Anda di halaman 1dari 3

ETAN TUITION CENTRE

NAMA: ________________________

TARIKH: __________________

Gejala gengsterisme semakin menjadi-jadi pada masa ini. Keadaan ini amat membimbangkan
masyarakat keseluruhannya. Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membendung
gejala ini daripada terus menular.

Sejak kebelakangan ini, gejala gangsterisme semakin menjadi-jadi di negara kita. Perkara ini tidak akan
ada penamatnya jika tidak dipandang berat oleh semua pihak. Gejala ini dapat dilihat dengan jelas apabila
berlakunya peningkatan mengenai kes ini dalam dada-dada akhbar dan perkara sebegini telah
membimbangkan masyarakat kita. Tegasnya, pelbagai langkah yang proaktif dan konkrit sewajarnya diambil
bagi menangani masalah ini.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan masalah ini ialah ibu bapa mestilah memantau dan
mengambil berat dengan setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini
ibu bapa lebih banyak mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu bersama-sama anakanak di rumah bak kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Lantaran itu, anakanak akan mudah untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan
perhatian kepada anak-anak, selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.
Selain itu, setiap individu mestilah pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana remaja pada masa
ini lebih banyak membazirkan waktu mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya hanya untuk menginginkan
kebebasan. Implikasinya, remaja-remaja akan terjerumus dalam melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tamsilnya,
mereka akan mengikut kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Jika perkara sebegini masih berleluasa
maka kes-kes seperti ini tidak akan berkurangan.
Di samping itu, pihak kaunselor sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini
dengan cara mengadakan program yang berkaitan dengan masalah pelajar di sekolah. Hal ini disebabkan
kerana remaja sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah
berbanding menyertai program yang memberi keinsafan dan pengajaran. Dengan ini, pelajar yang bermasalah
akan berminat untuk menyertai program yang diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor mestilah dapat
menarik minat pelajar-pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan memberi nasihat kepada pelajar itu. Dengan
adanya cara sebegini, remaja-remaja akan berubah dan insaf jika mengikuti program tersebut.
Konklusinya, kita seharusnya mengambil langkah-langkah di atas bagi mengurangkan berlakunya gejala
gangsterisme ini. Oleh itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh
remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah. Jelaslah bahawa peranan
dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata
peribahasa tepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Pendahuluan Karangan Fakta Umum


Contoh 1
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Isu _____________________semakin kerap
dipaparkan melalui media massa. Hal ini menggambarkan bahawa masyarakat pada hari ini peka terhadap isu
semasa. Lantas mereka cuba mengenal pasti punca permasalahan serta mencari jalan penyelesaiannya. Hal
ini bermakna masyarakat tidak akan membiarkan ______________________________ menjadi barah yang
memusnahkan kehidupan. Justeru, apakah punca-punca yang menyebabkan
_______________________________berlaku?

Contoh 2
Pada zaman ini, apabila memperkatakan isu _____________________________ isu tersebut sering
kita dengar dan baca daripada media massa. _____________________________ sering berkaitan dengan
masyarakat di negara kita. Oleh sebab itu, langkah-langkah/cara-cara mengatasinya harus dilaksanakan @
Oleh sebab itu, faktor-faktor yang menyebabkannya perlu diteliti.

Contoh 3
Isu ___________________________ sering diperkatakan oleh semua pihak. Perkara ini perlu diberikan
perhatian. Semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah _______________________ Sekiranya
semua pihak bekerjasama, hal ini dapat diatasi untuk kesejahteraan dan kebaikan semua, bak kata pepatah
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Contoh 4
Sejak belakangan ini, kita sering kali mendengar atau membaca berita tentang __________________
melalui dada-dada akhbar serta media elektronik. Isu ini hangat dan sering dibincangkan dalam kalangan
masyarakat dan juga pada peringkat global. Pelbagai pihak telah mengambil ____________________ yang
semakin serius ini. Peribahasa Sediakan paying sebelum hujan wajar dijadikan pedoman individu dalam
mengatasi masalah ini.

Contoh 5
Dalam menempuhi era modenisasi yang semakin mencabar ini, pelbagai isu telah timbul dan fenomena
ini amat meresahkan pelbagai pihak. Isu _____________________ telah menjadi perbualan dalam kalangan
masayarakat. Berbagai-bagai inisiatif telah diambil namun segala usaha ini bagai hujan jatuh ke pasir. Sikap
tegar masyarakat menyebabkan masalah ini bukan sahaja semakin sukar untuk diatasi, malah kian parah.
Situasi sedemikian boleh berlaku kerana tindakan sesetengah pihak yang bersikap bagai enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing. Malah diburukkan lagi dengan pihak yang bersikap melepaskan batuk di
tangga. Di bawah akan dijelaskan lagi tentang ___________________________ .

Kesimpulan Karangan Fakta Umum


Contoh 1:
Oleh hal yang demikian, __________________ perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan
kerjasama anggota masyarakat. Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran
tentang keburukan dan kesan __________________ kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika
masalah _________ tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran Negara. Jadi,
sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi
lebih serius. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas
daripada ______________.

Contoh 2:
Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan
kuku dalam usaha ___________________________ kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat
kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek
pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan
kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat
sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

Contoh 3:
Intihanya, potongan kata Tun Mahathir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa
rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga
sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku
dalam usaha memerangi _________________ yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan.
Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi
menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya
harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin,
hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang
lain mampu digamit dan direalisasi.

Contoh 4:
Konklusinya, kita seharusnya mengambil langkah-langkah di atas bagi mengurangkan berlakunya
___________________ ini. Oleh itu, masyarakat juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan
oleh remaja. Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala _________________ dapat diatasi dengan mudah.
Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi mengurangkan berlakunya
gejala _________________ bak kata peribahasa tepuk sebelah tangan tidak berbunyi.

Anda mungkin juga menyukai