Anda di halaman 1dari 17

PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 1

OBJEKTIF

Objektif am :
Mengetahui dan memahami kegunaan peranti
penderia yang berkaitan dengan cahaya, suhu,
bunyi, tekanan dan kelembapan.

Objektif khusus :

Mentakrifkan penderia(sensor).

Menerangkan fungsi dan kendalian


penderia dari jenis cahaya, suhu, bunyi,
tekanan dan kelembapan.

Menerangkan contoh-contoh kegunaan


serta aplikasi penderia di industri.

INPUT
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 2

Tenag Tenaga
a elektrik
cahaya

17.0 PENGENALAN

Penderia merupakan alat yang menukarkan satu bentuk tenaga/isyarat kepada


satu bentuk tenaga/isyarat yang lain. Contohnya menukarkan dari tenaga/isyarat
tekanan kepada tenaga elektrik. Antara jenis-jenis penderia yang biasa
digunakan terdiri dari jenis cahaya, suhu, tekanan dan bunyi.

Tekanan penderia elektrik

Tekanan piezoelektrik elektrik

Elektrik motor pusingan sudut

Terbahagi kepada dua jenis iaitu :

1. Penderia aktif - tidak memerlukan sumber tenaga dari luar


untuk berkendali.

2. Penderia pasif - memerlukan sumber tenaga dari luar untuk


berkendali.

17.1 Cahaya

17.1.1 LDR (light diod resistor)

Satu elemen dimana kendaliannya bergantung kepada gelombang cahaya.


LDR boleh dianggap sebagai perintang yang mana nilai rintangannya
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 3

dikawal oleh keamatan cahaya. Bila keamatan cahaya tinggi rintangan


adalah rendah. Bila keamatan cahaya rendah rintangan adalah tinggi.

+V
lampu
geganti
C
R
B
E
LDR

-V

Rajah 17.1 : Kegunaan LDR

• Lampu boleh dipasang dan dipadam secara


otomatik dengan
menggunakan litar dari rajah 17.1.

Pada rajah 17.2, digunakan apabila rintangan gelap bagi LDR lebih tinggi
dari R dan rintangan cerahnya lebih rendah dari R.

Pada waktu malam, rintangan LDR akan lebih tinggi dari R, voltan pada
tapak (B) transistor menjadi positif. Seterusnya arus akan melalui ke
pemungut (C) transistor dan ini akan membuat geganti tertutup seterusnya
lampu terpasang.

Pada siang hari, rintangan LDR menjadi rendah, voltan yang dikenakan
pada tapak(B) transistor menjadi negatif. Oleh itu tiada arus yang
mengalir melalui pemungut (C) transistor maka geganti akan terbuka dan
seterusnya lampu akan terpadam.

R
Rintangan gelap

Rintangan cerah

Cahaya
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 4

Rajah 17.2 : Ciri rintangan bagi LDR

17.1.2 Photo Transistor

Penderia jenis ini adalah lebih peka terhadap cahaya daripada jenis diod. Apabila
‘kaki tapak’ terkena pancaran cahaya, ianya akan menghasilkan
pengaliran arus pada ‘kaki tapak’(Ib) dan mengalirkan arus pada ‘kaki
pemungut’(Ic). Dari gambarajah 17.3, apabila persimpangan Je
dikenakan pincang hadapan dan simpang Jc dikenakan pincang balikan
arus (Ib) adalah kecil dan transistor tidak dapat berfungsi. Tetapi
apabila cahaya mengenai transistor, khususnya pada simpang Jc,
elektron akan dihasilkan dengan banyaknya. Bila ini berlaku Ic akan
mengalir dengan nilai yang tinggi dan oenderia berfungsi.
.Pertambahan Ic ini bergantung kepada keamatan cahaya.

C Pancaran
N Jc +
VCE
P

N
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 5

Pancaran
-
Je

Rajah 17.3a Photo Transistor Rajah 17.3b Simbol Photo


Transistor
17.1.3 Photo Diod

Asasnya penderia Photo diod ialah sebuah diod seperti rajah 17.4a.
Permukaan katodnya disaluti dengan bahan-bahan seperti ‘cesium
antimony’ atau ‘potasium oksida’ yang sangat peka kepada cahaya.

Apabila pancaran cahaya dikenakan ke atas permukaan katod, ianya akan


mengeluarkan elektron dan mengalirkan arus. Arus yang mengalir ini
boleh diukur dengan ammeter yang ditentukur dengan menggunakan unit
‘lumen’ iaitu unit untuk cahaya.

Jenis kaca pada tiub akan menentukan kepekaan penderia tersebut kepada
panjang gelombang cahaya. Pada amnya tiub kaca akan memotong
sinaran pancaran dalam julat ultra-violet.

Berpandukan kepada lengkung cirri arus-voltan di rajah 17.4b, apabila


voltan yang mencukupi dipasang di antara anod dan katod, arus yang
mengalir bergantung kepada jumlah cahaya yang dipancarkan.

