Anda di halaman 1dari 12

By Damaris Balang

Bachelor in early childhood education


OUM

Pendahuluan
Pemerhatian merupakan sesuatu ujian yang boleh dilakukan untuk menjalankan penilaian.
Menurut (Carolyn Seefeldt, 1990), kaedah pemerhatian merupakan kaedah paling biasa
digunakan dan merupakan antara kaedah yang paling berkesan dimana kita boleh menilai
pertumbuhan, perkembangan, dan juga pembelajaran kanak-kanak. Cara pemerhatian yang
paling sistematik ialah dengan menggunakan system yang dikenali sebagai system particular
untuk memerhati dan merekod tingkah laku kanak-kanak yang merupakan aspek penting
dalam bilik darjah.
Dengan mengunakan methode pemerhatian, kita dapat menjalankan pemerhatian yang tidak
berat sebelah kepada kanak-kanak.

Guru yang menjalankan pemerhatian haruslah

mempunyai pemikiran yang bebas dari masalah dan tekanan agar hasil pemerhatian yang
diperolehi adalah mantap tentang perkembangan seseorang kanak-kanak. Ini adalah kerana
sekiranya pemerhati (guru) tersebut berada di luar kawalan kewarasan akal maka hasil
pemerhatian yang dilakukan akan menjadi tidak tepat.
Kaedah pemerhatian seperti yang telah dibincangkan di atas boleh dilakukan sepanjang
proses pembelajaran kanak-kanak yang berada di sekolah.

Guru juga boleh memerhati

kanak-kanak sepanjang tahun. Hasil yang akan didapati amatlah memuaskan. Selain itu
juga, kita akan dapat melihat perubahan dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Apabila
melakukan pemerhatian, setiap data yang dikumpulkan haruslah direkodkan agar memastikan
tiada sebarang maklumat yang berkenanaan tercicir.

Penilaian
Penilaian boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Penilaian boleh dilakukan dengan cara
formal dan tidak terkawal. Namun, dalam sistem pendidikan, penilaian dilakukan secara
formal, terkawal dan sistematik. Penilaian boleh didefinasikan dengan proses mendapat,

menentukan dan memberi maklumat yang berguna atau menganalisis hasil pengukuran bagi
tindakan selanjutnya.

Dalam kehidupan kita seharian, secara tidak langsung kita juga membuat keputusan. Oleh
kerana kita telah membuat keputusan maka kita juga telah mengalami satu proses dan konsep
yang dikenali sebagai penilaian. Menurut (Bloom, 1956), penilaian dapat di fahami dengan
konsep perbuatan keputusan tentang nilai untuk beberapa maksud penyelesaian, kaedah,
bahan dan sebagainya. Manakala, menurut (Mehrens dan Lehmann, 1978), penilaian juga
dapat difahami dengan maksud satu proses yang menggambarkan, mendapat dan
menyediakan panorama yang berfaedah untuk menghakimi keputusan yang di buat.

Oleh sebab itu, satu takrifan yang mengaitkan konsep-konsep yang ditegaskan bahawa
penilaian merupakan sesuatu konsep yang merupakan proses sistematik mendapat maklumat
untuk membuat keputusan bagi tindakan selanjutnya. Penilaian juga merupakan sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak,
penilaian amat perlu dilakukan bagi mengetahui kemajuan murid dalam domain kognitif,
psikomotor dan juga afektif secara berterusan.

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah


Penaksiran dan penilaian kanak-kanak prasekolah amatlah penting kerana boleh membantu
untuk mengetahui perkembangan seseorang kanak-kanak atau murid tersebut dan dari sana
kita dapat mengenal pasti potensi murid tersebut secara menyeluruh. Selain itu, melalui
kaedah ini juga kita dapat mengesan kelebihan dan kelemahan seseorang murid dalam
pembelajaran dari semasa ke semasa. Secara tidak langsung guru juga dapat mengenal pasti
keberkesanan teknik mengajar yang telah diguna pakai dalam proses pengajaran. Dalam
pada itu juga, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk
merancang aktiviti yang ingin dilaksanakan mengikut keperluan dan pertumbuhan murid
serta dapat mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Adalah amat penting untuk menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang
bersesuaian dengan murid tadika menurut dengan pentaksiran dan penilaian yang telah
dijalankan. Antara aktiviti yang diadakan adalah aktiviti yang boleh memulihkan murid yang
lemah, aktiviti pengukuhan untuk menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah
mahir. Ketiga-tiga tahap tersebut mempunyai tahap standard yang berbeza-beza mangikut
tahap murid. Melalui penilaian dan pentaksiran juga dapat menjadi asas dalam membuat
laporan yang nanti akan diberikan kepada ibu bapa. Kanak-kanak jug dapat menilai diri
mereka sendiri melalui laporan pentaksiran dan penilaian yang mereka telah perolehi dan
mereka dapat berusaha untuk memajukan diri mereka melalui aktiviti yang disediakan.

