Anda di halaman 1dari 18

1

MODUL 7
Teknik dan Gaya Penulisan Ilmiah
Objektif Pengajaran/Pembelajaran:
Mengenal pasti ciri-ciri laras ilmiah.
Membandingkan laras ilmiah dan bukan ilmiah.
Menganalisis bentuk perubahan laras ilmiah dalam konteks bahasa
Melayu.
Kandungan Modul:
1.
2.
3.
4.

Ciri-ciri laras bahasa ilmiah


Contoh pengungkapan idea dalam laras ilmiah
Kaedah mengeja istilah pinjaman
Sumber istilah

Pengenalan
Laras ilmiah bererti ragam bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan
ilmu.
Struktur dan perbendaharan kata berbeza dengan bahasa harian dalam
interaksi sosial
Laras ini merupakan wacana formal dengan sifat-sifat objektif.
Laras dihubungkan dengan laras bahasa saintifik. Hal ini demikian oleh sebab
ilmu itu sendiri merupakan sesuatu yang saintifik, iaitu ada aturan dan
kaedahnya.
Laras ini juga sering kali berkait dengan Bahasa Melayu Moden atau Bahasa
Melayu Tinggi, iaitu ragam bahasa untuk pengantar ilmu (Bahasa Melayu
Baku).
Laras bahasa ilmiah mempunyai satu sifat yang amat penting iaitu kejelasan
(clarity), tidak seperti laras bahasa kreatif yang bersifat ambiguiti (ketaksaan
makna/kekaburan).
Laras ini juga mempunyai struktur yang tersendiri dan sering kali diimbangi
dengan data.
Tujuan wacana ini adalah untuk menyampaikan hujah dan idea yang autoriti
sifatnya.
Oleh sebab setiap laras bahasa memiliki ciri-ciri yang khusus, maka perlulah
seseorang pengguna bahasa menguasai laras bahasa yang hendak digunakan
dan mengenal pasti tujuan ia menggunakan bahasa tersebut.
Antara contoh laras ilmiah termasuklah laras sejarah, sains, ekonomi,
matematik, geografi, agama, dan linguistik.
Salah satu aspek penting yang dapat dilihat dalam laras bahasa ilmiah ialah
aspek kosa kata yang melibatkan istilah dan penyesuaian ejaan.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

2
CIRI-CIRI LARAS BAHASA ILMIAH
1.

Bernada formal dan bersifat objektif


Bahasa ilmiah mesti bersifat formal. Oleh itu setiap fakta atau hujah perlu
disampaikan dengan sempurna, iaitu dengan menggunakan bahasa yang
teratur dan cukup jelas.
Kita tidak boleh mengandaikan bahawa pembaca tulisan kita sedia faham atau
dapat menduga maksud kita. Selain itu, tulisan juga perlu objektif, iaitu
berdasarkan fakta dan kajian. Tidak wajar misalnya kita menggunakan
ungkapan pada umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu, dan
sebagainya.
Contoh:
Pada umumnya, kajian tentang kategori maklumat dalam kamus telah
diasaskan oleh Clarence Barnhart pada tahun 1962. ()
(Pada umumnya - frasa digugurkan) Kajian tentang kategori maklumat
dalam kamus telah diasaskan oleh Clarence Barnhart pada tahun 1962. ( )

2.

Menggunakan sudut pandangan orang ketiga


Walaupun bukan syarat yang mutlak, disarankan agar penulis menggunakan
sudut pandangan orang ketiga dan mengelakkan sudut pandangan orang
pertama (diri penulis) dan kedua.
Contoh:
Kajian yang sama telah dilakukan oleh saya pada tahun 1981. ()
Kajian yang sama telah dilakukan oleh penulis/pengkaji pada tahun 1981.( )
Ciri ini disarankan untuk mengelakkan hubungan yang bersifat personal antara
pengkaji dengan pembaca. Sekali lagi ciri formal memang mengelakkan
hubungan personal. Penggunaan ungkapan kita dalam buku kajian ilmiah
terdapat pengecualian untuk menggunakannya. Namun, dalam penulisan tesis
penggunaan ini tidak dibenarkan.
Contoh sudut pandangan orang pertama: saya, kami, kita
Sudut pandangan orang kedua: anda, kamu, awak

3.

