Anda di halaman 1dari 19

1.

Pengenalan

Konflik merupakan ekspresi pertikaian antara individu dengan individu lain, sebuah
kelompok dengan kelompok tertentu lain atas beberapa faktor alasan yang mendasari.
Dalam hal ini, pertikaian menunjukkan wujud perbezaan di antara dua atau lebih
individu yang diekspresikan dan dialami (Pace & Faules 1994). Menurut Taquiri
dalam Newstorm dan Davis (1977), konflik merupakan warisan kehidupan sosial yang
boleh berlaku dalam pelbagai situasi kesan daripada bangkitnya soal tidak setuju,
kontroversi dan pertentangan di antara dua pihak atau lebih secara berterusan.
Konflik berpotensi tercetus apabila wujud perbezaan kepentingan yang bersifat
politik. Dinamika konflik seperti ini pada dasarnya dapat dilihat sebagai satu usaha
sebuah pihak untuk mengalahkan pihak yang lain (Siregar 2006). Justeru, kajian ini
akan memfokuskan perbincangannya kepada sejauh mana peranan konflik elit politik
dalam politik Malaysia dan kesan daripada konflik tersebut yang memberi pengaruh
ke atas pilihan raya di Malaysia. Sehubungan dengan itu, kajian kes yang diberi fokus
adalah konflik elit politik di antara Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh
Hamzah dan Musa Hitam sehingga mencetuskan perpecahan besar dalam UMNO dan
memberi kesan kepada keputusan pilihan raya di Malaysia.

2.0

Epistemologi

Konflik sosial adalah suatu bentuk interaksi yang berkait dengan keadaan saling
mengancam, menghancurkan dan melenyapkan di antara pihak-pihak yang terlibat.
Umumnya, konflik tidak selalu membawa kepada kesan negatif. Apa yang nyata
konflik sosial yang dapat dilihat seringkali membawa kepada tercetusnya perubahan.
Pertentangan antara kelompok-kelompok sosial pada dasarnya adalah berbentuk
tuntutan terhadap perubahan sesuatu keadaan yang tidak menguntungkan dan mahu
memperjuangkan perubahan dengan menentang situasi sedia ada.
Terdapat pelbagai bentuk konflik dalam masyarakat. Antaranya adalah konflik
individual yang terjadi kerana perasaan tidak puas hati hingga berakhir dengan
keinginan salah satu kelompok untuk berkonflik. Seterusnya konflik antara kelas atau
kumpulan tertentu. Terbentuknya kelas-kelas sosial menyebabkan terjadinya konflik
antara kelas. Akhir sekali adalah bentuk konflik masyarakat yang tercetus akibat
daripada konflik politik yang menjadi salah satu punca utama munculnya konflik
dalam masyarakat.
Salah satu aspek yang dikaji dalam sistem politik atau kehidupan bernegara
adalah masyarakat. Masyarakat pula dibahagikan kepada dua kelas iaitu kelas
masyarakat elit dan kelas masyarakat non-elit atau lebih mudah difahami sebagai
masyarakat umum. Masyarakat elit pula dibezakan kepada elit politik/penguasa dan
elit tidak berkuasa. Fokus kajian ini akan menerangkan lebih lanjut berkenaan elit
politik. Elit politik yang dimaksudkan adalah individu atau kelompok elit yang
memiliki pengaruh dalam proses pengambilan keputusan politik. Penulis-penulis
seperti Pareto, Mosca dan Michels berpandangan bahawa dalam sesebuah masyarakat,
sentiasa akan ada kelompok kecil yang memegang kuasa yang banyak dan cenderung

ke arah oligarki (Wan Abdul Rahman 2014). Pandangan klasik itu dicabar oleh penulis
seperti Dahl pada awal tahun 1960-an dan 1970-an. Dahl berpandangan bahawa kuasa
dalam sistem demokrasi bukan hanya kepada sekumpulan kecil elit yang kaya dan
berprestij tetapi kuasa itu sendiri bersifat merata kepada masyarakat (Dahl 1961).
Kelompok yang memiliki kuasa tidak boleh lagi dikategorikan sebagai kelompok elit
secara spesifik, namun sempadan elit itu sendiri membesar untuk merangkumi aspek
kepimpinan. Seorang yang mempunyai status elit kebiasaannya juga adalah seorang
pemimpin (Jackson & Jackson 1997:234). Tidak terkecuali juga apabila perbincangan
kumpulan elit biasanya dimasukkan di bawah subjudul kepimpinan dalam penulisan
sains politik (Jacobson 1998).
Elit politik merupakan kumpulan individu yang dipilih oleh pengundi atau ahli
parti untuk menjadi pemimpin melalui proses pemilihan sama ada melalui pilihan raya
atau perhimpunan parti. Kelompok elit yang dipilih di dalam pilihan raya dilabelkan
sebagai elit politik rasmi manakala yang tidak dipilih dikategorikan sebagai golongan
elit politik tidak rasmi. Elit politik rasmi di Malaysia kebiasaannya memegang jawatan
rasmi dalam kerajaan seperti menteri kabinet. Kumpulan elit tidak rasmi ini pula
terdiri daripada elit politik kerajaan yang tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan
dan juga elit politik oposisi. Golongan elit politik tidak rasmi ini memainkan peranan
penting dalam menyumbang kepada perubahan masyarakat secara umum dan
penggubalan dasar kerajaan yang memerintah secara khusus sama ada secara rasmi
ataupun tidak rasmi (Jacobson 1998:183)