Kaedah untuk mengesan perkembangan dan kemajuan murid melalui pemerhatian:


Terdapat empat contoh kaedah yang kita boleh lakukan untuk memerhati murid :
1) Tingkah laku kanak-kanak terseut sama ada pasif atau aktif
2) Perlakuan kanak-kanak tersenut
3) Interaksi murid yang akan di analisis sama ada dengan guru atau dengan rakan
sebayanya.
4) Hasil kerja seseorang pelajar tersebut di dalam kelas
Penilaian terhadap murid-murid yang berada di pra sekolah adalah amat penting kerana
mereka dating dari latar belakang yang berbeza-beza.

Melalui penilaian kita dapat

mengetahui tahap perkembangan tiap-tiap murid. Secara keseluruhannya, penilaian


merupakan proses yang melibatkan beberapa tahap yang berterusan tetapu dengan satu
tujuan, iaitu mendapatkan maklumat yang mencukupi untuk membolehkan sesuatu keputusan
itu dibuat.

Beberapa tahap yang harus dilakukan ketika melakukan penilaian:


1)
2)
3)
4)
5)
6)

Objektif penilaian itu dijalankan


Jenis maklumat yang diperlukan
Cara untuk mendapatkan maklumat
Alat-alat yang digunakan untuk mendapatkan maklumat
Kaedah maklumat yang diperoleh itu dianalisis dan dirumuskan
Kaedah merekod maklumat supaya dapat digunakan dengan sebaik yang mungkin

Kesemua tahap tersebut harus diambil kira kerana membuat penilaian kanak-kanak di
peringkat prasekolah adalah lebih rumit daripada menilai para pelajar di peringkat sekolah
rendah dan menengah.

Kesukaran tersebut timbul adalah kerana kurikulum yang tidak

mantap, perkembangan kanak-kanak yang kurang difahami dan kemampuan guru memahami
bidang tugas yang berkaiatan dengan perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Kaedah
penilaian yang dilakukan haruslah sesuatu yang bersesuaian mengikut tahap perkembangan
mental, social dan juga perkembangan fizikal kanak-kanak bagi setiap peringkat. Perubahan
perkembangan seseorang kanak-kanak berlaku dengan pantas maka oleh itu penilaian yang
dilakukan adalah untuk mengenal pasti sama ada perkembangan kanak-kanak berlaku secara
normal atau sebaliknya. Namun jika perkembangan kanak-kanak tersebut tidak normal maka
tindakan boleh dilakukan untuk membantu kanak-kanak tersebut.

Pemahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian.


Umumnya penaksiran yang dilakukan adalah merupakan seseuatu proses untuk membuat
keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan
pengumpulan maklumat, merekodkan, menganalisis dan melaporkan bedasarkan data yang
telah diperoleh. Melalui penaksiran dan penilaian seseorang guru dapat mengenal pasti
kecerdasan dan ptensi murid bagi memperkukuh dan mempertingatkan perkembangan murid.
Melalui penaksiran dan penilaian, guru dapat mengambil tindakan susulan yg berkesan dan
seterusnya dapat menolong guru untuk mengembangkan potensi murid ke tahap yag lebih
optimum dalam domain kognitif, social dan emosi, dan fizikal.
Kita dapat membuat penilaian seseorang kanak-kanak tersebut dengan menggunakan kaedah
senarai semak. Terdapat beberapa panduan yang boleh dilakukan untuk menyediakan senarai
semak.
1.
2.
3.
4.

Senarai semak tersebut haruslah dinuat awal sebelum pemerhatian dibuat


Tingkah laku yang ingin dinilai haruslah dibuat dengan jelas dan ringkas
Digunakan bagi menilai tingkah laku yang mudah dalam konteks semulajadi
Hanya kemahiran yang sepatutnya / penting sahaja yang di letakan di dalam senarai

semak.
5. Senarai semak haruslah di susun mengikut tahap ataupun peringkat
6. Maklumat untuk melengkapkan senarai semak boleh didapati daripada melakukan
satu atau dua pemerhatian

7. Senarai semak tersebut juga haruslah mudah untuk ditanda semasa atau selepas
pemerhatian dijalankan
Objektif penilaian dan pentasiran murid-murid adalah untuk mengesan perkembangan,
kebolehan , kemajuan dan pencapaian seseorang murid.

