Anda di halaman 1dari 19

AJ20403 TATACARA PENYELIDIKAN DAN

PENULISAN SEJARAH
PENSYARAH: DR. MAUREEN DE SILVA
TUTOR: MOHD AMY AZUAN ABDULLAH
TUTORIAL: RABU, 9.00AM-10.00AM

TAJUK: SEJARAH PENEMPATAN MASYARAKAT BAJAU DI


KAMPUNG

SANGKABOK

(TAHUN 1958-2015):

DAERAH

KUALA

PENYU

MIGRASI & KEGIATAN SOSIO-

EKONOMI.

NAMA PELAJAR: NOREMY LIANA BINTI


SUNDANG

(BA14110427)

FAKULTI KEMANUSIAAN, SENI DAN


WARISAN

1.1

Pengenalan
Malaysia mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik khususnya di Sabah
dan Sarawak. Kepelbagaian kaum ini telah wujud sejak berzaman-zaman
lagi. Masyarakat Sabah khususnya mempunyai penduduk yang berbilang
kaum, bangsa dan agama kepercayaan yang berbeza-beza. Namun begitu,
kehidupan masyarakat di Sabah tetap aman dan harmoni sehingga ke hari
ini. Di Sabah, terdapat pelbagai jenis etnik seperti Kadazan/Dusun, Bajau,
Bisaya, Murut, Rungus, Suluk, dan lain-lain lagi. Dalam kepelbagaian etnik
ini, sudah pasti wujudnya kepelbagaian adat, budaya dan juga sejarah
yang dialami oleh etnik-etnik tersebut khususnya mengenai penempatan
mereka dan migrasi mereka. Kajian yang mendalam dan berterusan
sangat perlu bagi mengekalkan identiti etnik-etnik ini agar tidak hilang
ditelan zaman. Oleh itu, kajian ini akan berkisar mengenai sejarah
penempatan masyarakat Bajau di kampung Sangkabok di Daerah Kuala
penyu sekitar tahun 1958 hingga 2015 yang akan menyentuh aspek
migrasi dan sosial ekonominya.

1.2

Permasalahan kajian
Melalui

pembacaan

terhadap

kajian-kajian

lepas

yang

dijalankan

mengenai etnik Bajau lebih tertumpu di Daerah Semporna dan Kota Belud.
Faktor jumlah penduduk di Semporna yang mempunyai jumlah yang
tertinggi penduduknya yang berbangsa Bajau mungkin menjadi tarikan
para pengkaji untuk mengkaji mengenai penempatan masyarakat Bajau di
sana. Mengikut Jabatan Perangkaan Sabah (2005), jumlah penduduk
masyarakat Bajau di Semporna mencatatkan jumlah yang tertinggi
penduduk etnik Bajau iaitu sejumlah 63,008 orang penduduk. Manakala,
masyarakat Bajau yang berada di Daerah Kuala Penyu adalah sejumlah
1675 orang penduduk sahaja pada tahun tersebut. Masyarakat luar
Daerah Kuala Penyu, tidak mengetahui akan wujudnya penempatan
masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala Penyu. Oleh itu,
adalah wajar untuk menerokai sejarah penempatan masyarakat Bajau di
Kampung

Sangkabok

di

Daerah

Kuala

Penyu

untuk

memahami

penempatan masyarakat Bajau di Sabah. Selain itu, Kajian ini juga perlu
untuk meninjau struktur sosial dan kegiatan ekonomi masyarakat Bajau di
Kampung

Sangkabok

untuk

lebih
2

memahami

sejarah

penempatan

masyarakat

Bajau

ini

serta

isu

yang

mereka

hadapi

sepanjang

penempatan mereka di kampung Sangkabok. Hal ini penting terutamanya


kepada

masyarakat

luar

dalam

mengetahui

sejarah

penempatan

masyarakat Bajau di sekitar bahagian pedalaman bawah yang belum


pernah dikaji oleh pengkaji lain.
Maka kajian ini akan cuba menjawab permasalahan tentang sejarah
penempatan masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala
Penyu dalam tahun 1958-2015 yang berfokus kepada migrasi dan sosioekonominya. Persoalan yang cuba ditonjolkan dalam kajian ini, siapakah
masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala Penyu?,
bagaimanakah kegiatan sosio-ekonominya? Dan apakah isu yang dihadapi
oleh

mereka

sepanjang

perkembangan

penempatan

di

Kampung

Sangkabok?.

1.3

Objektif kajian
Objektif utama kajian ini ialah mengenal pasti latar belakang masyarakat
Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala Penyu. Ia memperlihatkan
asal

usul

masyarakat

Bajau

dan

bagaimana

perkembangan

penempatannya.
Objektif kedua kajian ini ialah meninjau kegiatan sosio-ekonomi
masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala Penyu.
Menghuraikan struktur sosial masyarakat Bajau di kampung Sangkabok
dan bentuk kegiatan ekonomi yang mereka jalankan.
Objektif yang terakhir ialah mengenal pasti isu yang dihadapi oleh
masyarakat Bajau di kampung Sangkabok sepanjang penempatan mereka
di sana. Menerangkan bentuk isu yang dihadapi oleh masyarakat Bajau di
Kampung Sangkabok sepanjang penempatan mereka di sana sekitar tahun
1958-2015.