Elit politik kerjaan di Malaysia dikategorikan kepada tiga bentuk. Pertama,


mereka terdiri daripada golongan-golongan pemimpin parti utama seperti UMNO,

MCA dan MIC di bawah naungan Barisan Nasional (BN). Kedua, pemimpin BN yang
telah bersara dari kancah politik tetapi masih menyumbang nasihat dan menjadi
pengerusi kepada syarikat-syarikat yang kerajaan mempunyai kepentingan di
dalamnya. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad
merupakan contoh golongan elit politik kerajaan yang sering memberi nasihat dalam
parti United Malays National Organisation (UMNO) serta menjadi pengerusi kepada
syarikat Proton Holding Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang menjadi kepentingan
dalam kerajaan (Wan Abdul Rahman 2014).
Bentuk elit politik kerajaan yang ketiga pula adalah pemimpin oposisi yang
telah beralih haluan kepada kerajaan dan memberikan sumbangan sehingga dapat
mempengaruhi penggubalan dasar kerajaan. Elit politik oposisi pada awalnya dahulu
merupakan wakil yang menentang pentadbiran Inggeris dan kemudiannya kini
mewakili parti-parti politik yang menentang kerajaan seperti Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Democratic Action Parti (DAP). Meskipun
golongan ini tidak memiliki kuasa politik yang besar dalam negara, tetapi pengaruh
mereka juga sangat besar dalam politik Malaysia. Melalui isu-isu yang dibangkitkan
oleh pihak oposisi, menjadi alat sekat dan imbang dalam sistem politik di Malaysia.
Di sini dapat dijelaskan bahawa elit politik merupakan satu kumpulan individu yang
mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat untuk mempengaruhi perubahan
masyarakat secara umum dalam melakukan penggubalan dasar secara khusus.

3.0

Konflik antara Mahathir, Tengku Razaleigh dan Musa Hitam.

Mahathir merupakan seorang aktivis politik yang berasal daripada negeri


jelapang padi, Kedah. Ibu beliau berasal daripada keturunan Wan Mat Saman dan
manakala bapa beliau berasal daripada keturunan dari negeri Kerata India. Bapa beliau
merupakan seorang guru besar yang sangat mengambil berat terhadap pendidikannya.
Mahathir bermula giat dalam politik apabila beliau bergiat aktif dalam UMNO sejak
1946, ketika Malayan Union ditentang hebat oleh orang Melayu. Beliau mula
bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1964 sebagai calon Parti Perikatan ketika itu
dan telah menang sebagai ahli parlimen. Pada tahun 1969 pula beliau tewas dalam
pilihan raya sebagai calon UMNO di atas tangan Hj. Yusuf Rawa seorang calon PAS.
Dikatakan bahawa kekalahan Mahathir adalah disebabkan oleh orang cina tidak
mengundi beliau kerana beliau sangat berminat dalam bidang perniagaan (Ahmad
Atory Hussain 1993). Dengan keperibadian seorang aktivis politik yang lantang,
beliau telah menentang pucuk pimpinan Tunku Abdul Rahman melalui surat
terbukanya kepada Tunku bertarikh 17 Jun 1969 sehingga menyebabkan beliau
digugurkan daripada menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dan di dipecat dari UMNO
pada tahun yang sama (Shafie Nor 1981).
Peristiwa pengguguran dan pemecatan beliau daripada UMNO telah
mematangkan beliau dalan falsafah kepimpinan politik dan UMNO serta pemodenan
bangsa Melayu. Pada tahun 1970, beliau telah menghasilkan sebuah buku kontroversi
berjudul The Malay Dilemma yang diharamkan edarannya tetapi disahkan semula
edarannya pada tahun 1981 ketika beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Mahathir telah diterima memasuki UMNO semula pada 6 Februari 1972 berdasarkan
surat beliau kepada Tunku Abdul Razak yang menyatakan hasrat sebenar beliau ingin
mengganggotai UMNO (Shafie Nor 1981).

