Anda di halaman 1dari 8

Berikan huraian yg kritis berkaitan legasi colonialisme ke atas agama

islam sebagai satu cara hidup di kalangan masyarakat tanah melayu.

1.0

PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi'

merupakan perkataan

Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar. Menurut


Kamus Melayu Inggeris Dewan, legasi membawa tiga maksud 1. pusaka,
harta peninggalan 2. warisan 3.

Kesan. Manakala, Kolonialisme pula

merupakan

oleh

dasar

atau

amalan

sesebuah

negara

meluaskan

penguasaannya ke atas sesebuah negara lain. Secara umumnya istilah


kolonialisme mempunyai dua pengertian. Pertama, bermaksud proses
sesuatu kuasa mendapatkan kawasan petempatan baru melalui kaedah
penaklukan dan penghijrahan. Kaedah penaklukan bererti perluasan
penaklukan melalui tindakan ketenteraan. Kaedah penghijrahan pula
bererti perpindahan rakyat sesebuah negara ke kawasan yang belum
diterokai atau didiami orang lain seperti penghijrahan rakyat British ke
Australia, dan Amerika Syarikat. Oleh itu para penghijrah mengekalkan
hubungan dan menerima kuasa pemerintahan British. Kawasan tersebut
juga merupakan sebahagian daripada tanah jajahan British. Pengertian
kedua

pula,

imperialisme.

kolonialisme
Apabila

merujuk

disebut

kepada

kolonialisme,

dasar

melalui

terjelmalah

aktiviti

kefahaman

tentang masalah penindasan, penghinaan atau eksploitasi yang dilakukan


oleh kuasa-kuasa imperialis Barat terhadap penduduk peribumi. Melalui
dasar kolonialisme, satu bentuk pemerintahan telah dilaksanakan sama
ada melalui paksaan atau secara aman. Penaklukan dilakukan secara
langsung atau tidak langsung. Kolonialisme di Tanah Melayu telah
mendatangkan kesan yang amat ketara sehingga hari ini. Legasi
kolonialisme ini bukan sahaja dapat dilihat dalam aspek politik, namun
dalam

aspek

sosio-ekonomi

juga

jelas

terlihat

kesannya.

Sebagai

contohnya, legasi kolonialisme ke atas agama Islam di Tanah Melayu.


Corak kehidupan masyarakat Islam Di tanah melayu telah berubah
disebabkan oleh legasi Kolonialisme ini.

2.0

Kesan legasi Kolonialisme ke atas agama islam sebagai satu cara


hidup di kalangan masyarakat tanah melayu
2.1
Penyebaran agama Kristian
Agama- agama yang menjadi anutan penduduk Malaysia pada hari
ini datangnya dari luar. Ia mula sampai ke nagara ini apabila
penganut agama-agama berkenaan datang singgah sama ada
untuk

berniaga

memperkenalkan
tempatan.

Bagi

atau
agama
agama

memang

dengan

berkenaan

di

Kristian

ia

tujuan

kalangan

datang

untuk

penduduk

serentak

dengan

permulaan kedatangan kuasa colonial Barat ke negara ini. Kesemua


colonial Barat adalah penganut kepada agama ini maka dengan
kedatangan mereka, mereka telah membawa bersama agama
berkenaan. Penyataan ini bersesuaian dengan tiga tujuan utama
penjajahan mereka ke atas bumi Nusantara amnya dan Malaysia
khasnya iaitu God, Gold and Glory. Biarpun tujuan ekonomi (Gold)
adalah

merupakan

tujuan

utama

tetapi

matlamat

untuk

menyebarkan agama Kristian (God) tetap dilaksanakan. Matlamat


ini terserlah ketika angkatan tentera Portugis yang diketui oleh
Alfonso de Albuquerque menakluk kerajaan Melaka pada tahun
1511 turut disertai oleh lapan orang paderi Kristian daripada
beberapa aliran Roman Katolik.
Lebih menyakinkan lagi apabila Alfonso de Albuquerque
sendiri mengambil inisiatif untuk mendirikan sebuah gereja di tanah
jajahan barunya itu. Sejak dari itu Melaka terus dikunjungi oleh
paderi-paderi besar agama Kristian termasuklah St. Francis Xavier,
seorang

paderi

perkembangan

yang

popular

atas

agama

Kristian

di

tujuan

rantau

untuk

ini 1.

meninjau

Jika

sebelum

kedatangan kuasa asing masyarakat Melayu lebih cenderung


kepada agama Islam, namun segalanya kelihatan berubah apabila
kuasa asing mula menguasai Tanah Melayu. Kedatangan mereka
bukan sahaja atas dasar ekonomi semata-mata malah mereka juga
mengaku secara tegasnya dengan mengatakan bahawa mereka
juga

menggalas

bertanggungjawab

Beban
untuk

Orang

Putih

mentamadunkan

yang
orang

kononnya
Asia

1 Azmah abdul manaf.2001. sejarah sosial masyarakat Malaysia. Kuala lumpur :utusan
publications&distributors Sdn Bhd. Hlm 132-133.

yang

dikatakan tidak bertamadun dengan membawa masuk mubalighmubaligh untuk menyebarkan agama Kristian di Tanah Melayu. 2.

