Anda di halaman 1dari 6

TUGAS & TANGGUNGJAWAB

AJK Cabang & PBS


Bulan Sabit Merah Malaysia

Disusun oleh Wahab Chik

Kursus Organisasi, Pentadbiran &


Kepimpinan (KOPK 2010)
BSMM Cabang KUIS

14-16 Mei 2010


Kem Sri Raudah, Gombak
ORGANISATION CHART
STRUKTUR ORGANISASI

MAJLIS KEBANGSAAN

LEMBAGA EKSEKUTIF SEKRETARIAT


KEBANGSAAN KEBANGSAAN

CAWANGAN SEKRETARIAT
CAWANGAN

CABANG SEKRETARIAT
CABANG

Units

VAD YOUTH LINK


KANAK-
PBS BELIA
KANAK

1
SENARAI JAWATAN-JAWATAN DALAM BSMM

KEBANGSAAN CAWANGAN CABANG


• Penaung (DiRaja) Seri Paduka • Penaung (DiRaja) • Pengerusi
Baginda Yang Dipertuan Agong • Penaung • Penasihat Kehormat
• Presiden • Pengerusi • Naib Pengerusi (I & II)
• Timbalan Presiden • Penasihat Kehormat • Setiausaha Kehormat
• Naib Presiden • Timbalan Pengerusi • Bendahari Kehormat
• Penasihat Kehormat • Naib Pengerusi (I & II) • Pegawai Perubatan
• Pengerusi Kebangsaan • Pengarah • Penguasa Rawatan MA/SRN
• Timbalan Pengerusi Kebangsaan • Penolong Pengarah (Latihan, Belia • Pegawai Penjaga (Latihan, Belia,
• Naib Pengerusi Kebangsaan dan PBS) PBS dan Kanak-kanak)
• Bendahari Kehormat Kebangsaan • Setiausaha Kehormat • Kuartermaster
• Pegawai Yang Di Pilih (Ahli NEB) • Bendahari Kehormat • Pengerusi JKK
• Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan • Pegawai Perubatan
• Penguasa Rawatan MA/SRN
• Kuartermaster
• Pengerusi JKK
• Duta Muhibbah
STAF IBU PEJABAT
STAF CAWANGAN STAF CABANG
KEBANGSAAN
• Setiausaha Agung • Pegawai Tadbir • Pegawai Tadbir
• Pengarah
• Ketua Bahagian
• Pegawai Bahagian
• Pegawai Perkhidmatan Kecemasan
(ESO)
• Penolong Pegawai Tadbir
(Bahagian)
• Pembantu Perubatan Ambulans
(AMA)

PASUKAN BANTUAN SUKARELA BELIA KANAK-KANAK


• Komandan • Penaung (Pengetua) • Penaung (Guru Besar)
• Penolong Komandan • Pegawai Pemimpin Belia (Guru) • Pegawai Pemimpin Kanak-kanak
• Kuartermaster • Penolong Pegawai Pemimpin Belia (Guru)
• Ketua Utama Seksyen (Guru) • Penolong Pegawai Pemimpin
• Ketua Seksyen • Ketua Utama Seksyen Kanak-kanak (Guru)
• Penolong Ketua Seksyen • Ketua Seksyen
• Penolong Ketua Seksyen

SUSUNAN PANGKAT PEGAWAI DAN AJK BSMM PERINGKAT CABANG & PBS

PANGKAT CABANG PBS STAF CABANG


MPP
1X
• Pengerusi
Mahkota
2 X Pip
MP
1X • Penasihat
Mahkota • Naib Pengerusi (1) & (2)
1 X Pip
• Setiausaha Kht.
M • Peg. Perubatan
1X • Bendahari Kht.
Mahkota • Peg. Penjaga (Latihan, Belia,
PBS, Kanak-kanak)
• Kuartermaster
PPP
• Pembantu Perubatan (MA/SRN) • Komandan • Peg. Tadbir
3 x Pip
• PJKK
PP
• Pen. Komandan
2 x Pip
P
• Kuartermaster
1 x Pip
MVVV • Ketua Utama Seksyen
VVV • Ketua Seksyen
VV • Pen. Ketua Seksyen

Jurulatih = Memakai Lencana Jurulatih sahaja


Pensyarah Profesional dan Doktor dibenarkan menggunakan pangkat (M) apabila mereka menjadi ahli
NOTA :
diperingkat Cawangan atau Cabang.
M = Mahkota
Pembantu Perubatan (MA/SRN) dibenarkan menggunakan (PPP) apabila mereka menjadi ahli diperingkat
P = Pip
Cawangan atau Cabang.
V = Calit
Seseorang Pegawai itu boleh mengekalkan pangkat yang tertinggi yang pernah dicapainya dalam BSMM,
dengan syarat mengambil kira jawatan yang disandang sekarang.

