LINUS
LINUS
Y.A.B Menteri Pelajaran, Tan Sri Dato Muhyiddin bin Mohd Yassin telah
membentangkan bidang keberhasilan utama ( National Key Result Areas (NKRA))
Kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan Ogos 2009.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa isu asas literasi dan
numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan
pelbagai program pemulihan. Program literasi dan numerasi merupakan satu
program kesinambungan daripada program sedia ada dan dirancang lebih teliti dan
sistematik.
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah
pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi berakhir
sebelum persekolahan tahap 1. Sasaran NKPI tersebut telah mula dilaksanakan
pada tahun 2010 yang melibatkan murid tahun 1 di sekolah rendah. Kohort pertama
program LINUS di jangka akan mencapai sasaran 100% pada tahun 2012 ( kecuali
murid keperluan khas).
Mentakrifkan Asas Literasi Dan Numerasi
Literasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis dan memahami
perkataan dan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa malaysia dan
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
(berdasarkan takrifan UNESCO).
Numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan membaca, menulis, mengira dan
menyusun nombor sehingga 1000, menjadi cekap dalam pengoperasian matematik
seperti menambah, menolak, mendarab dan membahagi dan dapat
mengaplikasikannya dalam operasi wang, masa dan ukuran panjang. (berdasarkan
penanda aras dari Amerika Syarikat dan Kanada).
Strategi Untuk Mencapai Sasaran Litersi Dan Numerasi
Bagi mencapai sasaran ini, kami telah membangunkan Program Literasi dan
Numerasi (LINUS) bagi memastikan murid memperoleh kemahiran asas literasi dan
numerasi. Tumpuannya adalah kepada usaha utama bagi meningkatkan tahap
literasi dan numerasi murid dihuraikan seperti berikut:
Proses Saringan
Saringan dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September bagi
membantu mengenal pasti murid yang tidak mencapai standard yang berkaitan.
Murid tersebut akan mengikuti program LINUS atau program pendidikan khas.
Modul Pengajaran Dan Pembelajaran
Modul ini berasaskan beberapa konsep dan membolehkan murid menguasai literasi
dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi
secara bersepadu, ansur maju, didik hibur, pengabungjalinan dan pengulangan.
Modul ini memuatkan beberapa maklumat berhubung dengan senarai salinan