Anda di halaman 1dari 17

UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami takrifan, jenis ralat
dan jenis daya kilas yang terdapat dalam
alatan pengukuran.

Objektif khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

Mentakrifkan alat dan meter serta ralat.

Menentukan jenis ralat dalam


pengukuran dan cara untuk
mengurangkan ralat tersebut.

Menerangkan jenis daya kilas di


dalam alat pengukuran.

Menerangkan lengkung redaman.

Membandingkan sistem redaman yang


biasa dalam alat penunjuk.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 2

INPUT

1.0 Pengenalan

Meter merupakan sesuatu sambungan kepada kebolehan manusia untuk


membolehkan kita mengetahui sesuatu nilai yang tidak boleh diukur dengan
secara kasar. Ia dapat menentukan nilai atau magnitud sesuatu kuantiti atau
pemboleh ubah.

Berapa agaknya berat besi ini?


Alat apakah yang sesuai
digunakan untuk mengukur
berat besi ini?

1.1 Takrifan meter

Alat yang digunakan untuk menentukan nilai atau magnitud sesuatu kuantiti atau
pemboleh ubah.

Takrifan ralat

Selisih atau lencongan dari nilai sebenar kuantiti yang diukur.


UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 3

1.2 Jenis ralat dalam pengukuran

1.2.1 Ralat Kasar ( Gross Error)

Ralat ini disebabkan oleh manusia yang menggunakan alatan tersebut


seperti salah mengambil bacaan, pelarasan yang tidak betul, cuai, tidak
ada pengalaman dan sebagainya.

Cara untuk mengurangkannya :


- Ambil bacaan dengan betul.
- Elakkan kecuaian.
- Pastikan anda tahu menggunakan meter tersebut dan lain-lain.

1.2.2 Ralat Sistematik (Systematic Error)

Terbahagi kepada dua jenis

a. Ralat Jangka - Ia disebabkan oleh ciri elektrik dan mekanikal


seperti geseran, histerisis, tegangan spring dan sebagainya.

b. Ralat Sekitar - Ia disebabkan oleh keadaan luar yang


mengelilingi jangka seperti perubahan suhu, kelembapan,
tekanan udara dan sebagainya.

Cara untuk mengurangkannya :


- Menentukurkan jangka.
- Pilih jangka yang sesuai untuk kegunaan ukuran tersebut.
- Mengurangkan kesan-kesan yang disebabkan perubahan suhu,
kelembapan, magnetik dan elektrostatik dengan menggunakan
penghadang magnetik dan lain-lain.

1.2.3 Ralat Rawak (Random Error)

Punca berlakunya ralat ini tidak diketahui. Ia muncul walaupun semua


ralat sistematik telah diperhitungkan. Ia tidak boleh diperbetulkan tanpa
penyelidikan yang rapi.

Cara untuk mengurangkannya:


- Dengan menambahkan bilangan bacaan dan menggunakan kaedah
statistik untuk mendapatkan kiraan yang hampir sekali dengan nilai
sebenar kuantiti yang diukur.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 4

1.2.4 Ralat penghad/menghad (Limiting Error)

Nilai yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar ataupun pembuat


komponen / alatan tersebut. Kebanyakan meter penunjuk telah dijamin
ketepatannya hingga ke peratus tertentu bacaan skil penuh. Komponen
seperti perintang, kapasitor dan lain-lain dijamin dalam lingkungan
peratus tertentu kadaran nilai komponen tersebut. Had lencongan dari
nilai yang ditentukan dipanggil sebagai ralat penghad.

Contoh : 600 Ω ± 10% ralat penghad

Ini bermakna pembuat telah menjaminkan rintangan di dalam


had 540Ω dan 660Ω .

FORMUL

% RALAT = NILAI SEBENAR − NILAI UKURAN X 100%


NILAI SEBENAR

% KETEPATAN = 100 % − % RALAT

MAGNITUD RALAT PENGHAD = KETEPATAN X SKALA PENUH

PENTING!!! PENTING!!!
FORMULA PENTING INI. MESTI HAFAL PUNYA.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 5

AKTIVITI 1a

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak jawapan
anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

1.1 Senaraikan tiga jenis ralat utama.

1.2 Berikan definisi ralat sistematik dan nyatakan cara-cara untuk


mengurangkankan ralat tersebut.

1.3 Empat perintang disambung dalam keadaan sesiri. Nilai-nilainya adalah


seperti berikut :

R1 = 36Ω ± 5% R2 = 75Ω ± 5%
R3 = 100Ω ± 10% R4 = 85Ω ± 20%

Kirakan peratus ralat maksima bagi jumlah perintang-perintang di atas.

1.4 Merujuk kepada rajah 1.1 di bawah, kirakan peratus ralat dan peratus ketepatan
sekiranya meter ampiar menunjukkan ke bacaan 12mA.

1KΩ
mA

15V
500Ω

Rajah 1.1
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 6

INPUT

1.3 Jenis Daya kilas

1.3.1 Daya kilas pesongan (Td) - Deflecting Torque

Dikenali juga sebagai daya kilas kendalian. Ia terhasil daripada kesan


magnetik elektrostatik. Daya kilas ini menyebabkan jarum penunjuk
bergerak dari kedudukan sifar. Bila arus melalui gegelung, daya yang
bertindak pada kedua-dua belah gegelung menghasilkan suatu daya kilas
seperti yang ditunjukkan oleh rajah 1.1 di bawah.

U S U teras S
besi
F

Rajah 1.2 : Daya kilas pesongan

dimana
B= Ketumpatan uratdaya dalam Wb/m2 atau Tesla (T)
l = Panjang gegelung dalam meter
N= Bilangan lilitan gegelung
A= Luas keratan rentas [ panjang(l) X garis pusat gegelung(d)] - m2
I = Arus yang mengalir melalui gegelung – Ampiar

Oleh itu, Daya kilas pesongan = BANI


unit = Newton meter (Nm)

Td = BANI (Nm)
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 7

1.3.2 Daya kilas Kawalan (Tc) - Controlling Torque

Menentang daya kilas pesongan. Ianya terhasil oleh spring kawalan. Alat
penunjuk berhenti apabila magnitud daya kilas pesongan bersamaan
dengan magnitud daya kilas kawalan.
Terbahagi kepada dua jenis :

a. Kawalan spring

Merujuk kepada Rajah 1.3 kawalan spring bagi meter gegelung


bergerak, 2 spring telah digunakan. Spring A dan B dilengkarkan
pada arah yang bertentangan supaya apabila alat penunjuk
dipesongkan satu spring menambah lingkaran dan satu lagi
mengurangkan lingkaran. Daya kilas kawalan dihasilkan oleh
gabungan kedua-dua spring. Daya kilas kawalan suatu spring
berkadaran dengan sudut pesongan jarum penunjuk.

Jarum penunjuk

Shaft
A
B

Rajah 1.3 : Daya kilas kawalan spring

b. Kawalan Graviti

Merujuk kepada Rajah 1.3 kawalan Graviti, jisim A & B


dilekatkan pada S, fungsi A adalah untuk mengimbang berat
penunjuk P. Jisim B dengan itu memberikan daya kilas kawalan.
Apabila penunjuk berada di sifar, B tergantung secara tegak ke
bawah. Apabila P dipesongkan melalui satu sudut, daya kilas
kawalan adalah bersamaan dengan ( berat B X jarak d) dan
berkadaran dengan pesongan tersebut.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 8

θ
S
B

A B A

Rajah 1.4 : Daya kilas kawalan graviti

1.3.3 Daya kilas Redaman (Damping Torque)

Berfungsi untuk mempercepatkan jarum berhenti. Jarum mungkin


berayun sebelum menunjukkan bacaan dan daya kilas redaman
diperlukan untuk mempercepatkan jarum berhenti.

Contoh pengiraan

Contoh 1.1 : Sebuah litar seperti rajah 1.5 yang diberikan di bawah
mempunyai voltan bekalan 20V disambung selari dengan
dua perintang R1 = 15kΩ dan R2 = 7kΩ . Satu meter
volt disambung melintangi perintang R 1 dan memberi
bacaan 19.5V. Kirakan peratus ralat dan peratus
ketepatan bagi meter tersebut.

Penyelesaian :

20V V
R1 R2

Rajah 1.5

Disebabkan R1 dan R2 selari dengan bekalan 20V, maka nilai VR1 dan
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 9

VR2 adalah =20 V.

Nilai sebenar (NS) = 20 V


Nilai ukuran (NU) = 19.5V

%R = NS − NU X 100 %
NS
= 20 − 19.5 X 100 %
20
= 2.5 %

% KETEPATAN = 100% − % RALAT


= 100% − 2.5%
= 97.5 %

Contoh 1.2 : Sebuah voltmeter dengan julat 0 - 150V mempunyai


ketepatan ± 3% pada skala penuh memberi bacaan
50V dan 95V semasa membuat pengukuran. Kirakan
magnitud ralat dan peratus ralat bagi setiap bacaan.

Penyelesaian :

Skala penuh = 150 V ketepatan = ± 3%


100%
= ± 0.03

Magnitud ralat penghad = ketepatan X skala penuh


= ± 0.03 X 150 V
= ± 4.5 V

i. 50V
% ralat = ± 4.5 V X 100%
50 V
= ± 9%

ii. 95V
% ralat = ± 4.5 V X 100%
95 V
= ± 4.74 %
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 10

Contoh 1.3 : Sebuah meter dengan ketepatan ± 2% mempunyai arus


skala penuh 100µ A. Kirakan bacaan maksima dan
minima
mungkin diperolehi apabila meter tersebut digunakan
untuk mengukur arus :
i. 70µ A ii. 45µ A

Penyelesaian :

Magnitud ralat penghad = ketepatan X skala penuh


= ± 2% X 100µ A
100%
= ± 2µ A

i. 70µ A

Nilai maksima = 70µ A + 2 µ A


= 72µ A

Nilai minima = 70µ A − 2 µ A


= 68 µ A

ii. 45µ A

Nilai maksima = 45µ A +2 µ A


= 47 µ A

Nilai minima = 45µ A − 2 µ A


= 43 µ A

Contoh 1.4 : Kirakan nilai maksima dan minima bagi komponen-


komponen yang mempunyai had terima seperti berikut :

i. 200µ F + 10%
ii. 1000Hz − 5% + 10%
iii. 560 Ω + 10 Ω
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 11

Penyelesaian :

i. 200µ F + 10%
Magnitud ralat penghad = + 10% X 200µ F
100%

= + 20µ F

Nilai maksima = 200µ F + 20 µ F


= 220µ F

ii. 1000Hz −5% +10%


Magnitud ralat penghad = + 10% X 1000Hz
100%
= 100Hz

Nilai maksima = 1000Hz + 100Hz


= 1100 Hz

Magnitud ralat penghad = − 5% X 1000Hz


100%
= 50 Hz

Nilai minima = 1000Hz − 50 Hz


= 950 Hz

iii. 560 Ω + 10 Ω
Magnitud ralat penghad = + 10 Ω
Nilai maksima = 560 Ω + 10 Ω = 570 Ω

Contoh 1.5: Satu meter GBMK dengan 200 lilitan gegelung


mempunyai ketumpatan urat daya sebanyak 0.5 T
dicelahan udaranya. Garis pusat gegelung adalah 1mm dan
panjangnya adalah 2.5cm. Kirakan daya kilas yang terhasil
apabila arus melalui gegelung adalah 2mA.

Penyelesaian :

B = 0.5 T
A = (1 X 10-3m) X(2.5 X 10-2 ) = 2.5 X 10-5 m2
N = 200 lilitan
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 12

I = 2 X 10-3 A

Td = BANI
= 0.5 (2.5 X 10-5)(200)(2 X 10-3 )
= 5 X 10-6 Nm
= 5µ Nm

Susahnya!!! Tetapi saya


mesti mencuba sehingga
berjaya.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 13

AKTIVITI 1b

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya. Sila semak


jawapan anda pada maklum balas di halaman berikutnya.