Melalui penilaian yang telah

dilakukan memudahkan guru-guru untuk menentukan hasil pembelajaran yang hendak


dinilaia, merancang dan membina instrument penilaian.

Menurut (James H. McMillan,

2000), beliau mengatakan bahawa terdapat tiga prinsip utama penaksiran dan penilaian
perkembangan kanak-kanak.

Prinsip yang pertama ialah, penilaian dan penaksiran yang

dilakukan haruslah jelas, dipercayai dan dapat dicapai dengan telus. Manakala prinsip yang
kedua ialah penaksiran dan penilaian haruslah konsisten.

Prinsip yang ketiga ialah

penaksiran yang dilakukan haruslah inklusif dan adil.

Menurut Surayah dan Haslinda (2009) mengatakan bahawa terdapat enam prinsip
yang penting semasa melakukan penilaian dan penaksiran. Yang pertama, penaksiran dan
penilaian yang dilakukan haruslah dijalankan secara berterusan dan sesuai untuk membantu
dalam perkembangan kanak-kanak.

Hal tersebut adalah selari dengan sifat dan

perkembangan seseorang kanak-kanak dimana perkembangan adalah satu proses yang


berterusan. Oleh yang demikian, guru sepatutnya melakukan penaksiran dan penilaian secara
berterusan.
Prinsip yang kedua yang boleh kita terapkan dalam melakukan penaksiran dan peniaian
ialah haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrument penilaian yang berlainan
yang bertetapan dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Sebagai contoh,
senarai semak merupakan kaedah yang terbaik dalam melakukan penilaian kerana ianya
mudah dan praktikal untuk dilakukan serta banyak kemahiran-kemahiran lain yang boleh
dilakukan.

Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga ialah criteria-kriteria yang disertakan
dalam penilaian tersebut haruslah bersesuaian dengan objektif pembelajaran. Seterusnya,
prinsip yang ketiga,

ianya haruslah dijalankan secara tidak formal, iaitu penilaian dan

penaksiran yang dilakukan ketika kanak-kanak tersebut sedang melakukan proses


pembelajaran. Ini adalah untuk memastikan untuk mendapatkan hasil keputusan yang lebih

realistik dan autentik. Penilaian yang dilakukan haruslah dilaksanakan secara telus prinsip
yang terakhir ialah proses penaksiran dan penilaian yang dilakukan melalui pemerhatian dan
dokumentasi untuk mendapat kesahihan.

Langkah-langkah untuk membina item-item domain dalam senarai semak

Untuk menyediakan penilaian dan penaksiran yang mantap, seseorang guru haruslah
menyediakan penilaian dan penaksiran yang berterusan terhadap murid-murid untuk
mendapatkan keputusan lebih lengkap mengenai seseorang murid. Penilaian yang dilakukan
haruslah berlaku secara berterusan tanpa menunggu akhir proses untuk membuat penilaian.
Konsep untuk membuat penilaian secara berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang
masa tanpa mengira masa tertentu.

Penilaian dan penaksiran tersebut haruslah bersifat

formatif iaitu dengan mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat. Ketika
kanak-kanak tersebut sedang menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa saja
aktiviti yang murid itu sedang lakukan, guru juga boleh membuat penilaian. Guru-guru yang
terlibat haruslah membuat penilaian secara berterusan dan tidak formal untuk memudahkan
guru untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Dalam menyediakan pembinaan item-item domain kanak-kanak tersebut, seseorang guru


haruslah menyelidiki tahap soalan yang sesuai untuk di soalkan atau dinilaikan terhadap
seseorang murid tersebut. Terdapat 3 item-item domain yang di masukkan ke dalam senarai
semak untuk murid tersebut, yang pertama ialah kemahiran saintifik. Melalui kemahiran
saintifik tersebut, murid itu telah di nilai untuk mengenal pasti bentuk yang ada di
persekitaran dan juga mengenal pasti bentuk dan objek di persekitarannya. Yang kedua,
murid tersebut akan dinilai untuk menyiasat alam sekitar, di mana murid tersebut akan
mengenal pasti bahagian tubuh badannya dan guru akan menyoal dengan beberapa soalan
mudah. Murid tersebut juga akan dinilai melalui kebolehannya untuk mengumpulkan haiwan
mengikut habitat. Guru-guru haruslah terlebih dahulu menyediakan peralatan atau permainan
yang berkaitan dengan penilaian tersebut bagi memudahkan penilaian. Yang ketiga, murid
tersebut akan di soal dengan konsep nombor.