1.4

Kepentingan kajian
Kepentingan kajian ini ialah dapat membantu menerokai sejarah Kampung
Sangkabok untuk rujukan pengkaji yang seterusnya. Hal ini demikian
kerana, walaupun banyak kajian mengenai masyarakat Bajau dijalankan,
namun kajian mengenai masyarakat Bajau di Daerah Kuala Penyu masih
belum dijalankan. Oleh itu, kajian ini penting untuk menjadi rujukan
kepada pengkaji yang seterusnya.
Kepentingan

yang

seterusnya

ialah

membangkitkan

identiti

masyarakat Bajau di kampung Sangkabok sebagai permulaan kajian awal


tentang sejarah penempatan masyarakat Bajau di kampung Sangkabok.
Kajian ini penting bagi memperlihatkan identiti sebenar masyarakat Bajau
di Kampung Sangkabok serta struktur sosial dan ekonomi mereka.
Kurangnya kajian mengenai masyarakat Bajau di Daerah Kuala Penyu
menyebabkan identiti mereka kurang dikenali, oleh itu kajian ini akan
membangkitkan identiti masyarakat Bajau di kampung Sangkabok di
Daerah Kuala Penyu.
Kepentingan yang berikutnya ialah kajian ini menjadi langkah untuk
memahami penempatan masyarakat Bajau di Sabah. Penting terutamanya
kepada

masyarakat

luar

dalam

mengetahui

sejarah

penempatan

masyarakat Bajau di Sabah bukan hanya di bahagian pantai timur sabah,


tetapi juga di bahagian pantai Barat Sabah iaitu di kawasan pedalaman
bawah di Daerah Kuala Penyu.

1.5

Sorotan literatur
Menurut Helina Sendera Mohd Yakin (2003), Sabah mempunyai populasi
kira-kira dua juta orang yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik.
Masyarakat Bajau merupakan kumpulan etnik ketiga terbesar selepas
kaum Kadazan/Dusun dan Cina (Populasi orang Bajau di Sabah ialah
211,970 dengan penempatan yang paling ramai terdapat di Semporna,
yang terletak di pantai timur dan juga di Kota Kinabalu, Kota Belud, Tuaran
di pantai Barat Sabah (Bancian penduduk tahun 1991). Asal usul dan
sejarah orang Bajau tidak dapat dipastikan dengan tepat sehingga ke hari
ini. Terdapat andaian yang menyatakan bahawa orang Bajau berasal dari
Filipina dan ada juga yang mengandaikan bahawa orang Bajau berasal
dari negeri Johor yang terletak di Selatan Semenanjung Malaysia. Namun,
yang pasti orang Bajau tidak hanya terdapat di Sabah, tetapi juga di
beberapa tempat antaranya di kepulauan Sulu (Seperti Zamboanga, Pulau
Basulan, Pulau Jolo, Pulau Siasi, Pulau Tawi-Tawi dan Pulau Sibutu) dan
bahagian Timur Indonesia, khususnya di kawasan Pantai Timur Sulawesi 1.
Manakala, menurut Saidatul Haji Mahali & Budi Anto Mohd Tamring
(2011). Sejarah lisan berhubung dengan asal-usul komuniti Bajau ini
sejagat sifatnya. Terdapat persamaan dari segi sejarah lisan bahawa asal
usul komuniti Bajau di Asia Tenggara adalah dari Johor. Menurut sejarah
Brunei, sultan beragama Islam pertama yang memerintah adalah sultan
Muhammad. Nobat kerajaan Islam Brunei pula diambil daripada kerajaan
Johor. Terdapat beberapa kekusutan dan kontroversi tentang sejarah awal
kedatangan orang-orang Bajau ke Sabah. Menurut catatan penulis-penulis
Barat, orang-orang Bajau telah berhijrah ke Sabah lebih daripada 200
tahun lalu. Berdasarkan dakwaan masyarakat peribumi di Borneo, dalam
Tarsilah Brunei dicatatkan bahawa orang-orang Bajau telah menduduki

1 Helina Sendera Mohd Yakin. Alkulturasi Imigran Filipina Generasi Pertama Dan Kedua Di Sabah,
Universiti Malaysia Sabah: Pusat Penatar Ilmu Dan Bahasa. 2003. Hlmn 14

kawasan pantai Barat utara Sabah seawal abad ke-16, yakni semasa
pemerintahan sultan Abdul kahar sultan keenam kerajaan Brunei 2.
Penyataan

tersebut

disokong

oleh

Ismail

Ali

(2013).

Beliau

menyatakan bahawa berdasarkan kepada teori asal-usul kaum Bajau di


Sabah nampaknya suku kaum Bajau cenderung untuk mengaitkan
kelompok mereka berasal dari Johor tetapi ia diceritakan dalam pelbagai
versi dan lagenda. Contohnya, cerita lisan Haji Bakara Onnong (pulau
Bum-Bum), suku kaum Bajau di Sabah adalah berasal dari selatan Filipina
yang dikaitkan dengan kerajaan Johor. Menurut Haji Bakara lagi, sultan
Mahalikul Alam yang memerintah Johor mempunyai seorang puteri
bernama Siti Zairan Kebaran yang terkenal dengan kejelitaannya, dan
kecantikan puteri itu telah menarik minat dua orang adik-beradik dari Sulu
iaitu Haklum Nuzum, dan adiknya Seliangaya Bungsu. Untuk berlaku adil,
maka sultan Mahalikul Alam telah mengadakan pertandingan lumba
perahu antara kedua-dua adik beradik tersebut. Mereka perlu berlayar ke
pulau

Angsa

yang

terletak

di

perairan

Johor

dan

sesiapa

yang

memenanginya akan dikahwinkan dengan puteri Siti Zairan Kebaran.


