsanya,


umpama payung yang melindungi pemakainya daripada terik kepanasan
matahari dan kebasahan siraman hujan. Institusi Raja-raja yang berdaulat
berfungsi sebagai pelindung kepada kedaulatan bangsa dan agama yang
dinaungi.Pentingnya peranan Raja-raja Melayu sebagai tonggak pelindung
bangsa dan agama adalah boleh dikiaskan dengan tanggungjawab
seorang bapa sebagai ketua rumahtangga. Bapa bertanggungjawab
sebagai penjaga dan pelindung isteri dan anak-anaknya.Begitulah
umpama peranan Raja-raja.Mereka telah diamanahkan untuk menjadi
tonggak atau peneraju kepada sebuah keluarga besar yang dinamakan
bangsa Melayu. Isterinya adalah umpama penguasa peringkat bawahan
yang menguruskan hal ehwal dalaman negeri sementara rakyat jelata
yang mendiami kerajaan seperti anak-anaknya. Raja tidak akan
mencampuri urusan pentadbiran selagi mana tiada ancaman yang akan
menggugat kepentingan, keutamaan maruah serta perpaduan bangsa dan
agamanya. Walau bagaimanapun,sekiranya wujud beberapa pihak yang
cuba menggugat, maka dengan peranan dan kuasa yang diamanahkan
padanya, ia akan bertindak melindunginya kerana maruah bangsa dan
agama adalah maruah Raja itu sendiri.

Selain itu,kedudukan seorang Raja Melayu adalah yang tertinggi dan


teratas dalam hieraki pemerintahan bangsanya memungkinkan baginda
untuk mengetuai urusan pentadbiran sesebuah kerajaan. Sultan
mempunyai kuasa mutlak dan hak sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat
termasuk pembesar tidak boleh membantah perintah sultan kerana
dianggap mengingkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undangundang. Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan
dengan hukum manusia dan hukum agama. Sultan juga berkuasa
menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman termasuk hukuman
bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada
golongan pembesar.

Disebabkan Raja-raja Melayu yang berwibawa mempunyai keunikan


yang tersendiri maka ia tidak terbendung dengan mana-mana gerakan
politik persukuan ataupun gerakan-gerakan agama yang boleh menggugat
kedudukannya. Ini memungkinkan Raja untuk menjadi agen penyatuan
rakyat jelata yang paling berkesan bagi membentuk rakyat jelata yang
hidup dalam persepakatan dan permuafakatan.Dalam konteks
menyatupadukan rakyat jelata,Raja diibaratkan sebagai tonggak
bangsa dapat memenuhi fitrah bangsanya yang memerlukan kepada
identiti, jati diri dan budaya tersendiri yang unik dengan coraknya masingmasing.Raja juga digambarkan sebagai bapa yang dapat
menyatupadukan rakyat daripada pelbagai aliran fahaman politik dan

membataskan pergerakan siasah mereka supaya sentiasa terbendung


dalam lingkungan yang dibenarkan sahaja untuk membendung kumpulan
atau golongan pelampau. Raja adalah bersikap berkecuali dalam
menangani masalah yang datang dari mana-mana gerakan serta
mengawalnya dari sebarang tindak-tanduk yang boleh menggugat
kepentingan bangsa dan agama supaya tidak timbul ketidakpuasan hati
rakyat jelata terhadap pemerintahan Raja disebabkan sikap Raja yang pilih
kasih.Tambahan pula,Raja sebagai ketua pemerintah bersikap telus dalam
pemerintahannya kerana tidak perlu mencari kepentingan peribadi atau
politik sukunya.Dalam lain perkataan, kedudukan unik yang ada pada
seorang Raja Melayu yang berwibawa mampu menyatupadukan rakyat
jelata bukan sahaja dari berbagai aliran, gerakan, mazhab mahupun
kefahaman politik, malahan boleh mewujudkan persefahaman antara
pelbagai kaum yang merantau dari seluruh dunia.

Di samping itu,Raja berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk


memegang sebarang jawatan pembesar negeri. Baginda berhak melantik
Bendahara dan pembesar-pembesar yang lain. Baginda juga berhak
melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan putera-putera
baginda. Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara
dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dipegang oleh
pembesar daerah Kota Lama, Kuala Kangsar.Dalam hal ini,Raja yang
melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima sepucuk
surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam
surat tauliah itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak

ditentukan had pentadbiran. Biasanya pembesar dipilih secara turun


temurun dalam kalangan keluarga pembesar berkenaan. Raja hanya akan
campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain sekiranya
keturunan pembesar tadi ketiadaan waris. Ini menunjukkan pembesar
hanya menjalankan peranannya di bawah kuasa raja. Apabila raja
berkuasa melantik pembesar, baginda juga mempunyai hak untuk
melucutkan jawatan mana-mana pembesar.