Ciri arus-cahaya di rajah 17.4c menunjukkan gerakbalas yang linear(boleh


ditentukur secara linear). +V
I cahaya

Rajah 17.4a : Simbol Photo diod


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 6

A)
µ Lumen
( 0.1
0.08
od
An
us 0.06
Ar 0.04
0.02

40 80 120 160 Volt

Rajah 17.3b : Ciri arus-voltan Photo Diod

A)
µ
(
od
An
us
Ar

Fluks cahaya (Lumen)

Rajah 17.3c : Ciri-ciri arus-cahaya Photo Diod

17.2 Suhu

17.2.1 Penganding Suhu (Thermocouple)

Termokupel pada rajah 17.5a mempunyai satu pasang dawai yang


berlainan. Pasangan dawai ini disambung pada satu
hujung(cantuman panas) dan terbuka pada hujung yang satu
lagi(cantuman sejuk). Hujung terbuka dikekalkan pada satu nilai
suhu yang tetap. Apabila terdapat perbezaan suhu di antara
cantuman sejuk dan panas, daya gerak elektrik (d.g.e) akan
dihasilkan dan ini akan menyebabkan arus mengalir didalam litar.
Apabila disambungkan satu meter pada cantuman sejuk yang
terbuka itu, nilai arus yang mengalir dapat diukur. Arus adalah
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 7

berkadar terus dengan perbezaan suhu di antara cantuman panas


dan sejuk. Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung kepada
logam dawai dan juga perbezaan suhu di antara cantuman panas
dan cantuman sejuk.

Kesan termo-elektrik yang disebabkan oleh keupayaan sesentuh


pada cantuman dikenali sebagai ‘Kesan Seeback’.

Magnitud d.g.e yang dihasilkan bergantung kepada logam padwai


dan juga pebezaan suhu di antara cantuman.

Cantuman panas

bahan G meter

Tiub T Cantuman sejuk


Rajah 17.5a : Termokupel
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 8

Voltan keluaran
termokumel

Suhu x 102 °C

Rajah 17.5b : Graf keluaran termokupel melawan suhu untuk beberapa jenis logam
Kerintangan ( Ω cm )

Suhu °C

Rajah 17.5c : Ciri rintangan suhu


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 9

17.2.2 RTD (Resistance Temperature Detector)


(Pengesan Suhu Rintangan)

Contoh RTD yang biasa digunakan adalah Termistor (Thermal


resistor). Termistor merupakan komponen separa pengalir yang
boleh dianggapkan sebagai perintang yang mempunyai angkali
suhu rintangan negatif. Ini bererti bahawa rintangannya akan
berkurangan apabila suhunya bertambah.

Rintangan termistor pada suhu bilik boleh susut sebanyak 6%


untuk satu darjah Centigrade kenaikan suhu. Kepekaan yang
tinggi pada perubahan suhu ini membuat termistor sangat sesuai
untuk ukuran suhu dengan tepat sekali dan juga sebagai alat
kawalan dan pemanasan. Julat suhu kegunaannya ialah di antara –
100°C hingga 300°C.

Termistor dibuat dari campuran bersinar logam oksida iaitu


manganese, nikel, kobalt, tembaga, besi dan uranium.

Julat rintangan termistor adalah dari 0.5 ohm hingga 75 Mohm dan
didapati dalam berbagai bentuk dan saiz.
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 10

AKTIVITI 17a

Uji Kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya . Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

17.1 Nyatakan takrifan bagi penderia dan berikan dua contoh penderia yang
selalu digunakan.

17.2 Dengan bantuan gambarajah litar, terangkan penggunaan penderia jenis


cahaya iaitu LDR.

17.3 Jelaskan binaan bagi sebuah Termokupel.

17.4 Terangkan kesan termo elektrik(seeback) didalam penderia Termokupel.


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 11

INPUT

17.3 Bunyi

17.3.1 Ultrasonik

Ultrasonik merupakan penderia yang digunakan untuk mengesan


frekuensi bunyi. Ia menggunakan satu pemancar yang akan
mengeluarkan satu gelombang bunyi yang telah disetkan pada satu
julat tertentu. Pancaran gelombang tersebut akan di kesan oleh satu
alat penerima yang mana akan berkeadaan positif sekiranya
terdapat satu gangguan atau halangan bagi laluan gelombang yang
sepatutnya diterima oleh alat penerima tersebut.

17.4 Tekanan

17.4.1 Strain Gauge (Tolok Terikan)

Strain Gauge tergolong dalam penderia pasif di mana rintangan


Strain Gauge akan berubah apabila daya mekanikal dikenakan ke
atasnya. Ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu:
i. Jenis terikat (bounded)
ii. Jenis tidak terikat (unbounded)

Strain Gauge jenis terikat terdiri daripada satu kepingan logam


nipis dan diperketatkan pada satu bahan penyokong seperti yang
ditunjukkan dalam rajah 17..

Bahan
penyokong

Logam nipis

Rajah 17.6a Strain Gauge jenis terikat


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 12

Strain Gauge jenis tidak terikat terdiri daripada satu dawai halus
yang dibentukkan pada penyokong-penyokongnya dan dikenali
juga sebagai ‘Wire Strain Gauge’.
penyokong

Dawai
halus

Rajah 17.6b : Wire Strain Gauge

17.4.1.1 Prinsip kendalian

Apanila Strain Gauge dikenakan tegasan dari luar,


rintangan dawai akan berubah disebabkan olej perubahan
panjang dawai akibat dari pemanjangan atau mampatan.
Perubahan rintangan pada Strain Gauge adalah
berkadaran dengan terikan pada bahan dan diukur
dengan mengunakan litar Tetimbang Wheatstone.

