Anda di halaman 1dari 9

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN


5.0

KESIMPULAN
Kajian ini adalah untuk mengetahui punca yang menyebabkan kegagalan dan

jenis- jenis kegagalan serta pendekatan yang perlu diambil bagi mengawal kegagalan
pada cerun potongan tanah. Selain itu dapat mengenalpasti kaedah terbaik dalam
mengawal kegagalan cerun potongan tanah dari berlaku dan menyumbang sebagai salah
satu sumber rujukan dalam kajian berkaitan cerun dapat direalisasikan.
Dari kajian yang dijalankan didapati lima (5) faktor menjadi penyumbang kepada
runtuhan cerun di Jalan lama Kuala Lumpur Bentong. Semua faktor-faktor yang
dinyatakan di bawah telah dibincangkan di dalam Bab 4 :
a) Ketinggian cerun
b) Sudut cerun
c) Ketiadaan sistem perparitan
d) Laluan air permukaan
e) Pembuangan tumbuhan di kaki cerun

41

Manakala tiga (3) dari lima (5) faktor tersebut merupakan merupakan
penyumbang utama kepada runtuhan cerun di Jalan lama Kuala Lumpur Bentong :
a) Sudut cerun
b) Ketiadaan system perparitan
c) Pembuangan tumbuhan di kaki cerun

5.1

KAEDAH-KAEDAH PENYELESAIAN

Pada umumnya fungsi paling utama yang dimainkan oleh struktur penahan tanah
adalah untuk menstabilkan keadaan tanah sekelompok dari runtuh dengan cara
melindungi dan mengukuhi tebing tebing tanah tersebut.
Penggunaan struktur penahan ini juga merupakan penyelesaian masalah
kestabilan secara tetap atau sementara mengikut jadual dan kehendak kerja-kerja yang
dilaksanakan. Jenis serta saiz dan ukuran sesebuah struktur penahan adalah tertakluk dari
segi keadadan tapak, kehendak kekuatan, ekonomi dan estatik. Sebagai contoh terdapat
pelbagai jenis struktur penahan seperti :

5.1.1

Tembok Graviti
Tembok graviti merupakan sejenis tembok tegar di mana berat jisimnya
memberikan rintangan berong terhadap tekanan berong aktif. Apabila
menganalisa kestabilan sesuatu tembok graviti empat faktor yang patut diawasi
ialah :

42

i)

Kemungkinan momen terbalik

ii)

Daya rintangan dari melongsor

iii)

Keupayaan tanggung yang dibenarkan mestilah mampu ditanggung oleh


asas tembok.

iv)

Kestabila secara menyeluruh iaitu mengenal pasti keadaan tapak tanah


seperti sekiranya ada lapisan tanah lembut yang boleh mengakibatkan
anjakan berong.

Terdapat tiga jenis tembok graviti iaitu :

5.1.2

i)

Tembok Bata (Brick Wall)

ii)

Tembok Jisim Konkrit (Mass Concrete Wall)

iii)

Tembok Serpiahan Batu. (Rubble Pitching)

Tembok Konkrit Tetulang


Terdapat dua jenis tembok konkrit tetulang yang kerap digunakan :
i)

Jenis Julur (Cantilever Type)

ii)

Jenis Penegang (Conterfort Type)

Dua faktor yang menguntungkan apabila menggunakan tembok konkrit tetulang


dari tembok graviti ialah :
i)

Kuantiti isipadu konkrit yang perlu adalah kurang

ii)