Dalam perlumbaan tersebut, layar perahu milik Seliangaya Bungsu telah
patah dan Seliangaya Bungsu tewas dalam pertandingan tersebut.
Disebabkan kegagalan tersebut beliau bertekad untuk tidak pulang ke
Johor dan meneruskan pelayarannya sehingga tiba ke pulau Sambuanga
( Zamboanga) di selatan Filipina. Menurut lagenda tersebut juga,
Seliangaya Bungsu telah menetap dan berkahwin dengan seorang wanita
di pulau Sambuanga dan dianugerahkan dua orang cahaya mata, iaitu
lelaki

dan

perempuan.

Dipercayai

kedua-dua

anak

tersebut

telah

melakukan hubungan sumbang dan perkara tersebut diketahui oleh


Seliangaya Bungsu. Beliau berasa malu lalu membawa diri belayar ke
Pulau Omadal (Omaral) Sabah dan dipercayai keturunannya berkembang
di Pulau Omadal dan keturunannya telah berpindah ke kawasan sekitar
terutamanya ke Pulau Bum-Bum yang terletak berhadapan dengan tanah
besar Semporna. Tempat mereka berhimpun itu dinamakan kubang yang
bermaksud (berhimpun atau berkumpul). Dalam erti kata lain, tindakan
suku kaum Bajau yang berhijrah dari daratan di Bum-Bum telah
menghilangkan identiti nomad mereka yang pernah dibudayakan suatu
2 Saidatul Nornis Haji Mahali& Budi Anto Mohd. Tamring 2011. Plurality Dalam Kearifan Local Di
Sabah. Kota Kinabalu: Univerisiti Malaysia Sabah. 2011. hlm71-73

masa dahulu dan akhirnya mewujudkan satu suku Bajau baharu yang
dikenali sebagai Bajau Kubang, Bajau Sampulna (Semporna) atau Bajau
darat. Berbeza dengan Bajau kubang, suku kaum Bajau yang lain masih
berada di perairan pulau-pulau utama di Semporna meneruskan budaya
nomad, yakni tinggal di bot dan berpindah randah dari satu pulau ke pulau
lain3.
Manakala, menurut Saidatul Nornis Haji Mahali (1999), sejarah asalusul masyarakat Bajau wujud dalam dua bentuk. Yang pertama hasil
daripada pengkajian dan penelitian penulis Barat, dan kedua melalui cerita
legenda masyarakat Bajau tentang asal-usul mereka.
Seterusnya, menurut Mohd Yassin Isa (1987), masyarakat Bajau
merupakan salah satu suku kaum yang besar di Sabah. Banyak juga kajian
antropologi, sosiologi, linguistik dan lain-lain bidang pengajian telah
dijalankan ke atas suku kaum Bajau oleh para sarjana dari dalam dan luar
negeri. Sejarah lisan yang dikumpulkan oleh penulis ini mengesan asal
usul kaum Bajau menurut yang diceritakan oleh orang-orang Bajau yang
didengar dari datuk nenek mereka turun temurun. Maklumat yang telah
diberikan oleh saudara Aliaman bin Othman yang tinggal di kampung
Rampayan, menggatal dalam daerah kota kinabalu di Sabah, arwah
datuknya, allahyarham datu Dakula, iaitu bapa kepada ibunya, pernah
memberitahunya di waktu beliau berumur belasan tahun, bahawa bangsa
Melayu keturunan suku Bajau di Sabah berasal dari Indonesia. Suku-suku
Bajau di Indonesia pada suatu ketika dahulu kononnya dikenali sebagai
Bajueh, Bajo, Bajoe dan beberapa sebutan lagi, menurut loghat suku-suku
lain di Indonesia. Suku Bajueh ini dikatakan juga mengembara melalui
pelayaran laut ke Filipina, dalam usaha mencari penghidupan baru sebagai
pengembara laut. Orang-orang Bajueh dari ini telah berkahwin dengan
wanita-wanita Filipina. Di Filipina suku Bajueh itu dikenali sebagai Badjau,
suatu pengertian yang sama dengan perkataan Bajueh, iaitu sedikit
perbedaan sebutan menurut loghat sebutan suku-suku di Filipina. Menurut
penulis lagi, suku-suku kecil bangsa Bajau adalah seperti Kagayan,
Balangigi atau Bangingi, Ubian, Illanun, Magindanun, Suuk atau Suluk,
Yakan, Tabawan, Luaan, Simunul, Pengutaran, Sekubung, Banaran atau
3 Mohd ismail Ali, Sosioekonomi Dan Status Kewarganegaraan Komuniti Bajau Laut Di Pulau Mabul,
Semporna. Dalam Saidatul Nornis Hj Mahali (ed.). Nilai Dan Norma Masyarakat Di Sabah, Kota
kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2013, Hlm 228-229.

Binadan, Sibutu, Megaki, Sama-Samaan, Bajau atau Sama dan lain-lain


lagi. Penulis juga menyatakan bahawa beliau difahamkan oleh suku-suku
Indonesia yang tinggal di Sabah bahawa di kepulauan di antara Pulau
Flores

dan

Timur-Timur

di

Indonesia

terdapat

sebuah

suku

yang

mempunyai bahasa dan kebudayaan yang seakan-akan sama dengan


bangsa Bajau. Selain itu, beliau difahamkan bahawa ada sebuah suku di
kepulauan

Sulawesi

di

Indonesia

yang

mempunyai

bahasa

dan

kebudayaan yang seakan-akan sama dengan bangsa Bajau di Sabah 4.