Menggunakan ragam pasif


Ciri kedua di atas dapat dilaksanakan dengan bantuan ragam pasif. Ragam
pasif ialah kata kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat
aktif menjadi ayat pasif. Konsep ayat pasif berkaitan dengan penegasan objek
ayat (kajian), bukan subjek (pelaku).

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

3
Ragam pasif yang paling sesuai untuk maksud ini ialah ragam pasif neutral,
iaitu ragam pasif yang menggugurkan pelaku. Walau bagaimanapun, perlu
dinyatakan di sini bahawa ciri ragam pasif neutral bukanlah syarat mutlak
kerana penulis masih boleh mengekalkan pelaku.
Contoh :
Data yang dikumpul oleh pengkaji berdasarkan kaedah soal selidik. ( )*
Data yang dikumpul berdasarkan kaedah soal selidik. ( - ayat pasif neutral)*
* Kedua-dua struktur ayat di atas dianggap betul kerana ayat pasif tersebut
boleh menggugurkan pelaku (ayat pasif neutral) atau mengekalkan pelaku
(iaitu
menggunakan
sudut
pandangan
orang
ketiga
pengkaji/penyelidik/penulis).
4.

Istilah khusus
Laras bahasa ilmiah dengan jelas ditandai oleh istilah-istilah khusus menurut
bidang tertentu. Setiap istilah perlu ditakrifkan. Selain itu, kata-kata yang
dalam penggunaan biasa dapat digunakan secara agak bebas menjadi demikian
khususnya dalam tulisan ilmiah.
Hal ini bererti bahawa pemilihan kata amat dititikberatkan dalam tulisan
ilmiah. Misalnya, kata bahasa dalam penggunaan umum kadang-kadang
begitu longgar konsepnya. Bahasa mungkin difahami sebagai ucapan atau
pertuturan. Dalam penulisan ilmiah, bahasa dihubungkan dengan sistem.
Contoh:
Istilah sains : anatomi, spesies, medula, endoktrin, serebelum, dll.
Istilah linguistik : bahasa, metafora, naratif, ujaran, figuratif, dll.
Istilah ekonomi : untung, rugi, defisit, kos, modal, upah, sewa-beli, dll.

5.

Tingkat bahasa rasmi


Bahasa ilmiah tergolong dalam bahasa rasmi. Bahasa rasmi ialah bahasa yang
mematuhi aturan-aturan bahasa, iaitu bahasa terbina menurut Prof. Dr Nik
Safiah Karim.
Oleh itu bahasa tulisan ilmiah mestilah bahasa yang baku. Kesalahan
tatabahasa, ejaan, tanda baca dan kosa kata sama sekali tidak boleh dimaafkan.
Unsur-unsur bahasa basahan tidak boleh ada dalam huraian penulis, kecuali
sebagai data, jika penulis menggunakan data bahasa basahan.
Contoh :
Manifestasi yang dimaksudkan sekali gus melambangkan transformasi social
yang menukar wajah ethnic itu di sisi masyarakat lain di Malaysia. ()

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

4
Manifestasi yang dimaksudkan sekali gus melambangkan transformasi sosial
yang menukar wajah etnik itu di sisi masyarakat lain di Malaysia. ( )
6.

Wacana pemaparan/pendedahan
Dalam penulisan, ada empat jenis wacana yang biasa digunakan iaitu
pemaparan, perbincangan, pelukisan, dan penceritaan. Dalam tulisan ilmiah,
jenis wacana pemaparan digunakan kerana wacana jenis ini memaparkan hasil
kajian yang benar atau menyajikan fakta-fakta secara objektif dan langsung.
4 jenis wacana:
i.

