Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Gejala buli boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut,
menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang
berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap
yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa,
kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah dan institusi
pengajian tinggi awam. Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini,
bak kata pepatah Melayu Jika tidak kerana angin, masakan pokok bergoyang.
Faktor kegagalan ibu bapa melaksanakan tanggungjawab terhadap anak merupakan akar
tunjang kepada berlaku gejala negatif seperti ini. Pada era moden ini, ibu bapa hanya
mementingkan profesion dan kerjaya mereka yang bermotifkan hanya untuk mencari
pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini
menyebabkan ,seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan belaian kasih sayang
daripada ibu bapa mereka. Anak juga sebenarnya tidak mengetahui perkara yang dilakukan
oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada bimbingan
daripada ibu bapa, akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Tambahan pula belaian kasih
sayang yang tidak cukup yang diterima daripada ibu bapa juga melahirkan anak yang
bersikap agresif dan tidak berperikemanusiaan sehingga mereka sanggup melakukan perkara
yang tidak sepatutnya terhadap orang lain tanpa mempunyai rasa belas kasihan.
Selain itu, kekurangan pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga
mendorong berlakunya gejala buli ini. Pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil
peduli tentang hal ehwal peajar serta kelonggaran kawalan disiplin memberi peluang
keemasan kepada para pelajar untuk mengambil kesempatan melakukan gejala sosial seperti
gejala buli. Kelonggaran kawalan disiplin juga menyebabkan pelajar terutamanya pelajar
lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa-apa
saja perkara secara bebas tanpa rasa takut.
Kekurangan penghayatan nilai nilai moral dan agama juga menyebabkan para remaja
terlibat dalam gejala negatif seperti buli ini. Hal Ini disebabkan,seseorang pelajar yang
mempunyai nilai moral dan agama yang tinggi tidak mudah terpengaruh untuk melibatkan
diri dalam gejala yang negatif. Tambahan pula,kekurangan penghayatan nilai moral dan
agama juga membentuk remaja yang kurang berakhlak dan tidak mempunyai tahap kesedaran
yang tinggi betapa pentingnya nilai moral dan agama dalam kehidupan.
Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.. Terdapat banyak langkah yang
efektif boleh dijalankan bagi membendung gejala ini. Antaranya ialah ibu bapa perlu
memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa
haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan atau
tindak tanduk ibu bapa sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berkelakuan baik
di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan
sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintik, seperti ketam mengajar anaknya
berjalan lurus, sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan lagi, di samping mengejar
kesenangan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga seharus sentiasa mengambil
perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih
sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu
bapa juga harus memupuk peribadi anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli yang berlaku atau
menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk membuat laporan kepada pihak
sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi
kesejahteraan semua. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada
pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan bukan
sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak
dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah
boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes buli dan juga ibu bapanya
untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mencari jalan
keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut
agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar
yang lain. Disiplin dan peraturan sekolah juga perlu diketatkan dan ditekankan kepada para
pelajar supaya para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak membuat kesalahan
seperti penglibatan dalam gejala buli.
Seterusnya, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan aktif dalam membendung gejala
ini. Kementerian Pendidikan dan juga pihak sekolah harus mengambil berat isu kes buli ini.
Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya perlu diperkasakan. Melalui pendidikan
ini,para pelajar mulai sedar akan baik buruk buli serta menjauhi gejala yang negatif itu.
Kerajaan juga perlu bergabung dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen
kesedaran dan ceramah kesedaran tentang gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat
mempelajari kesan sampingan yang diperoleh daripada melakukan gejala membuli dan
berupaya untuk tidak melakukan perbuatan ini terhadap orang lain. Contohya, kempen ANTI
BULI yang dijalankan di pekan Marang telah mendapat sambutan mengalakkan dan lebih
kurang 70% kes buli dapat dikurangkan di sekitar kawasan tersebut setelah kempen tersebut
dijalankan.
Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan
satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja.
Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai anganangan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang
penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal itu, semua pihak haruslah sehilir
semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha
yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
PENDERAAN KANAK-KANAK
Anak-anak merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.