Tambahan pula, Raja lebih aktif dalam menjalin hubungan hal


ehwal luar berbanding bertindak sebagai ketua perang. Perjanjian
dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh Raja.Ini
juga memerlukan tandatangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur
tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan
para pembesar kian rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875
membawa kepada perjumpaan-perjumpaan antara Raja dengan pada
pembesar.Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang Raja
secara halus dengan tidak hadir dalam pertemuan seumpama ini.
Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah untuk
mendapatkan tandatangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di
Pangkor dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan MelayuInggeris itu.

Akhir sekali,Raja menjadi ketua pertahanan bagi negeri masingmasing. Sekiranya berlaku peperangan, Raja akan mengetuai angkatan
tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara daripada

serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab


menjaga keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830an
hingga 1870an di Negeri-negeri Melayu tidak terdapat peperangan luar
yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British juga tidak
menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera NegeriNegeri Selat sahaja.Oleh yang demikian, peranan Raja sebagai ketua
tentera tidak menonjol pada masa ini. Malah perang saudara yang berlaku
antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang saudara antara
pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang
pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk
menamatkan pemberontakan tersebut.

PERANAN RAJA DALAM SOSIAL

Dari aspek sosial,Raja-raja bertanggungjawab terhadap agama Islam


dan adat istiadat.

Sejarah pemerintahan Raja-raja Melayu telah membuktikan bahawa


kedatangan Islam telah megubah lahiriah, jiwa dan batin sistem politik
praIslam kepada satu aliran pemikiran dan sistem politik baru dalam
sejarah yang berteraskan ajaran agama Islam. Corak pemerintahan Islam
yang berjaya merubah falsafah dan tamadun masyarakat Melayu telah
melibatkan peranan istana secara aktif, dinamis dan bersambungsambung. Peranan Raja-raja Melayu sebagai payung agama dapat dilihat

melalui usaha menegak, menyebar, menyubur dan mempertahankan


syariat Islam. Raja juga memainkan peranan penting untuk menyebarkan
agama Islam di dalam negeri dan seluruh tanah jajahannya. Lantaran
itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat penyebaran
agama Islam di Tanah Melayu.
Alim ulamak yang bernaung di bawah pemerintahan Raja-raja Melayu
tradisi bukan sahaja dapat membuat khidmat agamanya dengan
sempurna, tetapi terlindung dari ancaman pengkhianat dan musuh-musuh
agama yang cuba menyelinap masuk membawa doktrin-doktrin dan
ideologi-ideologi yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Sejarah membuktikan bahawa selama mana Raja-raja Melayu


mempunyai perisian hakikat, selama itulah fahaman-fahaman yang sesat
dan batil tidak berpeluang menyelinap masuk dalam institusi-istitusi
masyarakat Melayu. Raja sebagai tonggak agama yang dapat
membataskan berbagai mazhab dan aliran supaya sentiasa terbendung
dalam pegangan Ahlus Sunnah Wal Jemaah. Disebabkan itu,Raja dianggap
sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat
Melayu. Dalam konteks ini, seorang Raja Melayu mampu menjadi agen
untuk menyatupadukan umat Islam kerana mereka terdiri daripada
bermacam-macam fahaman dan mazhab.Mereka juga belajar sama ada
secara tradisi/pondok atau pendidikan sekular moden. Raja juga mampu
mengendalikan umat Islam yang berpegang pada pemikiran moden dan
pendekatan rationalisme atau yang berpegang pada pemikiran mistik dan
kerohanian

Sebagaimana resam adat yang diadatkan mempunyai asal-usul


serta penjaganya, adat istiadat Raja-raja di bawah kategori ini berasal
dari zaman pemerintahan Demang Lebar Daun dari Bukit Siguntang di
Tanah Palembang. Apabila Demang Lebar Daun memberi amanat kepada
Sang Nila Utama untuk menjadi tunggak dan payung kepada umat Melayu,
dan meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu pertama yang
berfungsi sebagai tempat perbendaharaan segala rahsia raja, Demang
Lebar Daun juga telah meletakkan beberapa adat yang dapat
menzahirkan kemuliaan dan kebesaran Sang Nila Utama sebagai seorang
Raja Melayu yang berdaulat. Dari sinilah juga puncanya kedudukan
Bendahara sebagai penjaga adat Raja-Raja Melayu.

