Anda di halaman 1dari 7

Hidroponik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyelidik NASA memeriksa bawang hidroponik dengan salad Bibb di kirinya dan lobak di kanan

Penyelidik USDA memeriksa strawberi hidroponik

Gambarajah Hidrponik Kaedah Dutch Bucket

Hidroponik (berasal daripada perkataan Greek hydro iaitu air dan ponos iaitu bekerja) adalah kaedah bercucuk
tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah. Kaedah ini
menggunakan bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain
menggantikan tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan
komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan

tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam di mana semuanya menggunakan
kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran
di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama digunakan oleh tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam.
Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih
sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Isi kandungan
[sorokkan]

1Sejarah
2Kelebihan

3Kelemahan

4Galeri

5Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]


Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke-16 Masihi. Taman Tergantung Babylon dipercayai
telah menggunakan hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman. Pada tahun 1937, W.F. Gericke dari
Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini secara komersil. Sejak
itu sistem hidroponik ini diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk
tujuan komersil.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.


Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.

Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.

Tidak perlu menyiram baja setiap hari.

Hasil tanaman boleh di makan keseluruhannya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.

Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan
tanah.
Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.

Kelemahan[sunting | sunting sumber]

Tanaman boleh mati dengan cepat jika sistemnya gagal.


Hidroponik lebih rumit daripada menanam menggunakan tanah.

Tumbuhan yang ditanam secara hidroponik selalunya lebih mahal daripada yang ditanam biasa.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pokok tomato dalam media bulu mineral.

Tomato berbuah menggunakan media bulu mineral.

Pokok tomato dalam media pumis.

Tanaman tomato dalam media bungkah jerami.

APA ITU KAEDAH HIDROPONIK?

HIDROPONIK
ialah satu kaedah menanam tumbuhan (sayuran,bunga dll.) yang tidak memerlukan tanah.
Hidroponik
berasal daripada perkataan GREEK bermaksud air yang bekerja.
Mengikut sejarah, kaedah ini telah lama digunakan sejak kurun ke 16 Masihi.
Taman Tergantung Babylon (The Hanging Garden of Babylon) dipercayai telah menggunakan
hidroponik ini sebagai satu kaedah penanaman tanaman.
Pada tahun 1937, W.F.Gericke dari Pusat Penyelidikan Pertanian California, Amerika
Syarikat telah memperkenalkan kaedah ini ssecara komersil. Sejak itu sistem hidroponik ini
diperkembang dan diperkemaskan dengan pelbagai teknik yang direka khas sesuai untuk
tujuan komersil.
Dalam kaedah hidroponik ini,
keseluruhan keperluan nutrien diberikan kepada akar tanaman dalam bentuk larutan.
Pokok sebenarnya boleh hidup tanpa tanah. Pokok tidak menyerap tanah sebagai makanan
tetapi mengambil zat makanan/nutrien yang tersembunyi dalam tanah.
Hidroponik
sebenarnya bertujuan untuk membolehkan zat-zat makanan atau nutrien yang diperlukan
oleh tanaman diambil terus melalui larutan nutrien yang tersedia.
Hidroponik
merupakan kaedah/teknik pengeluaran sayur-sayuran moden yang dianggap baru di
Malaysia. Akibat kegawatan ekonomi yang melanda negara sejak pertengahan tahun 1997,
berbagai kempen telah dijalankan oleh kerajaan agar rakyat menanam sayuran bagi
menampung keperluan harian serta menjimatkan perbelanjaan dapur.
Kaedah yang mudah dan berkesan yang disyorkan ialah kaedah Hidroponik.

Di Malaysia, pengeluaran hasil hidroponik secara komersil masih diperingkat kecil kecilan.
Belum ada lagi pengeluar yang besar yang menguasai pasaran atau industri hidroponik
setakat ini. Produk hidroponik masih kurang atau tiada langsung di pasaran di beberapa
tempat setakat ini.
Hasil keluaran hidroponik sebenarnya dijamin bebas daripada sisa racun kulat atau serangga.
Ianya selamat dan menjadi pilihan bagi mereka yang mementingkan kesihatan.

Perkara asas yang diperlukan untuk kaedah hidroponik merangkumi :


1. Takung Hidroponik
2. Penutup Takung (Polystyreen)
3. Cawan penyukat baja
4. Bakul media
5. Media (benang dsb)
6. Benih
7. Baja
8. Air
Semua ini dijelaskan dengan terperinci di
laman petua hidroponik

APAKAH KEBAIKAN KAEDAH HIDROPONIK?


RINGKAS,MUDAH,MURAH

Kaedah ini sangat praktikal serta mudah dijalankan. Ia tidak memerlukan tanah walau
sedikit pun. Penanaman tumbuhan seperti sayuran serta bungaan boleh dilakukan di
kawasan yang tanahnya tidak sesuai untuk tanaman atau kawasan yang tidak
mempunyai tanah langsung( contoh: rumah pangsa / pangsapuri)
Kawasan tidak menjadi masalah utama kerana kaedah ini hanya memerlukan
perancangan serta penyusunan bekas takungan yang sistematik.

Penjagaan tanaman bagi kaedah ini sangat minima tanpa memerlukan pekerja yang
ramai walaupun di komersilkan.

Nutrien dapat dikitar semula - menjimatkan penggunaan baja.

Kerja berat yang membebankan dapat dikurangkan.

Tiada masalah rumput di atas batas tanaman.

Penggunaan air dapat dijimatkan.

Hasil keluaran kaedah ini bermutu tinggi melalui kawalan baja yang sistematik.

Serangga / makhluk perosak / penyakit sangat senang dikawal dan dielakkan tanpa
menggunakan racun yang berbahaya.

Tiada racun digunakan, oleh itu pengguna tak perlu bimbang tentang keracunan
makanan .

Kalau dikomersilkan, kaedah ini memberi pulangan yang sangat lumayan kerana
peningkatan penggunaan serta penerimaan ramai terhadap hasil yang bermutu ini.

Penanaman boleh dilakukan pada bila bila masa tanpa mengira musim.

Masa menanam yang pendek ( 3 minggu sehingga 6 minggu) - lebih pusingan tanaman
dalam setahun.

Hasil tanaman adalah dianggap "Value for Money"- sedikit modal dengan keuntungan
yang berganda kerana alatan boleh digunakan untuk jangka panjang.

Kemahiran serta pengetahuan dalam bidang pertanian bukan merupakan syarat utama
untuk menjalankan kaedah ini.

Semua golongan (kanak-kanak atau dewasa) boleh menjalankan aktiviti penanaman


melalui kaedah ini.

Boleh mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilakukan bersama. Setiap ahli keluarga
mengerjakan takungan masing masing sambil bersaing untuk mendapatkan hasil
terbaik.

Tidak menggunakan tenaga elektrik atau alatan yang mahal.

Tiada bau yang tidak menyenangkan seperti bau najis binatang, baja asli dsbnya. Alam
sekitar lebih bersih dan harmoni.

Kaedah ini MESRA ALAM.


Oleh itu,
apa tunggu lagi, marilah sama sama kita mulakan kaedah ini.

Kalau dah bersedia dan ingin mencuba mari kita ke


laman petua hidroponik.