2
TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI PERINGKAT CABANG

PENGERUSI
1. Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti yang diadakan berhubung kait dengan pengurusan, pembangunan dan
pentadbiran Cabang seperti:
i. Mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa Cabang
ii. Menentukan Akaun Cabang disediakan untuk diaudit, diluluskan dan dikemukakan ke Cawangan.
iii. Menyediakan tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Cabang.
2. Terlibat dalam tugas-tugas rasmi dengan Kementerian, Jabatan Kerajaan dan BSMM.
3. Bertanggungjawab di dalam memastikan belanjawan dan perancangan belanjawan BSMM tersusun rapi.

NAIB PENGERUSI I & II


1. Bertanggungjawab menjalankan tugas Pengerusi semasa ketiadaan beliau.
2. Mengambil alih tugas Pengerusi sekiranya Pengerusi meletakkan jawatan sehingga Pengerusi baru dilantik.
3. Membantu Pengerusi di dalam tugas pentadbiran dan kewangan Cabang.
4. Membantu Pengerusi menyeliakan tugas Ahli-ahli Jawatankuasa peringkat Cabang.
5. Naib Pengerusi I memantau dan membantu:
i. Setiausaha Kehormat
ii. Bendahari Kehormat
iii. JKK Kutipan Derma
iv. JKK Informasi
v. JKK Latihan
vi. JKK Bantuan Bencana
vii. JKK Bangunan
viii. JKK Pentadbiran dan Perjawatan
6. Naib Pengerusi II memantau dan membantu:
i. JKK Program Darah
ii. JKK Belia
iii. JKK Kesihatan dan Perkhidmatan Masyarakat
iv. JKK Hal Ehwal Undang-undang dan UUKA
v. JKK Perhubungan Antarabangsa
7. Tanggungjawab dan tugas Naib Pengerusi I & II adalah tertakluk kepada keperluan Cabang.

SETIAUSAHA KEHORMAT
1. Bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Untuk Cabang dan Unit.
2. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Cabang untuk tugas-tugas sekretariat.
3. Berhubung rapat dengan Kerajaan Negeri, Sektor Swasta dan lain-lain organisasi di peringkat Cabang.
4. Menyelaraskan semua aktiviti Cabang.
5. Membantu Bendahari Kehormat menyediakan Bajet dan Penyata Kewangan Tahunan
6. Bertanggungjawab untuk menyimpan semua dokumen, rekod, pendaftaran dan insuran kepunyaan Cabang.

BENDAHARI KEHORMAT
1. Bertanggungjawab menyimpan rekod akaun, menyediakan Penyata Penerimaan dan Pembayaran, Pendapatan dan
Perbelanjaan dan Kunci Kira-Kira bulanan dan tahunan.
2. Bertanggungjawab di atas semua penerimaan dan pembayaran di peringkat Cabang dan Unit.
3. Menandatangani semua cek yang dikeluarkan bersama seorang lagi pegawai seperti yang dilantik oleh Jawatankuasa
Cabang.
4. Bertanggungjawab menyediakan Bajet Tahunan untuk di bentangkan di Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan
mengemukakannya ke Cawangan.
5. Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Cabang di dalam perkara berhubung dengan Pengawasan dan Audit Kewangan.
6. Bertanggungjawab untuk menyimpan dan merekodkan segala harta Cabang seperti tanah, bangunan, kenderaan,
peralatan dan perkakas pejabat dan lain-lain.
7. Menyedia dan mengemukakan akaun yang disatukan ke Cawangan sebelum 30hb. Mac setiap tahun.

PEGAWAI PERUBATAN
1. Bertanggungjawab ke atas beberapa aspek perubatan dan kesihatan di dalam program Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara latihan pertolongan cemas, rawatan rumah,
bantuan pernafasan dan lain-lain perkara yang ada hubung kait dengan kesihatan.

PENGUASA JURURAWAT
1. Bertanggungjawab ke atas semua aspek kejururawatan di dalam aktiviti Cabang.
2. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan untuk mengemaskini cara-cara rawatan.

