Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN

Zaman Jahiliah bermula kira-kira 300 tahun dahulu sebelum kerasulan Nabi

Muhammad S.A.W. Pensejarahan orang Arab pada ketika itu iaitu pada zaman Arab

Jahiliah tidak mempunyai penulisan. Mereka hanya menggunakan cara lisan seperti

syair, puisi dan bercerita, namun itu hanya sebagai hiburan. Terdapat dua sumber

yang mereka ada iaitu al-ayyam dan al-ansab. 1 Asas pensejarahan pada mulanya

hanyalah bergantung pada dua sumber, iaitu sumber pertama pada zaman Jahiliah

yakni catatan Jahiliah dan sumber kedua yakni selepas kedatangan Islam.

Pensejarahan zaman Jahiliah ini telah berubah selepas kedatangan Islam.

Perkembangan sejarah dalam kalangan kaum muslimin seiring dengan

perkembangan ilmu-ilmu keagamaan. Ilmu pengetahuan keagamaan yang pertama

kali berkembang adalah ilmu hadis. Perkembangan ilmu hadis inilah yang menjadi

panduan kepada bakal penulisan sejarah. Dari penulisan hadis-hadis Nabi itu para

sejarawan memperluas kaedah penyelidikan sehingga membentuk satu tema

sejarah tersendiri.

Salah satu aliran penulisan sejarah yang muncul di Madinah yang kemudian

disebut dengan aliran Madinah, iaitu aliran sejarah ilmiah yang mendalam, yang

banyak memperhatikan al-maghazi dan al-sirah al- Nabawiyah yang berjalan diatas

metodologi kajian ilmu hadis yang sangat memperhatikan sanad. Manakala aliran

yang terakhir muncul pula ialah aliran Iraq. Aliran ini banyak menonjolkan penulisan

mereka kepada peristiwa-peritstiwa semasa seperti futuhat Islamiyyah, pergolakan

dan pertempuran yang berlaku, sejarah pemerintahan khulafa dan hal ehwal

golongan dan mazhab tertentu.

1 Muhammad Yusuf Ibrahim dan Mahyudin Haji Yahya. Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohan dan Karya. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Hlm 110.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Makalah ini akan mengulas tentang tokoh-tokoh yang menulis sejarah yang

beraliran Madinah seperti Urwah bin Zubaiyr, Al-Zuhri dan juga sehinggalah kepada

aliran Iraq iaitu Ibnu Ishaq dan Ibnu At-Tabari. Makalah ini juga akan meneliti latar

belakang, kaedah penyelidikan dan juga sumbangan karya-karya penulisan mereka.

2.0 TOKOH SEJARAWAN ALIRAN MADINAH

Jasa tokoh pertama dalam bidang penulisan sejarah dalam Islam, pada

dasarnya, terletak pada riwayat-riwayatnya yang masih merupakan titik permulaan

kajian sejarah dalam Islam.

2.1 Urwah ibn Zubayr ibn al-Awwam

Urwah bin Az-Zubair adalah seorang tabiin yang mulia, satu dari Al-Fuqaha

As-Sabah (tujuh tokoh fuqaha /ulama) yang masyhur dalam sejarah. Beliau dikenali

sebagai ahli sejarah, ulama fiqh dan hadis. Urwah adalah seorang tokoh dari suku

Quraisy. Ayahnya bernama al-Zubayr ibn al- Awwam dan ibunya bernama Asma

bint Abi Bakr. Khadijah binti Khuwaylid isteri nabi Muhammad S.A.W, adalah datuk

perempuannya. Ia bersaudara dengan Abdullah ibn al-Zubayr. Dan isterinya, Umm

Yahya adalah puteri bungsu dari al-Hakam ibn Abi al- Ash, tokoh termashyur dalam

bangsa Quraisy pada masanya. Urwah sangat bangga dengan jurai keturunannya,

baik dari ayahnya mahupun ibunya. Sirah keturunan itu mempunyai pengaruh

terhadap pembawaan dirinya serta hubungannya dengan riwayat-riwayat yang

dihasilkannya.

Beliau dilahirkan pada 22/642 atau 23/643 atau 26/646 atau 29/649, tetapi

kebanyakan riwayat mengatakan bahawa pada masa Perang Jamal (36/657) usia

Urwah ialah tiga belas tahun. Ini bermakna bahawa beliau lahir pada tahun 23/643.

Begitu juga tentang tarikh kewafatannya yang tidak begitu jelas dan sumber-sumber

Copyright @ 2016 Rd Davidson


menganggarkan di sekitar tahun-tahun 91/708-99/717, tetapi menurut riwayat-

riwayat yang terawal, termasuk al-Tabari menganggarkan tarikh wafat Urwah pada

tahun 94/712.2 Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Kota Madinah dan mendapat

pendidikan awal di tempat yang sama.

Urwah dilahirkan dan dibesarkan, serta mendapat pendidikan di Madinah.

