Anda di halaman 1dari 1

Langkah2 menghargai warga tua

Warga tua merupakan orang yang sepatutnya kita hargai. Mereka


pernah menaburkan jasa dan budi yang tidak ternilai kepada keluarga dan
masyarakat . Tanpa mereka,keluarga dan masyarakat yang ada pada hari ini
tidak akan wujud dan kita kemungkinan hidup dalam keadaan yang tidak
aman.Oleh yang demikian, kita haruslah menyayangi warga emas .

Antara cara untuk memghargai warga tua yang banyak berjasa


kepada negara ialah meraikan hari kelahiran mereka setiap tahun. Kita
dapat menggembirakan mereka dengan cara ini kerana mereka berasa diri
disayangi dan dihargai oleh orang lain.Oleh demikian ,mereka dapat
menghindari dirinya daripada kemurungan dan kesedihan yang boleh
mengakibatkan mereka mempunyai pemikiran untuk membunuh diri
ataupun menghidap penyakit nanar.Contohnya, terdapat orang tua yang
mengalami kemurungan dan menghidap penyakit sakit jiwa.

Selain itu,kita harus menghargai mereka terutamanya, sempena Hari


Ibu dan Hari Bapa.Keluarga dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh
meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa dengan member hadiah kepada warga
tua.Hal ini bukan sahaja boleh menyebabkan mereka dihormati ,malah ia
juga boleh meningkat keprihatin masyarakat.Sebagai contoh,

Di samping itu ,kita juga boleh mengadakan program ibu atau bapa
angkat.Program ini boleh dijalankan melalui aktiviti persatuan di sekolah
seperti kadet remaja ,persatuan bulan sabit merah dan lain-lain.Melalui
aktiviti seperti itu,pelajar dapat menerapkan nilai kasih sayang dan
menghormati orang-orang tua di samping membantu warga emas dalam
aktiviti seharian mereka.Contohnya, mereka dapat menjaga nenek atau
datuk mereka dengan cara yang betul .

Seterusnya ,kerajaan harus menganjurkan aktiviti- aktiviti sempena


sambutan perayaan pelbagai kaum dam perayaan kebangsaan .