Anda di halaman 1dari 1

Teks Ucapan Ketua Pelajar Sempena Hari Guru

Yang berbahagia, YDP PIBG SKR(P)B, En. Shamsol bin Mat Safar
Yang dihormati Tn. Guru besar SKR(P)B, En Sharif bin Kadir
penolong kanan pentadbiran en Nashir bin Zakaria
PK Hal Ehwal Murid, En Mawardi bin Omar
PK Kokurikulum, En Mohd Shahida bin
ketua- ketua panitia
guru-guru
dan rakan-rakan yang dihormati sekalian.
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam 1 Malaysia, Salam mercu di Hari Guru.

"Sesungguhnya tanggal 16 Mei amat penting dan sangat bermakna kerana kita semua mempunyai guru
yang telah banyak berjasa kepada kita. Inilah waktu terbaik untuk kita luahkan setinggi-tinggi rasa
terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap mereka yang telah banyak berbudi kepada
agama, bangsa dan juga negara.
Pepatah Melayu ada berkata, Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain,
menunjukkan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah memberi didikan yang sempurna kepada
kita semua. Tanpa guru, takkan ada insan-insan hari ini yang berpangkat menteri, berjawatan besar,
bergelar jutawan, doktor, peguam, jutawan internet, angkasawan dan sebagainya.
Tema hari guru pada tahun ini , Guru Pembina Negara bangsa jika dilihat secara halus, maka
nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah
maka guru menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara ke arah Wawasan
2020. Di samping itu, guru juga menjadi wadah penyemai perpaduan. Guru- guru bertanggngjawab
menanam sifat perpaduan dalam jiwa generasi muda kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Kendatipun begitu, guru yang diibaratkan lilin membakar dirinya untuk menerangi orang lain
mendepani pelbagai onak dan cabaran terutamanya dalam melayani kerenah anak-nak muridnya.
Meniti hari ke hari, cabaran guru makin sukar. Antaranya, ada saja dalam kalangan pelajar yang
menimbulkan masalah disiplin. Ada pula yang sering tidak membuat kerja sekolah. Bagai jatuh
ditimpa tangga, kalau ada pelajar yang terlibat dalam kes buli atau prestasi mereka merudum pasti
wujudnya segelintir ibu bapa yang akan menunding jari ke arah guru seolah-olah guru sahaja yang
bertanggungjawab atas disiplin dan perkembangan anak-anak mereka.
Namun, di sebalik semua kekusutan tersebut, para guru juga sering dihargai. Sebagai bukti,
Hari Guru yang kita sambut pada hari yang mulia ini. Hari Guru ini disambut sebagai suatu simbolik
penghargaan masyarakat 1 Malaysia kepada guru-guru.
Sebelum saya menutup tirai, saya mewakili semua pelajar ingin memohon maaf atas segala
kekhilafan kami.
Dan seterusnya SELAMAT HARI GURU kepada semua guru SKR(P)B. Segala pengorbanan
cikgu akan kami semat dan hargai selagi hayat dikandung badan.
Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah assalamualikum wrbthkth

Anda mungkin juga menyukai