Setelah itu, beliau tinggal di Mesir selama 7 tahun antara tahun 58 dan tahun 65 H,

dan berkahwin di sana. Beliau seringkali berulang alik mengunjungi Damsyik. Beliau

sangat beraspirasi berbeza dengan ayah dan dua orang saudaranya, Abdullah dan

Mushab. Dalam hal ini beliau telah berkata, saya ingin bersikap zuhud terhadap

dunia, agar memperoleh syurga di akhirat. Saya juga ingin menjadi ulama tempat

orang menimba ilmu.3 Perkara ini dapat dilihat dalam kehidupannya. Urwah

menghabiskan seluruh hidupnya untuk belajar dan mengajar. Beliau telah

meriwayatkan hadis dan ilmu dari ilmuan-ilmuan besar Madinah. Dia adalah salah

seorang dari tujuh pakar fiqih di Madinah pada masanya dan salah seorang yang

paling menonjol dalam bidang hadis. 4

Antara usahanya yang paling besar ialah mengumpulkan hadis-hadis

daripada tokoh-tokoh islam yang terkemuka di Madinah yang terdiri daripada para

sahabat Nabi antaranya termasuklah Sayidatina Aishah, Usamah bin Zayd,

Abdullah bin Amru bin al-As, Abu Hurairah dan Abdullah bin Abbas.

2 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988. Hlm. 112.

3 Badri Yatim. Historiografi Islam. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.1997. Hlm. 60

4 Ibid. Hlm. 62

Copyright @ 2016 Rd Davidson


2.1.1 KAEDAH PENYELIDIKAN

Sebelum menulis sejarah Urwah telah terdorong untuk mengkaji dan

menyelidik sejarah adalah daripada Al-Quran itu sendiri. Antaranya ialah Surah

Yusuf ayat 2 dan 3.

(2)

Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Qur'an dengan

berbahasa Arab, agar kamu memahaminya. ( 2)

(3)

Kami menceriterakan kepadamu kisah yang paling baik dengan

mewahyukan Al Qur'an ini kepadamu, dan sesungguhnya kamu

sebelum (Kami mewahyukan) nya adalah termasuk orang- orang

yang belum mengetahui.( 3)

(Surah Yusuf: ayat 2-3)5

Mengikut para ulama menyatakan bahawa sejarah itu merupakan sebahagian

daripada perancangan Allah untuk mengawal dan mentadbir manusia sebagaimana

yang diterangkan dalam Al-Quran. Namun ada sesetengah yang berpendapat


5 Terjemahan Al-Quran. Dicapai pada 9 November 2015. Jam 5.00 Petang daripada http://quran.al-
shia.org/id/tarjoome/012.htm.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


bahawa kisah Al-quran itu hanya terbatas kepada nabi-nabi dan umat sebelum nabi

Muhammad sahaja, tetapi menurut kesemua mahzab kisah-kisah dalam Al-Quran itu

tidak berakhir di zaman Nabi Muhammad sebaliknya berterusan sehingga hari

kiamat.

Motif penulisan Urwah juga adalah disebabkan oleh hadis Baginda yang pernah

bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud:

Wahai umatku sekalian, usahlah kamu abaikan aspek-aspek

kronologi (dalam penulisan sejarah) kerana dengan kronologi akan

kamu mengetahui tentang kebenaran sejarah sama ada lama atau

baru.6

Berdasarkan hadis di atas menunjukkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W sendiri

pernah bersabda dan berminat dalam pengkajian sejarah. Oleh sebab itulah Franz

Rosenthal dalam bukunya menganggap Baginda sebagai pengasas pensejarahan

islam dengan berkata:

it remains, however a fact that the Prophet Himself planted the

seeds from which a wider interest in history was arise. 7

Urwah adalah periwayat hadis yang terkenal dan boleh dipercayai atau

mempunyai thiqah dalam penulisan hadis. Di dalam penulisan sejarahnya beliau

telah terpengaruh dengan pendekatan ulama hadis. Antara ciri-ciri terpenting dalam

penulisan hadis ialah penggunaan isnad (tunggal sanad) iaitu rantaian perawi. Isnad

6 Mudabbir, Ibn al-. al-Risalah al-Adhrafi Rasail al-Bulaghara. Muhammad Kurd Ali (peny.).
Kaherah. 1913. Hlm 183.

7 RosenthaL. Franz. A History of Muslim Historiography. Leidin: E. J. Brill. 1968. Hlm 30.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


merupakan rangkaian pembawa-pembawa hadis. Setelah itu diriwayatkan pula oleh

periwayat hadis, periwayat hadis mestilah seorang yang berakal dan mempunyai

ingatan yang kuat bagi menentukan sama ada hadis yang diriwayatkan itu benar

atau palsu. Di dalam penulisan hadis juga tidak ada unsur-unsur takwil atau

penggunaan hujah akliah yang berbelit-belit seperti yang dilakukan dalam penulisan

falsafah.8

Selain itu, beliau juga mengutamakan sumber bertulis berbanding sumber

lisan. Antara sumber-sumber bertulis yang diperolehinya ialah surat-surat peribadi

Rasulullah yang dihantar kepada raja Habsyah, raja Mesir, raja Rom dan raja Parsi

yang menyeru mereka memeluk agama islam. Bagi beliau sumber bertulis dianggap

lebih hampir kepada kebenaran berbanding dengan sumber lisan yang lebih banyak

ditokok tambah. Pada masa beliau, hadis telah ditulis cuma penyusunan dan

pembukuan sahaja yang belum dilakukan. Pembukuan hadis mula dilakukan pada

zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz selepas kewafatan Urwah.

Selain hadis, Urwah juga telah menggunakan sumber Al-Quran dalam

penulisan sejarahnya. Al-Quran merupakan sumber bertulis yang utama dalam

penulisan sejarah islam. Al-Quran mula ditulis sejak zaman nabi lagi dan dibukukan

pada zaman Khalifah Uthman. Beliau telah memetik ayat-ayat suci Al-Quran bagi

peristiwa-peristiwa tertentu seperti peristiwa hijrah, perang badar dan sebagainya.