Senyuman, tawa dan tangisan mereka mewarnai lagi bumi Tuhan ini. Kelahiran cahaya mata
sebersih kain putih ini menandakan bermulanya tanggungjawab ibu bapa untuk membina watak,
mengasah minda, mencetus akal dan membina pakai perlindungan kanak-kanak. Namun sejak
akhir-akhir ini kita sering mendengar pelbagai kes penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini
yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan media-media
massa.
Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental.
Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti
luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala
penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh
penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses
pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana
ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.
Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia
(JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun
sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada
2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati
kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian.
Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanak-kanak, statistik turut mendedahkan 863 kes
penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang
ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang
dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008 sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka
sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa.
Pada bulan Mac 2010 kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga
tahun yang menjadi mangsa penderaan teman lelaki kepada ibu kandung sendiri. Allahyarham
adik Syafia Humairah Sahari telah didera dengan kejam sehingga mengalami kecederaan
dalaman yang kritikal sehingga menyebabkan kematian. Pendera tersebut telah didapati
bersalah
dan
telah
di
jatuhi
hukuman
mati
oleh
mahkamah.
Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah,
tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. Masalah dan
tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut
kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang stika
merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang
melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu
tindakan yang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan
memukul menerajang, mencucuk putung rokok dan sebagainya.
Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi
yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak
ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi
ini. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak
tersebut. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan
sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.
Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah
tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. Aspek ekonomi memang penting untuk
mewujudkan keluarga yang sempurna. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung
sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan.
Selain itu, krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan
mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan
ini. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap
keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering
berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.
Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu
bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak
memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana
ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang
berlaku pasti ada penyelesaiannya. Islam juga menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi
oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah
anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa
yang tidak menjaga amanahnya (anak-anak) dengan baik.
Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. Antara cara untuk
mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu
bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang
bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti
tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi,
dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes
penderaan anak-anak. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang.
Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti
mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanakkanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan penderapendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang
tidak berperikemanusiaan. Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat
kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka.
Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi
memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah
tangga. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan
tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka akan lebih jelas
tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri
dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. Kerjasama
daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Ibu bapa
janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam
diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan dengan cara mendera atau menghukum
mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan
masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. Jadi, sayangilah anak-anak
dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.
Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai
cendawan tumbuh selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada
setiap saat.Isu kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat
perhatian media massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara
mendadak sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan
berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita?
Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tudak
tidak sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di destinasi.Pemandu
juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan memperlambat pergerakan
mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat terutamanya penunggang
motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan Pandu Laju Maut Menanti dan ketidaksabaran
mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga pemandu motosikal atau lebih dikenali sebagai
mat rempit yang sering melumba motosikal secara haram di jalan raya.Mereka bukan sahaja
mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.Oleh
itu,pemandu yang bersikap agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk memandu di jalan raya.
Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama
kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial semasa
memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu
oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa bahawa mereka
sedang memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon bimbit semasa memandu
adalah salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan diri daripada
menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau
letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan
atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan keadaan
mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut nyawa
pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi
mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan
akan melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang
mabuk dan letih perlu mengelakkan diri daripada memandu.
Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan kemalangan
jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan kecekapan brek
kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang berselekoh tajam juga
amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat kenderaan yang datang dan
mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-lubang yang boleh menyebabkan
tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang akan melanggar kenderaan yang
tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan raya yang dibina di cerun bukit yang curam juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah runtuh yang berlaku di sepanjang jalan
Tanah Tinggi Cameron telah memusnahkan banyak kenderaan dan meragut nyawa ramai orang di
dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya berhati-hati semasa memandu di jalan raya tidak sempurna.
Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini
disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan tinggi akan
berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang tidak
sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak di depan.Terdapat
juga kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan tersebut tidak dapat
berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca kemalangan jalan raya.Sebagai
contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu bertolak dari rumah tetapi
kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan raya.Keadaan akan mengakibatkan
kemalangan yang ngeri di tengah jalan.
Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam
ungkapan Biar lambat asalkan selamat.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan
yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan untuk
memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.Selain itu,polis trafik juga harus
mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya
sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian,semua pihak harus berganding bahu agar
mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara kita.