3.1

Konflik politik Mahathir Tengku Razaleigh

Pada Januari 1976, Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
ketika itu berikutan kematian mengejut Tun Abdul Razak yang digantikan oleh
Hussein Onn. Perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu
menimbulkan beberapa reaksi dikalangan ahli UMNO kerana terdapat tokoh UMNO
yang lebih kanan dan berpengaruh daripada beliau dalam jawatan Naib Presiden
Umno ketika itu. Mahathir berada dikedudukan ketiga dalam barisan naib presiden
sebelum itu, kedudukan pertama adalah Ghaffar Baba dan kedua adalah Tengku
Razaleigh Hamzah (Ahmad Atory Hussain 1993). Terdapat berita yang mengatakan
bahawa pada mulanya Hussein Onn mahu memilih Ghazali Shafie sebagai Timbalan
Perdana Menteri semasa beliau memegang jawatan Perdana Menteri, tetapi Tengku
Razaleigh telah menyarankan agar Mahathir menyandang jawatan tersebut. Apabila
Hussein Onn meletakkan jawatan Perdana Menteri pada tahun 1981 akibat
terdapatnya penentangan daripada ahli UMNO, Mahathir telah dilantik oleh Hussein
Onn untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri. Semasa Hussein Onn
melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau mengharapkan agar Mahathir
memilih Tengku Razaleigh sebagai Timbalan, namun Mahathir tidak berbuat
demikian.
Di saat Mahathir baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau tidak
bertindak dengan cepat dalam melantik individu untuk mengisi kekosongan jawatan
Timbalan Perdana Menteri, malah beliau menunggu hingga selesai pertandingan
merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO di antara Tengku Razaleigh dan Musa
Hitam. Jika Mahathir mengumumkan dari awal lagi siapa yang akan menjadi

Timbalan Perdana Menteri sebelum Perhimpunan Agong UMNO, semestinya ahli


UMNO tidak akan berkempen mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam
dalam merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO kerana mereka akan bersetuju
sahaja dengan pilihan Mahathir (Ahmad Atory Hussain 1993). Pada mulanya
Mahathir memilih Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri, namun Tengku
Razaleigh tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan merancang untuk merebut
jawatan Timbalan Presiden UMNO seterusnya akan menjadi Timbalan Perdana
Menteri. Selepas keputusan pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO
selesai, kemenangan telah berpihak kepada Musa Hitam. Kemenangan Musa Hitam
menjadi kelebihan kepada beliau apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana
Menteri. Kekalahan Tengku Razaleigh dalam merebut jawatan Timbalan Presiden
UMNO ini menjadi titik hitam dalam hidup beliau dan sekali gus menimbulkan
pencetusan konflik elit politik antara beliau dan Mahathir. Peristiwa ini juga
merupakan peristiwa yang malang bagi Tengku Razaleigh kerana dikatakan beliau
merupakan individu yang paling banyak berjasa dalam ekonomi negara (Abdul Ghani
Ismail 1984).

3.2

Konflik politik Tengku Razaleigh Musa Hitam

Penentangan yang berlaku dalam UMNO sendiri bermula berkisar apabila


Mahathir memilih Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri. Tengku Razaleigh
terkilan kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau
merasakan beliau merupakan tokoh yang paling lama dan paling kanan sekali dalam
hierarki UMNO selepas Mahathir. Episod pertandingan Musa Hitam dan Tengku
Razaleigh merebut jawatan Timbalan Presiden itu maka lahirlah dua puak dalam

UMNO iaitu puak yang menyokong Tengku Razaleigh dan puak Musa Hitam yang
dikatakan mendapat sokongan moral daripada Mahathir. Tengku Razaleigh tidak
terkecuali juga mendapat sokongan padu daripada beberapa bekas pemimpin termasuk
Tunku Abdul Rahman, Senu Abdul Rahman dan beberapa menteri kabinet. Kempen
pemilihan Timbalan Presiden ini lebih memberi fokus kepada soal status peribadi
kedua-dua calon. Tengku Razaleigh yang masih berstatus bujang dikatakan kurang
semangat nasionalisme, lebih memihak kepada orang cina, konservatif, mengamalkan
rasuah, sukar untuk berjumpa dan sebagainya (Ahmad Atory Hussain 1993).
Kekalahan Tengku Razaleigh dalam pertandingan tersebut di sebabkan oleh
beberapa faktor. Antara faktornya adalah beliau tidak mendapat sokongan daripada
Hussein Onn yang berdendam dengan Tengku Razaleigh kerana tidak memberikan
sokongan kepada Hussein Onn dalam kes Harun Idris. Kes Harun Idris merupakan
satu peristiwa di mana Sulaiman Palestin, bekas Speaker Pulau Pinang telah mencabar
Hussein Onn merebut jawatan Presiden di mana Sulaiman Palestin ingin menguji
sejauh mana pengaruh Hussein Onn ekoran daripada cara beliau menyelesaikan kes
amalan rasuah Harun Idris (Mokhtar Shuib 1980). Justeru juga ucapan dalam
perasmian Mesyuarat Agong UMNO ketika itu, Hussein Onn sedikit pon tidak
menunjukkan sokongan terhadap Tengku Razaleigh (Abdul Ghani Ismail 1984).
Tambahan lagi, pihak Musa Hitam telah terlebih awal menanam pengaruh di Perak,
Melaka dan Pahang dan secara rohaniah telah mengurangkan pengaruh Tengku
Razaleigh di negeri-negeri tersebut.
Selesai pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden selesai, ahli
perwakilan UMNO sebulat suara meminta para wakil bersatu padu dan melupakan
segala krisis yang berlaku. Mahathir pula digesa supaya melantik semula Tengku

Razaleigh sebagai Menteri Kewangan, walaupun kurang dipersetujui oleh Musa


Hitam dalam meredakan perselisihan yang berlaku. Pendekatan melantik semula
Tengku Razaleigh merupakan langkah dalam mengelak konflik yang lebih besar
dalam UMNO. Lain pula bagi pihak Musa Hitam, setelah memenangi pertandingan,
beliau mengambil kesempatan memusuhi pengikut Tengku Razaleigh, mencantas
konco-konconya dan memburuk-burukkan lagi Tengku Razaleigh. Selepas kemelut
merebut jawatan Timbalan Presiden dan perlantikan semula Menteri Kewangan
selesai, Mahathir merasakan kestabilan politik sudah kembali diperoleh, namun
pengaruh kedua-dua puak masih wujud dalam ahli Majlis Tertinggi UMNO.

3.3

Konflik politik Mahathir Tengku Razaleigh dan Musa Hitam

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO ketika menjelang pilihan raya


umum 1982 melahirkan satu lagi dimensi ke arah perpecahan UMNO. Hal ini
berikutan kepimpinan UMNO ketika itu sendiri telah pun berada dalam keadaan yang
terselenggara dengan kehadiran tokoh yang hebat seperti Musa Hitam, Tengku
Razaleigh, Wan Mokhtar, tokoh wanita dan pemuda UMNO yang agresif (Ahmad
Atory Hussain 1993). Jika kemasukan Anwar Ibrahim dalam UMNO semasa
pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, kemungkinan kehadirannnya
diterima baik dengan terbuka tetapi dengan keadaan terselenggara yang disebutkan
sebelum ini kemasukkannya tidak mudah disambut dan tidak dialu-alukan.
Persoalan membawa masuk Anwar Ibrahim dalam UMNO merupakan salah
satu kehendak dan niat politik Mahathir sendiri. Tindakan Mahathir ini melahirkan
beberapa pendapat daripada segelintir ahli UMNO bahawa dengan kemasukan Anwar

Ibrahim, pengaruh PAS dapat dibendung serta ingin menerapkan nilai-nilai Islam
dalam parti UMNO (Mohamed Abu Bakar 1987). Meskipun terdapat pendapat seperti
itu, ramai yang memepertikaikan alasan ini kerana Anwar Ibrahim bukan seorang
ulama Islam yang menjurus dalam bidang pengajian Islam malah beliau berkelulusan
Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu. Persoalan dalam menerapkan nilai
Islam ke dalam parti juga diragukan kerana mengapa Mahathir tidak mendapatkan
nasihat daripada para ulama dalam kerajaan atau universiti dan melaksanakannya
dalam parti berbanding memasukkan Anwar Ibrahim. Hal ini menambahkan lagi
ketidakpuashatian di kalangan ahli UMNO sendiri. Kebanyakan ahli golongan muda
dan veteran UMNO menggangap kemasukan Anwar Ibrahim bukanlah untuk
membantu Mahathir menerapkan nilai Islam dan membendung pengaruh PAS, tetapi
hanya untuk membantu mengukuhkan kedudukan