Seterusnya, beliau mentafsirkan beberapa ayat Al-Quran yang berhubung dengan

peristiwa hijrah, termasuklah ayat 10 al-Mumtahinah yang menjelaskan peristiwa

penghijrahan kaum wanita islam dari Mekah ke Madinah selepas Perjanjian

Hudaybiyah.

8 Arbaiyah Mohd Noor. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 2002. hlm. 177.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


2.1.2 SUMBANGAN KARYA URWAH

Urwah merupakan tokoh sejarawan islam yang unggul. Beliau boleh

dianggap sebagai pengasas pensejarahan islam dan bidang kajian beliau tertumpu

kepada sejarah Nabi Muhammad S. A. W. Yang dikenali sebagai al-Maghazi.9

Keahlian beliau dalam bidang sejarah al-Maghazi telah diiktiraf oleh umum

termasuklah oleh kerajaan Bani Umayyah. Karya pensejarahan beliau juga telah

menjadi sumber rujukan bagi sejarawan-sejarawan islam seterusnya dalam menulis

karya. Sebagai contoh, Khalifah Bani Umayyah sering menghubungi beliau untuk

mendapatkan maklumat-maklumat tentang sejarah Nabi Muhammad S. A. W. Selain

itu, At-Tabari juga telah memetik beberapa pendapat dan saranan Urwah mengenai

Rasulullah S. A. W. dan dipaparkan dalam bukunya iaitu Tarikh AL-Rusul Wa Al-

Muluk.

Selain menulis sejarah Rasulullah S. A.W. Urwah juga telah menulis sejarah

mengenai Khulafah Ar-Rasyidin di mana beliau bersetuju dengan tindakan Khalifah

Abu Bakr al-Siddiq iaitu menunaikan amanat yang ditinggalkan oleh Rasulullah.

Beliau juga menulis tentang gerakan al-Riddah secara terperinci, terutamanya

mengenai kaum Bani Hanifah di Yamamah pimpinan Musaylimah al-Kadhdhab.

Karya penulisan Urwah tentang al-Maghazi telah memberikan sumbangan

yang besar kerana karya penulisannya bermula daripada mulanya penurunan wahyu

kepada Nabi Mmuhammad S.A.W, permulaan dakwah, peristiwa Hijrah ke Habsyah,

9 Ibid. Hlm. 113.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


peristiwa Hijrah ke Madinah dan kepada aktiviti-aktiviti dan peristiwa yang berlaku di

Madinah seperti eskpedisi Abdullah Ibn Jahsy, Perang Bbadar, Perang Qainuqa,

Perang Khandaq, Perang Bani Quraizhah, Perjanjian Hudaibiyah, ekspedisi Mutah,

penaklukan kota Makkah, Perang Hunayn, Perang al-Thaif, beberapa surat yang

dikirim Nabi, dan hari-hari terakhir hayat Rasulullah. 10

Gaya tulisan Urwah mudah difahami, hidup dan jauh dari sikap berlebihan

(mubalaghah) atau usaha mempengaruhi pembaca. Ketika memulai suatu riwayat,

beliau biasanya menuliskan tentang latar belakang peristiwa itu dengan mengaitkan

dengan peristiwa-peristiwa sebelumnya atau yang sedang terjadi. Demikianlah,

ketika ia menulis tentang Perang Badar ia menyebutkannya sebagai awal

peperangan antara kaum muslimin dan kaum quraisy, dan ketika ia menulis tentang

hijrah ke Habasyah ia juga menyebutkan perkembangan hubungan antara kaum

muslimin dengan kaum quraisy sejak awal dakwah dilakukan Nabi, dan ketika ia

menuliskan tentang hijrah ke Madinah dia juga menggambarkan dengan hidup

tentang hubungan peristiwa itu dengan peristiwa-peristiwa sebelumnya secara

kronologi dan tidak terputus.11

Beliau telah mencatatkan kesemua peristiwa mengenai kehidupan Nabi Muhammad

dan sirah kenabian Rasulullah mengikut kronologi yang bagus sesuai dengan

Ghazwat. Dalam penulisannya juga telah menetapkan integrity dan kesederhanaan

dalam penulisan riwayat-riwayat nabi dan peristiwa - peristiwa yang telah berlaku.

10 Ibid. Hlm 61.

11 Ibid. Hlm 63.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


2.2 MUHAMMAD IBN MUSLIM IBN UBAIDILLAH IBN SYIHAB AL-ZUHRI

Kebangkitan aliran sejarah di Madinah, menurut Abd al- Aziz al-Duri,

bagaimanapun tidak dapat dielakkan dari Abu Bakr Muhammad ibn Muslim ibn

Ubaydillah ibn Syihab al-Zuhri (dikenali sebagai al-Zuhri), kerana dialah yang

menempatkan sejarah pada landasan yang jelas dan menggambarkan orientasi

pembelajaran sejarah.12

Nama penuh beliau ialah Abu Bakr Muhammad bin Muslim bin Ubaidullah bin

Abdullah bin Shihab al-Zuhri. Beliau adalah salah seorang tokoh ahli sejarah islam

yang terawal dan terkenal juga dalam bidang hadis dan fiqh. Terdapat banyak

catatan mengenai tarikh kelahirannya namun begitu al-Zubayr bin Bakr dan al-

Waqidi menyatakan bahawa usia al-Zuhri ialah tujuh puluh dua tahun. Hal ini

bermakna, tarikh lahir beliau ialah sekitar tahun 51/671 dan tempat lahirnya di kota

