Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR PENGURUSAN KURIKULUM


DASAR 1 : TENAGA PENGAJAR
1.1
1.1.1
1.1.2
1.1.3

Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut:Opsyen pengkhususan mereka
Pengetahuan dan Kepakaran
Pengalaman bertugas

1.2
Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut:
1.2.1 Mata pelajaran opsyen
1.2.2 Dua mata pelajaran elektif
1.3
1.3.1
1.3.2
1.3.3
1.3.4
1.4
1.4.1
1.4.2
1.5
1.5.1
1.5.2

Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap :Kelayakan akdemik dan ikhtisas
Pengetahuan
Pengalaman
Kemahiran
Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran
dan pembelajaran yang boleh meningkatkan:Minat murid
Pencapaian murid
Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui:Idea-idea individu
Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain

DASAR 2 : PENEMPATAN MURID


2.1

Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di


sekolah.

2.2

Semua murid Tahun Satu akan ditempatkan ke kelas-kelas secara rambang tetapi
seimbang dari aspek:2.2.1 Jantina
2.2.1 Bangsa dan agama

2.3

Semua murid Tahun Dua hingga Tahun Enam akan ditempatkan ke kelas seperti
berikut:2.3.1 Kelas pertama bagi murid yang mempunyai potensi yang tinggi
menghasilkan kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun
sebelumnya.
2.3.2 Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan murid yang mempunyai tahap
potensi baik, sederhana dan kritikal. Namun demikian kes-kes berkaitan
perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan Agama juga diambil kira.

PENGURUSAN KURIKULUM

2.4

Semua murid Tahun Enam yang terlibat dengan Peperiksaan Awam di tempatkan ke
kelas mengikut kriteria seperti berikut:2.4.1 Kelas Cemerlang bagi murid yang cemerlang dan potensi cemerlang ( ke arah
pencapaian kualiti ).
2.4.2 Kelas Lulus bagi murid yang berprestasi baik dan sederhana (ke arah
pencapaian kuantiti ).
2.4.3 Kelas Potensi Lulus bagi murid yang berprestasi lemah dan kritikal (dipulihkan
untuk membantu pencapaian lulus ).

2.5

Semua murid yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas
berdasarkan kriteria berikut:2.5.1 Pencapaian akademik
2.5.2 Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
2.5.3 Keseimbangan jumlah murid dalam sesuatu kelas

DASAR 3 : PENEMPATAN GURU DI SESUATU KELAS


3.1

Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru
berdasarkan kriteria berikut:3.1.1 Keputusan strategi sekolah
3.1.2 Kepakaran yang dimiliki setiap guru
3.1.3 Pengalaman mengajar setiap guru
3.1.4 Minat dan permintaan seorang guru

DASAR 4 : PENYEDIAAN BUKU REKOD MENGAJAR


4.1

Semua guru diwajibkan menyediakan buku rekod mengajar secara realiti dan terkini,
meliputi perkara berikut:4.1.1 Butiran peribadi
4.1.2 Rancangan Pengajaran Tahunan
4.1.3 Rancangan Pengajaran Harian
4.1.4 Senarai Buku Rujukan
4.1.5 Senarai Nama Murid
4.1.6 Maklumat Aktiviti Penilaian
4.1.7 TOV, U1, PKSR 1, U2, PKSR 2, sasaran, pencapaian sebenar

4.2

Rancangan Pengajaran Tahunan perlu disediakan mengikut kriteria berikut:4.2.1 Hendaklah ditaip/ ditulis tangan
4.2.2 Disediakan mengikut format (mingguan/tajuk/objektif/kemahiran/catatan)
4.2.3 Diserahkan kepada Guru Besar untuk pengesahan sebelum minggu ketiga
bulan Januari

4.3

Rancangan Pengajaran Harian perlu ditulis setiap hari pembelajaran mengikut kriteria
berikut:4.3.1 Nyatakan kelas, masa dan mata pelajaran

PENGURUSAN KURIKULUM

4.3.2
4.3.3
4.4

Nyatakan tajuk, objektif pembelajaran pada hari berkenaan, kemahiran dan


aktiviti.
Tulis refleksi pada setiap sesi pembelajaran dan pengajaran.

Penyerahan Buku Rekod Mengajar ke pejabat adalah seperti berikut:4.1.1 Pada setiap hari Jumaat. Jika hari tersebut cuti, hari sebelumnya dihantar.
4.1.2 Sekiranya guru berkursus/bersalin lebih dari 3 hari.
4.1.3 Menggantikan kelas, guru perlu lekatkan slip jadual pengganti dalam buku
rekodnya.