PEGAWAI PENJAGA LATIHAN / PENGERUSI JKK LATIHAN


1. Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kecil Cabang dan Penolong Pengarah Latihan Cawangan di dalam semua
perkara mengenai latihan.
2. Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Latihan peringkat Cabang.
3. Bekerjasama dengan penolong Pengarah Latihan Cawangan di dalam menyelaras, merancang dan mengimplimentasi
program latihan untuk Cabang dan Unit.

PEGAWAI PENJAGA PBS


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam semua perkara berhubung kait dengan PBS
(VAD).
2. Bertanggungjawab di atas penubuhan dan pembangunan PBS (VAD).
3. Bekerjasama dengan Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana untuk memobilisasikan ahli-ahli apabila diperlukan.
4. Bertanggungjawab ke atas kebajikan am, pengurusan dan aktiviti ahli-ahli PBS (VAD).
5. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan laporan aktiviti PBS (VAD), kenaikkan pangkat Pegawai-Pegawai
PBS (VAD), pertukaran pemimpin atau pertukaran alamat dan lain-lain.
6. Mempengerusikan dan menyelaras semua mesyuarat Pegawai-Pegawai PBS (VAD).

3
7. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari pasukan PBS yang mana di dalam bidang dan tugas beliau.
Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong Pengarah
PBS.
8. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan dalam menentukan pasukan PBS mendapat latihan yang sewajarnya.

PEGAWAI PENJAGA BELIA


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi Cabang di atas semua perkara berhubung kait dengan ahli-ahli belia dan link.
2. Bertanggungjawab di atas penubuhan dan pembangunan unit baru.
3. Bertanggungjawab menyediakan dan mengemukakan laporan aktiviti Belia dan Link, kenaikkan pangkat Pegawai-Pegawai
Belia, pertukaran atau pertukaran alamat dan lain-lain.
4. Bertanggungjawab ke atas kebajikan am, pengurusan dan aktiviti ahli-ahli Belia dan Link.
5. Mempengerusikan dan menyelaras semua mesyuarat Pegawai-Pegawai Belia dan Link.
6. Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dari unit Belia dan Link yang mana di dalam bidang dan tugas
beliau. Disyorkan jika terdapat masalah atau keraguan, hendaklah merujuk kepada Pengerusi Cabang atau Penolong
Pengarah Belia.
9. Bekerjasama dengan Pegawai Penjaga Latihan dalam menentukan unit Belia dan Link mendapat latihan yang sewajarnya.

PEGAWAI SERANTA / PERHUBUNGAN AWAM / INFORMASI


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi untuk memberi informasi berhubung dengan aktiviti Cabang.
2. Bekerjasama dengan Setiausaha Kehormat untuk mengeluarkan bahan berita berhubung dengan semua aktiviti Cabang
dan Unit.
3. Bekerjasama dengan Setiausaha untuk hubungan yang baik dengan lain-lain Jawatankuasa di peringkat Cabang dan Unit.

KUARTERMASTER
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang ke atas semua ‘stock items’, peralatan dan bekalan
kepunyaan Cabang untuk kegunaan bantuan bencana.
2. Menyimpan rekod stor dan inventori di peringkat Cabang.

PENGERUSI JKK ANTI DADAH


1. Merancang serta mengimplimentasikan aktiviti anti dadah di peringkat Cabang dan Unit.
2. Berhubung dengan Jawatankuasa Program Anti Dadah peringkat Cawangan untuk mengendalikan kempen anti dadah
serta menarik perhatian ahli terhadap penyalahgunaan dadah.

PENGERUSI JKK ANUGERAH


1. Mengemukakan pencalonan yang telah disokong untuk Anugerah PBSMM dengan menggunakan borang yang telah
disediakan ke peringkat Cawangan.

PENGERUSI JKK PROGRAM DARAH


1. Menyelaraskan Program Pendermaan Darah di peringkat Cabang dan Unit.
2. Mengatur sessi menderma darah dengan kerjasama Tabung Darah Negeri.

PENGERUSI JKK BANGUNAN


1. Mengatur serta mendapat kelulusan yang diperlukan untuk pembinaan bangunan PBSMM di peringkat Cabang dan Unit.
2. Mengendalikan kutipan derma bagi tujuan pembangunan tersebut dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Kecil
Kutipan Derma.

PENGERUSI JKK PERKHIDMATAN MASYARAKAT


1. Merancang, mengimplimentasi dan menyelaraskan perkhidmatan masyarakat di peringkat Cabang dan Unit.
2. Mengendalikan projek bantuan sendiri dan kampong angkat.

