Anda di halaman 1dari 13

PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami fungsi serta
penggunaan penguat kendalian.

Objektif Khusus :
Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menerangkan ciri penguat kendalian secara


terperinci.

Membezakan litar penguat kerbezaan jenis BJT


dan FET.

Melakarkan simbol penguat kendalian.

Menerangkan memahami konsep litar-litar


differential amplifier.
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 2

INPUT

7.0 Pengenalan

Penguat kendalian ialah litar(Operational amplifier – Op – amp)yang mempunyai


amplifier bergandaan tinggi yang menggandakan isyarat. Ia terdiri daripada
komponen seperti perintang dan transistor yang digabungkan di atas satu cip
silikon yang sama. Ia dapat berkendali antara 0 – 1Mhz. Selain itu juga, ia dapat
menggandakan isyarat dari 0 ke 1 Mhz.

Mempunyai dua punca masukan iaitu masukan alikan dan masukan bukan alikan.
Tetapi mempunyai satu punca keluaran. Terdiri daripada gandingan terus penguat
kerbedaan(Differential Amplifier-DA) yang berbagai peringkat. Litar elektronik
yang lengkap mengandungi transistor, diod, perintang, kapasitor dan komponen
yang lain dibuat di atas silikon chip. Keluasannya ialah 5 mm2 dan ketebalan
pula kurang dari 0.5 mm dan dilindungi oleh plastik lace.

Ciri-ciri sambutan dikawal secara luaran oleh suapbalik negatif daripada output ke
input. Digunakan dengan meluas untuk melaksanakan berbagai fungsi linear,
mencampur, mengkamil dan mengkerbeda. Digunakan sebagai penguat,
pengayun, penapis, penjana gelombang, pembanding, pengatur voltan dan
Penguat kerbedaan.

7.1 Binaan dan prinsip asas

Umumnya mempunyai dua terminal masukan dan satu keluaran seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 7.1 dan rajah 7.2 merupakan konfigurasi IC penguat
kendalian.
+ Vcc

Masukan alikan +
keluaran
Masukan bukan alikan -

- Vcc

Rajah 7.1 : Simbol Penguat kendalian


PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 3

1 8

2 - 7

3 + 6

4 5

Rajah 7.2 : Konfigurasi IC

Pin:
1 – Off null
2 – Masukan alikan
3 – Masukan bukan alikan
4 – Vcc (negatif)
5 – Offset Null
6 – Voltan keluaran
7 – Vcc (positif)
8 - N/C (non connected)

7.1.1 Jenis Penguat Kendalian dan kegunaannya.

a. Kegunaan Umum

- Mempunyai bidang ruang dari 0Hz – 1Mhz


- Contoh: 709, 101, 741, 301

b. Kegunaan DC dan prestasi rendah

- Mempunyai galangan masukan yang sangat tinggi


- Voltan offset masukan rendah
- Contoh: H0052, 108

c. Kegunaan AC dan prestasi tinggi

- Mempunyai bidang ruang yang lebar


- Contoh: H0063

d. Untuk kuasa dan voltan tinggi

- Menggunakan satu talian bekalan kuasa dan boleh memacu beban


secara terus.
- Contoh: H0004, H0021, M124
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 4

e. Boleh diprogram

- Penguat kendalian khas yang boleh diprogram


- Contoh: 4250

7.1.2 Kegunaan / Aplikasi Penguat Kendalian

a) Sebagai litar senilai matematik dalam mempunyai analog/kalkulator


- Pencampur, pendarab, pembahagi, pengkamil dan pengkerbedaan.

b) Penjana gelombang
- Diguna dalam Wein Bridge Oscillator bagi menjana gelombang
sain.
- Mengguna litar-litar pengkamil dan pengkerbedaan untuk
menghasilkan gelombang berbentuk segiempat dan segitiga.

c) Penapis aktif RC
- Menapis isyarat iaitu membenarkan isyarat pada frekeunsi tertentu
saja melaluinya.

d) Penganda kepada isyarat-isyarat


- Menguatkan isyarat audio/video/radio frekeunsi
- Menguatkan isyarat digit yang dihantar melalui jarak jauh.

e) Penguat kendalian IC 741 dianggapkan sebagai piawaian industri bagi


penguat kendalian.

7.2 Membincangkan litar penguat kerbezaan jenis BJT dan FET

7.2.1 Litar penguat kerbezaan.

- Memberikan galangan tinggi terhadap isyarat masukan yang


dikenakan dibahagian masukan. Re berfungsi untuk menyediakan
galangan tinggi (Re = ideal)

- Untuk masukan yang sama, penguat memberi gandaan yang terlalu


kecil = 0.

- Untuk masukan yang berbeza, penguat memberi gandaan yang tinggi.

- Keluaran yang dihasilkan adalah perbezaan antara dua masukan.

Differential amplifier jenis BJT


PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 5

Rajah 7.3 merupakan litar skimatik bagi binaan Bipolar Junction Transistor.

