Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN PPKI SMK PERMATA JAYA 2011

1.0

PENGENALAN

Menyedari hakikat tentang keperluan pendidikan dan pembelajaran bagi pelajar-pelajar


Pendidikan Khas ini, pelbagai program telah disusun atur sebagai langkah utuk mencapai
matlamat di atas. Penyertaaan pelajar khas sama ada secara langsung atau tidak langsung
di dalam atau di luar sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu
didedahkan kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, satu projek keusahawanan telah
dirangka bagi mencapai tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan pelajar khas
yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan
kemahiran di dalam menguruskan kehidupan.
2.0

PROGRAM MASAKAN DAN KEUSAHAWANAN

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk
program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat
sendiri apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah
aktiviti keusahawanan. Ia merupakan satu program percubaan untuk membantu
meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif. Menyedari kepentingan
pendidikan keusahawanan untuk membekalkan pelajar dengan peluang dan potensi untuk
memilih kerjaya sebagai usahawan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menunjukkan
komitmen mereka terhadap pelaksanaannya. Komponen Keusahawanan telah
diperkenalkan dalam subjek Kemahiran Hidup di Sekolah Menenga. Berdasarkan usaha
tersebut Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Permata Jaya ingin membudayakan
keusahawanan di kalangan pelajar khas. Pembudayaan keusahawanan terus diterapkan
melalui mata pelajaran Kemahiran Hidup bermula pada tahun 2010.
3.0

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan, disiplin dan
kemahiran pengurusan yang perlu ada dalam diri para pelajar Pendidikan Khas. Ia bertujuan
untuk meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap
pelajar. Aktiviti, produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk
menonjolkan bakat dan kemahiran para pelajar pendidikan khas dalam menempuh cabaran
yang bakal mendatang.
4.0
i.
ii.
iii.
iv.
v.

OBJEKTIF
Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri, dan menyedari potensi
ke arah keusahawanan.
Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan
Memupuk sifat kreatif, inovatif, suka berusaha, jujur, bekerjasama dan mengamalkan
cara kerja yang bersistem, tabiat kerja yang selamat, sihat dan bertanggungjawab.
Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan pelajar perdana,
masyarakat dan sebagainya.
Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan pelajarpelajar khas.

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN

Bermula Jan 2010


6.0

TEMPAT

Tempat yang telah dipilih untuk aktiviti ini adalah ruang masakan kerana kedudukannya
yang strategik untuk pelajar pendidikan khas juga kerana tempat yang terbuka dan sesuai
untuk aktiviti yang akan dijalankan.
7.0

KUMPULAN SASARAN

Keperluan sasaran iaitu pelajar Pendidikan Khas yang berada dalam kumpulan MPV
Masakan dan Keusahawanan.Mereka ini yang akan menguruskan bilik yang dikhas untuk
aktiviti jual beli dengan dibantu oleh seorang guru.
8.0

SASARAN JUALAN

Pelajar pendidikan khas,pelajar aliran perdana ,guru-guru serta para pelawat dari sekolahsekolah yang lain.
9.0

PRODUK JUALAN DAN RASIONAL

Antara produk jualan yang bakal dipamerkan dan dijual ialah:


a)
Hasil Masakan
b)
Barang makanan ringan seperti keropok,kerepek yang dibuat sendiri atau yang dibeli
secara borong dan dibungkus semula oleh pelajar pendidikan khas.
c)
Mesin fotostat.
Rasional jualan produk yang disebutkan adalah untuk membuktikan kepada masyarakat
yang para pelajar pendidikan khas mampu bersaing dalam menghasilkan produk dan
mampu untuk menampung keperluan diri sendiri kelak.Semua keuntungan hasil dari jualan
ini juga akan digunakan untuk menampung pembelian alatan pelajar dan keperluan para
pelajar pendidikan khas.
10.0

