Anda di halaman 1dari 6

PLG 516

PENGAJIAN KEBERKESANAN SEKOLAH

PENILAIAN KERJA KURSUS 1


Ulasan Kritis (Individu)

TARIKH HANTAR TUGASAN:


11/04/2016

NAMA PELAJAR:
HAZWANI BINTI KHALIMI

S-PM0054/14

NAMA PENSYARAH
PROF. DR ABDUL GHANI KANESAN BIN ABDULLAH

Model Matlamat dan Model Proses adalah dua model yang akan saya ulaskan di
sini kerana kedua-dua model mempunyai kaitan dengan sekolah lama dan sekolah baru
saya. Saya membuat pemerhatian secara diam-diam kerana saya tidak berasa seronok
dengan sekolah lama saya dan saya tidak dapat menjadi diri saya sendiri. Saya hanya
mendiamkan diri dan tidak ceria. Alhamdulillah, kini saya berasa gembira dengan
sekolah baru saya, dan saya juga mencari punca dan membuat perbezaan antara
kedua-dua buah sekolah tersebut. Model keberkesanan sekolah yang digunakan
adalah antara punca tingginya perbezaan itu.
Salah satu pendekatan atau model keberkesanan sekolah yang saya rasa tidak
berkesan untuk digunakan di sekolah-sekolah ialah model matlamat (goal model).
Sebelum ini saya mengajar di sebuah sekolah yang terletak di Janda Baik, Bentong,
Pahang. Saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Janda Baik selama 3 tahun. Sekolah
lama saya menggunakan Model Matlamat (Goal Model) selama saya mengajar di
sekolah itu. Tiada perubahan yang dibuat, mereka tidak langsung ingin mencuba
model-model keberkesanan sekolah yang lain. Bagi guru-guru yang menyambung
pengajian mereka, mereka tahu adanya model-model keberkesanan sekolah yang lain.
Namun begitu, mereka tidak berkongsi apa-apa yang mereka tahu kerana bimbang
akan diberikan tanggungjawab yang lain. Walaupun pihak pentadbir kerap bertukar
kerana semuanya telah dinaikkan pangkat, namun pihak pentadbir yang baru, masih
lagi menggunakan Model Matlamat yang kononnya akan membantu dalam mencapai
target-target yang diingini.
Selepas tamat pengajian di maktab, saya dihantar ke sekolah tersebut yang
mana tanggapan pertama saya terhadap sekolah tersebut adalah semuanya positif.
Saya mula bertugas pada 20 Oktober 2011. Sekolah tersebut telah berjaya mendapat

Baiah pada tahun berikutnya di atas pencapaian UPSR yang meningkat. Namun begitu,
semakin lama saya berada di sana, saya merasakan bahawa model ini tidak membantu
dalam keberkesanan sekolah. Sewaktu mesyuarat, pihak pentadbir untuk setiap unit,
Kokurikulum, Hal Ehwal Murid, Pentadbiran Kanan 1 serta guru besar, semuanya
memberi

target

dan

matlamat

yang

agak

tinggi

untuk

guru-guru

berusaha

merealisasikannya. Ini membuatkan guru-guru berasa bimbang dan seterusnya


mengganggu emosi guru-guru termasuklah saya yang pada masa itu mempunyai
masalah peribadi kerana berjauhan dengan anak yang masih kecil. Pihak pentadbir
tidak faham situasi dan masalah setiap guru di bawah pentadbiran mereka.
Sebelum saya ditukarkan ke sekolah baru saya di Sekolah Kebangsaan
Kampong Selamat di Bukit Merah, Perak, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah
dinaikkan pangkat menjadi guru besar menggantikan guru besar lama yang bersara.
Pihak pentadbiran menjadi kelam-kabut dan para pentadbir bergaduh sesame sendiri
akibat tiada kesefahaman dan keserasian. Dari situ, segala matlamat yang mereka
tetapkan menjadi tunggang-langgang akibat kerap berlakunya pergaduhan. Guru-guru
mula menjadi hipokrit dan tidak mesra di antara satu sama lain. Semua guru membawa
haluan masing-masing dan menjadi kera sumbang. Selain itu, punca mereka bergaduh
juga ada kaitan dengan pentadbir yang ala-ala Mak Datin Wannabe. Mereka hanya
tahu mengarah guru-guru, dan asyik menanyakan apa yang guru-guru rancangkan
supaya matlamat sekolah akan tercapai. Mereka ini hanya tahu memberi arahan namun
tidak turun padang sekali dengan guru-guru. Mereka menjadi diktator dengan menyuruh
guru-guru datang ke sekolah untuk menyiapkan mural-mural di setiap dinding sekolah
yang kosong.