Guru akan menyediakan peralatan yang

bersesuaian dengan murid tersebut sebelum menjalankan aktiviti penilaian melalui senarai
semak.
Dalam tugasan ini, saya telah memilih untuk menjalankan penilaian terhadap perkembangan
domain kognitif kanak-kanak. Perkembangan kognitif seperti yang kita tahu ialah suatu
perkembangan yang dialami secara akal dari aspek pemikiran logic dan ianya dapat dilihat
melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan seseorang murid tersebut. Kognitif
juga berkaitan seseorang murid itu untuk menerima sesuatu maklumat dari persekitaran,
menyimpan dan bagaimana ianya dapy diingat semula apabila diperlukan untuk
menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif juga merupakan dasar dalam pengetahuan
dan keupayaan kanak-kanak dalam menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami
dunia di sekitar mereka. Murid yang dinilai dalam perkembangan kognitif ini adalah dalam
peringkat praoperasi (2-7) dimana murid tersebut di nilai untuk berkebolehan untuk
membilang secara hafalan, kanak-kanak tersebut boleh menggunakan symbol, objek atau
perkataan untuk mewakilkan sesuatu atau peristiwa. Pada peringkat praoperasi, kanak-kanak
tersebut masih belum dapat memahami konsep keabadian (konkrit), kebolehbalikan,
pengekalan jisim dan isi padu.

LAPORAN LENGKAP HASIL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID

NAMA MURID

NO SURAT BERANAK

NAMA BAPA

PEKERJAAN BAPA

NAMA GURU

ALAMAT RUMAH

TEMPAT PENILAIAN

DARREN

TADIKA PERMATA CEMERLANG, SABAH

Pengenalan Pemerhatian
Penilaian telah dilakukan terhadap Darren yang merupakan murid sekolah tadika swasta
Tadika Permata Cemerlang. Darren berumur 6 tahun. Dia merupakan anak tunggal dan
hidup bersama kedua-dua ibubapanya. Dia merupakan kanak-kanak yang cergas dari fizikal
dan mentalnya. Tidak hairan lah jika dia mendapat kasih sayang yang secukupnya dan dia
juga seseorang anak yang senang untuk bergaul dan agak manja.
Saya telah memilih Darren untuk dinilai tahap kognitifnya kerana dia merupakan antara
murid yang sudah pandai membaca dan dia seorang murid yang boleh memberikan komitmen
kepada saya dalam menjalankan penilaian ini. Darren juga merupakan pelajar yang rajin
kesekolah dan hampir setiap masa dia boleh menyiapkan tugasan yang diberikan semasa
pembelajaran berlangsung dan sikap Darren yang sebegini lebih mendorong saya untuk
memilihnya dalam assignment ini. Di dalam kelas Darren amat meminati subjek kreativiti
dan dia dapat menghasilkan hasil kerja yang memuaskan dalam aktiviti kreativiti. Dia

selalunya banyak menghasilkan kerja yang baik jika dibandingkan dengan rakan-rakannya
yang lain. Walaupun yang demikian dia juga memiliki beberapa tingkah laku yang tidak
memuaskan seperti mengusik rakan-rakan yang lain dan sangat aktif semasa di dalam kelas.

Tersebut merupakan keputusan penilaian yang telah dicatatkan dalam jadual di bawah;

TAJUK : JADUAL PENILAIAN PERKEMBANGAN MURID DOMAIN KOGNITIF.


DOMAIN
KOGNITIF

18.02.2016
TM SM BM
7
2
0

25.02.2016
TM SM BM
8
1
0

TM
9

3.03.2016
SM BM
0
0

Jadual di atas menunjukkan hasil dapatan pengumpulan data senarai semak mengikut
tarikh dan domain yang telah di paparkan.

TAJUK: GRAF BAR MENUNJUKKAN TAHAP KEMAHIRAN DOMAIN KOGNITIF .


TM SM BM
9
8
7

2
1
18.02.2016 0

25.02.2016 0

3.03.2016
0
0

Graf menunjukkan perkembangan kognitif Darren yang memberansangkan.


