Anda di halaman 1dari 4

BAHAGIAN A

[20 Markah]
Soalan 1 hingga 13
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Ampun _________, patik hanya berkata perkara yang benar, kata Datuk Bendahara.
A
B
C
D

tuanku
beta
patik
hamba

2. Ali ____________ teresak-esak apabila diejek oleh rakan-rakannya.


A
B
C
D

menangis
meraung
menjerit
melatah

3. Walaupun mereka kembar tetapi Abu lebih tinggi ________ kakaknya.


A
B
C
D

dari
daripada
pada
oleh

4. Pihak PIBG mencadangkan ______________ semua murid diberikan pelepasan aktiviti


kokurikulum semasa musim jerebu.
A
B
C
D

lalu
dan
agar
lalu

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Fatimah membeli ______________ durian untuk anaknya.


A
B
C
D

sebuah
sebentuk
segelung
sebiji

6. Pameran barang-barang ____________ yang terdapat di dalam Muzium Kesenian


barangan zaman kuno menarik perhatian orang ramai.
A
B
C
D

antik
mahal
moden
cantik

7. Siti merupakan seorang peragawati yang _____________ lampai dan cantic.


A
B
C
D

kurus
tinggi
rendah
gempal

8. Pak Cik Rahman menyirat beberapa _____________ jala apabila tidak turun ke luat.
A
B
C
D

rawan
bidang
kajang
helai

9. Pemandangan di kaki Gunung Tahan ____________ nian.


A
B
C
D

elok
damai
baik
indah

10. Puan Wong memberi _______________ kepada para pekerjanya supaya bekerja dengan
cemerlang.
A
B
C
D

pendapat
nasihat
pujian
pandangan

11. Kemenangannya dalam pertandingan bercerita merupakan kenangan ______________


buat dirinya.
A
B
C
D

pahit
duka
manis
haru

12. Semasa berumur lima tahun, adik telah mendaftar di ______________ .


A
B
C
D

prasyarat
prakata
prasekolah
praujian

13. Encik Lee menyayangi anak-anaknya _____________ .


A
B
C
D

bagai menarik rambut dalam tepung


bagai menatang minyak yang penuh
bagai langit dengan bumi
bagai melepas batuk di tangga

Soalan 14 dan 15
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.
14. Tiang lampu di tepi jalan itu condong kerana dilanggar oleh lori.
A
B
C
D

tumbang
senget
bengkok
patah

15. Baju sekolah Fazli basah terkena hujun semasa pulang dari sekolah.
A
B
C
D

kering
dingin
panas
lembap

Soalan 16
Pilih ayat yang betul.
16. A Kedua anak Pak Abu bekerja sebagai doctor.
B Para guru-guru bermesyuarat di bilik aras dua.
C Ayah baharu pergi di pejabat.
D Sesetengah orang suka menikmati makanan segera,
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Puan Aisyah seorang wanita yang gigih. Beliau suka berniaga walaupun beliau
seorang guru. Pada mulanya, Puan Aisyah menjual pakaian kepada kawan-kawannya sahaja.
Oleh sebab sambutannya hangat, Puan Aisyah menyewa sebuah kedai.
Kini, Puan Aisyah telah mengusahakan sebuah butik. Butiknya terletak di Kajang.
Beliau menjahit baju dan menerima tempahan daripada pelanggannya secara runcit dan
pukal. Beliau bekerja dengan gigih. Selain menjahit pakaian, beliau juga menjul pakaian siap
di butiknya.
Apabila tiba musim perayaan, Puan Aisyah terpaksa menambah pekerja di butiknya.
Beliau memantau hasil kerja yang dijahit oleh pekerjanya kerana beliau sangat
mementingkan hasil kerja yang berkualiti. Oleh itu, pelanggan berpuas hati dengan khidmat
yang diberikan.

Puan Aisyah berasa bangga kerana beliau Berjaya. Kini, Puan Aisyah melebarkan
sayap perniagaannya dengan membuka cawangan butiknya di beberapa buah negeri.

17. Berdasarkan petikan di atas, Puan Aisyah merupakan seorang _____________ .


A
B
C
D

usahawan
budayawan
wartawan
jelitawan

18. Kini, Puan Aisyah telah Berjaya mengusahakan _________________________.


A
B
C
D

sebuah puasat tuisyen


sebuah kedai runcit
sebuah butik di Kajang
sebuah kedai jahit

19. Bagaimanakah perasaan pelanggan selepas mendapat perkhidmatan dari butik Puan
Aisyah?
A
B
C
D

puas hati
dukacita
hangat
berasa bangga

20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.


A
B
C
D

Pelanggan Puan Aisyah mementingkan hasil kerja yang berkualiti.


Puan Aisyah membeli sebuah kedai.
Beliau tidak menjaul pakaian siap di butiknya.
Beliau membuka cawangan di beberapa buah negeri.

Anda mungkin juga menyukai