2 Legasi Kolonialisme. https://www.scribd.com/doc/227551782/legasi#. Diakses pada 20Mac 2016

3.0

Pendidikan
Kedatangan Inggerish telah memberi alternative baru dalam dunia
pendidikan di negeri-negeri Melayu tanpa mengira sama ada ia adalah
atas usaha pihak kerajaan Inggerish sendiri mahupun orang-orang
perseorangan atau pertubuhan-pertubuhan sukarela. Yang pentingnya di
sini, penduduk negeri-negeri Melayu tanpa mengira kaum mempunyai
pilihan dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Kini
mereka boleh memilih sama ada untuk memberikan anak-anak mereka
pendidikan tradisional yang sedia ada ataupun memasukkan anak-anak
mereka

ke

sekolah-sekolah

dalam

sistem

pendidikan

yang

baru

diperkenalkan kepada mereka. Sesungguhnya sistem pendidikan yang


diperkenalkan oleh orang asing ini memang berlainan sama sekali dengan
sistem pendidikan tradisional terutama jika dibandingkan dengan sistem
pengajian pondok. Perbezaan antara dua jenis pendidikan ini ketara dalam
setiap aspek sama ada dari segi formalitinya, struktur organisasi
sekolahnya mahupun kurikulum yang diajar3.
Sebelum penjajahan British pendidikan di kalangan masyarakat
Melayu tertumpu kepada pelajaran agama. Kanak-kanak diajar mengenal
huruf (jawi) dan mukadam. Selepas itu diajar al-Quran dan ajaran-ajaran
Islam yang lebih tinggi. Tenaga pengajar terdiri daripada ulama-ulama
tempatan dan luar negeri. Tempat belajar pula di masjid, surau dan rumah
perseorangan bahkan di istana. Islam telah berjaya mewujudkan tenaga
intelektual baru di nusantara. Setelah kedatangan Kolonial British, sekolah
Melayu, vernacular dan sekolah Inggerih telah ditubuhkan. Pendidikan
yang di ajarkan adalah berdasarkan pengaruh yang datang dari Kolonial
itu sendiri. Sebagai contohnya, sekolah Inggerish mengajar mengkut
budaya

barat

iaitu

bermatlamat

untuk

memberi

latihan

moral,

pengetahuan agama dan melahirkan kehidupan beragama. Sekolah ini


dikendalikan oleh para mubaligh Kristian. Mereka mengaggap tugas
mentamadunkan anak jajahan adalah beban orang putih 4.

3 Azmah abdul manaf, 2001. sejarah sosial masyarakat Malaysia. Hlm 274.
4 Mohd isa Othman, 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala lumpur :utusan
publications&distributors Sdn Bhd. hlm 208-209.

4.0

Ekonomi
Satu perkara menonjol dalam masyarakat Kolonial Tanah Melayu wujudnya
lapisan masyarakat berasaskan kaum. Kelompok tertinggi terdiri daripada
orang Inggerish. Mereka berkuasa dalam bidang politik, ekonomi dan
pentadbiran. Mereka yang menentukan dan melaksanakan dasar. Ini
diikuti dengan kumpulan pembesar Melayu, pedagang-pedagang kaya
Cina dan India. Aktiviti masyarakat lebih tertumpu kearah pengelompokan
kaum. Masyarakat Eropah menjalankan aktiviti dalam kelompok sendiri.
Kelab-kelab

khas

untuk

orang

Eropah

terutama

di

bandar-bandar

ditubuhkan. Demikian juga dalam perkhidmatan tadbir di peringkat tinggi


juga terhad kepada Barat. Ramai berpendapat, dasar colonial British yang
menyebabkan

kebudayaan

Tanah

Melayu

beragam.

Dasar

British

menggalakkan pengekalan perbezaan budaya, ekonomi dan politik.