DASAR 5 : LATIHAN MURID


5.1

Semua murid dikehendaki menggunakan buku latihan yang seragam,


diperolehi dari:5.1.1 Kedai buku sekolah
5.1.2 Ditulis nama, kelas dan mata pelajaran
5.1.3 Tidak diconteng atau ditampal dengan pelbagai stiker

yang boleh

5.2

Setiap murid perlu mempunyai 3 buah buku latihan pada sesuatu masa, bagi setiap
mata pelajaran utama berikut:5.2.1 Bahasa Melayu
5.2.2 Bahasa Inggeris
5.2.3 Matematik
5.2.4 Sains
5.2.5 Agama Islam

5.3

Murid perlu menuliskan perkara berikut setiap kali membuat latihan bertulis:5.3.1 Hari ( dalam Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris)
5.3.2 Tarikh
5.3.3 Arahan Latihan

5.4

Pemberian latihan kepada murid-murid perlulah mengikut kriteria berikut:5.4.1 Sebolehnya setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlaku
5.4.2 Bilangan yang munasabah dengan kemampuan murid
5.4.3 Kepelbagaian bentuk dan format latihan
5.4.4 Berkaitan dengan kemahiran dan tajuk pada hari berkenaan
5.4.5 Latihan kerja rumah sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi setiap mata
pelajaran utama.
5.4.6 Latihan dalam lembaran kerja perlu ditampal ke dalam buku latihan murid.

5.5

Pemeriksaan latihan murid perlu dilaksanakan oleh setiap guru mengikut garis panduan
berikut:5.5.1 Setiap kali latihan diberikan dengan kadar segera.
5.5.2 Diperiksa dengan betul dan teliti.
5.5.3 Dibetulkan oleh guru bagi setiap jawapan yang salah.
5.5.4 Diberi komen yang membina.

PENGURUSAN KURIKULUM

5.5.5
5.5.6
5.5.7
5.6

Dipastikan murid membuat pembetulan sebelum latihan baru diberikan.


Dicatatkan tarikh pemeriksaan.
Buku Latihan murid perlu dihantar 2 kali untuk pencerapan oleh Guru Besar atau
Guru Penolong Kanan.

Penggunaan Buku Kerja Tambahan perlu memenuhi syarat berikut:5.6.1 Mendapat kelulusan dan kebenaran khas dai Guru Besar.
5.6.2 Kepada murid-murid tahap pencapaian cemerlang sahaja.

DASAR 6 : PENILAIAN
6.1

Penilaian secara formatif dilaksanakan mengikut standard dan sistem seperti berikut:6.1.1 Ujian 1 dilaksanakan pada bulan Mac
6.1.2 Ujian 2 dilaksanakan pada bulan Mei/Jun (PKSR 1)
6.1.3 Ujian 3 dilaksanakan pada bulan Ogos
6.1.4 Ujian 4 dilaksanakan pada bulan Oktober (PKSR 2)
6.1.5 Setiap murid akan diberi peluang menetapkan sasaran pencapaian mereka bagi
setiap mata pelajaran utama.
6.1.6 Pencapaian dalam PKSR 1 dan PKSR 2 akan diambil kira bagi tujuan Prestasi
Akhir Tahun.

6.2

Penilaian-penilaian lain akan dilaksanakan secara berterusan melalui kaedah berikut:6.2.1 Pemerhatian
6.2.2 Penghasilan kerja buku latihan

DASAR 7 : PROGRAM PENINGKATAN AKDEMIK


7.1

Program Kecemerlangan Akademik perlu dirangka bagi setiap kategori berikut:7.1.1 Bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6
7.1.2 Bagi setiap mata pelajaran utama
7.1.3 Meliputi aspek TOV, Sasaran dan Pencapaian Sebenar
7.1.4 Analisis Pencapaian
7.1.5 Post Mortem

7.2

Program Strategik dan Program Taktikal perlu disediakan oleh setiap Panitia mata
pelajaran teras yang merangkumi perkara berikut :7.2.1 Matlamat dan Objektif
7.2.2 Sasaran pencapaian dari aspek kuantiti dan kualiti
7.2.3 Huraian Projek/ Aktiviti Utama dan Sokongan
7.2.4 Analisis Pencapaian
7.2.5 Post Mortem dan Penambahbaikan

PENGURUSAN KURIKULUM

DASAR 8 : ANUGERAH DAN PENGHARGAAN


8.1

Anugerah Kecemerlangan Akademik diberikan kepada murid bagi setiap kelas


berdasarkan pencapaian mata pelajaran teras kedudukan pertama, kedua dan ketiga.

8.2

Anugerah Kecemerlangan Kurikulum diberikan kepada semua murid yang mendapat


5A.

8.3

Anugerah Kecemerlangan Mata pelajaran diberikan kepada murid yang mendapat


markah purata tertinggi bagi setiap mata pelajaran utama PPT dan PAT.

8.4

Anugerah Galakan Akademik / Lonjakan Saujana diberikan kepada setiap kelas bagi
murid yang menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Kedudukan
PPT dan PAT.

8.5

Murid Terbaik Tahun diberi kepada murid yang mendapat markah teringgi dalam PAT.

8.6

Anugerah Tokoh Nilam diberikan kepada murid yang mencapai pancapaian tertinggi
dalam program Nilam dan aktiviti Pusat Sumber Sekolah.

8.7

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum diberikan kepada murid yang aktif dalam


aktiviti persatuan dan unit beruniform.

8.8

Anugerah Tokoh Murid diberikan kepada murid terbaik keseluruhan Akademik, sahsiah,
kokurikulum, jasa dan keistimewaan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai