Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Laporan

Laporan merupakan suatu alat yang digunakan untuk menyampaikan


informasi-informasi penting ditulis oleh seseorang yang diberi tugas atau
pekerjaan. Ia adalah suatu bentuk penulisan (tulisan).

Tulisan itu pula berfungsi sebagai alat komunikasi yang di dalamnya ada
informasi-informasi penting bagi seseorang. Seseorang yang membuat
laporan pastila orang yang berkaitan dengan tugas/pekerjaan terhadap objek
yang dilaporkan tersebut. Laporan dibuat untuk menemukan masalah dan
mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Laporan adalah bentuk penulisan fakta mengenai suatu keadaan atau suatu
kegiatan (fakta yang dilaporkan merupaan bahan atau keterangan berdasaran
keadaan objetif yang dialami sendiri oleh si pelapor. (dilihat, didengar, atau
dirasakan sendiri) ketika pelapor melakukan sesuatu kegiatan.

Dalam menulis suatu laporan, bahasa yang digunakan haruslah bahasa yang
baik, jelas dan teratur.

Fungsi laporan adalah:


(i) Menyampaikan maklumat
Sejarah dan/atau latar belakang sesuatu perkara, isu, projek.
Proses, keadaan sesuatu perkara, isu, projek.
Bahan rekod untuk rujukan akan datang.

(ii) Membuat kesimpulan


Proses sesuatu perkara, projek.
Menjelaskan sebab dan akibatnya (kejayaan atau kegagalan sesuatu
perkara, projek).
Penemuan/Hasil sesuatu perkara, kajian.

(iii) Memberi Idea/Perakuan


Membuat penilaian tentang tahap pencapaian/ kegagalan sesuatu
perkara, projek.
Memberi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Mengemukakan cadangan khusus untuk menyelesaikan sesuatu


masalah.

2.0 Kualiti Laporan


Kualiti sesuatu laporan boleh dilihat melalui prinsip 5C + 1P
i.

Correct/Accurate (Betul/Tepat)

Data, fakta dan maklumat yang betul, tepat dan accountable (stand by
your statement, e.g. on figures and facts)

ii.

iii.

iv.

Gunakan data semasa

Data terdahulu boleh dijadikan/digunakan sebagai perbandingan

Concise (Padat)

Tulis seberapa ringkas yang boleh

Ringkas tetapi padat, mencakupi semua perkara yang perlu

Complete/Comprehensive (Lengkap)

Mempunyai data, fakta dan maklumat yang lengkap

Lampiran yang perlu, disertakan

Ada sinopsis/ringkasan

Menyatakan bahan-bahan rujukan

Clear (Jelas)

v.

vi.

Huraian yang jelas

Menggunakan bahasa yang mudah difahami

Mengikut urutan logik (logical sequence)

Susun atur yang baik dan menarik (layout)

Ilustrasi yang menarik dan pelbagai

Convincing (Menyakinkan)

Matlamat utama kertas untuk mendapat sokongan/pertimbangan.

Oleh itu semua asas/sebab/hujah (argument) perlu meyakinkan.

Polite (Bersopan)

Menggunakan gaya bahasa dan penulisan yang bersesuaian, tidak keras.

Anda mungkin juga menyukai