KERTAS PENERANGAN
PROGRAM / PROGRAMME
TEKNOLOGI ELEKTRONIK
INDUSTRIAL AUTOMATION 2
TAHUN 2 / SEMESTER 3
3.0
KEBOLEHAN / COMPETENCY
MUKASURAT / PAGE : 1 of 22
TAHAP PEMBELAJARAN /
LEARNING STANDARD
NAMA PELAJAR / STUDENT
NAME
TAJUK
TUJUAN
ENT 303
Mesin tekan
Jesteru , tekanan dalam bendalir boleh ditakrifkan sebagai daya yang bertindak ke atas seunit luas, iaitu:
Walaupun persamaan di atas kelihatan mudah , terdapat pelbagai unit tekanan yana lazim digunakan.
Sebagai contoh dalam sistem Imperial (fps), F dinyatakan sebagai Ib f dan A pula inci persegi. Dengan itu ,
tekanan diukur dalam unit paun daya se unit persegi (psi).
Dalam sistem metrik, F biasanya dinyatakan dalam unit kg f dan A pula dalam sentimeter persegi.
Dengan itu, tekanan diungkapkan dalam unit kilogram/daya sesentimeter persegi (kgfcm-2).
Sistem SI pula mentakrifkan tekanan sebagai daya dalam unit (Nm-2). Unit tekanan dalam SI ialah
pascal, iaitu 1 Pa = 1 Nm-2. Tekanan satu pascal didapati sangat rendah untuk kegunaan praktik. Oleh sebab
itu , kilopascal (1 kPa = 103 Pa) atau megapascal ( 1Mpa = 106 Pa ) lebih kerap digunakan.
Untuk tujuan praktik, 100kPa dikatakan sama dengan satu atmosfera. Oleh sebab ini mudah digunakan
bagi banyak jenis penggunaan, maka 100 kPa disebut sebagai bar. Dalam julat ketepatan peralatan, industri
kerap menggunakan 1 bar = 1 atmosfera. Jadual 1 pula membandingkan beberapa unit tekanan.
Jadual 1 Unit tekanan
Jika satu bekas cecair (rajah 1) yang mempunyai keratan rentas A dikenakan satu daya, daya tersebut
boleh dipindahkan dan dihantar melalui tekanan cecair dalam bekas tersebut ke permukaan omboh
yang satu lagi, A2. Formula nisbah pemindahan daya boleh digunakan.
Rajah 1
SENARAI KOMPONEN
A Silinder tindakan dua
arah
B- Injap aliran
C Injap kawalan berarah
4/3
gerakan insane
D Injap sehala
E Injap pelega
F Pam
G - Motor elektrik
H Tangki
I Penapis
Pam:
Fungsi pam adalah untuk menukarkan tenaga mekanikal yang diperolehi daripada pacuan
motor elektrik kepada tenaga tekanan tinggi cecair hidraulik.
Pam menghantar cecair untuk aliran dalam system.
Pam yang biasa digunakan dalam hidraulik ialah jenis pam gear. Rajah 3 dan rajah 4
menunjukkan bagaimana pam gear berfungsi menggunakan prinsip pemindahan.
Rajah 3
Rajah 4
Gear pemacu A akan beerputar mengikut arah anak panah dan memacu gear B pada arah berlawanan.
Cecair yang berada dalam kebuk S disedut secara gravity dari liang masukan (dari tangki)
Semasa gear berputar, cecair yang terperangkap di permukaan gigi gear yang bersirat antara satu
sama lain akan dipaksa mengalir ke ruang kebuk P dan menghalangnya daripada mengalir balik ke
kebuk S. Dengan cara ini cecair akan dihantar ke system secara berterusan.
Tangki
Setiap system hidraulik mestilah mempunyai tangki cecair hidraulik sebagai tempat menyimpan
cecair hidraulik.
Rajah 5a menunjukkan sebuah tangki cecair hidraulik yang terdapat pada mesin Larik CNC manakala
rajah 5b menunjukkan bahagian utama pada sebuah tangki cecair hidraulik.
Penapis
Rajah 6 menunjukkan penapis dalam system hidraulik. Penapis berfungsi untuk menghalang
bendasing seperti habuk atau serpihan kecil keluli daripada masuk ke dalam system hidraulik.
Penapisan cecair hidraulik amat penting bagi memastikan system hidraulik dapat beroperasi
dengan cekap serta menjamin hayat komponen.
Bendasing Yang terlepas masuk ke dalam system hidraulik boleh menyebabkan liang laluan pada
komponen tersumbat atau menghakis bahagian dalaman komponen.
Penapis dipasang pada saluran sedutan pam dalam tangki cecair hidraulik.
Rajah 6b pula menunjukkan elemen penapis yang diperbuat daripada bahan seperti jejaring dawai,
kertas atau gentian logam yang berfungsi menapis bendasing dalam aliran.
Injap sehala
Injap sehala dalam rajah 7a berfungsi untuk mengelakkan aliran balik dan melindungi pam
daripada tekanan mendadak yang terjadi dalam system hidraulik.
Injap dipasang dalam system untuk membenarkan aliran cecair mengalir satu arah sahaja seperti
dalam rajah 7b.
Aliran cecair yang datang dari arah berlawanan akan disekat sebagaimana yang ditunjukkan
dalam rajah 7c
Injap Pelega
Tekanan aliran dalam sistem hidraulik biasanya mempunyai had tekanan kerja yang ditentukan.
Teknik yang digunakan dalam sistem perlu dihadkan pada nilai yang mampu dibekalkan oleh pam
dan ditanggung oleh paip system tersebut.
Injap pelega (rajah 9a) digunakan untuk menghadkan tekanan kerja pada nilai yang tidak melebihi
nilai yang telah ditetapkan berdasarkan rekabentuk system.
Injap pelega juga berfungsi mengawal tekanan maksimum dalam sistem dan melindungi system
daripada tekana berlebihan yang boleh merosakkan komponen utama seperti pam.
Injap pelega berfungsi dengan cara mengawal tekanan pegas dengan menolak injap menurut nilai
tekanan yang dilaraskan (rajah 9b).
Sekiranya tekanan cecair melebihi tekanan pegas, ia akan membuka laluan injap (9c)
Laluan injap yang terbuka ini akan menyebabkan cecair mengalir semula ke tangki.
Keadaan ini berlaku sehinggalah tekanan cecair hidraulik dikurangkan daripada pegas.
Oleh yang demikian, hanya tekanan cecair yang dilaraskan pada nilai yang tertentu sahaja
dibenarkan memasuki system.
Rajah 9b Tekanan
normal
10
Injap kawalan berarah (rajah 10a) digunakan untuk mengawal arah aliran cecair dengan cara
menutup atau membuka laluan liang dalam injap kawalan.
Liang laluan mengarah aliran cecair mengikut kedudukan kili.
Kedudukan kili dalam injap kawalan berarah juga boleh digerakkan secara gerakan insani dan gerakan
solenoid.
Rajah 10b menunjukkan contoh operasi injap kawalan berarah 2/2 yang mempunyai kili yang menutup
aliran dari P ke A (kedudukan neutral).
Jika kili digerakkan ke kanan (kedudukan kedua), ia akan membenarkan laluan aliran cecair dari liang
P ke A.
Kedudukan
Kedudukan
Injap
ini dinamakan injap
kawalan 2/2 berdasarkan jumlah bilangan liang laluan pada sesuatu kedudukan, bilangan kedudukan
gerakan kili dan kaedah kili digerakan.
11
12
Injap kawalan berarah kawalan insane bermaksud gerakan kawalan kili injap digerakkan menggunakan
Pemijak, butang tekan, pemulas berkunci atau tuil (rajah 11a).
Dalam injap 4/2 pada rajah 11b terdapat 4 laluan iaitu P,A,B, dan T. Kili boleh digerakkan pada dua
kedudukan.
Rajah 11b Injap kawalan berarah 4/2 kedudukan neutral dan kedua
P untuk sumber aliran dari pam
A dan B - untuk sumber aliran operasi kearah silinder dan dari silinder
T - untuk aliran balik ke tangki
Pada kedudukan pertama, cecair akan mengalir pada laluan P, ke A, dan B ke T.
Sekiranya tuil ditekan, kili akan berubah ke kedudukan kedua dan menukar laluan cecair dari P
ke B dan dari A ke T.
13
Injap kawalan berarah gerakan solenoid (rajah 12a) menggunakan arus elektrik yang dibekalkan
ke lingkaran solenoid.
Arus elektrik yang memasuki lingkaran solenoid akan membentuk daya medan magnet yang
berfungsi menarik atau menolak angker yang disambungkan kepada kili injap seperti dalam rajah
12b.