Antara adat-adat tersebut adalah perkahwinan, Raja dengan puteri


bangsawan yang diharapkan dapat melahirkan waris pemerintah
merupakan fitrah Raja-Raja dari zaman awal tamadun manusia. Selain itu
adat perkahwinan Raja dan anak Bendahara juga dikekalkan. Kedatangan
Islam juga mengutamakan kemuliaan zuriat sebagai satu ciri kelayakkan
menjadi pemerintah. Maka dalam adat ini Raja-Raja Melayu, darah Raja,
Bendahara dan keturunan Rasulullah SAW atau Sayyid ditakrifkan sebagai
anak Gahara.Raja juga telah mengekalkan adat pantang anak Melayu
derhaka pada rajanya. Di dalam konteks ini, Raja melayu yang beragama
islam; jika baik Raja itu, hamba Melayu mestilah taat, sedangkan bagi Raja
yang zalim telah pun termaktub dalam perbilangan Raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah.

Seterusnya adalah pemilihan waris tertua atau putera sulung


sebagai pegganti Raja yang telah mangkat bagi mengelakkan konflik
kerabat diraja di antara kerabat diraja dalam urusan menaiki
takhta.Bendahara,Jemaah menteri serta beberapa kerabat diraja yang
tertua akan memutuskan hal pengganti Raja jika tercetus masalah yang
berkaitan dengan perlantikan Raja seperti ketiadaan waris.

Di samping itu,Raja berperanan dalam mengadakan pesta atau


majlis.Walau bagaimanapun,hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri
oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya tidak begitu aktif.
Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari
pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata
akan berhimpun. Pada masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya
Puasa, sultan akan mengadakan majlis jamuan.

Selain daripada menjaga dan mengekalkan agama dan adat


istiadat,Raja-raja juga mengurniakan anugerah kepada rakyat yang
berjasa kepada Sultan dan negeri dengan gelaran-gelaran yang tertentu
seperti Datuk dan sebagainya.Raja juga bertindak menyediakan
kemudahan dan kebajikan kepada rakyat bagi memastikan kehidupan
rakyat yang selesa.

EKONOMI

Dari sudut Ekonomi, di zaman pemerintahan Kesultanan Melayu


sumber utama kewangan kerajaan adalah berdasarkan perniagaan dan
perdagangan.

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan


mengambil bahagian dalam perniagaan dan mendapat
keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal kerahan buruh,
hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan
menyelaras sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai
hak mendapat hasil pungutan cukai negerinya. Contohnya, Sultan Abdul
Samad menerima hasil cukai daripada hasil pelombongan bijih timah
daerah Kelang daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai
import yang dikenakan di muara Sungai Pahang berjumlah $50,000
setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan rakyat
bertani bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian untuk tujuan
perdagangan dan domestik. Baginda telah mewakilkan urusan itu kepada
para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem


ini rakyat dikerah melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa
dibayar upah dalam tempoh masa yang tertentu. Antara pekerjaan yang
terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan, membina
jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan
sebagainya. Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang
biasa yang berstatus tinggi juga dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di

Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini ialah golongan syed iaitu
keturan Nabi, golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu, kakitangan
masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan
status sosial dalam kalangan rakyat.

Dalam perdagangan,Raja merupakan Ketua yang utama untuk


menerima kedatangan pedagang-pedagang untuk berdagang di
jajahannya. Ia termasuklah dalam urusan hubungan diplomatik dengan
beberapa kerajaan utama. Ianya pasti memerlukan kepakaran dalam
pemikiran untuk berunding dengan para pedagang.Sultan juga
membenarkan pelabur-pelabur yang berpengalaman dan memiliki modal
yang besar untuk menguruskan kegiatan ekonomi berpotensi dan
berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan memajak
cukai kepada pedagang.

RUJUKAN:
http://budakbahagia.blogspot.my/2013/03/bandingkan-fungsi-raja-raja-dahulu-kini.html
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130607/re_01/Peranan-Institusi-Raja
http://koki-forshort.blogspot.my/2014/04/peranan-yang-dimainkan-oleh-institusi.html
https://fastnote.wordpress.com/kedudukan-dan-pearanan-sultan-sebelum-campurtanganbritish/

Anda mungkin juga menyukai