Anda di halaman 1dari 5

FORUM BAHASA MELAYU BULI: PUNCA & JALAN PENYELESAIANNYA

A:Remaja berkualiti bebas buli


B:Buli bukan penyelesai masalah
C:Buli pemusnah kehidupan remaja
D:Buli peragut maruah remaja
A:Belia benci buli
B
C
D
B:Salam ukhwah dan salam pertemuan saya ucapkan. Bersyukur kita ke
hadrat tuhan kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama
berkumpul pada hari ini bersama saya dalam arena forum perdana remaja.
Pada pagi ini, kita akan mengungkap satu isu yang amat penting kerana ini
melibatkan maruah, masa hadapan dan juga nama negara kita sendiri. Buli,
acap kali kita mendengar perkataan ini. Kita perlu tahu bahawa perkara ini
bukan perkara yang perlu diperlekehkan kerana pada zaman sekarang, kita
sering mendengar pelbagai berita di media massa mengenai remaja yang
semakin berani tanpa rasa malu untuk melakukan gejala ini sehingga pada
satu tahap remaja ini membuat satu keputusan yang mengejutkan semua
pihak dengan memuat naikkan kegiatan mereka di laman-laman sosial seperti
laman pemuat video, blog dan sebagainya. Perkara ini membimbangkan
semua pihak apabila walaupun didedahkan dengan pelbagai keburukkan,
remaja tetap melakukan kegiatan buli. Hal ini dapat dikatakan seperti
mencurahkan air ke daun keladi. Oleh itu, kita perlu mengkaji punca-punca
berlakunya gejala ini agar tidak menjadi darah daging kita dan menconteng
arang ke muka warga pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Bagi menangani
punca buli ini, kita perlu mencari jalan penyelesaiannya seperti kata ungkapan
setiap masalah itu pasti ada penyelesaiannya. Jadi tajuk forum kita pada hari
ini ialah buli, punca dan jalan penyelesaiannya. Sebelum saya mengulas tajuk
ini dengan lebih lanjut, ah, lupa saya untuk memperkenalkan ahli panel kita
pada hari ini, orang kata tidak kenal maka tidak cinta, kalau sudah kenal,
jangan pula jatuh cinta. Di sebelah kanan saya, saudari A selaku Ketua
Umum di SMKSH. Apa khabar saudari?
A:Khabar baik.
B:Di sebelah kiri saya pula saudari yang comel molek iaitu saudari C yang
merupakan exco biro disiplin sekolah kita. Terima kasih saudari kerana sudi
hadir bersama-sama kami. Seterusnya, di hujung sana pula saudari D yang
merupakan ahli pembimbing rakan sebaya. Terima kasih saudari kerana sudi
meluangkan masa bersama kami pada hari ini. Baiklah, sebelum kita
mengkaji topik kita pada hari ini, saya ingin bertanyakan kepada saudari A.
Ramai yang memberi pandangan terhadap konsep buli ini, jadi boehkah

