Anda di halaman 1dari 4

Mon 11 Aug 2014

8 Senaman Minda Untuk Berjaya! (Bahagian 1)


Posted by Irfan Khairi under Tip Motivasi
[3] Comments
Kejayaan bermula dari minda. Minda yang positif akan memberi aksi yang positif.
Sekiranya aksi yang kita lakukan tidak membawa kepada kejayaan, maka, kita perlu
berbalik kepada minda. Terdapat 8 senaman minda yang perlu kita lakukan dalam
mempersiapkan minda kita ke arah aksi yang positif.

1. Fikirkan masa hadapan


Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.
Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan.
Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun
kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.
Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang?
Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif
akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.
2. Punyai matlamat dalam minda
Miliki matlamat yang jelas setiap kali dalam minda. Memikirkan masa hadapan sering
kali berorientasikan jangka panjang, manakala mempunyai matlamat adalah sesuatu
yang lebih spesifik untuk dilakukan dan dihasilkan.

Adakah anda mempunyai matlamat hidup? Sekiranya ada, tahniah oleh kerana anda
adalah antara 2% yang punyai matlamat hidup. Sekiranya tidak, maka, dapatkan pen
dan kertas serta tuliskan dengan spesifik apa, bila dan bagaimana anda ingin
mencapai matlamat anda.
IKLAN: Sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial dan
mulakan perniagaan Internet anda bersama pakar perniagaan Internet #1
Malaysia, Irfan Khairi. Program separuh masa, khusus untuk usahawan, bakal
usahawan dan suri rumah!
3. Komitmen kepada kecemerlangan
Berikan komitmen kepada kecemerlangan. Mereka yang berjaya sering memikirkan
cara untuk menjadi hebat dalam industri mereka. Walaupun, belum mencapai
kecemerlangan, fikirkan ke arah itu. Dalam apa sahaja industri sekalipun, telah terdapat
mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Tidak kira apa pun bidang anda, lakukan
penyelidikan keatas mereka dan ketahui teknik dan strategi yang telah digunakan. Beri
komitmen kepada minda anda bahawa untuk berjaya, kecemerlangan perlu
diutamakan- dan kecemerlangan memerlukan ilmu. Apabila minda hebat, kejayaan pun
pastinya hebat!
4. Fokuskan kepada penyelesaian
Mereka yang berjaya memikirkan keputusan dan penyelesaian, dan bukannya masalah.
Latihkan minda anda untuk memikirkan keputusan yang ingin dikecapi dan jauhkan dari
segala pemikiran yang negatif.
Pemikiran negatif akan membunuh semangat kita. Suara-suara negatif dalam dan juga
di luar diri kita akan menjatuhkan motivasi dan membuatkan kita fikirkan masalah.
Dalam apa sahaja usaha kita, pastinya akan bertembung dengan pelbagai masalah.
Fokuskan minda kita kepada penyelesaiannya.
5. Orientasi keputusan
Setiap insan mempunyai kekuatan masing-masing. Fokuskan minda kita pada kekuatan
yang kita miliki. Kekuatan yang dimiliki akan memberi hasil keputusan yang terbaik. Di
manakah kekuatan anda yang perlu anda fokuskan?

Berikan tumpuan kepada minda untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Berbuat begini
akan menghasilkan keputusan yang terbaik. Anda perlu sedar bahawa kebanyakan
masa kita yang tidak memberi fokus kepada keputusan, ia akan berakhir dengan
membuang masa.
Senamkan minda anda supaya ingin mengejar keputusan hari ini, esok, lusa, minggu
hadapan, bulan hadapan dan juga tahun-tahun yang akan datang. Tiada masa untuk
membuang masa!
6. Fikirkan kegagalan membawa kejayaan

Lihat saja kesemua ikon-ikon yang berjaya di dunia ini, hampir kesemuanya melalui
kegagalan sebelum berjaya. Ini adalah kerana mereka meletakkan benchmark, atau
menjadikan kegagalan dalam hidup mereka itu sebagai satu tanda untuk mereka
melepasinya. Dengan selalu berfikir setiap kegagalan yang kita alami dan tempuhi itu
sebagai satu garisan untuk kita mencapai kejayaan, minda kita akan bertindak positif
dan selalu mengingatkan kita arah kejayaan, dengan cara itu minda kita semua juga
memberitahu kita boleh berjaya dengan cemerlang.
7. Dedikasi dalam memperbaiki diri
Minda yang tidak disuapkan dengan ilmu, akan menjadi lesu dan di takuk lama sahaja.
Penuhi minda dengan ilmu-ilmu baru, sama ada dari membaca buku, internet,
mempelajari dari mereka yang telah berjaya, serta menghadiri majlis-majlis ilmu.

Dedikasikan diri anda supaya sering mempelajari kaedah dan teknik baru dalam industri
anda. Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering membaca dan
mengaplikasikan ilmu-ilmu baru.
Ada juga yang menganggap, kejayaan adalah berdasarkan nasib. Tetapi, selalunya,
lebih banyak ilmu yang kita miliki, lebih baik nasib yang akan dating kepada kita!
8. Lakukan sesuatu sekarang!
Apa yang anda perlu lakukan selepas membaca artikel ini? Lakukan sesuatu sekarang
ke arah kejayaan anda. Membuang masa dan melengahkan masa adalah sesuatu yang
kita selalu lakukan, sehingga minda kita telah dilatih iaitu melengahkan masa sebagai
satu tabiat.
Setiap orang mempunyai masa 24 jam. Mereka yang berjaya, mahupun mereka yang
sederhana, atau yang gagal sekalipun, tetap hanya mempunyai masa 24jam sehari
untuk diluangkan.
Semuanya bergantung kepada cara kita membahagikan masa dan menjimatkan masa.
Tanamkan mindset yang aktif dan akan melakukan sesuatu SEKARANG dan bukan
sekadar Tunggu dulu nanti-nanti kita buat sifat sebegitu, pastinya tidak akan
membawa anda ke mana-mana. Amalkan 8 senaman minda ini, anda pasti akan dapat
merasa perbezaannya.

Anda mungkin juga menyukai