Seterusnya, mengenai migrasi dan penempatan masyarakat Bajau.
Menurut Helina Sendera Mohd Yakin (2003), golongan masyarakat Bajau
terbahagi kepada dua golongan iaitu orang Bajau pantai Barat dan orang
Bajau pantai Timur. Orang Bajau pantai Barat dikenali sebagai Bajau Darat
dan mereka tertumpu di kawasan Kota Belud, Tuaran, Kudat, dan Papar.
Manakala masyarakat Bajau pantai Timur tertumpu di Semporna, Lahad
datu, Pulau Omadal, Pulau Danawan, Pulau Bum-Bum dan sebagainya.
Walaupun kedua-duanya dikenali sebagai masyarakat Bajau, namun
antara Bajau Darat dan Bajau Laut mempunyai perbezaan dari segi
bahasa, corak kehidupan, dan adat istiadat5.
Manakala, menurut Saidatul Haji Mahali & Budi Anto Mohd Tamring
(2011). Perkataan Bajau seringkali dikenali dengan pelbagai panggilan dan
satu gelaran yang sangat terkenal untuk merujuk kepada kelompok ini,
iaitu gipsi laut atau nomad laut. Orang-orang yang digelar Bajau ditemui
tersebar di seluruh Semenanjung Asia Tenggara. Catatan dan dakwaan
yang dibuat oleh pelayar-pelayar awal dari China dan Eropah menjelaskan
mereka ditemui mendiami perahu-perahu dan mendominasi kawasankawasan laut di Pulau Merhui, Singapura, Johor, Pulau Bangka, Sulawesi
dan Kepulauan Sulu. Perubahan masa juga membawa banyak perubahan
kepada

kelompok

yang

bergelar

Bajau.

Kebanyakan

mereka

meninggalkan perahu dan mula mendiami daratan. Meskipun demikian,


masih terdapat sesetengah Bajau yang mengekalkan cara hidup di dalam
perahu

tetapi

jumlah

mereka

semakin

mengecil.

Sekiranya

arus

4 Mohd Yassin Isa asal-usul Bajau Buletin membaca. Bil:2, perpustakaan Negeri Sabah. 1987.
Hlm 4-5.

5 Helina Sendera Mohd Yakin. Alkulturasi Imigran Filipina Generasi Pertama Dan Kedua Di Sabah,
2003.hlm 17

perubahan ini semakin meluas, pastinya budaya hidup berperahu akan


lenyap daripada seluruh kelompok Bajau6.

Seterusnya, menurut Mosli Tarsat & Liana Amin (2011). Kehidupan


masyarakat Bajau tidak dapat dipisahkan dengan laut. Sering kali apabila
membicarakan tentang masyarakat Bajau, pasti elemen laut akan menjadi
inti pati penghujahan. Namun, tidak ramai yang mengetahui mengapa dan
bagaimana masyarakat Bajau memulakan kehidupan mereka di laut dan
kawasan sekitarnya. Menurut Hj. Bakara, pada zaman dahulu sebarang
urusan jual beli yang dilakukan dengan para pedagang dari China
tertumpu di laut. Oleh itu, sekiranya masyarakat Bajau ingin menjalankan
aktiviti jual beli dengan pedagang Cina, mereka terpaksa turun ke laut.
Atas

kepentingan

perdagangan,

masyarakat

Bajau

mula

membina

penempatan di laut bagi memudahkan mereka melakukan aktiviti jual beli.


Sementara itu, serangan gajah liar yang sering kali berlaku di kawasan
tanah

besar

telah

mendorong

kepada

pembukaan

penempatan

masyarakat Bajau di kawasan perkampungan termasuk kawasan tanaman


dan ternakan penduduk. Gajah-gajah ini dikatakan tersembunyi di
sebatang sungai yang kemudiannya dinamakan gajjah oleh penduduk
kampung. Memandangkan soang gajjah terletak di tanah besar, maka
serangan tersebut berlaku secara berlarutan. Oleh itu, penduduk Bajau di
tanah besar Semporna memilih untuk bermigrasi di kawasan pulau. Selain
itu, serangan Dayak ataupun aktiviti memburu kepala yang dilakukan oleh
masyarakat Dayak turut menjadi faktor orang Bajau memilih untuk tinggal
di pulau. Aktiviti memburu kepala dalam kalangan masyarakat Dayak
adalah lambang keberanian. Malahan, kepala hasil buruan menjadi
sebahagian daripada hantaran perkahwinan dalam masyarakat ini. Oleh
itu, seseorang lelaki yang hendak berkahwin perlu mendapatkan kepala
terlebih

dahulu.

Sebagai

langkah

keselamatan,

masyarakat

Bajau

bermigrasi ke kawasan pulau di samping membina rumah yang diperbuat


daripada daun rupah bagi memudahkan mereka membujak masyarakat
Dayak yang memberikan ancaman kepada mereka. Berdasarkan kepada
situasi ini, dapat disimpulkan bahawa penghijrahan masyarakat Bajau dari
6 Saidatul Nornis Haji Mahali& Budi Anto Mohd. Tamring 2011. Plurality Dalam Kearifan Local Di
Sabah. 2011. hlm71-73

kawasan tanah besar ke kawasan lautan dan kepulauan sangat berkait


dengan survival masyarakat ini pada zaman tersebut7.
Menurut Saidatul Nornis Haji Mahali. (1999). Penempatan orang
Bajau di Sabah boleh ditemukan di daerah-daerah Kota Belud, Tuaran,
Papar dan kawasan Teluk Darvel khususnya di Lahad Datu dan Semporna.
Beberapa buah kampung menjadi tumpuan petempatan masyarakat Bajau
ini, antranya di Mengkabong, Bolong, Tambalang dalam Daerah Tuaran,
Taun Gusi, Timbang Dayang, Siasai dalam Daerah Kota Belud. Manakala di
Semporna tumpuan orang Bajau antaranya di kampung Bangau-Bangau,
Pulau Danawan Dan Pulau Omadal. Kumpulan-kumpulan etnik Bajau ini
dikenali pula dengan nama daerah di mana mereka tinggal, seperti Bajau
Tuaran, Bajau Menggatal, Bajau Kinarut, Bajau Kota Belud, dan Bajau
Semporna