saudari mendefinisikan konsep buli ini yang berlaku dalam kalangan remaja
sekolah. Silakan.
A: Baiklah, Salam sejahtera dan terima kasih saya ucapkan kepada Tuan
Pengerusi Majlis yang begitu manis sebentar tadi. Hadirin dan hadirat
sekalian, sudah terang lagi bersuluh, gejala buli pada masa kini semakin
kronik dan membimbangkan masyarakat Malaysia terutamanya ibu bapa dan
penjaga. Sebelum rakan panel yang lain mengulas dengan lebih lanjut
mengenai tajuk ini, izinkan saya untuk mendefinisikan perkataan buli. Buli
membawa maksud sebagai mendera atau mempermainkan seseorang
terutamanya mereka yang lemah. Oleh itu, buli dapat diinteprasikan sebagai
perbuatan menakutkan seseorang yang biasanya dilakukan oleh seseorang
yang lebih besar daripada orang yang dibuli. Hal ini secara tidak langsung
menyebabkan mereka yang lemah lebih mematuhi mereka yang lebih besar
daripada diri mereka sendiri. Hadirin sekalian, sebenarnya fenomena buli ini
secara am dapat dikatogarikan kepada dua, yang pertamanya ialah secara
langsung, contohnya memukul mendera ataupun mengugut. Yang kedua pula
ialah buli secara tidak langsung. Contoh yang dapat kita ambil ialah
mencerca, mengutuk ataupun mentertawakan rakan-rakan lain. Saya juga
ingin berkongsi dengan hadirin sekalian mengenai buli secara khusus yang
dapat dikelaskan kepada lima iaitu buli fizikal, buli bahasa, buli isyarat, buli
memulau dan buli peras ugut. Persoalannya, mengapakah gejala buli
semakin hari semakin membara dalam kalangan pelajar sekolah? Hadirin dan
hadirat sekalian, Ini sudah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan,
semakin merebak. Tepuk dada anda dan tanyalah diri sendiri, apakah
jawapan bagi persoalan ini? Hal ini demikian kerana, saya percaya setiap
persoalan pasti ada jawapannya. Sekian sahaja daripada saya. Saya
serahkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.
B: Terima kasih saudari A atas penerangan konsep yang arif lagi jitu.
Seterusnya, saya ingin bertanyakan soalan kepada saudari C. Rakan sebaya
merupakan salah satu golongan yang rapat dengan jiwa remaja. Jadi
bolehkah saudari menerangkan bagaimana pengaruh rakan sebaya ini dapat
menjadi pendorong kepada remaja untuk melakukan kegiatan buli. Silakan.
C: Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Selamat pagi kepada semua.
Seperti kita sedia maklum, kes buli kebiasaannya berpunca daripada
pengaruh rakan sebaya. Hakikatnya pada zaman globalisasi ini, remaja lebih
mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka berbanding dengan
ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya menjadi model dalam kehidupan
remaja. Mereka lebih percaya kepada rakan seusia untuk berkongsi masalah
kerana kurang perhatian daripada ibu bapa. Kebanyakkan kes buli bermula
apabila pelajar yang saiz badannya lebih besar membuli pelajar yang saiz
badannya lebih kecil. Kumpulan rakan sebaya pula akan memberi tekanan
kepada rakan-rakan dalam kumpulan sehingga mendorong mereka agar
mengikut tingkah laku rakan mereka yang suka membuli itu. Misalnya, kes
buli yang telah menggemparkan seluruh negara suatu ketika di mana
Muhammad Afik Baharuddin, pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah agama di
Kuala Lipis parah cedera akibat dibelasah sekumpulan pelajar sekolah
tersebut hanya kerana keenganannya memberi pinjam sesuatu barang. Afik

telah mengalami kecederaan parah dan berkemungkinan lumpuh kerana


kecederaannya berkaitan saraf tunjang. Hal ini berlaku kerana sekumpulan
pelajar terikut-ikut dengan rakan sebaya mereka yang hanya ingin berseronok
tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Hadian sekalian, jelaslah
bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca meningkatnya gejala buli
di sekolah-sekolah. Kembali kepada Tuan Pengerusi Majlis.
B:Terima kasih kepada saudari C atas penerangan beliau sebentar tadi.
Baiklah, selain daripada pengaruh rakan sebaya, pengaruh media massa
turut menjadi punca mengapa gejala buli sering berlaku. Jadi saya ingin
bertanyakan soalan kepada saudari D. Bagaimanakah pengaruh media
massa dapat mendorong remaja agar terjebak dengan gejala bumi ini.
D:Terima kasih saudari pengerusi yang sentiasa mengajukan pelbagai soalan
intelek. Selamat sejahtera. Sebentar tadi, Tuan Pengerusi Majlis telah
mengajukan persoalan mengenai pengaruh media massa yang turut menjadi
punca berlakunya kes-kes buli. Saya yakin pengaruh media massa
menyebabkan kes-kes buli meningkat kerana majoriti drama dan filem yang
ditayangkan di media massa sangat memaparkan dan mendedahkan aksi
yang berbahaya kepada penonton-penonton. Sebahagian besar khalayak
penonton di Malaysia terdiri daripada kanak-kanak dan para remaja yang
sedang meningkat pembesarannya dan memerlukan pemantauan dari orang
dewasa. Aksi yang diminati pastinya akan ditiru oleh mereka tanpa
memikirkan baik dan buruknya akibat daripada perbuatan mereka itu. Justeru,
tidak hairanlah jika tayangan aksi filem mendapat sambutan hangat sehingga
mencapai taraf pecah panggung dalam kalangan masyarakat. Sambutan
hangat ini menyebabkan stesen-stesen televisyen berlumba-lumba untuk
menyiarkan dan menerbitkan filem bercorak sedemikian. Maka tidak hairanlah
yang menjadi paparan utama adalah agenda-agenda buli dalam filem-filem
aksi seperti KL Gangster. Jikalau keadaan ini tidak ditangani dengan segara,
sudah pasti gejala buli akan semakin meningkat di sekolah-sekolah
memandangkan remaja cuba menjadi hero di alam realiti pula. Kembali
semula kepada Tuan Pengerusi Majlis.
B;Terima kasih kepada saudari D atas penerangan beliau yang begitu jelas
tadi. Baiklah, setelah berbincang tentang punca berlakunya buli, kalau ada
hitam pasti ada putih, jika ada puca pasti ada jalan penyelesaiannya. Jadi,
berbalik semula kepada saudari A. Bagaimana institusi pendidikan dapat
memainkan peranan untuk menangani gejala buli ini secara berkesan?
A:Baiklah, terima kasih kerana mengajukan soalan yang begitu menarik
kepada saya. Pada pendapat saya, institusi pendidikan memainkan peranan
yang penting dalam menangani gejala buli. Institusi pendidikan dapat
ditakrifkan sebagai tempat bagi menimba ilmu secara formal. Pendidkan pula
berperanan dalam menangani gejala negative di sekolah. Pendidkan secara
formal perlu diberikan kepada remaja agar mereka dapat mengalami
perubahan dari segi jasmani, rohani dan intelek sebagaimana yang telah
diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang sempurna
dapatmembuka minda dan membentuk sikap serta keperibadian yang teguh
dan liberal. Selain itu, program yang memberi penekanan kepada keburukan

