Anda di halaman 1dari 11

1.

PENGENALAN
Tangga adalah sebahagian struktur bangunan yang penting dalam pembinaan
bangunan. Ia adalah sebagai perhubungan atau laluan turun naik yang memudahkan di
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain di dalam sesebuah bangunan. Pembinaan
tangga mengandungi beberapa anak tangga yang dibina dalam satu larian terus atau
mempunyai beberapa larian yang diselangi dengan pelantar. Pilihan jenis tangga yang
sesuai untuk sesuatu keadaan bergantung kepada beberaoa faktor, iaitu;
i.
ii.
iii.
iv.

2.0

Adakah kegunaan tangga untuk rumah kediaman atau bangunan awam.


Ruang bukaan tangga yang dibina.
Ukuran naik dan curam uang dikehendaki.
Rekabentuk yang paling berkesan dan ekonomi.

JENIS PEMBINAAN TANGGA


i.
ii.
iii.
iv.

2.1

Tangga larian lurus


Tangga suku pusingan
Tangga separuh pusingan
Tangga geometri

Tangga larian lurus

Tangga larian lurus meliputi satu deretan anak tangga yang menghubungkan dari satu
tingkat ke tingkat yang lain dalam satu arah. Untuk tangga larian lurus yang terlalu
panjang boleh diputuskan dengan pembinaan pelantar perantaraan supaya
mendapatkan deretan ank tangga yang lebih senang dan selesa didaki. Penggunaan
tangga lurus memberikan rupa bentuk yang paling mudah dan murah dalam
pembinaan tangga.

2.2

Tangga Suku Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan tangga yang meningkat dari lantai bawah ke lantai
atas dengan pelantar yang membelok sejauh 90 (suku pusingan) di pertengahannya.
Penggunaan tangga suku pusingan amat sesuai untuk ruang bukaan tangga yang
terhad di mana tanga larian lurus tidak dapat digunakan.

2.3

Tangga Separuh Pusingan

Tangga ini meliputi dua deretan anak tangga meningkat dari lantai bawah ke lantai
atas dengan pelantar yang memusing melalui 180 (separuh pusingan) di
pertengahannya. Kedua-dua deret anak tangga adalah selari. Susunan anak tangga di
lantai atas akan berakhir di atas titik permulaan pada lantai bawah. Ini akan
menghasilkan bilangan anak tangga yang sama untuk kedua-dua deretan tangga ini.
Penggunaan tangga separuh pusingan amat sesuai sebagai tangga awam, terutamanya
sebagai tangga kecemasan untuk bangunan-bangunan pejabat yang bertingkat-tingkat.

2.4

Tangga Geometri

Tangga ini meliputi satu deretan anak tangga berterusan yang disusun mengelilingi
tupang tengah menjadikan satu tangga keliling. Pembinaan tangga keliling
memerlukan kawasan lantai yang kecil tetapi kegunaannya adalah terhad kerana ia
tidak sesuai untuk memindahkan barang-barang besar seperti perabot disebabkan
kesempitan anak tangga ini. Tangga elips pula mempunyai rekabentuk yang menarik,
ia digunakan sebagai tangga masuk utama bagi bangunan mewah.

3.0

Ukuran Naik Dan Jarak Ufuk Tangga


3

Ukuran naik ialah jarak menaik dalam sesuatu larian tangga. Jarak ufuk adalah jarak
yang diufuk mengikut panjang ufuk bagi sesuatu larian tangga.
3.1

Jejak Dan Penaik


Bahagian ufuk bagi sesuatu anak tangga dikenali sebagai jejak,
manakala bahagian tegak dikenali sebagai penaik. Bagi anak tangga kayu
tertutup, jejak biasa mengunjur sedikit dari muka penaik. Unjuran ini dikenali
sebagai anjur adalah dalam lingkungan 32mm. Mengikut peraturan bangunan
ukuran-ukuran penaik mestilah tidak melebihi 190mm dan jejak tidak kurang
dari 230mm. Jarak ufuk maksimum jejak untuk tangga awam ialah 350mm.

3.2

Ruang Tangga
Untuk keselesaan pengguna dan kemudahan mengangkat barang dan
perabot melalui tangga, pembinaan ruang tegak hendaklah secukupnya dalam
sebuah tangga. Mengikut peraturan ruang minimum yang dicadangkan ialah
setinggi 2 meter diukur menegak di antara garisan anjur tangga dengan sisi
bawah lantai asas, atau minimum 1.5m diukur bersudut tepat ke garisan anjur
lantai atas dan sisi bawah lantai atas.

3.3

Pelantar Tangga
Pelantar tangga ialah ruang yang terdapat antara dua larian tangga. Ia
berfungsi sebagai suatu pemisah bagi larian tangga yang terlalu panjang atau
sebagai perenggan bagi larian tang yang bertukar arah atau membelok. Ruang
pelantar dikehendaki sentiasa dalam keadaan terang dan cukup ganti udara.
Jika cahaya yang diterima kurang memuaskan, dicadangkan kawasan pelantar
ini dipasangkan lampu. Di mana perlu, tangga hendaklah disiapkan dengan
pelepar yang lengkap dengan susur tangan. Tinggi susur tangan ialah 800mm
1000mm diukur dari garisan anjur.

