Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1

Menurut kamus dewan edisi keempat (tika) memberi maksud 1. ilmu bukan prinsipprinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll), manakala
beretika bermaksud mempunyai atau berpegang kepada etika, berakhlak, bermoral.Perkataan
etika atau lazim juga disebut etik, berasal dari kata Yunani ETHOS yang bererti norma-norma,
nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik.
Dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia yang bertamadun etika merupakan
satu elimen yang sangat penting . Etika berperanan untuk mengatur bagaimana manusia dapat
bergaul atau bersosialisasi sesama mereka . Etika turut berperanan sebagai garis panduan
dalam sosio budaya sesebuah masyarakat. Masyarakat yang beretika akan dipanadang tinggi
tamadunnya. Etika dalam sesebuah masyarakat adalah merupakan tunjang dalam
pembentukan adat dan budayamereka. Etika sangat mempengaruhi kehidupan manusia, kerana
dengan adanya etika maka seseorang manusia itu dapat membuat garis panduan bagaimana dia
perlu menjalani kehidupannya dalam masyarakat sekitar. Etika juga akan menetukan sama ada
sesuatu tindakan atau perlakuannya selaras dengan kehendak budaya masyarakat yang
diangggotainya. Etika penting kepada manusia bagi mengendalikan tatacara kehidupan manusia
dalam menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan kesejahteraan
dan kebahagiaan.
Individu yang beretika akan mendapat kebaikan dari segi fizikal, beliau juga akan
mendapat sesuatu ketenangan di dalam jiwa dan perasaannya .Seseorang individu yang beretika
juga akan dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang baik kerana beliau memelihara
dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji. Ahli di dalam sesebuah masyarakat juga akan
mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi.
Dari konsep kekeluargaan pula etika memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan keluarga yang sempuna .Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang
sedemikian dapat mewujudkan keharmonian.Oleh yang demikian,keamanan dan keakraban
rumah tangga dapat menjamin keutuhan keluarga. Segala pahit maung dan ujian dalam
mengharungi kehidupan akan dapat diatasi dengan penuh berhemah.

Kepentingan etika tidak hanya berlegar disekitar individu dan keluarga malah ia juga
berperanan penting dalam menentukan kestabilan kepada sesebuah organisasi.Etika dapat
memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin pada
kebajikan seluruh anggota sesebuah organisasi tersebut . Selain menjaga kebajikan etika juga
dapat memantapkan kestabilan,seterusnya mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan
kredibiliti dan reputasi serta menjamin perkembangan organisasi tersebut secara berterusan.
Peranan etika serta kepentinganya dalam sesebuah masyarakat juga tidak dapat
dipertikaikan kerana ia dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang
berterusan.Masyarakat yang beretika juga akan dapat membentuk persekitaran yang sihat dan
menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan bayi,rompakan,penyeludupan barangan
haram dan seumpamanya. Kesedaran anggota sesebuah masyarakat dan keteguhan mereka
mempertahan etika akan menjamin keharmonian masyarakat tersebut.