secara

kasar,

kedua-dua

kelompok

ini

dipisahkan

oleh

kedudukan geografinya yang berbeza. Dialek yang dianggap standard dan


difahami oleh kedua-dua kelompok. Bajau ialah dialek hiling sama yang
dituturkan oleh Bajau di Pulau Omadal. Mereka dipercayai sebagai
kumpulan Bajau yang mula-mula sampai ke Sabah. Sejarah asal-usul
masyarakat Bajau wujud dalam dua bentuk. Yang pertama hasil daripada
pengkajian dan penelitian penulis Barat, dan kedua melalui cerita legenda
masyarakat Bajau tentang asal-usul mereka. Penulisan Barat berpendapat
bahawa masyarakat Bajau adalah satu kelompok masyarakat yang
mempunyai hubungan yang rapat dengan laut atau bersifat kelautan.
Kehidupan

yang

bersifat

kelautan

menyebabkan

orang

Bajau

ini

mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari satu
kawasan penempatan yang bersesuaian. Seterusnya, penulisan Barat juga
berpendapat bahawa masyarakat Bajau sebagai salah satu kelompok
Nomadic

Seafolks

atau

Boat

Nomads.

Kelompok

lain

yang

juga

mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Bajau dan turut


dianggap sebagai Boat Nomads adalah masyarakat Mawken atau Selung
yang terdapat di kepulauan Mergui serta beberapa kelompok lain yang
dikenali dengan pelbagai nama dan terdapat di kepulauan Riau-Lingga,

7 Mosli Tarsat Dan Liana Amin. 2011, Sejarah asal usul Bajau Semporna dan tong tulun (Semporna)
dalam Ismail Ali (ed.), Sejarah Kebudayaan Dan Kesenian Kaum Bajau Semporna Dari Perspektif Hj
Bakara Maharaja Onnong. Kota kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. 2011. Hlm 9-10

10

kawasan Sumatera, pulau bangka, pulau belitung dan pulau tujuh di


Daerah laut China selatan8.
Gelaran

sea

gypsies

oleh

beberapa

penulis

Barat

terhadap

masyarakat Bajau di Sabah, menunjukkan bagaimana kehidupan mereka


dahulunya terdedah kepada kehidupan laut. Kini masyarakat Bajau telah
berubah kepada kehidupan di darat. Perubahan cara hidup ini dibuktikan
dengan kewujudan penempatan masyarakat Bajau yang tertumpu di
kawasan pantai Barat Sabah khasnya di sekitar lembah Tempasuk.
Menurut Erna Wati Binti Hassan (2007), Masyarakat Bajau merupakan
masyarakat kedua terbesar di Sabah dan memainkan peranan yang
penting dalam pentadbiran dan politik dalam negeri (Yahaya, 2000).
Sebagai contoh, penglibatan Tun Sakaran Dandai bekas Ketua Menteri
Sabah sekali gus pernah menyandang jawatan sebagai Tuan Yang
Terutama (TYT) bagi negeri Sabah. Kebanyakan masyarakat Bajau
mendiami kawasan Semporna dan Kota Belud. Kaum Bajau di Semporna
adalah berbeza dengan kaum Bajau di Kota Belud. Kaum Bajau yang
datang bermigrasi di Sabah dipercayai berasal daripada percampuran
kaum yang berada di sekitar selatan Filipina. Masyarakat Bajau yang
datang bermigrasi hanya mempunyai sedikit perbezaan dari kaum Bajau
yang terdapat di Sabah. 9.
Menurut Saidatul Nornis Hj Mahali (2013), pula menyatakan orangorang Bajau merupakan suku kaum yang berselerakan di seluruh rantau
Nusantara. Dakwaan tersebut diperteguhkan lagi dengan kenyataan
Nagatsu(1995) bahawa orang Bajau berselerak di kawasan kepulauan
Sulu, di bahagian utara, timur dan selatan pulau Borneo, Sulawesi,
Halmahera dan bertaburan seluruh kawasan kepulauan Sunda. Kenyataan
ini membuktikan bahawa kaum ini tersebar di pelbagai tempat yang
berbeza dan terpisah berdasarkan geografi dan tradisi sekitaran yang
mendukung hidup mereka10.

8 Saidatul Nornis Haji Mahali. 1999. Bahasa Dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Universiti
Malaysia Sabah: Pusat Penatar Ilmu Dan Bahasa.hlm 35-37.

9 Erna Wati Binti Hassan. Etnomatematik dalam kalangan penduduk kampung sungai obar tinusa
di sandakan Sabah : kajian sistem nombor dan sukatan. Sekolah sains dan teknologi Universiti
Malaysia Sabah. 2007 .(tidak diterbitkan)