Wacana Pemaparan
Wacana pemaparan digunakan untuk memaparkan perkara yang ingin
disampaikan oleh pengarang. Sifat paparan itu lebih jelas apabila
pengarang menjelaskan sesuatu dengan gaya ilmiah.
Contoh:
Bidang etnomuzikologi melibatkan kajian muzik sebagai tradisi yang
hidup dalam masyarakat dan sebagai aspek yang mustahak untuk
kesempurnaan masyarakat dan budaya.

ii.

Wacana Perbincangan
Asas wacana ini adalah untuk membincangkan sesuatu idea. Sifat
perbincangan ini dapat dikesan dengan apabila pengarang mengupas
idea utama dengan beberapa ayat susulan.
Contoh:
Antara fungsi sosial yang penting bagi agama termasuklah
memberikan rasa kesatuan (esprit de corps) kepada sesuatu
kumpulan manusia. Rasa kesatuan ini timbul kerana sistem agama
menimbulkan keseragaman, bukan sahaja kepercayaan yang sama,
bahkan perlakuan, aspirasi, pandangan dunia, nilai, etos atau
norma yang sama. Suasana ini berlaku dalam masyarakat yang
kompleks, yang terdiri daripada pelbagai kelompok yang
menganuti berbagai-bagai agama atau mazhab.

iii.

Wacana Pelukisan
Wacana pelukisan dapat dikesan apabila pengarang cuba
memaparkan penjelasan secara visual atau deskriptif. Pengarang
cuba menggunakan daya imaginasinya untuk melakarkan gambaran
yang ingin disampaikannya.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

5
Contoh:
Gedombak mempunyai satu muka diperbuat daripada belulang
kambing yang dipasangkan kepada baluh dengan menggunakan
siratan tali rotan. Baluh itu berbentuk piala di satu hujung dan
kakinya memanjang daripada bahagian piala itu.
(Kajian di atas ialah kajian budaya benda)
iv.

Wacana Penceritaan
Wacana penceritaan dapat dikenal pasti apabila pengarang
menggunakan kaedah atau gaya bercerita untuk menyampaikan
sesuatu. Aspek ini dapat dikesan apabila pengarang menggunakan
kata kunci seperti pada zaman itu,, suatu ketika dahulu.
Contoh:
Pada zaman itu alat-alat buluh dicipta dan disebarkan ke kepulauan
Pasifik hingga ke benua Afrika melalui penghijrahan awal orang
Melayu. Dua alat buluh yang digemari pada awal zaman
prasejarah ialah zilofon dan ziter yang berbentuk tiub. Kemudian
angklung (buluh-buluh yang digoyang) dan alat organ mulut
serta gendang gangsa (atau gendang Dongson) yang dicipta
pada akhir zaman prasejarah.

7.

Tidak menggunakan nada bersahaja


Dalam tulisan ilmiah perlu dihindari ungkapan yang ekstrem, berlebihan dan
emosional. Oleh itu ungkapan seperti amat mendukacitakan, sayangnya,
malang sekali dan sebagainya tidak harus muncul dalam tulisan ilmiah. Sesuai
dengan wacana pemaparan, tugas penulis ilmiah ialah memaparkan hasil
kajiannya, bukannya memaparkan sentimen. Hal ini sesuai pula dengan
peribadi ahli ilmu yang sepatutnya bijaksana, matang dan tenang.
Contoh :
Clifford Geertz yang merupakan ahli antropologi bertaraf dunia, dalam
kajiannya amat mendukacitakan mendapati amalan keagamaan di Bali telah
mempengaruhi sarwajagat masyarakat tersebut. ()
Clifford Geertz yang merupakan ahli antropologi bertaraf dunia, dalam
kajiannya (amat mendukacitakan - frasa digugurkan) mendapati amalan
keagamaan di Bali telah mempengaruhi sarwajagat masyarakat tersebut. ( )

8.