17.4.1.2 Kepekaan suatu Strain Gauge diberi dalam sebutan


Faktor Tolok iaitu nisbah perubahan rintangan per unit
(∆ R/R) dengan perubahan panjang per unit (∆ l/l)

FAKTOR TOLOK, K = ∆ R / R
∆ l/l

Di mana K = Faktor Tolok


R = rintangan asal Strain Gauge
∆ R = perubahan rintangan Strain Gauge
l = panjang bahan diukur
∆ l = perubahan panjang

17.4.2 Piezoelektrik
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 13

Piezoelektrik merupakan bahan aktif yang berupaya mengeluarkan


voltan dan arus sendiri apabila dirangsang oleh satu tenaga yang
berbentuk fizikal. Bahan yang biasa digunakan didalam penderia
ini ialah kuartza. Walaubagaimana pun ‘piezoelektrik synthetic’
yang mengandungi bahan titanate seramik adalah terdiri daripada
serbuk-serbuk halus dibawah tekanan yang menjadikannya satu
bahan yang mempunyai medan elektrik arus terus yang kuat.

Manakala piezoelektrik hablur digunakan sebagai satu cara untuk


mengukur tenaga.

Tekanan masukan

Plet daya
(diafram)

keluaran
tapak

Rajah 17.6 Piezoelektrik

17.4.2.1 Prinsip Kendalian

Bahan binaan piezoelektrik terdiri daripada bahan


yang menghasilkan cas-cas elektrikapabil terkena
daya atau tekanan. Beban hablur atau kristal akan
mengeluarkan daya gerak elektrik. Kristal ini akan
diapit di antara tapak dan plet yang mengalami
sejumlah daya bila tekanan dari bahagian atas
kristal dan ianya akan tertekan dan mengeluarkan
daya gerak elektrik pada punca keluaran 1 dan 2.
Pengeluaran daya gerak elektrik pada punca
Keluaran 1 dan 2 adalah berkadar terus dengan
kekuatan tekanan.

17.4.2.2 Kegunaan
PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 14

Piezoektrik digunakan untuk mengukur perubahan


tekanan, getaran dan bunyi. Juga sebagai meter
pecutan frekuensi tinggi kerana ia mempunyai
tindakbalas frekuensi yang baik. Biasanya ia
digunakan didalam system penguat.

17.5 Kelembapan

17.5.1 Humidity Sensor / Penderia Kelembapan

Humidity sensor atau penderia kelembapan terbentuk daripada


lapisan polimer thermoset, elektrod platinum serta cip silicon
voltan bersepadu untuk keluaran isyarat seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 17.7.

17.5.1.1 Cara Beroperasi

Kandungan air pada lapisan dielektrik akan


bertindak balas dengan gas di sekelilingnya. Bagi
penderia, lapisan platinum poros akan
mengenalpasti tindak balas luar dielektrik manakala
lapisan polimer akan menyediakan pertahanan
nekanikal untuk lapisan platinum daripada habuk,
kekotoran serta minyak.

Sekiranya lapisan kekotoran terlalu tebal, maka ini


akan menyebabkan masa bertindak balas bagi deria
akan menjadi semakin perlahan kerana kelembapan
air akan lambat bertindak balas dengan penderia.

Habuk, kotoran & minyak tidak


akan memeberi kesan kepada
sensor

Rajah 17.7 Penderia Kelembapan


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 15

AKTIVITI 17b

Uji Kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya . Sila semak


jawapan anda pada maklumbalas di halaman berikutnya.

17.1 Nyatakan dua jenis penderia tekanan (Strain Gauge) dan lukiskan
gambarajahnya.

17.2 Berikan takrifan Faktor Tolok.

17.3 Dengan bantuan gambarajah, terangkan kendalian bagi Piezoelektrik.

MAKLUM BALAS 17a

17.1 Rujuk input 17.0

17.2 Rujuk input 17.1.1 dan input rajah 17.1a

17.3 Rujuk input 17.2.1 dan input rajah 17.4a

17.4 Rujuk input 17.2.1

MAKLUM BALAS 17b


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 16

17.1 Rujuk input 17.4.1

17.2 Rujuk input 17.4.1.2

17.3 Rujuk input 17.4.2.1 dan input rajah 17.6.

PENILAIAN KENDIRI

Selamat mencuba

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang telah disediakan.

17.1 Berikan keterangan ringkas mengenai ‘penderia kelembapan ‘


seperti yang terdapat dalam unit ini.

17.2 Apakah dia ‘penderia ultrasonik’ . Terangkan.

MAKLUM BALAS PENILAIAN KENDIRI


PENDERIA(SENSOR) E3042 / UNIT 17 / 17

17.1 Rujuk input 17.5

17.2 Rujuk input 17.3