Perbezaan kebudayaan mungkin mencorakkan kegiatan ekonomi.
Orang-orang melayu lebih banyak bersawah, pekebun kecil dan nelayan
serta kerja-kerja di kampong. Banci tahun 1931 menunjukkan 71.4 peratus
nelayan terdiri daripada orang melayu manakala 52.2 peratus petani
adalah orang melayu. Sebahagian kecil orang melayu bekerja dalam
pekhidmatan kerajaan peringkat rendah (polis, guru, tentera, dan kerani).
Terdapat juga sekumpulan bangsawan menjawat jawatan tinggi. Di negeri
melayu tidak bersekutu kedudukan orang melayu dalam perjawatan
kerajaan adalah baik. Selain itu, kedatangan kolonial British juga telah
membawa pengenalan perlakuan yang bertentangan dengan ajaran Islam
iaitu

riba.

Bagi

mencapai

matlamat

kapitalis

mereka,

bank-bank

perdagangan asing telah ditubuhkan antaranya Standard Chartered Bank


pada tahun 1875 dan Algene Bank Negerland NV pada tahun 1888 5. Bankbank ini diterajui oleh doktrin yang dibawa oleh penjajah berdasarkan
sistem konvensional. Sistem konvensionel merupakan sistem perbankan
zaman kini yang mengamalkan riba dalam kegiatannya 6.

5 Mohd. Taib Osman dan A. Aziz Deramin, 2001, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 194-198.

6 Legasi Kolonialisme. https://www.scribd.com/doc/227551782/legasi#. Diakses pada 20Mac 2016

5.0

Perundangan
Apabila kerajaan kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis pada
tahun 1511, maka secara tidk langsung semua perkara mengalami
perubahan, termasuklah sistem perundangannya. Hukum kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka yang dilaksanakan sebelum ini tidak
berfungsi lagi. Kerajaan portugis yang memerintah Melaka ketika itu
menggunakan sistem perundangan mereka terutama dalam hal-ehwal
pentadbiran, sivil dan jenayah iaitu perkara-perkara yang penting dan
perlu kawalan secara langsung daripada mereka. Undang-undang sivil
tertakluk di bawah kawalan seorang ketua keadilan yang dikenali sebgai
ovidor, manakala undang-undang jenayah pula terletak di bawah kawalan
magistrate. Bagaimanapun, ovidor mempunyai kuasa ke atas kedua-dua
undang-undang berkenaan termasuk berkenaan sebarang rayuan pada
hukuman yang telah dijatuhkan oleh magistrate. Dalam kes-kes tertentu ia
dirujuk terus kepada gabenor iaitu pemerintah tertinggi 7.
Walaupun undang-undang Islam bukan merupakan undang-undang
tunggal yang digunakan dalam sistem perundangan Melayu lama tetapi
pengaruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sultan dan pembesarpembesar Melayu ketika itu tidak mengetepikan udang-undang islam
walaupun nampaknya lebih mengutamakan undang-undang adat. Namun,
perkembangan yang agak memberansangkan ini terganggu apabila
Inggerish datang dan mula campur tangan hal ehwal politik negeri-negeri
Melayu. Semua perkara yang ingin dilakukan adalah di atas nasihat
residen kecuali hal-hal yang berhubung dengan agama dan adat istiadat
orang Melayu. Hal ini secara langsung akan menjadikan perundangan
Inggerish menjadi keutamaan. Secara tidak langsung ini memberi erti juga
membawa undang-undang Islam dan hukum adat hanya digunakan dalam
hal-hal yang berkaitan dengannya secara langsung seperti dalam aspek
perkhawinan dan perceraian, pembahagian harta pusaka dan dalam aspek
amalan agama dan adat tempatan. Nasib yang diterima oleh undangundang Islam khususnya ini bukan setakat di Perak sahaja tetapi juga
meluas di negeri-negeri Melayu yang lain yang turut menerma sistem
Residen Inggerish sebagai penasihat dalam hal-ehwal pentadbiran negeri.

7 Azmah abdul manaf, 2001. sejarah sosial masyarakat Malaysia.hlm 234-235

Walaupun dikatakan undang-undang Islam masih diguna pakai tetapi


fungsi dan skopnya sangat terbatas.
Campur tangan British secara rasmi di tanah melayu telah
menyebabkan undang-undang Islam semakin mengecil apabila mereka
memperkenalkan akta-akta baru yang merujuk kepada undang-undang
mereka.

Sebagai

contohnya,

pengenalan

Ordinan

Perkahwinan

Modammedan 1880 yang melibatkan pendaftaran dan penceraian dan halhal yang berkaitan dengannya. Sejak kedatangan Inggerish, undangundang Islam terus terpinggir hinggalah sekarang. Sebaliknya, sistem
perundangan Inggerish yang diperkenalkan secara berperingkat-peringkat
telah digunakan secara meluas dalam semua perkara di setiap negeri 8.

8Ibid.,hlm 229-230