Anda di halaman 1dari 2

Sejak kebelakangan ini, dalam era globalisasi ini dunia ini semakin terancam akibat

perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab, mengakibatkan kemusnahan alam sekitar.


Oleh sebab itu, kita mesti melindungi khazanah Tuhan yang indah ini alam kita supaya tidak
tercemar dengan merujuk kepada nilai-nilai murni di bawah.
Masyarakat perlu ada nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar, iaitu sikap memelihara
alam sekeliling supaya dapat mengelakkan ancaman kepupusan flora dan fauna.Sebagai
contoh, masyarakat tidak melakukan aktiviti-aktiviti seperti pembakaran terbuka
dan penebangan hutan dan sebaliknya, berganding bahu memelihara flora dan fauna di
sekelilingnya. Selain itu, nilai ini membolehkan masyarakat untuk mendidik diri masingmasing bagaimana caranya untuk memulihara alam sekeliling. Sebagai contoh, masyarakat
telah mengalakkan kerajaan untuk menanam semula pokok-pokok yang telah ditebang dan
juga mewujudkan ladang hutan supaya dapat mengekalkan kewujudan species flora tersebut.
Nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar juga adalah satu nilai yang perlu ditanam dalam
kalangan masyarakat, iaitu sikap yang prihatin terhadap persoalan alam sekeliling agar dapat
menghargai dan menyedari kepentingan alam sekitar yang bersih. Sebagai contoh,
masyarakat harus memastikan kualiti alam sekitar dikekalkan bagi menjamin kesihatan serta
kesejahteraan mereka. Di samping itu, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar membolehkan
masyarakat untuk berusaha menyelesaikan sebarang konflik flora dan fauna yang sedang
dihadapinya supaya dapat mengekalkan keunikan alam sekitar. Seperti contohnya,
masyarakat sering bekerjasama mencari penyelesaian untuk menangani masalah seperti
pembakaran terbuka di kawasan mereka agar keselamatan dan juga keselesaan hidup dapat
dijamin pada masa yang akan datang.
Masyarakat juga haruslah mempunyai nilai keharmonian antara manusia dengan alam
sekitar. iaitu sikap saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling
agar dapat menjamin alam sekitar yang sentiasa terjaga dan terpelihara. Sebagai contoh,
masyarakat sering mengguna semula atau mengitar semula saya dapat
mengurangkan permintaan bahan mentah untuk diproses dan akhirnya, menjimatkan masa
serta tenaga. Selain itu, nilai ini dapat mewujudkan kualiti kehidupan terpelihara agar generasi
pada masa depan boleh menikmati keindahan serta keunikan yang telah dijaga dengan teliti.
Contohnya, masyarakat memelihara kualiti kehidupan dengan menanam pokok serta tidak
membuang sampah merata-rata dan juga tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh
mencemarkan udara, sungai dan tanah.
Akhir sekali nilai yang perlu ditunjukkan oleh rakyat ialah bertanggungjawab menjaga
alam ini dengan sebaik yang mungkin supaya tiada pencemaran atau kemusnahan alam
berlaku. Masyarakat mesti mempunyai kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan
melaksanakan tugas dengan menjaga alam ini sebaik yang mungkin supaya anak kita dapat
menikmati khazanah ini. Selain itu, kita mesti melaksanakan kewajipan dengan sempurna
dengan mengekalkan alam ini daripada pencemaran. Contohnya, seseorang rakyat itu
bertanggungjawab untuk mengekalkan keindahan alam ini dengan menjaganya sebaik yang
mungkin tanpa memikirkan kepentingan diri.
Kesimpulannya, khazanah hutan ini harus dikekalkan supaya generasi yang akan datang
dapat menikmati akan keindahan alam sekitar ini. Dengan ini, kita harus berganding bahu
bagai aur dengan tebing untuk mengekalkan alam ini.

Anda mungkin juga menyukai