+ Vcc

Rc 1 Rc 2

Vo

Vin 1 Vin 2

Rs

-Vcc

Rajah 7.3 : Rajah Bipolar Junction Transistor (BJT)


Differential Ampilifier jenis FET

+ Vdd

Rd 1 Rd 2

Vo

Vin 1 Vin 2

Rs

-Vdd

Rajah 7.4 : Rajah FET

7.2.2 Perbandingan antara FET dengan BJT

Bentuk fizikal tidak banyak perbezaan yang ketara diantara kedua-dua jenis
transistor ini. Tanpa merujuk kepada nombor pengenalan dan buku manual
agak sukar untuk membezakanya, kedua-duanya mempunyai tiga kaki.
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 6

Dari segi penggunaannya di dalam litar elektronik, FET juga boleh bertugas
sebagai amplifier. Cara sambungan dan pendawaiannya juga tidak banyak
bezanya. Disambungkan dengan tata rajah punca-sepunya, dimana litar
pintu-punca menjadi terminal masukan dan litar parit-punca(drain-source)
menjadi terminal keluaran.

Namun begitu, dari segi prinsip dan ciri, perbezaan di antara FET dan BJT
tetap ada, antaranya ialah :

 FET tata rajah punca-sepunya mempunyai kerintangan masukan


yang sangat tinggi, lebih kurang 100 MΩ .

 FET ialah alat terkawal voltan manakala BJT ialah terkawal arus.

 FET melibatkan satu jenis pembawa arus majoriti sahaja manakala


BJT melibatkan kedua-dua jenis pembawa arus.

 FET mempunyai kadar kebisingan dalaman yang rendah dari


transistor biasa. Oleh itu ia kerap digunakan dalam amplifier hi-fi
dan ala terima radio FM.
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 7

AKTIVITI

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input yang selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

7.1 Apakah itu penguat kendalian ?

7.2 Lukiskan simbol penguat kendalian.


PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 8

AKTIVITI

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input yang selanjutnya.


Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

7.1 Nyatakan fungsi setiap pin penguat kendalian

7.2 Nyatakan ciri-ciri asas sebuah penguat kendalian


PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 9

MAKLUM BALAS 7a

7.1 Penguat kendalian ialah litar intregrasi yang mempunyai amplifier bergandaan
tinggi yang menggandakan isyarat.

7.2
Vcc (+)

Masukan Alikan 2
7
6 Keluaran
Masukan bukan alikan 3
4

Vcc (-)
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 10

MAKLUM BALAS 7b

7.1

1. Offset Null
2. Masukan Alikan
3. Masukan bukan alikan
4. Vcc (-)
5. Offset Null
6. Keluaran (out put)
7. Vcc (+)
8. Non. Connected.

7.2
a. mempunyai 2 punca masukan dan satu keluaran
b. Keluasan 5mm2
c. Tebal 0.5mm
d. Mempunyai litar elektronik lengkap.
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 11

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam soalan kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

7.1 Nyatakan ciri-ciri penguat kendalian untuk kegunaan DC dan AC.

7.2 Senaraikan 3 kegunaan penguat kendalian dan huraikan.

7.3 Nyatakan perbezaan antara FET dan BJT dari segi prinsip dan cirinya.

MACAM MANA NAK SELESAI ?


PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 12

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI

7.1 Untuk kegunaan DC :

 Mempunyai galangan masukan yang sangat tinggi


 Voltan offset masukan yang sangat rendah.
 Cth. H 0052

Untuk kegunaan AC

 Mempunyai bidang yang sangat luas.


 Cth. H 0063

7.2 a) Penjana gelombang

 Digunakan dalam wein bridge Oscillator bagi menjana gelombang


sain.
 Mengunakan litar-litar pengkamil dan pengkerbeda untuk
menghasilkan gelombang berbentuk segi empat dan segi tiga.

a) Penapis aktif RC

 Iaitu membenarkan isyarat pada frekuensi tertentu sahaja


melaluinya.

b) Pengganda kepada isyarat-isyarat.

 Menguatkan isyarat frekuensi radio/video/ audio.


 Menguatkan isyarat digit yang dihantar melalui jarak jauh.

7.3 Dari segi prinsip dan cirinya, perbezaan di antara FET dan BJT tetap
ada, antaranya ialah :

o FET tata rajah punca-sepunya(common-source) mempunyai kerintangan


masukan yang sangat tinggi, lebih kurang 100 MΩ .
PENGUAT KENDALIAN E3042/UNIT 7/ 13

o FET ialah alat terkawal voltan, BJT terkawal arus

o FET melibatkan satu jenis pembawa arus majoriti sahaja.BJT melibatkan


kedua-dua jenis pembawa arus.

o FET mempunyai kadar kebisingan dalaman yang rendah dari


transistor biasa. Oleh itu ia kerap digunakan dalam amplifier
hi-fi dan alaterima radio FM.