1.1 Sebuah ammeter yang mempunyai julat 0 - 100A dengan ketepatan


± 3% pada skala penuh memberikan bacaan 10A, 15A dan 30A.
Kirakan magnitud ralat penghad dan peratus ralat bagi setiap bacaan
tersebut .

1.2 Hitungkan peratus ralat dan peratus ketepatan meter volt bagi rajah
1.6 di bawah sekiranya bacaan pada meter volt adalah 2.9 V.

5Ω
5V
10Ω 5Ω

Rajah 1.6

1.3 Hitungkan peratus ralat maksima bagi jumlah tiga perintang dalam litar
bagi rajah 1.7 di bawah.

R1= 20Ω ± 5%

E
R2= 450Ω ± 10%

R3 = 150Ω ± 5%
Rajah 1.7

1.4 Dimensi gegelung satu voltmeter GBMK adalah 4cm X 2.5 cm.
Bilangan lilitan adalah 80 dan ketumpatan fluks dalam sela
udaranya adalah 150mwb/m2. Rintangan meter adalah 15KΩ .
Kirakan daya kilas pesongan yang dihasilkan oleh meter apabila
voltan 300 V dibekalkan.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 14

MAKLUM BALAS 1a

1.1 Rujuk input 1.2

1.2 Rujuk input 1.2.2

1.3 % Ralat maksima bagi jumlah perintang = 10.99%


= 11%
1.4 % Ralat = 20%
% Ketepatan = 80%

MAKLUM BALAS 1b

1.1 Magnitud ralat penghad = ± 3 A


% Ralat : i. 30% ii. 20% iii. 10%

1.2 % Ralat = 3.33%


% Ketepatan = 96.67%

1.3 % Ralat maksima = 620 Ω ± 8.63 %

1.4 Td = 2.4 X 10-4 Nm

SEMOGA BERJAYA
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 15

PENILAIAN
KENDIRI

SELAMAT MENCUBA

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam


penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang
disediakan.

1.1 Kirakan peratus ralat dan peratus ketepatan meter jika meter
ampiar di Rajah 1.8 memberi bacaan 1.9 A manakala voltmeter
di Rajah 1.9 menunjukkan bacaan 2.9 V.

4Ω

20V A
6Ω

Rajah 1.8

6Ω

10 V 4Ω V

Rajah 1.9

1.2 Sebuah meter GBMK dengan ketumpatan fluks dicelahan udara


UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 16

0.7T dan rintangan meter adalah 15kΩ serta diberi bekalan 15V.
Dimensi bagi pengalir ialah 1.25 cm X 2 cm. Tentukan bilangan
lilitan pengalir bila daya kilas yang dihasilkan ialah 57µ Nm.

1.3 Sebuah meter ampiar digunakan untuk mengukur arus di cabang A


pada rajah 1.3 di atas. Didapati ianya memberi bacaan 0.75A.
Kirakan peratus ralat dan peratus ketepatan meter tersebut.

10Ω
20 V A
5Ω
5Ω

Rajah 1.10

1.4 Dalam satu ujikaji, didapati arus I1 = 10 A ± 0.1% dan I2 = 20A


± 1%. Kirakan peratus ralat maksima bagi jumlah kedua-dua
arus tersebut.
UKURAN DAN RALAT E 3042 / UNIT 1/ 17

MAKLUM BALAS PENILAIAN


KENDIRI

1.1 Rajah 1.8 : % Ralat = 5%

% Ketepatan = 95 %

Rajah 1.9 : % Ralat = 27.5 %

% Ketepatan = 72.5 %

1.2 Jumlah lilitan = 326 lilitan

1.3 % Ralat = 6.25 %

% Ketepatan = 93.75 %

1.4 30 A ± 0.7 %