gejala buli perlu kerap dianjurkan agar menyemai sikap benci akan perbuatan
buli dalam diri remaja. Baiklah, saya serahkan kepada Tuan Pengerusi Majlis.
B:Terima kasih kepada saudari A atas penerangan beliau yang cukup bernas.
Baiklah, kita semua tahu ibu bapa merupakan individu yang rapat dengan jiwa
remaja dan memahami jiwa remaja. Oleh itu, saya ingin bertanyakan kepada
saudari C tentang peranan ibu bapa dalam memastikan remaja tidak terjebak
ke dalam gejala yang negatif ini.
C:Terima kasih saudari B. Hadirin sekalian, pepatah Melayu ada mengatakan
sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Oleh itu, dalam usaha
menangani masalah ini, ibu bapa amatlah penting. Hal ini demikian kerana,
ibu bapa adalah asas pembentukan peribadi anak sejak kecil lagi
memandangkan melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sebagai insan yang
paling hampir dengan anak-anak, ibu bapa perlu memberi didikan agama
kepada anak-anak supaya mereka menjadi insan yang bermaruah dan
mengamalkan kebaikan dalam kehidupan. Natijahnya, ibu bapa dapat
menghindarkan remaja daripada melakukan perbuatan buli. Hal ini bertepatan
dengan pepatah Arab yang mengatakan anak-anak umpama sehelai kain
putih, ibu bapalah pencoraknya. Jelaslah, peranan ibu bapa sebagai suri
teladan tidak dapat disangkal. Hadirin sekalian, utamakan keluarga, semakin
hari semakin sayang. Kembali kepada pengerusi majlis.
B:Terima kasih kepada saudari C. Saya begitu tertarik sekali dengan hadis
yang mengatakan anak-anak merupakan sehelai kain putih yang dicorakkan
oleh ibu bapa. Jadi ibu bapa, terserahlah kepada anda sama ada memilih
corak A,B ataupun C. Sekarang saya ingin mengajukan soalan kepada
saudari D tentang langkah yang perlu diambil oleh kerajaan bagi menangani
masalah ini.
D:Hadirin dan hadirat sekalian, kita sering terlepas pandang akan
tanggungjawab kerajaan dalam usaha menoktahkan gejala ini kerana kita
asyik menumpukan kepada peranan yang dekat kepada kita. Undang-undang
yang sedia ada perlu dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, kempen Antibuli boleh dianjurkan bagi menyemai sikap mengelakkan perbuatan buli
dalam kalangan remaja.
B:Terima kasih. Di sini kita dapat simpulkan bahawa terdapat banyak punca
dan langkah yang berkaitan dengan gejala buli. Semua pihak perlu
bekerjasama dan berganding bahu dalam mencegah perbuatan ini yang
semakin berleluasa. Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata
terhadap perbuatan buli kerana sudah termaktub dalam hukum alam bahawa
setiap individu dalam sesebuah negara terikat kepada undang-undang. Hal ini
demikian kerana, perbuatan ini boleh membawa padah kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh itu, bertindaklah sebelum nasi menjadi bubur.
Terima kasih kepada ahli panel kerana sudi berada dengan kami pada hari ini.
Saya silakan panel hakim bagi mengajukan soalan.
Panel hakim bertanyakan soalan

B:Terima kasih kepada ahli panel kerana menjawab pertanyaan panel hakim
dengan begitu baik. Baiklah, sekian sahaja daripada kami. Sekiranya terdapat
salah silap daripada kami, harap dimaafkan. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai