Anda di halaman 1dari 4

JENIS-JENIS JAHITAN

Jenis-jenis jahitan
Jahitan tangan boleh dibuat dengan menggunakan jarum dan benang.
1) Jahitan jelujur
Jahitan jelujur kasar ini menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia merupakan jahitan sementara sebelum
jahitan kekal dibuat. Ia juga digunakan untuk menetapkan kelim di kedudukan dan senang dicabut.

Jahit dari kiri ke kanan. Mulakan dengan jahitan kia. Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1
cm dari A.
Teruskan jahitan hingga sampai ke hujung fabrik. Matikan dengan jahitan kia.

Jahitan yang telah siap.

2) Jahitan Kia
Jahitan ini digunakan sebagai pengganti jahitan mesin dan untuk memula dan mematikan jahitan tangan. Ia kukuh,
rapat dan kelihatan seperti jahitan mesin di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Cucuk jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 2 mm.
Cucuk jarum sekali lagi pada A dan keluarkan pada B.

Jahit hingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia sebanyak dua kali.

3. Jahitan lilit ubi


Jahitan ini digunakan untuk menyambung dua tepi fabrik berlipat atau melekatkan tempat dan tampalhias pada
artikel atau pakaian.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan meninggalkan 1 cm

benang di antara dua lipatan. Cucuk jarum secara menegak dan menghala ke arah penjahit pada fabrik lapisan
bawah (A) dan keluarkan pada fabrik lapisan atas (B).
Akhiri jahitan dengan menjahit ke kanan semula di atas 3 atau 4 mata jahitan lilit ubi.
4. Jahitan sembat.
Jahitan ini digunakan untuk menjahit kelepet. Jahitannya kelihatan kecil, halus dan rapat. Ini menyebabkan mata
jahitan boleh dilihat di sebelah luar fabrik.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Masukkan jarum pada A dan
keluarkan pada B di bahagian lipatan. Jarum hendaklah condong sebanyak 30 darjah. Terus menjahit sehingga ke
hujung fabrik dan matikan jahitan dengan jahitan kia.
5. Jahitan Sembat susup
Jahitan ini kemas, halus dan hampir tidak kelihatan di sebelah luar fabrik. Ia digunakan untuk menjahit kelepet dan
lapik.

Jahit dari kanan ke kiri. Mulakan dengan jahitan kia di bawah lipatan kelepet. Ambil dua atau tiga urat benag fabrik
lapisan daripada kelepet.
Susup jarum ke dalam lipatan kelepet sepanjang 3mm - 6mm.

Teruskan menjahit dan matikan jahitan dengan jahitan kia.

6. Jahit Insang Pari


Jahitan ini digunakan untuk mengemas tepi fabrik dan sebagai jahitan perhiasan untuk menjahit motif.

Jahit dai kiri ke kanan. Mulakan dengan beberapa jelujur halus menegak pada A. Cucuk jarum menegak pada B dan
halakan jarum ke arah penjahit. Letakkan benang di bawah hujung jarum dan tarik benang menghala ke arah
penjahit.

Matikan jahitan dengan beberapa jelujur halus menegak disebelah kanan mata jahitan insang pari yang akhir