Tidak menggunakan kata mubazir


Oleh sebab tulisan ilmiah perlu bersifat tepat, maka kata yang digunakan
perlulah yang setepat-tepatnya. Kata mubazir tidak diperlukan. Maksud kata
mubazir ialah kata yang tidak berfungsi dan jika ditinggalkan tidak
mengurangkan makna. Dalam tulisan biasa, sering kali penulis menggunakan

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

6
kata-kata yang sebenarnya berfungsi sebagai luasan semata-mata. Dalam
tulisan ilmiah kita mengharapkan pembaca cepat memahami huraian kita.
Oleh itu usahlah pembaca diganggu oleh kata-kata yang tidak diperlukan.
9.

Ayat majmuk
Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu
sehingga menjadikannya ayat baharu (Nik Safiah karim, 2007: 497). Tulisan
ilmiah sering kali ditandai oleh ayat majmuk, sama ada ayat majmuk
gabungan atau ayat majmuk pancangan. Timbulnya keperluan menggunakan
ayat majmuk disebabkan oleh hakikat bahawa tulisan ilmiah mengungkapkan
hal yang abstrak dan kompleks. Namun demikian pola-pola ayat inti dan
tunggal masih tetap diperlukan dalam tulisan ilmiah. Oleh itu penulis karya
ilmiah perlu benar-benar menguasai binaan ayat, supaya biarpun dengan ayat
majmuk yang kompleks, gagasannya masih tetap jelas kepada pembaca.

10.

Bantuan ilustrasi
Tulisan ilmiah sering kali berisi jadual, rajah, gambar, peta, dan sebagainya.
Hal ini bererti bahawa huraian dalam tulisan ilmiah ada kalanya tidak cukup
dengan huraian bahasa sahaja, tetapi perlu dibantu oleh huraian ilustrasi. Oleh
itu, penulis karya ilmiah perlu mempunyai kemampuan merumuskan fakta
atau hasil kajiannya dalam bentuk grafik. Kemampuan ini juga termasuk
dalam kemahiran bahasa.

Jelaslah bahawa tulisan ilmiah, sebagaimana bentuk-bentuk tulisan yang lain,


menuntut disiplin diri yang tinggi. Penguasaan ilmu yang tidak disertai penguasaan
ketrampilan mengungkapkan ilmu itu secara berkesan akan menjadikan ahli ilmu
beku dan kehilangan fungsi.
Contoh Pengungkapan Idea dalam Laras Ilmiah
Teks saintifik lebih banyak ungkapan epistemik daripada ungkapan operasional:
A.

Contoh Ungkapan Epistemik


1. Merujuk Kepada Pendekatan Kaedah
a) Apabila membincangkan tentang penyebaran bahasa Latin, hal ini dapat
diteliti dari segi sejarah kuno atau sejarah terdekat. Dari segi sejarah
kuno, penyebarannya dari Rom, Itali ke kepulauan Inggeris hingga ke
Palestin. Dari aspek sejarah terdekat pula, penyebarannya berdasarkan
fungsi agama, undang-undang dan bahasa rasmi dalam empayar Rom.
b) Menurut Sigmund Freud, terdapat konsep id, ego dan superego dalam
menganalisis manusia.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