Madinah. Manakala, tarikh wafat beliau adalah pada 17 Ramadan 124/742 dan

tempatnya di Adamah iaitu sebuah kawasan di selatan Palestin bersempadan

dengan Hijaz. Namun, Menurut al-Wakidi dan al-Zubayr ibn Bakar, dia wafat dalam

usia 72 tahun. Oleh karena itu diperkirakan dia lahir pada tahun 51 H/671 M. 13

Beliau adalah anak murid Urwah bin al-Zubayr seorang ulama hadis yang

terkenal di Madinah. Beliau merupakan penyambung usaha Urwah dalam

perkembangan tradisi keilmuan islam, terutamanya dalam bidang hadis dan sejarah.
12 Abd al-Aziz al-Duri. Bahs fi Nasyah Ilm al-Tarikh ind al-Arab. Beirut: Dar al-Masyriq.
1986. Hlm. 78-102.

13 Ibid. Hlm 64.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Al-Zuhri telah berguru dengan ulama hadis yang terkenal pada zamannya, mereka

itu termasuklah Urwah bin al-Zubayr, Said bin al- Musayyab, Iban bin Uthman dan

Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah. 14 Mereka ini kesemuanya dianggap orang yang

berpengalaman dan luas ilmu pengetahuan. Al-Zuhri juga terkenal sebagai salah

seorang periwayat hadis yang mempunyai daya ingatan yang tajam.

2.2.1 KAEDAH PENYELIDIKAN

Pendekatan al-Zuhri dalam penulisan sejarah ini adalah pendekatan ilmu

hadis. Perhatiannya adalah terletak pada usahanya untuk mendapatkan riwayat

hadis, termasuk di dalamnya riwayat sejarah. Dia berpendapat bahwa mempelajari

dan mengajarkan ilmu merupakan kepentingan sosial dan agama, selain merupakan

perbuatan taqwa.15 Dalam sejarah al-Maghazi misalnya beliau telah melakukan

penyelidikan yang lebih teliti dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan

maklumat-maklumat mengenai sejarah Rasulullah dan para sahabatnya serta

membuat perbandingan. Andainya beliau kurang pasti atau meragui akan kesahihan

sesuatu fakta, maka beliau akan bertanya atau menemubual beberapa orang yang

difikirkan layak dan tahu mengenai perkara yang hendak diketahuinya. Al-Dhahabi

menyatakan bahawa al-Zuhri sering menghadiri majlis-majlis ilmu untuk meluaskan

lagi ilmu pengetahuannya serta mengemukakan pelbagai pertanyaan tanpa segan

silu. Namun begitu, beliau lebih banyak menggunakan sumber bertulis daripada

sumber lisan.

14 Ibid. hlm. 121.

15 Mahayudin Hj Yahaya. Pengertian Sejarah dan Permasalahannya. Kuala Lumpur:


Penerbitan Sarjana. 1984. Hlm 65-67.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Selain itu, al-Zuhri juga mematuhi konsep kesinambungan yang menjadi teras

dalam disiplin sejarah. Beliau juga mendekati sistem kronologi walaupun tidak begitu

sistematik seperti yang dilakukan oleh al-Tabari selepasnya. Al-Zuhri menggunakan

kronologi hanya bagi peristiwa-peristiwa penting sahaja seperti peristiwa hijrah,

perang badar dan uhud, penaklukan Kota Mekah dan peristiwa kewafatan

Rasulullah.16 Bentuk penulisan sejarah yang bersifat kronologi ini telah diperluaskan

oleh ahli-ahli sejarah selepasnya.

Seterusnya, al-Zuhri juga telah menggunakan sistem isnad yang telah

digunakan oleh ulama hadis termasuklah Urwah sendiri. Tetapi keistimewaan al-

Zuhri ialah beliau tidak hanya mengumpulkan isnad secara individu bagi peristiwa-

peristiwa yang penting sahaja tetapi secara kolektif tidak kira sama ada peristiwa itu

penting atau kurang penting. Tujuannya ialah untuk membuat perbandingan bagi

menentukan ketulenan peristiwa dan kebenarannya. Hal ini diperkuatkan lagi

dengan hujah-hujah yang didasarkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kajian sejarah al-Zuhri tidak terbatas pada al-maghazi, tetapi juga meliputi al-

ansab (nasab, garis keturunan). Beliau juga menulis tentang nasab Mudhar, tetapi

tidak sampai selesai. Beliau juga menulis tentang peristiwa-peristiwa pada masa al-

Khulafa al-Rasyidun, seperti pemilihan Abu Bakr sebagai khalifah, kebijaksanaan

politik Umar ibn al-Khattab, kekhalifahan Uthman ibn Affan, pengumpulan dan

penulisan al-Quran, kritikan-kritikan terhadap Uthman, pengaruh buruk dari Marwan

ibn al-Hakam, akhir masa kekhalifahan Uthman, pemilihan Ali ibn Abi Thalib

sebagai khalifah, peristiwa perang Jamal, perang Shiffin antara Ali dan Muawiyyah,

tahkim (arbitrase), kekuasaan Muawiyah, hubungan Hasan ibn Ali dengan

16 Muhd Yusof Ibrahim, 2000, Ilmu Sejarah Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 226.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


penduduk Kufah, dan mundurnya Hasan dari kekhalifahan. Namun, al-Zuhri tidak

membahas tentang masa Bani Muawiyah. Tentang pemerintahan Bani Umayyah ini

hanya sedikit sekali menjadi perhatiannya.

Kaedah penyelidikan dan pengkajian al-Zuhri ini menunjukkan bahwa

perhatian terhadap pengalaman umat merupakan faktor lain yang menentukan

dalam pertumbuhan penulisan sejarah. Prinsip musyawarah dan mufakat,

munculnya kekuatan politik dan polemic tentang kejadian masa lalu, khususnya

tentang fitnah, masalah khalifah (apakah melalui pemilihan atau pewarisan),

masalah pentadbiran, khususnya pemberian gaji dan pekerjaan, semuanya

menuntut kejelasan melalui kajian-kajian sejarah. Dalam hal ini, misalnya al-Zuhri

menjelaskan kepada umat bahwa Nabi tidak menunjuk seseorang yang akan

menjadi pemimpin penggantinya setelah Nabi Muhammad wafat, yang menunjukkan

bahwa kepemimpinan ditentukan oleh pemilihan dan bukan dengan pewarisan.

Demikian pula halnya dengan persoalan-persoalan lain seperti peristiwa

terbunuhnya Uthman ibn Affan, Perang Jamal dan Perang Shiffin adalah persoalan

lain yang perlu diambil hikmahnya. Dalam kajian-kajian terhadap peristiwa ini,

tampak bahwa al-Zuhri bersikap neutral dan objektif, tidak berpihak pada salah satu

golongan yang bertikai. Meskipun beliau telah lama bekerja di istana Bani Umayyah

di Damsyik, pandangan-pandangan sejarahnya tidak terpengaruh oleh

perkembangan politik pada masa itu. Ia tetap merupakan seorang cendikiawan yang

kritis.

2.2.2 SUMBANGAN AL-ZUHRI

Sumbangan al-Zuhri ini ialah beliau merupakan penyambung warisan

penulisan sejarah Urwah bin al-Zubayr, karyanya yang terkenal ialah al-Maghazi

yang banyak didasari oleh karya al-Maghazi oleh Urwah. Selain itu, bidang kajian al-

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Zuhri tidak hanya terbatas kepada sejarah al-Maghazi sahaja tetapi, termasuklah

sejarah keturunan arab (Asnab) dan sejarah Khulafah al-Rasyidin. 17 Mengenai

sejarah Khulafah al-Rasyidin, beliau telah berjaya memuatkan peristiwa-peristiwa

penting yang membawa kepada kebangkitan ummah.

Setiap zaman Khulafah al-Rasyidin beliau menceritakan perihal yang tidak

ditulis oleh Urwah dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, ketika membicarakan

peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakr, beliau telah menceritakan secara terperinci

liputan lengkap mengenainya serta menyebutkan kesan dan akibatnya. Selain itu,

beliau juga telah menceritakan mengenai penentangan Talhah dan al-Zubayr

terhadap Sayidina Ali r.a yang akhirnya mencetuskan peperangan Jamal iaitu perang

saudara pertama dalam kalangan umat islam.

2.3 MUHAMMAD BIN ISHAQ

Muhammad bin Ishaq atau Ibn Ishaq adalah tokoh sejarawan yang terkenal

dan terkemuka dalam dunia pensejarahan awal Islam. Beliau telah mengorak

langkah merintis kaedah pensejarahan yang lebih bersistematik dan seterusnya

membawa penulisan Sirah dan Maghazi ke tahap kemuncaknya yang menjadi

sumber rujukan utama kepada para sejarawan terkemudian. Keupayaan Ibn Ishaq

lebih terserlah jika dibandingkan dengan sejarawan-sejarawan terdahulu dari

perspektif pengetahuannya yang lebih universal, kemampuannya menghimpunkan

maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber dan kebolehannya menyusun

dengan baik data-data yang telah dikumpulkan.

17 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarawan dan Pensejarahan Ketokohan dan
Karya, hlm. 126.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Muhammad bin Ishaq atau lebih dikenal dengan nama Ibnu Ishaq merupakan salah

satu murid dari Az-Zuhri. Nama penuh beliau adalah Muhammad bin Ishaq bin Yasar

bin Khiyar adalah bekas hamba kepada keluarga Qays Makhramah bin al-Muttalib

bin Abd Manaf bin Qusay.18 Lahir pada tahun 85H / 704M dan meninggal pada

tahun 151H / 768M.19 Ia yang pertama kali menulis Sirah Rasulullah, yang

merupakan biografi Rasulullah pertama yang paling komprehensif.20 Selain penulis

kitab Sirah, ia pun dikenal sebagai penulis kitab Maghazi (kisah-kisah

peperangan).Kitab Sirah yang ditulis oleh Ibnu Ishaq yang sampai pada kita adalah

berjudul Sirah Ibnu Hisyam yang merupakan mukhtashar/ringkasan dari Sirah Ibnu

Ishaq. Sejak usia yang muda lagi Ibnu Ishaq telah menumpukan perhatian dalam

mempelajari dan meriwayatkan hadis. Sebahagian besar daripadanya masanya

adalah mendampingi ayahnya dan dua orang bapa saudanya iaitu, Musa bin Yasa

dan Abd Rahman bin Yasar. Mereka adalah ulama yang terkenal dalam pelbagai

bidang keilmuan seperti puisi, fikah, hadis, maghazi, perihal bangsa Arab dan

keturunannya.21

2.3.1 KAEDAH PENYELIDIKAN

18 Al-Mizzi. Jamal al-Din Abi al-Hajjaj Yusuf. Tahdhib al-kamal fi asma al-rijal. Jil 24. Beirut:
Muassasat al-Risalah. 1992. Hlm 405.

19 Al-Suhayli. Abd Rahman. al- Rawd al-unuf. Jil 1. Al-Qaherah: Dar al-Kutub al-Hadithah.
1967. Hlm 21.

20 Jafri. S.H.M. Dari Saqifah sampai Imamah: Awal dan Sejarah Perkembangan Syiah.
Bandung: Pustaka Hidayah. 1995. Hlm 75.

21 Al-Hamawi. Yakut. Mujam al-Buldan. Jil 18. T.tp.. Dar al-Mamum. 1938. Hlm 5.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Beliau telah mengorak langkah merintis kaedah pensejarahan yang lebih

bersistematik dan seterusnya membawa penulisan Sirah dan Maghazi ke tahap

kemuncaknya yang menjadi sumber rujukan utama kepada para sejarawan

terkemudian. Keupayaan Ibn Ishaq lebih terserlah jika dibandingkan dengan

sejarawan terdahulu dari perspektif pengetahuannya yang lebih universal,

kemampuannya menghimpunkan maklumat-maklumat daripada pelbagai sumber

dan kebolehannya menyusun dengan baik data-data yang telah dikumpulkan.

Penulisan beliau yang bertajuk Kitab al-Mubtada wa al-Mabcath wa al-

Maghazi memperlihatkan hasil pemahamannya yang lebih luas mengenai Sirah dan

Maghazi berbanding dengan karya-karya yang lebih awal dan sezaman. Ini kerana

ia merangkumi sejarah para nabi sebagai pendahuluan dan perihal para sahabat

yang disusun berdasarkan metodologi penulisan yang lebih terancang dan

menarik.22 Melalui penulisannya pensejarahan Islam telah berkembang pesat dan

mencapai tahap yang tinggi.23 Walaubagaimanapun, kitab-kitab tulisan Ibnu Ishaq

hanya sampai kepada generasi masa kini melalui petikan-petikan yang banyak

diambil dan diolah semula oleh Abd al-Malik bin Hisham dalam kitabnya al-Sirah al-

Nabawiyyah. Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-Tabari turut menjadikan riwayat-

riwayat Ibnu Ishaq sebagai sebahagian sumber penulisannya mengenai riwayat

hidup Nabi Muhammad S.A.W dalam kitabnya Tarikh al-Rusul wa al-Muluk.

Penyusunan peristiwa-peristiwa berasaskan kronologi dan di antaranya wujud

kesinambungan plot penceritaan memperlihatkan penulisan beliau yang kemas dan

rapi.
22 Gibb. H.A.R. Ilm al-tarikh. Terj. Ibrahin Khurshid. Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnan. 1981.
Hlm 148.

23 Mustafa Shakir. Al-Tarikh al-arabi wa al-Muarrkhun. Beirut: Dar al-Ilm lil Malayin. 1979.
Hlm 16.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Adalah tidak tepat apabila ramai menyatakan bahawa penulisan Ibnu Ishaq

tidak menitikberatkan isnad kerana kaedah pengggunaan isnad beliau adalah

berbeza berdasarkan zaman dan kategori riwayat-riwayat serta kepentingan data-

data yang dicatatkannya. Ibnu Ishaq mempunyai hujahnya yang tersendiri apabila

seringkali memuatkan bahan-bahan dari Ahl al-Kitab dan banyak memasukkan puisi

dalam penulisannya.

2.3.2 SUMBANGAN IBNU ISHAQ

Meskipun Ibn Ishaq menerima kecaman hebat daripada sebilangan ulama

hadis tetapi sumbangan dan peranan beliau dalam perkembangan bidang

pensejarahan Islam adalah sesuatu yang tidak dinafikan apabila mendapat

pengiktirafan Muhammad bin Muslim al-Zuhri dan Muhammad bin Idris al-Shafice.

Dakwaan dan tohmahan yang mempertikaikan kewibawaan Ibn Ishaq juga

memerlukan kepada penilaian semula kerana sebahagian besar tokoh ulama hadis

yang lain telah mengambil sikap memihak dan mempertahankan beliau.

Pengetahuan Ibnu Ishaq dalam bidang Sirah dan Maghazi Rasulullah S.A.W

telah mendapat pengiktirafan sebilangan besar ulama terkemuka. 24 Hal ini kerana,

pembahagian kitab beliau telah mendapat reputasi meluas dan menjadi ikutan serta

trend penulisan bagi kebanyakkkan sejarawan terkemudian, seperti Abd al-Malik bin

Hisham dalam kitabnya al-Sirah al-Nabawiyyah. Abu Jafar Muhammad bin Jarir al-

Tabari turut menjadikan riwayat-riwayat Ibnu Ishaq sebagai sebahagian sumber

24 Ibnu Khallikan. Wafayat al-ayan wa anba abna al-zaman. Beirut: Dar al-Thaqafah.
1972. Hlm 276.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


penulisannya mengenai riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dalam kitabnya

Tarikh al-Rusul wa al-Muluk. Penggabungan antara riwayat-riwayat hadis berunsur

Israiliyat serta kisah-kisah rakyat yang diselangi dengan puisi menjadikan penulisan

Ibnu Ishaq lebih komprehensif. Ini kerana ia meliputi pelbagai maklumat sama ada

dari sumber Islam, Ahl al-kitab atau masyarakat setempat.

