Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN BENTA

27300 BENTA,
PAHANG DARUL MAKMUR
TEL : 09-3239780

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH
& MENAIK TARAF
BILIK SAINS
DISEDIAKAN OLEH :
NOR AINI BT SUHAIDAN
PANITIA SAINS
SEK KEB BENTA, PAHANG

SENARAI NAMA AJK PANITIA SAINS SK BENTA, PAHANG SESI 2016

Pengerusi

: Pn. Siti Aishah bt Omar

- Guru Besar

Naib Pengerusi : Pn Marziah bt Mohd Ali

- Penolong Kanan 1

Ketua Panitia

: Cik Nor Aini bt Suhaidan

Setiausaha

: En Mohammad Safwan bin Norazami

AJK

: En Mohd Ariff Hakim b Zulkifli


Pn Noor Hafizah bt Samsuddin
Pn Rozita bt Ahmad

PENGENALAN BILIK SAINS


1. Bilik Sains Sekolah Kebangsaan Benta adalah sebuah bilik yang dibina bersamasama bangunan baru SK Benta pada tahun 2003 bagi memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
2. Bilik ini digunakan untuk semua kelas dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk mata
pelajaran Sains dan DST.
3. Keluasannya adalah sama dengan bengkel Kemahiran Hidup terdapat di sekolah
ini tetapi lebih luas berbanding bilik darjah yang lain.
4. Di dalam bilik ini juga terdapat beberapa peralatan dan bangku yang telah lama
dan usang.
5. Bilik ini juga digunakan untuk mata pelajaran lain sebagai bilik tumpangan untuk
banyak aktiviti terutamanya yang melibatkan penggunaan LCD dan aktiviti
kumpulan.

PERALATAN SEDIA ADA


1. Meja Murid

- 9 buah

2. Bangku

- 40 buah

3. Papan Hitam

-1

4. Layar putih

-1

5. LCD Projektor

-1

6. Sinki dan paip air - 2


7. Table top

-1

8. Rak besi

-1

9. Almari simpanan - 1
10. Meja guru

-1

PERMASALAHAN
1. Bangku murid yang telah rosak dan uzur
i.

Bangku murid adalah kurang sesuai dengan proses pengajaran dan


pembelajaran sains yang memerlukan meja yang sesuai untuk membuat

ii.

eksperimen.
Bangku murid diperbuat dari kayu yang mudah patah dan telah tertanggal
dari struktur asalnya dan boleh mendatangkan kecederaan dan kemalangan
sekiranya terus digunakan.

2. Lubang Angin
i.

Lubang angin yang terbuka menyebabkan serangga dan burung masuk ke

ii.

dalam bilik Sains dan membuang najis.


Selain itu serangga yang memasuki bilik Sains akan merosakkan peralatan
di bilik Sains.

3. Almari simpanan dah peralatan


i.
Seringkali berlaku kehilangan peralatan/radas dan kerosakan hasil kerja
murid kerana almari simpanan yang tidak berkunci.
3

ii.

Ini kerana murid dengan mudah dapat membuka dan mengambil bahanbahan tersebut.

4. Papan Hitam
i.

Papan hitam masih lagi menjadi medium utama untuk guru menulis yang
menyebabkan banyak habuk dan menjejaskan kesihatan guru dan murid.

5. Sinki dan Paip air


i.

Paip air telah berkarat dan seringkali bocor kerana kehausan getah. Ini
menyebabkan pembaziran.

6. Papan maklumat.
i.
Tiada papan maklumat dan info untuk memaparkan hasil kerja murid dan
info berkaitan Sains di dalam bilik Sains. Maklumat hanya ditampal pada
polistrin putih yang dibalut dan diletakkan di dinding.
7. Sehubungan dengan itu, saya lampirkan gambar tentang keadaan bilik sains
SK Benta. (Sila rujuk lampiran B)
CADANGAN MEMPERBAIKI KEROSAKAN / MENAIK TARAF BILIK SAINS
1. Almari simpanan radas
Menambah kunci pada pintu almari.
2. Mengganti / menukar bangku murid dengan yang lebih sesuai

Bangku yang lebih kukuh dengan ketinggian yang sesuai untuk kegunaan
murid di bilik sains

3. Menggantikan paip air yang baharu.


4. Memasang jaring pada lubang udara.
5. Memasang papan kenyataan maklumat.
ANGGARAN KOS
Bil
Perkara
1
Pemasangan kunci pada almari simpanan
2
Mengganti bangku murid
4

Anggaran kos
RM 300.00
RM 1800.00

3
4
5

Penggantian paip air


Pemasangan jaring
Pemasangan papan kenyataan
JUMLAH

RM 30.00
RM 300.00
RM 300.00
RM2730.00

LAMPIRAN A
Cadangan pemasangan
papan kenyataan maklumat

Cadangan pemasangan papan putih

Cadangan pemasangan
papan kenyataan maklumat
Meja
guru
sedia
ada

Meja
muri
d
sedia
ada
Meja

Meja
Meja
muri
muri
Al
d
d
ma
sedia
sedia
ri
ada
ada
sim
Meja
Meja
pan
muri
muri
muri
and
d
d
sed
sedia
sedia
sedia
ia
ada
ada
ada
Meja
Meja
Meja
ada
muri
muri
muri
d
d
d
sedia
sedia
sedia
Cadangan ada
Penambahan kabinet
di belakang Bilik Sains
adabahan merbahayaada

LAMPIRAN B

Bangku yang telah patah dan tidak lagi boleh digunakan.

Almari Simpanan yang tidak berkunci.

Papan hitam yang digunakan.

Lubang angin yang tidak mempunyai jaring.

Sinki dan paip air yang berkarat dan bocor

Polistrin yang digunakan menggantikan papan kenyataan.


Disediakan oleh;
-----------------------------------------------(NOR AINI BT SUHAIDAN)
Ketua Panitia Sains SK Benta.
8