Mahathir dan Anwar Ibrahim

sendiri (Ahmad Atory Hussain 1993). Ramai pengikut Anwar Ibrahim dari Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) dilantik ke jawatan penting dalam parti dan kerajaan
untuk mengukuhkan kedudukannya dalam UMNO.
Pada mulanya kemasukan Anwar Ibrahim mendapat sokongan Tengku
Razaleigh dan Musa Hitam berikutan hubungan Mahathir dengan kedua-dua tokoh ini
masih baik dan beranggapan kemasukan Anwar tidak lebih sebagai kemasukan ahli
UMNO yang baru. Namun persepsi itu berubah kerana kemasukan Anwar dilihat
sebagai batu penghalang bagi kedua-dua tokoh dalam karier politik mereka untuk
menjadi pengganti Mahathir kelak berikutan layanan istimewa yang diberikan oleh
Mahathir kepada Anwar Ibrahim. Maka timbul kekalutan politik Musa Hitam dengan
Tengku Razaleigh yang kelihatan tidak sabar untuk menunggu Mahathir meletakkan
jawatan sebagai Perdana Menteri. Namun Mahathir tidak mengendahkan berkenaan

kekalutan politik tersebut kerana kemungkinan besar beliau tidak berminat dan
berkenan dengan dua tokoh berkenaan untuk menggantikannya. Perkara ini sedikit
sebanyak menambahkan kekeruhan hubungan antara dua tokoh terbabit dengan
Mahathir terutamanya Tengku Razaleigh, kerana sebelum ini Musa Hitam banyak
mendapat sokongan daripada Mahathir.
Pada 27 Februari 1986, Musa Hitam telah menggemparkan politik negara
apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Musa
Hitam telah memberikan surat sebanyak tujuh halaman kepada Mahathir yang
menyatakan beliau tidak dapat lagi meneruskan prinsipnya dan menjalankan tugas
yang berasaskan kepercayaan, iltizam dan rela hati. Mahathir diperkatakan sudah mula
tidak percaya dengan kepimpinan dan peranan Musa Hitam sebagai orang kanannya.
Ini berikutan terdapat khabar angin yang mengatakan Mahathir mendengar cerita
daripada orang tertentu yang membawa berita bahawa Musa Hitam ingin merampas
kuasanya sebagai Perdana Menteri dan presiden parti. Mahathir tersinggung dengan
berita angin tersebut dan terus bersikap dingin terhadap Musa Hitam. Perletakan
jawatan Musa Hitam ini telah membentuk satu jawatankuasa pemujuk yang terdiri
daripada Datuk Seri Amar Wan Mokhtar (Menteri Besar Terengganu), Ramli Ngah
Talib (Menteri Besar Perak), Najib Tun Razak dan Ajib Hj. Ahmad untuk memujuk
Musa Hitam yang berada di London ketika itu. Akhirnya beliau bersetuju memegang
jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO sahaja.
Di sini permulaan berlakunya konflik elit politik antara Mahathir dan Musa
Hitam. Musa Hitam meletakkan jawatan kerana sudah tidak dapat bertahan di bawah
pentadbiran Mahathir memandangkan dasar yang Mahathir susun tidak mungkin dapat
dilaksanakan (Ahmad Atory Hussain 1993). Banyak dasar Musa Hitam pula tidak

dapat dipersetujui oleh Mahathir walaupun beliau seorang Timbalan Perdana Menteri.
Dikatakan juga banyak dasar Mahathir tidak disenangi oleh Musa Hitam seperti
projek Proton Saga, Jambatan Pulau Pinang dan projek-projek mewah seperti industri
berat. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, beliau juga bersungut kerana tidak
mempunyai pejabat di bangunan PWTC.

Terdapat juga beberapa isu yang

dipertanggungjawabkan kepada Musa Hitam yang menjadi faktor perletakan jawatan


beliau. Contohnya seperti isu Ketua Menteri Sabah, beliau dituduh oleh orang
Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab membiarkan Pairin Kitingin menjadi
Ketua Menteri Sabah. Padahal masalah ini berkaitan dengan pucuk pimpinan sendiri
serta Harris Salleh yang akrab dengan Mahathir. Ditambah lagi dengan peristiwa
Memali, Musa Hitam dituduh terlibat dalam memberikan arahan kepada pihak polis
untuk bertindak terhadap pengikut Ibrahim Libya sehingga mengorbankan ramai
orang yang tidak bersalah. Bermula daripada perletakan jawatan Musa Hitam ini,
kehangatan krisis politik UMNO semakin membuak-buak dan mewujudkan hubungan
tegang antara Mahathir dan Musa Hitam yang sebelum ini hubungan mereka laksana
isi dengan kuku.
Kemelut politik ini terus bereterusan dan pada ambang tahun 1987, kredibiliti
kepimpinan Mahathir sudah semakin banyak dipertikaikan oleh golongan-golongan
dalam UMNO, di luar UMNO dan ditambah lagi dengan tekanan ekonomi yang parah
pada ketika itu. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kepimpinan Mahathir dikritik
hebat yang pertama adalah perletakan jawatan oleh Musa Hitam. Musa Hitam
meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran dasar yang
dilaksanakan oleh Mahathir. Kedua, setelah Musa Hitam meletakkan jawatan, beliau
mendiamkan diri sebentar sehingga pilihan raya umum 1986 dan kemudian menyelar

