Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 1

Dengan menggunakan pemproses perkataan atau persembahan elektronik;


senaraikan media-media pengajaran dan pembelajaran yang terdapat di sekolah
anda (ingat! apa yang terdapat di sekolah anda sahaja). Kemudian nyatakan,
mengapa media-media tersebut penting atau boleh digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. 21 mei 2010

Tugasan 2

Berdasarkan mata pelajaran anda, pilih satu sub-tajuk untuk P&P selama 1 jam
atau 30 minit; kemudian bina satu carta atau poster yang bersesuaian dengan sub-
tajuk yang hendak diajar. Berdasarkan bahan media yang disediakan bina satu RPH
untuk menjelaskan bagaimana bahan media tersebut digunakan dalam proses P&P.

RPH disediakan dengan pemproses perkataan dan dihantar melalui ruang ini. Bahan
Media pula dihantar semasa perjumpaan di Maktab. 21 mei 2010

Tugasan 3

Dengan menggunakan persembahan elektronik sediakan satu peta minda (contoh


peta minda constructivism) yang dapat menjelaskan konsep Teknologi Maklumat
dan Komunikasi dan perkaitannya dengan sistem pendidikan (atau penggunaannya
dalam sistem pendidikan di neagara kita).

Sila hantar persembahan elektronik anda melalui ruang ini.


Bacaan berkaitan dengan peta minda dan untuk contoh klik sini: 30 mei 2010

Tugasan 4

Dengan menggunakan 3 atau 4 perisian PPBK yang terdapat di sekolah anda atau
download dari Bahagian Teknologi Pendidikan), buat penilian dan kemudian
perbandingan antara perisian-perisian PPBK itu dari beberapa aspek yang terdapat
dalam penilian itu.

Bina hasil penilian dan perbandingan anda dengan menggunakan pemproses


perkataan.

Hantar hasil anda melalui ruang ini. 21 mei 2010

Tugasan 5
Dengan menggunakan kemudahan internet dapatkan maklumat tentang fungsi
sebuah Pusat Sumber Sekolah, Pusat Kegiatan Guru dan Bahagian Teknologi
Pendidikan dari segi peranan dan objektifnya.

Hasilkan dapatan anda dengan pemproses perkataan atau persembahhan


elektronik. Dalam bahagian sumber, nyatakan rujukan anda, terutama rujukan
laman web.

Hantar tugasan ada melalui ruang ini. 30 mei 2010

Tugasan 6

Dengan menggunakan pemproses kata atau persembahan elektronik, nyatakan


bagaimana anda hendak merancang penggunaan bahan atau alat pandang
dengar dalam bilik darjah dan terangkan peringkat-peringkat penggunaan tersebut
semasa peringkat pra (perancangan), semasa (aplikasi) dan pasca (penilaian).

Hantar tugasan anda dalam ruang ini. 15 sept 2010

Tugasan 7

Dengan menggunakan hamparan elektronik (excel), sediakan satu jadul analisa


keputusan peperiksaan akhir semester kelas anda. Dalam analisa anda
mengandungi jumlah, purata, gred mata pelajaran, kedudukan dalam kelas
mengikut (menggunakan) formula.

Dalam worksheet berasingan (tapi dalam satu fail yang sama) bina carta yang
bersesuaian untuk meunjukkan salah satu analisa keputusan peperiksaan kelas
anda.

Hantar tugas anda dalam runga ini. 15 sept 2010

Tugasan 8

Dengan menggunakan perisian persembahan elektronik (power point); hasilkan


satu bahan pengajaran & pembelajaran multimedia berasaskan satu sub-tajuk bagi
matapelajaran utama anda.

Bahan P&P anda harus mengambil kira asepk reka bentuk (sila baca maklumat reka
bentuk pengajaran - Instructional Design) dan pendekatan P&P.
Hantar hasil tugasan anda dalam rungan ini. Jika tugasan anda saiznya besar lebih
dari 2MB - zipkan dan hantar melalui email. (15 sept 2010)

Tu gasan 9

Berdasar sub-tajuk mata pelajaran yang hendak diajar oleh anda, gunakan sumber
laman-laman web (sekurang-kurangnya 5 laman) yang berkaitan; dengan
menggunakan pemproses kata bina rancangan P&P untuk menjelaskan bagaimana
sub-tajuk di atas dapat dipelajarai oleh pelajar anda (atau digunakan oleh anda
dalam proses P&P) berdasarkan laman-laman web yang menjadi rujukan.
Sertakan juga, URL laman tersebut dalam lampiran rujukan :

Hantar hasil tugasan anda melalui ruang ini. 15 sept 2010

Tugasan 10

Markah bagai tugasan ini merupakan kekerapan aktiviti yang akan anda lakukan
melalui e-pembelajaran (LMS - Learning Managment System) ini. Dalam bahagian
ini anda juga akan dinilai melalaui perbincangan, catatan jurnal anda dan respon
anda kepada rakan-rakan anda yang semuanya merupakan aspek diri anda
(sahsiah).

Anda digalakkan menggunakan ruang e-pembelajaran ini dengan sebaik mungkin.


30 jun 2010

Anda mungkin juga menyukai