11

Manakala, aspek sosial dan ekonomi masyarakat Bajau, menurut Yap


Beng Liang (1993), telah mengetengahkan latar belakang sosioekonomi
masyarakat Bajau di Pulau Omadal. Menurut penulis, pulau ini mempunyai
hubungan yang rapat dengan pulau Bum-Bum yang terletak kira-kira satu
setengah batu dari sebelah Barat laut Pulau Omadal. Ramai penduduk
Pulau Omadal mempunyai kaum kerabat di pulau Bum-Bum. Kehidupan
sosial masyarakat Bajau di Pulau Omadal dapat dilihat di mana ketua
kampung menjadi ketua masyarakat mereka. Sistem pelantikan dan
pengiktirafan kedudukan ketua-ketua kampung sudah dimulakan sejak
zaman pentadbiran British lagi dan waktu itu ketua kampung digelar
orang tua dan diberi surat tauliah serta satu lencana. Di samping itu,
ketua kampung tiap-tiap kampung mempunyai pegawai agama (imam,
bilal, dan khatib) dan sebuah masjid. Masjid tersebut diperbuat daripada
papan dan dibina di pesisiran pantai berhadapan dengan rumah-rumah
masyarakat kampung. Bagi penduduk kampung, masjid merupakan
tempat perhimpunan yang amat penting

bukan sahaja untuk tujuan

bersembahyang tetapi juga untuk menjalankan berbagai-bagai upacara


tertentu seperti Khatam Al-Quran, berkhatan, menimbang bayi, bulan
safar dan lain-lain lagi. Selain masjid dan rumah-rumah penduduk,
terdapat beberapa bangunan lain di Pulau Omadal iaitu sebuah balai raya,
dua bangunan sekolah rendah, dan dua buah rumah guru.
Pulau Omadal ini merupakan tanah pusaka orang Bajau dan telah
turun-temurun diduduki oleh orang Bajau sahaja. Walaupun sebuah
keluarga Cina pernah menduduki pulau itu pada tahun 1950-an kerana
membuka kedai di sana, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai
penduduk asli pulau itu kerana tujuan mereka semata-mata berniaga.
Kegiatan ekonomi yang utama di kalangan orang Bajau Pulau Omadal
ialah menangkap ikan. Menangkap ikan merupakan pekerjaan tradisi yang
turun-temurun dilakukan oleh orang Bajau Pulau Omadal dan mereka
sesungguhnya merupakan nelayan dan pelaut yan mahir. Penangkapan
ikan tidak hanya dilakukan berdekatan dengan Pulau Omadal tetapi
dilakukan beberapa batu jauhnya dari pulau itu. Berbagai-bagai alat yang
digunakan ketika menangkap ikan. Antaranya, pukat, jala, pancing, bub,
10 Saidatul Nornis Hj Mahali. Denda adat sebagai nilai dan norma Bajau kota belud, dalam Saidatul
Nornis Hj Mahali, Nilai Dan Norma Masyarakat Di Sabah. Kota kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
2013. Hlm 55.

12

kelong, sahapang (serampang) dan panak (panah). Terdapat nelayan yang


menggunakan bom dan racun tetapi secara sulit kerana kedua-dua bahan
tersebut diharamkan oleh kerajaan. Jenis ikan yang ditangkap ialah ikan
merah, ikan kembung, ikan tenggiri, ikan kurau, ikan pari, ikan ketambak,
ikan tamban, ikan kayu, ikan labusuk, ikan kubapu, ikan tulai dan ikan
embo-embo. Ikan ini tidak hanya untuk penggunaan sendiri, tetapi
sebahagian besarnya dijual di bandar-bandar seperti Semporna, Tawau
dan Lahad Datu. Ikan dijual sama ada dalam bentuk ikan basah atau
masin. Ikan masin biasanya dijual kepada peniaga Cina di bandar-bandar
tersebut. Selain itu, penduduk Pulau Omadal juga menangkap sotong dan
tripang (bat) untuk tujuan dijual dan kegunaan sendiri. Walaupun kerja
menangkap ikan dan berkebun kelapa tidak mendatangkan pendapatan
yang banyak, namun bagi kebanyakan orang Bajau, kerja tersebut yang
paling sesuai oleh sebab tahap pelajaran mereka yang amat rendah di
samping peluang pekerjaan yang juga terhad bagi mereka. Jika mereka
mencari pekerjaan di bandar, mereka mungkin diterima sebagai buruh
kasar ataupun pekerja tidak mahir dengan pendapatan yang rendah.
Tambahan pula, kebanyakan mereka lebih suka menjalankan pekerjaan
sendiri yang bebas daripada arahan atau peraturan luar. Namun begitu,
dari semasa ke semasa, terdapat beberapa orang Bajau Pulau Omadal
khususnya pemuda-pemuda yang berhijrah ke bandar untuk mencari
pekerjaan lain11.
Seterusnya, menurut Saidatul Nornis Haji Mahali,(1999), Sebagaimana
yang digambarkan oleh hoebel dan heiss(1984:66) thus they come to
know the hinterland even settled down on the tempasuk plain since the
latter half of the last century. With amazing rapidity, they change their
entire life-style. Hobel dan heiss (1984) menjelaskan bahawa mereka
telah memilih untuk mengubah corak kehidupan mereka dengan menjadi
penanam padi yang cekap. Pertanian yang diusahakan di daerah ini
adalah jenis pertanian campur dan pada hari ini, masyarakat Bajau di
Sabah terkenal sebagai penanam padi dan penternak binatang. Dengan
kata lain, pelbgai jenis tanaman diusahakan dan ramai petani menanam
beberapa jenis tanaman pada masa yang sama. Namun, tanamantanaman lain yang diusahakan itu tidak begitu banyak berbanding dengan
11 Yap Beng liang. Orang Bajau Pulau Omadal:Aspek-Aspek Budaya. Selangor: Dewan Bahasa Dan
Pustaka. 1993. Hlm xiii-xviii

13

padi sawah. Tanaman-tanaman lain termasuklah sayur-sayuran, buahbuahan, jagung, ubi kayu, nenas, dan kacang tanah. Selain menjadi
petani, orang Bajau juga menternak binatang seperti kuda dan kerbau.
Kuda diternak untuk pengangkutan dan pengurusan binatang ternakan.
Menurut penulis, pada masa dahulu, memelihara kuda diangaap sebagai
lambang keberanian, kegagahan dan kekuatan masyarakat Bajau. Oleh
itu, pada masa dahulu sesiapa sahaja yang memiliki banyak kuda
dianggap mempunyai status yang tinggi dalam masyarakatnya dan amat
dihormati serta disegani oleh masyarakat sekelilingnya.