Meskipun banyak kontroversi yang melanda beliau namun itu tidak

menjejaskan kredebiliti beliau dalam pensejarahan Islam, kerana sesungguhnya

keunggulan Ilmu dan pengetahuan beliau dalam bidang tersebut mendapat

pengiktifan al-Zuhri dan Imam al-shafie.

3.0 TOKOH SEJARAWAN ALIRAN IRAQ

Berbanding dengan Aliran Yaman dan Aliran Madinah, Aliran Iraq adalah

aliran yang terakhir. Aliran Iraq dalam pembahasan ini meliputi Kufah dan

Bashrah. Aliran ini lebih luas perkembangannya berbanding dengan dua aliran

sebelumnya, kerana ia memperlihatkan arus sejarah sebelum Islam dan masa

Islam sekaligus. 25

Kelahiran Aliran Iraq ini tidak dapat dipisahkan dari perkembangan budaya dan

peradaban Arab. Perkembangan budaya bangsa Arab itu sendiri tidak dapat

dipisahkan dari aspek-aspek politik, sosial, dan budaya Islam yang tumbuh di

kota-kota dan komuniti-komuniti baru. 26

3.1 Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Tabari

25 Ibid. Hlm 69.

26 Muhammad Ahmad Tarhn. al-Muarrikhun wa al-Tarkh ind al-Arab. Beirut: Dar al-Kutub
al-Ilmiyyah. 1991. Hlm 59.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Ibnu Jarir at-Thabari adalah seorang ahli tafsir terkenal dan sejarawan

terkemuka.Nama penuh beliau at-Thabari adalah Muhammad bin Jarir bin Yazid bin

Kasir bin Ghalib at-Tabari (dikenali sebagai at-Thabari). Ia di lahirkan di Amul ibu

kota Tabaristan, kota ini merupakan salah satu bandar di Persia dan terletak di

sebelah utara gunung Alburz, selatan laut Qazwin. Pada tahun 224/225H atau

sekitar tahun 839-840. dan meninggal 310 H. 27 At-Thabari hidup pada masa Islam

berada dalam kemajuan dan kejayaan dalam bidang pemikiran.

Persekitaran seperti ini secara ilmiah mendorongnya mencintai ilmu semenjak

kecil. at-Thabari juga hidup dan membesar dalam keluarga yang memberikan

perhatian besar terhadap masalah pendidikan terutama bidang keagamaan.

Mengkaji dan menghafal al-Quran merupakan tradisi yang selalu ditanamkan

dengan subur pada anak keturunan mereka termasuk at-Thabari. semangat yang

tinggi terhadap ilmu pengetahuan sudah terlihat semenjak ia masih kanak-kanak.

Salah satu prestasinya adalah, ia telah menghafal Al-Quran pada usia tujuh tahun.

Ini mengingatkan kepada Imam Syafii menghafal Al-Quran pada usia 9 tahun dan

Ibnu Sina sekitar 10 tahun.28

At-Thabari adalah salah seorang tokoh terkemuka yang menguasai pelbagai

disiplin ilmu dan telah meninggalkan warisan ke-Islaman yang cukup besar yang

senantiasa mendapat sambutan dan apresiasi baik di setiap masa dan generasi. Ia

mendapatkan popularity yang meluas melalui dua buah karyanya Tarikhul Umam

27 Abu Jafar Muhammad Bin Jarir at-Thabari. Jami al-Bayan An Tawil Al-Quran. Terj Ahsan Aksan.
Jakarta: Pustaka Azzam .2007. Hlm 7.

28 Muhammad Razi. 50 Ilmuwan Muslim Populer. Jakarta: Qultum Media.2005. Hlm 109.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


wal Muluk tentang sejarah dan Jami al Bayan fi tawil ay al- Quran tentang tafsir.

Kedua buku tersebut termasuk dalam bahan rujukan ilmiah yang sangat penting.

Bahkan buku tafsirnya merupakan buku rujukan utama bagi para pentafsir yang

menaruh perhatian terhadap Tafsir bi al-masur.29 Secara umum masih tidak dapat

dipastikan bilangan buah buku catatan at-Tabari sehingga kini. Catatan sejarah

membuktikan bahwa karya-karya at-Thabari meliputi banyak bidang keilmuan

diantaranya; Bidang Hukum, Tafsir, Hadis, Teologi, Etika Keagamaan dan Sejarah.

3.1.2 KAEDAH PENYELIDIKAN

Kaedah penyelidikan yang digunakan oleh at-tabari adalah system kronologi ketika

memaparkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam. Kaedah

pensejarahan at-tabari merujuk kepada suatu cara atau kaedah tertentu yang

digunakan oleh at-tabari dalam proses penghasilan karya sejarah Islam yang

berkaitan dengan pengambilan smber sejarah menerusi analisis maklumat serta

dengan urutan secara kronologi.

Penafsiran bi al-Matsur adalah salah satu kaedah tafsir yang paling utama

dan tertinggi kedudukannya bila dibandingkan dengan kaedah tafsir yang lain,

karena dengan menafsirkan Al-Quran menggunakan kalam Allah sendiri, perkataan

Rasulullah S.A.W dan periayatan para sahabat. Allah lebih mengetahui akan

maksud dan ucapan-Nya, perkataan Rasulullah adalah penjelasnya dan para

sahabat adalah orang-orang yang menyaksikan turunnya ayat-ayat Al-Quran. 30


29 Manna Khalil al-Qattan, Mabahits fi Ulum al-Quran, terj. oleh Mudzakir AS, Studi Ilmu-ilmu al-
Quran. Bogor: litera AntarNusa. 2000. Hlm 502.

30 Fadh ibn Abd al-Rahman al-Rumy, Dirasat fi Ulum al-Quran. Terj. Amrul Hasan Ulum al-Quran
Studi Kompleksitas al-Quran. Yogyakarta: Titian Ilahi, 1996. Hlm 199.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


Ibnu Jarir at-Thabari dalam hal ini, memulai menafsirkan ayat Al-Quran dengan

mencari tafsiran suatu ayat dari ayat Al-Quran yang lain, karena ia yakin bahwa

ayat-ayat Al-Quran adalah satu mata rantai yang tak bisa dipisahkan, seperti ketika

beliau menafsirkan kata pada surat al-Anam ayat 82 dengan kata yang

ternyata tafsiran tersebut diambil dari surat Lukman ayat 13.

Ibnu Jarir at-Thabari juga banyak menafsirkan Al-Quran dengan hadis, ia

sangat teliti dalam mengemukakan jalan-jalan periwayatan sampai kepada

pembawa berita pertama (al-rawi Ala). Penafsirannya selalu diperkuat dengan

riwayat-riwayat dan jika pada penafsiran itu terdapat dua pendapat atau lebih maka

ia memaparkan semuanya, ia tidak semata-mata menyebutkan riwayat saja tetapi

kadang dijelaskan secara terperinci dan pada gilirannya mentarjih riwayat-riwayat

tersebut.31 At-Thabari tidak begitu saja menafsirkan Al-Quran tetapi di dasari

berbagai macam pengembaraan pengetahuan dari berbagai disiplin ilmu, sehingga

wajar sahaja kaedah pemikirannya dijadikan rujukan oleh para penafsir selepasnya.

3.1.3 SUMBANGAN AT-TABARI

Kitab tafsirnya yang paling terkenal adalah kitab Jami' al-Bayan Fi tafsir al-

Qur'anatau lebih di kenal dengan nama kitab Tafsir at-Tabari. Kitab itu merangkumi

pada permasalahan tafsir hukum (fiqih), kerana ia terkenal sebagai seorang fuqaha

akhir karyanya Iktilaf al-Fuqaha' (perbezaan pendapat para ulama). Ketika dalam

masa penyusunan kitab tafsir at-Tabari, beliau mengumpulkan bahan-bahan

tentang tafsir bi al-ma'sur (tafsir al-Qur'an dengan al-Qur'an, hadis, dan ijtihad

sahabat). Kitab ini berisi antara lain penemuan-penemuan hukum akidah dan fiqh

31 Ibid. Hlm 203.

Copyright @ 2016 Rd Davidson


yang disimpulkan dari al-Qur'an. Sehingga kini buku ini menjadi panduan kepada

para pentafsir.

Karya sejarah at-Tabari yang sangat terkenal adalah Tarikh ar-Rusul wa al-

Mulukatau dikenal dengan nama tarikh at-Tabari. Kitab itu dianggap sebagai kitab

sejarah perkembangan Islam yang paling lengkap. Dalam kitab itu terdapat

maklumat-maklumat yang tidak pernah di tulis oleh sejarahwan lainnya sebelumnya.

Isi kitab tersebut terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengenai

sejarah bangsa Arab, Persia, dan Rom sebelum kedatangan Islam. Manakala

bahagian kedua mengandungi, sejarah pasca-Islam. Kitab sejarah at-Tabari tersebut

telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Kitab tarikh at-Tabari dianggap

sebagai karya yang agung dan menjadi salah satu kitab rujukan para ulama-ulama

besar selepas beliau. Ibnu Asir mengungkapkan dalam pendahuluan kitabnya yakni

kitab al-Kamil fi at-Tarikh bahwa ia menulis kitabnya setelah mendapatkan inspirasi

dari karya at-Tabari.

4.0 KESIMPULAN

Penulisan pensejahan islam telah Berjaya membukukan maklumat-maklumat

sejarah Islam pada zaman Nabi (Al-Maghazi) dan khulafa al-Rasyidin. Motif

penulisan mereka telah Berjaya menentukan beberapa garis panduan mengenai

penulisan sejarah oleh para pengkaji terkemudian. Selain itu, sumbangan mereka ini

juga telah memberikan peranan yang penting dalam memainkan peranan yang

penting sebagai pengkaji hadis yang mengandungi peristiwa-peristiwa bersejarah

secara teli dan sistematik. Pensejarahan mereka berjaya menyakinkan semua

pembaca kerana asas-asas pengkajian mereka adalah berdasarkan ilmiah dan

bukan hanya sekadar khayalan semata-mata. Pensejarahan mereka juga berjaya

Copyright @ 2016 Rd Davidson


menghilangkan keraguan terhadap keaslian sejarah al-Maghazi yang sebelum ini

dianggap sebagai cerita rakyat.

Copyright @ 2016 Rd Davidson