Bagi saya, kawasan sekolah yang cantik semestinya dapat mempengaruhi emosi
murid-murid untuk berasa seronok datang ke sekolah. Selain daripada itu, guru-guru
juga akan berasa seronok mengajar di kawasan sekolah yang indah. Guru besar
sentiasa memanggil mahasiswa mahasiswi dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
untuk melukis mural, mengecat batu-bata, menyusun pokok-pokok bunga dan
menghias kantin serta bilik-bilik darjah. Beliau mahu kerja dapat disiapkan dengan awal
supaya dapat memenangi anugerah dari Pejabat Pendidikan Daerah Bentong. Saya
juga berasa seronok dengan landskap yang cantik, dinding yang dipenuhi mural dan
sebagainya. Walaubagaimanapun, saya tidak nampak usaha dalam mengekalkan
prestasi UPSR murid-murid untuk tahun 2012. Semuanya omongan belaka. Akhirnya,
pegawai PPD Bentong datang ke sekolah untuk membuat pemantauan akademik akibat
penurunan prestasi murid-murid UPSR tahun berikutnya.
Terlalu banyak kelemahan apabila menggunakan Model Matlamat kerana ramai
guru yang tidak sependapat dan tidak bersetuju dengan arahan pihak pentadbir. Guru
besar terlalu obses untuk mencantikkan sekolah tetapi kami pada masa itu sangat
kekurangan sumber yang diperlukan. Termasuklah sumber tenaga kerana ada
beberapa guru yang suka memberi alasan untuk tidak hadir ke sekolah pada hari
Sabtu. Pada waktu mesyuarat, matlamat yang ditetapkan adalah tidak berapa jelas.
Para pentadbir main letak sahaja matlamat dan akan berkata, Boleh ye cikgu-cikgu.
Guru-guru terikat dengan kekangan masa termasuklah saya yang perlu balik ke
kampung pada hujung minggu. Apabila seseorang guru itu mempunyai masalah tidak
dapat hadir pada hari Sabtu untuk membantu mereka, mulalah pentadbir menyebut

nama pada waktu mesyuarat. Dialog Prestasi yang kononnya nak dilaksanakan
sebanyak 10 kali setahun, hanya dibuat 2 kali sahaja kerana kekangan masa.
Setelah saya ditukarkan ke sekolah baru, mereka tidak menggunakan Model
Matlamat sebaliknya mereka menggunakan Model Proses (Process Model). Kesemua
pentadbir tidak mempunyai masalah dalam bersepakat dalam membuat keputusan.
Mereka semuanya adalah guru-guru lelaki, jadi tidak adalah Mak Datin Wannabe yang
suka memerintah pekerja bawahan. Walaupun sekolah baru saya ini tidak berapa indah
dan tidak dihiasi landskap serta mural-mural, namun begitu, keakraban di kalangan
guru-guru yang menjadi kekuatan sekolah kami. Tidak ada guru-guru yang suka
mengumpat dan kaki kipas, jadi saya berasa seronok dengan iklim sekolah yang
seperti ini. Setiap pentadbir melaksanakan kerja masing-masing dan tidak membebani
guru kelas. Kurangnya jurang di antara pentadbir dengan guru-guru membuatkan
sekolah kami tidak ada masalah dalam pengurusan dan kerjasama. Guru-guru tidak
berasa tertekan dan menganggap kami semua adalah satu keluarga yang besar.
Walaupun sekolah saya tidak menetapkan sasaran yang tinggi melampaui had
kemampuan, tetapi para pentadbir sentiasa turun padang melihat murid-murid berlatih
untuk kejohanan dan saya bersyukur, sekolah baru saya ini adalah antara sekolah yang
menjadi sebutan kerana pencapaian yang memberangsangkan.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah, saya memilih Model Proses sebagai
indikator keberkesanan pendidikan yang seharusnya digunakan oleh sekolah. Jalinkan
perhubungan yang baik di antara pihak pentadbir dengan guru-guru dahulu, akan
dapatlah hasil yang baik termasuklah pencapaian murid-murid dari segi akademik dan
kokurikulum. Saya tidak mahu memilih Model Matlamat sebagai indikator kerana saya

melihat ianya kurang membawa kejayaan kepada sekolah. Misi dan visi sekolah pun
banyak yang tidak tercapai. Sekolah lama saya mendapat Baiah pun, adalah kerana
pada tahun sebelumnya, ramai anak-anak murid yang berpotensi tinggi termasuklah
anak-anak selebriti yang menghantar ke kelas tuisyen terkemuka di Kuala Lumpur.
Matlamat terlalu tinggi dan melebihi kemampuan, tetapi keakraban antara guru-guru
adalah sangat rendah.

Anda mungkin juga menyukai