Analisis;

Graf di atas telah menunjukkan peningkatan Kognitif Darren yang amat memberansangkan.
Pada awal penilaian, yang bertarikh 18.02.2016, Darren telah menunjukkan bahawa dia telah
berhasil untuk menguasai tujuh daripada Sembilan soalan berkaitan dengan kognitif.
Penilaian yang telah dilakukan pada tarikh 3.03.2016 Darren telah berjaya menguasai
kemahiran kognitif sebanyak 100%.

Analisi dan tindakan susulan


Graf di atas menunjukkan peningkatan peratusan tahap telah menguasai domain kognitif.
Darren telah berjaya menguasai 100% perkembangan domain kognitif pada fasa 3. Pada fasa
yang pertama, murid hanya berjaya menguasai 80 % perkembangan kognitif. Namun yang
demikian Darren telah menunjukkan keputusan yang memberansangkan walaupun pada tahap
fasa pertama. Ini menunjukkan bahawa Darren telah mendapat pendidikan yang amat
membanggakan. Perkembangan intelek kognitif beliau amat memberansangkan kerana
interaksi antara murid, guru dan rakan sebaya yang positif. Sifat keprihatinan ibu bapa
Darren yang sentiasa mendukung Darren dalam pendidikan juga merupakan sebab impak
positif yang amat ketara dalam diri Darren. Perkembangan kognitif terhasil daripada
interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya.

Semasa saya menjalankan penilaian ke atas Darren dia amat memberikan kerjasama yang
baik, dia merupakan murid yang senang untuk di tanya dan dia juga seorang murid yang suka
bertanya kerana dia sedang berada di tahap di mana sifat ingin tahunya yang membuak-buak.
Walaupun kadang-kadang soalan yang dia ajukan tersebut mencuit hati namun saya berusaha
untuk memberikan jawapan yang sebaik mungkin. Apabila saya memberikan lembaran kerja,
saya dapati bahawa dia dapat melakukannya dengan kemas.

Selepas penilaian senarai semak yang saya telah lakukan, saya menyedari bahawa senarai
semak merupakan kaedah yang amat sesuai sekali untuk menilai kanak-kanak tadika. Ini
kerana tindakan serta merta dapat dilakukan untuk memperbaiki kelemahan kanak-kanak
tersebut. Setelah menjalankan tugasan ini, saya mendapati bahawa betapa pentingnya
penilaian ini di lakukan tanpa mengira dan memilih murid. Pembelajaran yang sama rata
dapat membolehkan murid untuk mendapatkan hak mereka dalam kehidupan sebagai kanakkanak yang mempunyai potensi yang tinggi.

APPENDIX
Penilaian Domain Kognitif
KOD

FOKUS

HASIL

Tarikh :

PEMBELAJARAN

18.02.2016
TL

ST 1

ST 2.0

ST 2.1.6

Kemahira

Murid di

n saintifik

kehendaki untuk

SM

Tarikh :

Tarikh :

25.02.2016
BM

TL

SM

SUMBER / EVIDENS

3.03.2016
BM

TL

SM

BM

LI

mengenal pasti
bentuk di
persekitaran
ST 2.1.7
Murid di
kehendaki untuk
memerhati objekobjek di
persekitaran dan
mengenal pasti
saiz (besar, kecil,
panjang, pendek,
tinggi, rendah,
3

ST 3.0

tebal, nipis).
ST 3.1.2

Menyiasat

Murid dikehendaki

Alam

untuk mengenal

Hidupan

bahagian tubuh
badan.
ST 3.1.3
Murid dikehendaki
untuk mengenal
pasti organ deria
(mata, hidung,
telinga, lidah,
kulit) dan
menyatakan fungsi
setiap organ deria

HK

TL

memerhati dan

PR

LL

tersebut.
ST 3.4.6

Murid dikehendaki
untuk
mengumpulkan
haiwan mengikut
6

ST 7.0

habitat.
ST 7.1.7

Konsep

Murid dikehendaki

Nombor

untuk membilang
secara menaik 110 dan menurun
10-1.
ST 7.1.8

Murid dikehendaki
untuk menulis
nombor 1-10
mengikut cara
yang betul.
ST 7.2.1

Murid dikehendaki
untuk menulis
9

ST 8.0

angka sifar.
ST 8.1.1

Operasi

Murid dikehendaki

Nombor

untuk menyatakan
hasil tambah dua

10

himpunan objek.
ST 8.1.4
Murid di
kehendaki untuk
menulis beberapa
ayat matematik
dengan
menggunakan
operasi tambah (+)
dan sama dengan
(=)

Anda mungkin juga menyukai