PENGERUSI JKK BANTUAN BENCANA


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam aktiviti Bantuan Bencana.
2. Bertanggungjawab untuk mengeluarkan Perintah Pergerakkan dan Arahan Pentadbiran semasa berlaku bencana.
3. Bertanggungjawab mengendalikan Bilik Kawalan Bantuan Bencana BSMM Peringkat Cabang dan bekerjasama dengan
Pegawai Penjaga PBS / Belia untuk pengerahan ahli-ahli dan bantuan semasa bencana.
4. Berhubung dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah untuk barang-barang dan peralatan bantuan semasa bencana.
5. Bekerjasama dengan Kuartermaster dalam mengganti kembali bekalan barang-barang bantuan bencana.
6. Bertanggungjawab untuk merangka dan mengemaskini Rancangan Sebelum Bencana di peringkat Cabang dan Unit.
7. Mewakili Cabang di dalam Jawatankuasa Bencana Kerajaan di peringkat Daerah.

PENGERUSI JKK KUTIPAN DERMA


1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi / Naib Pengerusi Cabang di dalam merangka, mengimplimentasi dan mentaksirkan
aktiviti Kutipan Derma.
2. Berhubung dengan Cawangan untuk merangka projek kutipan derma.
3. Berhubung dengan Pegawai Penjaga Latihan / PBS / Belia untuk keperluan ahli dan bantuan.

PENGERUSI JKK UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA


1. Mengembang serta menyemai Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa di peringkat Cabang dan Unit.
2. Menganjur kursus dan seminar dengan kerjasama Jawatankuasa Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat
Cawangan / Kebangsaan.

4
TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI & AJK PERINGKAT UNIT PBS

KOMANDAN
1. Mempastikan disiplin, latihan, kecekapan, pakaian seragam, rekod dan kewangan pasukan di dalam keadaan baik.
2. Menerima dan melaksana arahan yang diterima daripada BSMM Cabang / Cawangan dari semasa ke semasa.
3. Mengatur kursus dan latihan untuk ahli-ahli di bawah jagaannya sepertimana yang diperuntukkan di dalam Buku Panduan
Latihan.
4. Mengatur program aktiviti tahunan pasukan.
5. Mengagihkan-agihkan tugas rasmi BSMM di kalangan ahli-ahlinya dan mempastikan kehadiran ahli-ahlinya dalam setiap
tugas yang telah diberikan.
6. Bertanggungjawab menghantar laporan pasukan kepada BSMM Cabang setiap tahun.

PENOLONG KOMANDAN
1. Semasa ketiadaan Komandan, Penolong Komandan akan memikul tanggungjawab Komandan Pasukan.

KUARTERMASTER
1. Mengendalikan penerimaan peralatan-peralatan pasukan atau peralatan yang dipinjam daripada Cabang / Cawangan atau
IPK agar sentiasa terpelihara.
2. Mengadakan rekod-rekod mengenai alatan serta harta pasukan dan mempastikan boleh digunakan pada bila-bila masa
diperlukan.
3. Semasa ketiadaan Komandan dan Penolong Komandan, Kuartermaster akan mengetuai pasukannya.

KETUA UTAMA SEKSYEN


1. Melatih dan menjaga disiplin ahli-ahli seksyen di bawah jagaannya.
2. Bertanggungjawab mengetuai dua orang Ketua Seksyen.
3. Bertindak sebagai Setiausaha di dalam mesyuarat pasukannya.
4. Semasa ketiadaan kuartermaster dan lain-lain pegawai atasannya, Ketua Utama Seksyen akan akan mengetuai
pasukannya.

KETUA SEKSYEN
1. Menjaga seksyen dan membantu Ketua Utama Seksyen di dalam memantau disiplin ahli di bawah jagaannya.
2. Bertanggungjawab mengetuai tiga orang Penolong Ketua Seksyen.
3. Semasa ketiadaan semua Pegawai atasan pasukannya, tugas dan tanggungjawab pasukannya akan dipikul olehnya.

PENOLONG KETUA SEKSYEN


1. Bertanggungjawab mengetuai empat orang ahli.
2. Bertanggungjawab menjaga serta melatih ahli-ahlinya. Sekiranya PBS mempunyai bilangan ahli yang besar, beliau boleh
memberi tunjuk ajar sekurang-kurangnya 15 orang ahli-ahli di dalam pasukannya.

Anda mungkin juga menyukai