Kerbau pula

diternak untuk mengerjakan tanah sawah. Namun begitu, pada masa


dahulu kerbau juga turut dijadikan sebagai alat pengangkutan, malah
penternakkan binatang ini juga memberikan status yang tinggi kepada
penternaknya. Orang Bajau yang memiliki kerbau yang banyak dianggap
sebagai orang yang berharta dan akan dipandang tinggi 12.
Manakala menurut Gusti Saat (2003), dalam kajiannya mengenai
komuniti Bajau di kampung Darau telah mendapati bahawa, sebelum
Sabah merdeka, pekerjaan utama komuniti Bajau ini adalah bertani.
Menjelang awal tahun merdeka, mereka tidak lagi tertumpu sepenuhnya
kepada pertanian, kerana sudah ada dikalangan ahli komuniti ini yang
bekerja dalam sektor bandar seperti dalam lapangan buruh kasar,
kontraktor binaan dan pemandu kenderaan 13.
Menurut Erna Wati Binti Hassan (2007), Masyarakat Bajau di Kota
Belud merupakan masyarakat yang terdiri daripada petani dan penternak
dan hanya segelintir sahaja yang menjadi nelayan. Kaum Bajau di Kota
Belud terkenal dengan panggilan Koboi Asia kerana minat mereka
terhadap haiwan terutama kuda (Yahaya, 2000). Kaum lelaki di kalangan
masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir. Tidak
seperti masyarakat Bajau di Semporna, mereka menjadikan pekerjaan
nelayan sebagai satu pekerjaan yang utama. Kerja menangkap ikan
merupakan aktiviti turun-temurun di mana anak-anak yang masih kecil
sudah mula diajar berenang iaitu kebolehan asas untuk menangkap ikan
(Rosnah, 2001). Kawasan penempatan masyarakat Bajau di Semporna
12 Saidatul Nornis Haji Mahali. 1999. Bahasa Dan Alam Pemikiran Masyarakat Bajau. Hlm46-48
13 Gusti saat, Komuniti Samah-baj au Di Bandar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 2003.hlm
66-67.

14

tertumpu di kawasan perairan dan menjadikan perahu atau kapal mereka


sebagai tempat untuk berteduh14.

1.6

Kaedah kajian
kaedah kajian merupakan satu kaedah yang digunakan oleh pengkaji
dalam mengenal pasti tumpuan masalah kajian. Dalam kajian ini, pengkaji
menggunakan metode pengumpulan data berbentuk kajian arkib, kajian
perpustakaan dan kajian lapangan.
Melalui Kajian arkib, pengkaji memperolehi Sumber primer, iaitu
merangkumi sumber-sumber teks dan dokumen-dokumen rasmi yang
diperolehi daripada arkib negeri Sabah. Pengkaji juga mendapatkan
sumber primer dalam bentuk dokumen rasmi daripada pejabat Daerah
Kuala Penyu untuk memperoleh data yang sahih mengenai penempatan
masyarakat Bajau di kampung Sangkabok.
Seterusnya, kaedah yang digunakan juga ialah kajian perpustakaan
di mana pengkaji menggunakan sumber sekunder yang merangkumi bukubuku, Jurnal dan artikel yang berkaitan dengan masyarakat Bajau. Kajian
perpustakaan dibuat di perpustakaan Universiti Malaysia Sabah.
Berikutnya, pengkaji menggunakan kaedah Kajian lapangan iaitu
Temu bual. Pengkaji akan menemu bual beberapa orang yang mempunyai
maklumat

mengenai

bidang

yang

dikaji.

Informan

tersebut

dipilih

berdasarkan pengalaman mereka. Informan yang dipilih terdiri daripada


masyarakat Bajau yang awal menetap di kampung Sangkabok sekitar
tahun 1958 hingga 2008 yang boleh memberikan maklumat mengenai
sejarah penempatan masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok. Di
samping itu, informan lain yang dipilih ialah Ketua kampung Sangkabok
dan JKKK.
Selain itu, pengkaji juga akan menggunakan kaedah tinjauan.
Melalui kaedah ini, pengkaji akan datang sendiri ke kampung Sangkabok
dan dengan ini pengkaji dapat melihat sendiri bagaimana corak hidup
14 Erna Wati Binti Hassan. 2007. Etnomatematik dalam kalangan penduduk kampung sungai obar
tinusa di sandakan sabah : kajian sistem nombor dan sukatan. Sekolah sains dan teknologi
universiti malaysia sabah (tidak diterbitkan)

15

masyarakat

Bajau

di

Kampung

Sangkabok

dari

segi

sosial

dan

ekonominya.

1.7

Skop kajian
Kajian

ini

hanya

mengkaji

mengenai

perkembangan

penempatan

masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok pada tempoh masa 1958


hingga

2015.