Tanah timbus balik di atas penapak memberikan lebih kestabilan

Secara keseluruhannya tembok yang lebih tinggi dari 8 atau 10 kaki


adalah terdiri dari jenis tembok konkrit tetulang manakala tembok yang rendah

43

merupakan jenis tembok graviti. Walau bagaimanapun kos unit individu perlu
diambil kira sebelum membuat keputusan. Kos ini mestilah termasuk kos bahan,
kos mengemaskan tapak serta kos menggali. Satu faktor penting yang dikenal
pasti ialah jenis tanah asas supaya keupayaan tanggung yang dibenarkan adalah
mencukupi. Tembok konkrit tetulang jenis T adalah bersesuaian dari jenis L
yang hanya patut digunakan apabila kawasan pembinaan penapak adalah terhad.
Penggunaan tembok konkrit tetulang jenis penegang ialah apabila tinggi
temboknya di antara 30 hingga 40 kaki. Perlu diambil kira bahawa tembok jenis
ini mneggunakan lebih acuan serta isipadu konkrit dan tetulang keluli. Oleh itu
kosnya harus diselidiki terlebih dahulu.

5.1.3

Tembok Gabion
Kos pembinaa tembok gabion adalah cukup menarik sekiranya
dibandingkan dengan tembok-tembok lain terutama sekali apabila terdapat banyak
batu sesuai di kawasan berhampiran tapak bagi mengisi sangkar-sangkar gabion
tersebut. Batu-batu yang keras dicuci dan tahan lama mengikut saiz 4 hingga
lapan inci adalah kerap digunakan. Apabila mengisi sangkar gabion tersebut
hendaklah dipastikan bahawa batu bahagian luar adalah teratur dan kelihatan
padat serta berbentuk segiempat. Tembok gabion permukaan bertangga adalah
lebih sesuai jika tembok tersebut melebihi 10 kaki tinggi. Untuk meninggikan
kestabilan tembok gabion adalah disyorkan supaya tembok gabion disendeng
sebanyak 6. Sekiranya tanah belakang tembok adalah tanah pasir, maka lebih
baik jika penapis seperti geotextile digunakan bagi mengurangkan larut lesap
pasir tersebut.

44

5.1.4

Tembok Krib
Kebelakangan ini tembok krib merupakan sejenis tembok yang semakin
kerap digunakan di kalangan perekabentuk struktur penahan tanah. Ini disebabkan
kos dan masa yang diperlukan bagi membina tembok krib tersebut adalah lebih
rendah jika dibandingkan dengan tembok-tembok lain.

5.1.5

Pengarasan Semula Cerun

i)

Penggalian pada tingkat atas cerun. Sesuai bagi aktiviti yang melibatkan
kuantiti tanah peroi yang banyak dimana kebarangkalian berlakunya
kegagalan putaran terjadi. Kurang efektif bagi tanah yang mengalami
perayapan dan kegagalan cetek.

ii)

Meratakan Cerun. Sesuai bagi aktiviti yang melibatkan kuantiti tanah


peroi yang banyak bagi kawasan yang mengalami runtuhan kecil di mana
kaki cerun terlalu curam.

iii)

Melandaikan Cerun. Membina tetingkat dimana bagi menjalankan kerjakerja merata adalah sukar dan terjadinya takungan pada permukaan.
Pelandaian mestilah mampu menerima larian air permukaan.

iv)

Membuang bahagian yang mengalami kegagalan. Sesuai bagi kuantiti


runtuhan yang kecil atau pergerakan kecil.

v)

Menambak tanah pada kaki cerun. Menambak tanah dimana pembebanan


bagi menstabilkan pada bahagian yang mengalami pergerakan. Perlu
dipastikan penambakan tidak menyebabkan pembebanan berlebihan.

45

5.1.6

Longkang Permukaan

i)

Longkang terbuka sepanjang kawasan runtuhan. Berguna dalam pelbagai


situasi di mana longkang pada kawasan yang mengalami runtuhan cukup
berguna terutamanya semasa kritikal. Limpahan hendaklah disalurkan
terus keluar dari kawan runtuhan.

ii)

Rawatan permukaan dengan pembenihan, turapan dan penutup.


Dilakukan pada lokasi yang mengalami runtuhan kecil bagi mengawal
atau mengalihkan serapan air permukaan dimana mengelakkan kerosakkan
lebih besar.