kepimpinan Mahathir. faktor ketiga pula adalah berlakunya kemelesetan ekonomi


pada peringkat pertama pada 1986 menambahkan burukkan lagi suasana politik
UMNO dan negara. Keempat, berlaku tuntutan daripada kaum Cina dan India
terhadap beberapa perkara termasuklah hal yang menyentuh hak istimewa orang
Melayu (Ahmad Atory Hussain 1993).
Tengku Razaleigh dan Musa Hitam seolah-olah begitu berhasrat dan peka
sekali dengan kekalutan politik yang melanda UMNO. Mereka tidak lagi
menghiraukan tradisi, menghormati ketua, menderhaka dan begitu terdesak untuk
menggantikan Mahathir. Mahathir pula diberitakan terpaksa bergerak dari satu tempat
ke satu tempat lain yang termampu olehnya untuk menangkis serangan dan pengaruh
Tengku Razaleigh dan Musa Hitam yang melakukan gerakan menentang Presiden
parti. Namun banyak cawangan dan bahagian UMNO telah mengadakan mesyuarat
untuk mencalonkan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam sebagai calon presiden dan
Timbalan Presiden. Ibrahim Azmi merupakan penasihat utama kepada Tengku
Razaleigh dan selaku Ahli Parlimen Kuala Nerus telah memberitahu, pada awalnya
Tengku Razaleigh hanya berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Timbalan
Presiden sahaja. Namun, Ibrahim Azmi telah menasihati Tengku Razaleigh agar
bertanding jawatan Presiden menentang Mahathir. Ibrahim Azmi juga menyarankan
agar Tengku Razaleigh berpakat bersama Musa Hitam untuk menetapkan siapa yang
akan bertanding untuk calon Presiden dan Timbalan Presiden (Ahmad Atory Hussain
1993). Setelah Tengku Razaleigh berjumpa dengan Musa Hitam, keputusan telah
dibuat dengan Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden dan Musa Hitam sebagai
Timbalan Presiden. Pada mulanya Musa Hitam tidak mahu lagi bertanding kecuali
jika Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden, maka Musa Hitam hanya mahu

bertanding sebagai calon Timbalan Presien sahaja. Kemelut ini mengundang kepada
pertarungan merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Parti antara dua
kumpulan iaitu Team A (Mahathir dan Ghafar Baba) dan Team B (Tengku Razaleigh
dan Musa Hitam).
Tujuan utama Tengku Razaleigh menentang Mahathir kerana beliau yakin
Mahathir akan kalah. Dalam kempen-kempen sebelum pemilihan pada 24 April 1987,
berbagai-bagai-bagai isu telah dikeluarkan. Tengku Razaleigh dan Musa Hitam
mengaharapkan jika Mahathir sekalipun, Mahathir akan meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri. Namun anggapan tersebut meleset apabila Mahathir mengumumkan
bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri walaupun menang dengan
kelebihan satu undi. Antara faktor penentangan Tengku Razaleigh terhadap
kepimpinan Mahathir adalah untuk kepentingan diri beliau sendiri. Dalam situasi ini,
Tengku Razaleigh dilihat tersepit dan tidak mempunyai harapan untuk menjadi
Perdana Menteri jika beliau terus berdiam diri dalam kabinet Mahathir. Harapan untuk
menjadi Perdana Menteri mula tipis ketika Hussein Onn menjadi Perdana Menteri dan
memilih Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Tambahan lagi semasa pemerintahan Mahathir, beliau tewas dengan Musa Hitam
dalam merebut jawatan Timbalan walhal dalam kedua-dua situasi beliau merupakan
orang paling kanan dalam parti dan mempunyai pengaruh yang besar. Kemasukan
Anwar Ibrahim dalam parti juga semakin mengaburkan peluang beliau untuk menjadi
Perdana Menteri. Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk bertanding menentang
Mahathir, jika untung beliau menang dan akan menjadi Perdana Menteri. Tindakan
menentang kepimpinan Mahathir ini telah memberi kesan kepada parti sehingga
berlakunya pengharaman UMNO, namun jikalau Tengku Razaleigh tidak melakukan

penentangan, krisis dalam UMNO tetap juga berlaku. Faktor kemelesetan ekonomi
memberi sinar yang cerah kepada Tengku Razaleigh yang dilihat seperti ingin
membela dan memperjuangkan negara daripada krisis ekonomi.
Jika dikaji secara mendalam, penentangan Tengku Razaleigh dan ahli-ahli
UMNO yang lain bukan bermula daripada keputusan Tengku Razaleigh melawan
Mahathir bagi merebut jawatan Presiden UMNO, ianya telah bermula sebelum
pertandingan Musa Hitam dan Tengku Razaleigh merebut jawatan timbalan pada
1981. Tentangan secara diam-diam telah bermula sejak Mahathir dilantik menjadi
Timbalan Perdana Menteri, dan ramai ahli kanan UMNO berdendam dengan
Mahathir kerana berjaya dilantik sebagai orang nombor dua di dalam parti dan
kerajaan. Jika dilihat semasa zaman pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Mahathir
memang tidak disukai oleh Tunku. Oleh sebab itu pada tahun 1981, apabila Tengku
Razaleigh melawan Musa Hitam, kebanyakkan golongan veteran UMNO memberi
sokongan yang kuat kepada Tengku Razaleigh dalam mencabar kepimpinan Mahathir.
Oleh itu tidah hairanlah jika tentangan Tengku Razaleigh pada tahun 1987 disebabkan
bibit-bibit dendam terhadap Mahathir yang sudah berakar umbi sejak sekian lama.
Pada 24 April 1987, keputusan pertandingan antara Team A dan Team B dalam
memilih calon Presiden dan Timbalan telah memihak kepada Team A. Mahathir telah
menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti sebanyak 43 undi, manakala Ghaffar
Baba menewaskan Musa Hitam dengan majoriti 40 undi (Yahaya Ismail 1987).
Episod kekalahan Team B dalam pertandingan ini berlakunya penyingkiran menteri
kabinet dan timbalan menteri yang memihak kepada kumpulan berkenaan. Pergolakan
antara Team A dan Team B terus membuak selepas pertandingan itu selesai. Team B
beura-ura untuk membawa kes UMNO ke mahkamah kerana tidak berpuas hati

dengan kekalahan mereka dengan mendakwa terdapat berlakunya penyelewengan


sebelum pemilihan dalam bahagian dan cawangan UMNO serta perhimpunan Agung
24 April 1987. Setelah beberapa dakwaan dan bukti yang dikeluarkan, mahkamah
telah memutuskan keputusan bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang tidak sah
dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan Seksyen 12(3). Pada 5 Februari 1988,
Mahathir dengan tegasnya telah mengistiharkan bahawa parti UMNO merupakan parti
yang haram dan semua ahli UMNO serta seluruh jentera dan struktur parti itu adalah
haram.
Setelah UMNO diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi, maka usaha
untuk memulihkan UMNO adalah suatu usaha yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli
UMNO. Ahli-ahli UMNO daripada Team B telah berjumpa dengan Tunku Abdul
Rahman di Pulau Pinang dan daripada pertemuan itu UMNO Malaysia telah
ditubuhkan pada 8 Februari 1988 dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Presiden dan
Hussein Onn sebagai timbalannya. Pihak Mahathir juga mengusahakan tindakan yang
serupa dengan mengemukakan permohonan pendaftaran UMNO 88 dengan beliau
sendiri sebagai Presiden dan Ghaffar Baba sebagai Timbalan Presiden selepas sehari
UMNO Malaysia menghantar borang permohonan. Namun kedua-dua permohonan
UMNO 88 dan UMNO Malaysia telah ditolak oleh pendaftar dengan alasan
mempunyai nama yang serupa dengan UMNO asal. Selepas UMNO tajaan Mahathir
ditolak oleh pendaftar, maka Mahathir telah memikirkan dengan serius untuk
menubuhkan UMNO Baru. Mahathir telah melancarkan beberapa tindakan dalam
menubuhkan UMNO Baru seperti mendapatkan sokongan daripada Yang di Pertuan
Agong, sokongan daripada tentera dan polis serta sokongan daripada Raja-Raja
Melayu secara tidak terbuka kerana mereka tidak boleh mencampuri hal ehwal politik.

Usaha yang telah dilaksanakan oleh Mahathir ini membuahkan hasil dengan kejayaan
penubuhan UMNO Baru yang menggunakan semula hak-hak UMNO yang telah
diharamkan pada Februari 1988.

4.0

Analisis kesan konflik elit politik terhadap pilihan raya.