Injap kawalan berarah dipasang dengan solenoid tunggal atau berkembar, bergantung pada
kaedah kawalan yang digunakan dalam system hidraulik.
Injap kawalan aliran (Rajah 13a ) berfungsi mengawal halaju aliran cecair yang hendak
digunakan dalam system hidraulik.
Biasanya ia digunakan untuk mengawal kelajuan pergerakan keluar masuk omboh silinder.
Ia berfungsi dengan cara melaraskan skru pendikit uang akan meluaskan atau mengecilkan laluan
aliran.
Apabila liang laluan mengecil, kadar aliran cecair akan berkurangan dan menyebabkan kelajuan
gerakan omboh silinder berkurangan. Rajah 13b menunjukkan keratan rentas injap kawalan aliran.
14
Rajah 13a Injap kawalan aliran
Silinder
15
Silinder tindakan searah berfungsi menukarkan tekanan aliran cecair kepada gerakan linear pada
silinder omboh.
Silinder tekanan searah berfungsi dengan cara mengalirkan cecair masuk ke liang A pada
bahagian belakang silinder. Cecair itu akan menolak omboh keluar.
Untuk gerakan omboh masuk pula, tekanan bendalir dilepaskan bagi membolehkan tekanan pegas
menolak omboh kembali ke kedudukan asalnya.
Cecair masuk dan keluar melalui liang yang sama.
16
Silinder tindakan dua arah bertindak sama dengan silinder tindakan searah.
Gerakan keluar dan masuk omboh boleh dikawal dan ditentukan oleh arah aliran cecair yang
dialirkan pada liang silinder
Cecair akan dialirkan masuk ke liang A dan meningkatkan tekanan bagi menghasilkan gerakan
omboh keluar (rajah 15b).
Cecair yang terdapat di bahagian hadapan omboh akan dialirkan keluar melalui liang B dan
dihantar ke tangki.
Bagi gerakan omboh kebelakang pula, (rajah 15c) cecair akan dialirkan ke liang B dan memasuki
bahagian hadapan omboh seterusnya menolak omboh ke belakang. Cecair bahagian belakang
pula akan masuk ke tangki.
17
Dalam kerja mereka bentuk system hidraulik, komponen hidraulik hanya akan dilukis dalam bentuk
simbolnya sahaja.
Ini bertujuan memudahkan kerja mereka bentuk , menganalisis perjalanan dalam system serta
menudahkan kerja pembetulan dan pembaikan dalam litar system hidraulik.
Dalam system hidraulik, omboh boleh berada pada tiga kedudukan iaitu:
i.
ii.
iii.
Kedudukan neutral
Kedudukan omboh keluar
Kedudukan omboh masuk
Rajah 16 dibawah menunjukkan satu contoh system litar asas hidraulik yang mengandungi
komponen hidraulik bagi melakukan suatu kerja.
18
Cecair hidraulik akan melalui injap sehala yang membenarkan aliran pada satu arah sahaja. Jika
ada aliran yang berpatah balik, injap sehala ini akan tertutup.
Seterusnya cecair hidraulik akan memasuki injap kawalan berarah.
Injap kawalan berarah berkedudukan neutral (tengah) . Kili membuka liang laluan P ke T dan
menutup laluan A dan B.
Oleh sebab tiada aliran cecair yang masuk ke silinder, maka tiada pergerakan omboh berlaku.
19
Cecair yang dipam dari pam akan memasuki laluan liang P ke B dan seterusnya melalui injap aliran
sebelum masuk ke silinder.
Injap aliran dilaraskan bagi mengawal halaju pergerakan keluar omboh.
Cecair yang berada di bahagian belakang omboh akan menolak omboh ke hadapan. Cecair di
bahagian hadapan aci omboh akan dialirkan melalui injap kawalan berarah melalui liang A ke T
untuk ke tangki.
20
Cecair dari pam akan memasuki liang P ke A dan mengalir masuk ke bahagian hadapan silinder.
Sebelum itu, ia akan melalui injap aliran yang akan dilaraskan bagi mengawal halaju omboh masuk.
Cecair yang masuk kebahagian hadapan silinder akan menolak omboh masuk.
Cecair yang berada di bahagian belakang omboh akan mengalir ke injap kawalan berarah pada
liang B ke T.
Seterusnya , cecair dari liang T akan dialirkan ke tangki.
21