KEPERLUAN LOGISTIK YANG DIPERLUKAN SEGERA

a) Mesin Pengadun Doh


Keperluan segera untuk menghasilkan pelbagai produk jualan untuk Program MPV Masakan
dan Keusahawanan seperti donat, pizza, mi kuning, mi siput dan roti manis.

b) Peti Sejuk (peti sejuk sedia ada tidak lagi dapat digunakan untuk penyimpanan
makanan kerana bahagian sejuk beku telah rosak)

Keperluan segera untuk penyimpanan bahan-bahan sejuk beku, sayur-sayuran, mayonis,


bahan masakan yang telah dikisar dalam kuantiti yang banyak serta penyimpanan benih
cendawan (Projek Penanaman Cendawan)
11.0PELAN PERLAKSANAAN STRATEGI
Bagi memastikan perlaksanaan mengikut perancangan sebuah jawatankuasa kerja telah
dilantik untuk menjayakan program ini.
JAWATANKUASA KERJA PROGRAM KEUSAHAWANAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK PERMATA JAYA
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Bendahari

: Pn. Hjh. Faridah Binti Kalam


: Tn. Hj. Subari Bin jubri
: Pn Nor Rafidah Binti Abdullah
: Cik Nurshuhaida Binti mohd. Salleh

AJK
Pn. Huzanah Binti Yacub
Pn. Norfadzhilla Binti Sadon
Nurul Tasya Nabila Binti Anuar
Mohd Saiful Nizam Bin Saikhoni
Mohd Helmi Bin Tugiman
Siti Norazilah Binti Suhairi
Ee Qian Ting
12.0

(Pembantu Pengurusan Murid)


(Pembantu Pengurusan Murid)
(Pelajar)
(Pelajar)
(Pelajar)
(Pelajar)
(Pelajar)

BATASAN / KEKANGAN UNTUK MENJALANKAN PROJEK

a) Mesin Pengadun Tepung


Ketiadaan mesin pengadun tepung menyukarkan proses pembuatan doh kerana terpaksa
bergantung dengan proses pembuatan secara manual sedangkan doh memerlukan masa
yang agak lama untuk dibiarkan sebelum boleh diuli untuk dibakar atau digoreng.
b) Peti Sejuk
Keadaan peti
basah seperti
dalam kuantiti
guru terpaksa
yang rendah
berkenaan.

sejuk yang sudah tidak lagi boleh digunakan menyebabkan bahan-bahan


sayur campur, mayonis, bahan sejuk beku dan sebagainya terpaksa dibeli
yang sedikit. Secara tidak langsung ini akan meningkatkan kos bahan serta
menyimpan sebahagian bahan masakan yang mesti disimpan dalam suhu
di rumah masing-masing sekiranya belum habis digunakan pada hari

13.0 ANGGARAN KOS


Bil. Perihal Barang
1.
Mesin Pengadun Doh (Flour Mixer)
2.
Peti Sejuk 2 Pintu (Toshiba)

Kuantiti
1 Unit
1 Unit

Anggaran harga
RM 1450.00
RM 1390.00

Jumlah
14.0

RM 2840.00

RUMUSAN

Diharapkan program ini dapat menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan di


samping menimbulkan semangat yang lebih gigih untuk memajukan mereka. Semoga
program ini dapat dijalankan dengan jayanya dengan sokongan padu pihak pengurusan
terutamanya dari segi kewangan,masa serta sokongan daripada guru-guru pendidikan khas.
Dengan adanya sokongan ini dapat memberikan gambaran yang positif terhadap
keupayaan pelajar pendidikan khas ini. Selain daripada itu, ia juga merupakan salah satu
cara yang terbaik yang dapat guru-guru lakukan khasnya untuk pelajar yang kurang upaya
ini.
Disediakan oleh :

Disemak oleh :

................................................
Nor Rafidah Binti Abdullah
(Setiausaha MPV Masakan dan Keusahawanan)

..............................................
Tn. Hj. Subari Bin Jubri
(GPK Pendidikan Khas)

Disahkan oleh :
.............................................................