Krisis yang berlaku bermula daripada perlantikan Mahathir sebagai Perdana Menteri
pada 1981 dan penentangan yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh bersama Musa
Hitam menyebabkan perpecahan yang besar dalam UMNO. Perkara ini lebih jelas dan
terkesan apabila Pilihan Raya Umum yang ke-10 pada tahun 1990, bilangan kerusi
dan peratusan undi terhadap kerajaan semakin berkurang dari pilihan raya yang
sebelumnya. Pilihan Raya Umum 1990 merupakan pilihan raya yang pertama selepas
UMNO Baru ditubuhkan. UMNO ketika itu telah berpecah kepada dua kumpulan iaitu
UMNO Baru yang diterajui oleh Mahathir sendiri dan Semangat 46 (S46) yang
dikendalikan oleh Tengku Razaleigh selepas konflik yang berlaku pada tahun 1987.
Pada pilihan raya ini S46 telah bekerjasama dengan PAS untuk bersaing dengan
UMNO Baru (Zakry Abadi 1990). Kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya
mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan membolehkannya untuk membentuk
kerajaan. Kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat iaitu 70.6
peratus daripada jumlah kerusi dan menunjukkan penurunan sebanyak 2.4 peratus
berbanding pilihan raya 1986. UMNO telah hilang kuasa di Kelantan di atas tangan
PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), dan Sabah di tangan Parti Bersatu
Sabah.
Pilihan raya umum 1990 merupakan pilihan raya yang sengit dalam sejarah
pilihan raya Malaysia. Kehebatan dan kesengitan pilihan raya umum 1990

menyebabkan kerajaan BN tumbang di Kelantan. APU menyapu bersih 39 kerusi


Dewan Undangan Negeri Kelantan iaitu 25 kerusi milik PAS, S46 (13) dan satu kerusi
Berjasa. Manakala 13 kawasan Parlimen yang dipertandingkan, enam kerusi menjadi
milik PAS dan tujuh kerusi milik S46. Kejayaan oposisi itu membawa kepada
pembentukan kerajaan negeri pimpinan PAS. Walaupun APU gagal menyingkir BN
keseluruhannya untuk memerintah negara seperti yang diramalkan sebahagian besar
rakyat, namun cabaran dan persaingan ketika itu menggoyahkan lagi kebimbangan
parti pemerintah. Apa tidaknya, Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu adalah
komponen BN, tiba-tiba bertindak menikam dari belakang dan keluar menjadi oposisi
yang bersekongkol dengan APU kerana yakin oposisi akan dapat membentuk kerajaan
baru di Malaysia. Ini membuatkan pilihan raya umum 1990 dianggap kritikal kerana
sebahagian besar ahli UMNO yang menjadi penyokong Tengku Razaleigh keluar parti
dan menyertai S46 yang menjadi tonggak kemenangan APU di Kelantan.
Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh yang sangat besar di Kelantan. Beliau
merupakan putera diraja Kelantan di mana karier politiknya bermula apabila berjaya
memainkan peranan dalam usaha menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan. Tengku
Razaleigh juga merupakan individu yang berjaya memajukan ekonomi kaum
bumiputera sehingga menerima gelaran Bapa Ekonomi Malaysia (Ahmad Atory
Hussain 1993). Disebabkan jasa dan pengaruh beliau yang besar di Malaysia
terutamanya di Kelantan merupakan faktor utama kejatuhan kerajaan BN secara
menyeluruh di Kelantan. Sebahagian besar ahli dan kepimpinan UMNO yang
menyokong Tengku Razaleigh telah keluar dari parti dan mengundi parti oposisi
dalam Pilihan Raya Umum 1990. Tumbangnya BN secara keseluruhan di Kelantan
disebabkan pengaruh Tengku Razaleigh yang menjadi pesaing kuat terhadap Mahathir.
Pilihan Raya Umum 1990 ini mencatat sejarah kepada BN apabila ia kalah di semua

DUN yang ditandinginya di Kelantan kepada Angkatan Perpaduan Ummah (PAS,


Semangat 46 dan DAP). Tengku Razaleigh merupakan salah satu faktor yang
menyumbang kejayaan besar kepada kemenangan oposisi di Kelantan. Meskipun
parti-parti oposisi secara keseluruhannya memperoleh 46.6% daripada jumlah undi,
mereka hanya memenangi 53 kerusi iaitu 29.5% daripada kerusi-kerusi Dewan
Rakyat. Sementara di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Parti Demokratik
(DAP) telah menunjukkan penguasaan dengan memenangi 14 daripada 35 kerusi.
UMNO memenangi 12 kerusi dan Gerakan sebanyak 9 kerusi sementara MCA pula
gagal memenangi sebarang kerusi. Faktor kemerosotan kemenangan BN dalam pilihan
raya ini juga berhubungkait dengan masalah dalaman UMNO sendiri. Pengharaman
UMNO pada 1987 juga memberi kesan yang besar kepada pengundi tradisi BN yang
keliru dengan kedudukan UMNO yang baru.

Anda mungkin juga menyukai