5.1.7

Pengarasan Semula Larian Air Permukaan

i)

Membina salur pada cerun. Kaedah ini cukup ekonomi di mana kos yang
diperlukan adalah rendah. Sesuai bagi kawasan runtuhan yang besar di
mana air liang disalurkan melalui salur sebelum ianya sampai kepada
bagaian yang gagal.

ii)

Membina parit bagi mengalirkan air. Sesuai bagi air permukaan yang
rendah dimana iar dialirkan dengan kuantiti yang banyak dari permukaan.

46

5.2

PENYELESAIAN
Setelah dikenal pasti faktor penyumbang utama kepada kegagalan cerun bagi

Jalan Kuala Lumpur Bentong, maka cadangan pembaikkan dan penyelesaian kepada
masalah tersebut dapat dicadangkan. Dengan itu dicadangkan dua (2) kaedah
penyelesaian berlandaskan kesesuaian di tapak ( rujuk jadual 5.1 ). Namun setiap kaedah
penyelesaian ini mempunyai pro dan kontra yang perlu diberi perhatian.

Jadual 5.1 Kaedah penyelesaian


Cadangan
Kaedah
Pertama
Memotong semula cerun
dengan melandaikan
sudutnya dan membina
longkang di sepanjang
Kedua

Pro
1. Sudut cerun selamat
dapat diperolehi.
2. Keselamatan dan

Kontra
1. Kos pembaikan
tinggi.
2. Melibatkan kerja

kestabilan cerun

tanah yang banyak

jalan
Membina Rubble

dapat dipastikan.
1. Tahan .

dan jalan kotor.


1. Mutu konkrit sukar

Pitching dan longkang di

2. Mudah dibina

sepanjang jalan

3. Menarik dan estatik.

dikawal.

4. Senang diselenggara.

Setelah penilaian dibuat berdasarkan kepada pro dan kontra, didapati kaedah
penyelesaian bilangan dua (2) merupakan alternatif penyelesaian terbaik (sila rujuk
lampiran A) terutamanya dari jangka masa panjang. Didapati kaedah penyelesaian ini
cuma memerlukan kawasan kerja yang kecil iaitu bahu jalan sahaja berbanding dengan
kaedah penyelesaian pertama iaitu kawasan kerja yang luas diperlukan bagi lori
mengangkut tanah.

47

5.3

LANGKAH KERJA PENYELESAIAN


Berdasarkan dari penyiasatan dan lawatan tapak yang dijalankan dinyatakan di

sini langkah kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan cerun kestabilan cerun :
i)

Rawatan permukaan dengan penutup plastik dan sebagainya. Dilakukan


bagi mengawal atau mengalihkan serapan air permukaan dimana
mengelakkan kerosakkan lebih besar.

ii)

Membuang bahagian yang mengalami kegagalan runtuhan yang kecil atau


pergerakan kecil.

iii)

Sekiranya tanah belakang tembok adalah campuran tanah pasir, maka


lebih baik jika penapis seperti geotextile digunakan bagi mengurangkan
larut lesap pasir tersebut.

iv)

Tembok Serpihan Batu (Rubble Pitching) dibina bada bahagian kaki cerun
bagi mengawal pergerakan dan hakisan,

v)

Longkang bertingkat perlu dibina pada bahagian atas dan kaki cerun
disepanjang jalan.

48

5.4

CADANGAN
Setelah kajian ini selesai, didapati kajian berhubung jenis dan kekuatan ciri tanah

tidak diberi penekanan kerana melibatkan kerja-kerja di makmal. Oleh itu, adalah
dicadangkan kajian lebih mendalam berkaitan perkara tersebut dapat dijalankan pada
masa akan datang.
Selain itu, kesuntukan masa di mana bagi setiap kajian memerlukan tempoh yang
agak panjang bagi menjalankan penelitian. Disebabkan tempoh masa yang terhad maka
maklumat yang diperolehi mungkin terdapat ralat. Ketiadaan peralatan terkini bagi
mengkaji dan mengesan kegagalan cerun agak dikesali dan sepatutnya dibekalkan kepada
setiap JKR daerah bagi memudahkan pemantauan dijalankan.

49