Pengkaji

memilih

tahun

1958

hingga

2008

adalah

disebabkan, pada tahun 1958, bermulanya penempatan masyarakat Bajau


di Kampung Sangkabok, manakala tahun 2015 dipilih sebagai batas kajian
ini adalah kerana, pengkaji ingin mengkaji perkembangan penempatan
masyarakat Bajau di kampung Sangkabok sehingga masa kini bagi
memperjelaskan lagi perkembangan penempatan masyarakat Bajau di
Kampung Sangkabok. Pengkaji hanya memfokuskan subjek kajian kepada
masyarakat Bajau di kampung Sangkabok. Pengkaji memilih Kampung
Sangkabok Menumbok Kuala Penyu sebagai lokasi kajian. Kajian ini akan
memberi tumpuan kepada migrasi dan sosial ekonomi masyarakat Bajau
di Kampung Sangkabok di Daerah Kuala Penyu. Bidang kajian tertumpu
kepada sosial dan ekonomi.

1.8

Pembahagian Bab
Bab

pertama

mengandungi

merupakan
maklumat

cadangan

tentang

kertas

pengenalan

penyelidikan
kepada

yang

penyelidikan,

objektif kajian, permasalahan kajian, metodologi kajian, sorotan literatur,


skop kajian, kepentingan kajian dan pembahagian bab.
Bab kedua pula akan menerangkan mengenai latar belakang
masyarakat Bajau di Sabah secara umumnya dan di Daerah Kuala Penyu
khususnya. Bab ini juga akan menerangkan perkembangan penempatan
awal masyarakat Bajau di kampung Sangkabok Daerah Kuala Penyu.
16

Bab ketiga pula akan menerangkan mengenai sosio-ekonomi


masyarakat Bajau di kampung Sangkabok sekitar tahun 1958-2015. Bab
ini menjurus kepada penerangan mengenai aktiviti sosial masyarakat
Bajau di kampung Sangkabok dan kegiatan ekonomi mereka di sana.
Bab keempat ini akan menerangkan mengenai isu yang dihadapi
oleh masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok sepanjang penempatan
mereka di sana. Isu ini hanya merangkumi isu sekitar tahun 1958-2015.
Bab ini menerangkan tentang Isu yang berkaitan dengan penempatan
mereka di sana yang telah mencorakkan kehidupan masyarakat Bajau di
kampung Sangkabok sehingga ke hari ini.
Bab kelima merupakan kesimpulan kepada sejarah penempatan
masyarakat Bajau di Sangkabok di Daerah Kuala Penyu yang meliputi
aspek migrasi dan sosio-ekonominya. Bab ini akan memberi penyataan
mengenai keseluruhan kajian, jawapan kepada persoalan yang dinyatakan
dalam permasalahan kajian dan pendapat penyelidik tentang keseluruhan
kajian yang dijalankan.

1.9

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kajian ini akan mengkaji mengenai sejarah penempatan
masyarakat Bajau di Kampung Sangkabok di Daerah kuala penyu sekitar
tahun

1958-2008.

Kajian

ini

akan

berfokuskan

kepada

asal

usul

masyarakat bajau di kampung Sangkabok, sosioekonomi mereka dan juga


isu yang dihadapi oleh mereka sepanjang penempatan mereka di
kampung Sangkabok. Salah satu kepentingan kajian ini ialah membantu
menerokai sejarah Kampung Sangkabok untuk rujukan pengkaji yang
seterusnya. Hal ini demikian kerana, walaupun banyak kajian mengenai
masyarakat Bajau dijalankan, namun kajian mengenai masyarakat Bajau
di Daerah Kuala Penyu masih belum dijalankan. Oleh itu, kajian ini penting
untuk menjadi rujukan kepada pengkaji yang seterusnya.

17

1.10

RUJUKAN
Erna wati binti hassan. 2007. Etnomatematik dalam kalangan penduduk
kampung sungai obar tinusa di sandakan sabah : kajian sistem nombor
dan sukatan. Sekolah sains dan teknologi universiti malaysia sabah (tidak
diterbitkan).
Gusti Saat, 2003. Komuniti Samah-Bajau Di Bandar. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Helina Sendera Mohd Yakin.2003. Alkulturasi Imigran Filipina Generasi
Pertama Dan Kedua Di Sabah, Universiti Malaysia Sabah: Pusat Penatar
Ilmu Dan Bahasa
Mohd ismail Ali, 2013, Sosioekonomi Dan Status Kewarganegaraan
Komuniti Bajau Laut Di Pulau Mabul, Semporna. Dalam Saidatul Nornis Hj
Mahali (ed.), Nilai Dan Norma Masyarakat Di Sabah, Kota kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.
Mohd Yassin Isa Asal-Usul Bajau Buletin membaca. Bil:2, perpustakaan
Negeri Sabah. 1987.
Mosli Tarsat Dan Liana Amin. 2011, Sejarah asal usul bajau semporna dan
tong tulun (semporna). Dalam Ismail Ali (ed.), Sejarah, Kebudayaan Dan
Kesenian Kaum Bajau Semporna Dari Perspektif Hj Bakara Maharaja
Onnong. Kota kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Saidatul Nornis Haji Mahali& Budi Anto Mohd. Tamring 2011. Plurality
Dalam Kearifan Local Di Sabah. Kota Kinabalu: Univerisiti Malaysia Sabah.
Saidatul Nornis Haji Mahali. 1999. Bahasa Dan Alam Pemikiran Masyarakat
Bajau. Universiti Malaysia Sabah: Pusat Penatar Ilmu Dan Bahasa.
18

Saidatul Nornis Hj Mahali. 2013. Denda Adat Sebagai Nilai Dan Norma
Bajau Kota Belud, Dalam Saidatul Nornis Hj Mahali (ed.), Nilai Dan Norma
Masyarakat Di Sabah. Kota kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Yap Beng liang. 1993. Orang Bajau Pulau Omadal:Aspek-Aspek Budaya.
Selangor: dewan bahasa dan pustaka.

19