3.4

Kaedah Merancang Tanda Tangga

Dalam pembinaan tangga, adalah mustahak untuk menentukan bahawa


jarak jejak, ukuran naik bagi penaik, curam serta bilangan anak tangga selaras
dengan keperluan peraturan yang perlu patuhi.
Kaedah menentukan curam sesuatu tangga boleh dilakukan dengan
menggunakan formula berikut :
2N + J = 600 atau N + J = 430
N ialah ukuran naik bagi penaik dan J ialah jarak ufuk bagi jejak.

4.0

Pembinaan Tangga Konkrit


Tangga konkrit mempunyai rintangan yang lebih baik terhadap kerosakan,
terumata daripada api dan serangan anai-anai jika dibandingkan dengan tangga kayu.
Tangga konkrit mempunyai kekuatan yang tinggi dan tahan lasak serta mudah untuk
direkabentuk. Oleh sebab itu, kebanyakan tangga kecemasan adalah di perbuat
daripada konkrit. Pembinaan tangga konkrit ada pelbagai jenis yang terdiri daripada
tangga konkrit siku, tangga konkrit julur, tangga konkrit rasuk dan tangga konkrit
papak condong. Dalam pembinaan tangga konkrit penentuan dan keperluan yang
hendak dipatuhi ialah :
a) Bancuhan konkrit 1:2:4 dengan saiz batu baur kasar 20mm.
b) Kulit konkrit ialah 15mm minimum atau mengikuti diameter besi tetulang
utama, mana-mana yang lebih tebal.
c) Ketebalan tangga ialah 100mm minimum sehingga 250mm maksimum.
d) Tetulang mestilah daripada keluli biasa, keluli tegangan tinggi atau besi bulat
berbunga.
e) Kemasan permukaan anak tangga hendaklah mengikuti kesesuaian kegunaan
tangga
berkenaan.
Pembinaan

tangga

adalah
bergantung
kepada
bentuk

struktur bangunan serta kemudahan-kemudahan di tapak bina. Dalam keadaan


yang biasa, jenis tangga yang berkesan untuk rumah kediaman ialah tangga
papak condong.

4.1

Tetulang
Tetulang utama dalam pelantar disusun dalam dua hala di bahagian bawah
papak. Tetulang utama bagi larian tangga disusun selari dengan arah larian. Ketebalan
yang berkesan bagi papak condong yang membentuk larian tangga ialah pada
bahagian dekat persimpangan jejak dan penaik serta tampang bawah larian.
Ketebalan tanggalah yang mempunyai kekuatan bagi sesuatu tangga manakala
anak tangga tidak memainkan sebarang peranan dalam menampung beban. Ketebalan
tangga adalah dari 100 mm hingga 250 mm. kulit konkrit yang mencukupi hendaklah
diadakan di sekeliling tetulang untuk mengelakkannya daripada berkarat.

4.2

Kemasa

Anak Tangga
Kemasan
kepada
anak
tangga
perlu disiapkan supaya permukaannya tidak gelincir, senang dicuci dan kelihatan
menarik. Didapati pelbagai jenis kemasan yang boleh digunakan tetapi kemasan yang
paling ekonomik dan senang digunakan ialah dengan menerap simen. Untuk
mendapatkan sesuatu permukaan yang tidak gelincir terutama sekali pada bahagian

anjur sebelah hadapan jejak, perlu diterapkan beroti karborundum atau getah ke dalam
kemasan lepaan simen. Kemasan jenis lain ialah dengan memasang jubin, parket, batu
marmar, terazo atau ditutup dengan permaidani. Permukaan tampang bawah tangga
boleh disiapkan dengan melepa turap simen nipis.

5.0

KESIMPULAN
Lukisan struktur tangga adalah satu lukisan spesifikasi yang dilukis bagi
mengetahui perincian rekabentuk tangga yang perlu dibina supaya tidak mengalami
sebarang masalah selepas pembinaan tangga disiapkan. Pengiraan nilai setiap
kedudukan posisi tangga perlu penelitian yang tinggi. Ini kerana anak-anak tangga,
tetingkat, dan jejak perlu nilai yang tepat kedudukannya. Tangga juga perlu mengikut
darjah kecerunan yang ditetapkan. Konkrit yang sering digunakan pula adalah G25N
dan keadaan konkrit mestilah kering. Ini adalah kerana tangga mempunyai kecerunan
dan perlu dikonkrit dari atas ke bawah. Jika keadaan konkrit basah, konkrit akan turun
ke bawah apabila dituang.

6.0

RUJUKAN
i.

Muhammad Hafizzudin. (2011). Rekabentuk tangga menggunakan Microsoft


visual basic 6. Universiti Teknologi Malaysia: Laporan Projek Sarjana Muda.

ii.

Jahiman Badron (2000), Teknologi Bangunan, Penerbitan Seri Kota,

iii.

R. Greeno (1986), Principles Of Construction, Longman Group Limited


England

iv.

Tan Boon Tong (2000), Teknologi Binaan Bangunan, Dewan Bahasa &
Pustaka Kuala Lumpur

v.

Laman web : http://eruncivil.blogspot.my/

vi.

Laman web : http://pkbtechinfo.blogspot.my/p/konkrit-bertetulang_1783.html

10

vii.

Laman web : http://lukisansenibina.blogspot.my/2011/07/lukisan-kerjatangga.html

11

Anda mungkin juga menyukai