7
c) Daripada penjelasan mengenai interpretasi budaya dan kebudayaan,
dapatlah dirumuskan bahawa konsep 1Malaysia bukanlah sesuatu yang
baru kerana konsep ini bertolak daripada gagasan kontrak sosial,
Perlembagaan Persekutuan dan ideologi Rukun Negara.
2. Menjelaskan Makna/Tujuan
a) Zaman edan dimaksudkan sebagai zaman pancaroba dalam pelbagai
aspek termasuk moral, agama dan politik.
b) Kesusasteraan kebangsaan ialah kesusasteraan yang ditulis dalam bahasa
kebangsaan. Hal ini bermakna karya yang ditulis bukan dalam bahasa
tersebut tidak dianggap sebagai kesusasteraan nasional dalam sesebuah
negara tersebut.
3. Menghujahkan
a) Sekiranya filem-filem pada awal abad ke-21 dijadikan ukuran, hal ini
bermakna filem-filem di Malaysia masih lagi ketinggalan berbanding
dengan negara Thai dan Korea Selatan.
b) Sekiranya dilakukan perbandingan, maka dapat dirumuskan bahawa
terdapat peranan kuasa ketiga yang mempengaruhi hubungan MalaysiaIndonesia menjadi keruh.
4. Menguatkan Keyakinan
a) Berdasarkan hujah-hujah tersebut, penggunaan bahasa kebangsaan
dapat menyatukan seluruh rakyat di negara ini dan memberikan identiti
nasional serta kebanggaan bersama.
b) Data-data tersebut jelas menunjukkan kepentingan menangani masalah
inflasi di negara ini.
c) Penyelidik yakin pandangan yang dikemukakan orientalis berbaur
prasangka dan mempunyai agenda tersirat.
B.

Ungkapan Operasional dan Teks Akademik


Ungkapan Operasional diwujudkan untuk menggambarkan langkah-langkah
yang diambil ketika menjalankan penyelidikan. Kesemua ungkapan berupaya
memberikan kesan wacana kepada khalayak pembaca. Ungkapan-ungkapan
ini termasuklah;
Penyelidikan ini dilakukan untuk...
Pemilihan informan dihadkan kepada...
Dalam perenggan awal, sudah dikemukakan...
Beberapa hipotesis dibincangkan...
Cara menyelenggarakan kaedah...

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

KAEDAH MENGEJA ISTILAH PINJAMAN


1. Jenis Ejaan
a) Ejaan Grafemik
Ejaan istilah haruslah grafemi, iaitu bunyi yang hendak digambarkan berdasarkan
grafem-grafem (bunyi yang berfungsi sahaja yang dilambangkan dengan huruf)
yang sudah dipersetujui dalam Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu.
Misalnya:
presiden dan objek ; huruf t (president, object) digugurkan
Contoh-contoh lain: accountant - akauntan
account - akaun

atheist - atheis
script - skrip

b) Ejaan Etimologi / Asal


Kalau timbul kekaburan seperti dalam hal sepasang istilah yang sama sebutan dan
sama ejaan, maka perbezaan bolehlah dibuat dengan mengekalkan ejaan dengan
sedikit penyesuaian yang perlu kepada salah satu istilah itu.
Misalnya:
Media massa: Kedua-dua -s dikekalkan dalam massa supaya tidak timbul
kekeliruan dengan masa (waktu).
c) Ejaan Transliterasi (alih huruf)
Ejaan yang menggantikan huruf asing dengan huruf bahasa Melayu.
Contoh:
Bismillahirrahmanirrahim
Gong Xi Fa Chai
2. Penyesuaian Ejaan
Bahasa Melayu banyak menyerap istilah daripada pelbagai bahasa seperti
Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris, dan lain-lain. Berdasarkan darjah
penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah-istilah ini
dapat dibahagi kepada tiga golongan utama:
Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam
bahasa Melayu seperti pencen, stesen, kamsen, kelas, dan kelab. Istilah ini tidak
diubah.
Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap ke dalam bahasa Melayu
seperti landrover, ad hoc; pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan
seperti dalam bahasa sumber.
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri
daripada segi ucapan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara
mengubah apa yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Cara ini
memudahkan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa
sumber. Penyesuaian ejaan istilah baru itu menurut kaedah berikut:
Bahasa Inggeris
Heroism
Socialism
Materialism
Monotheism
Realism
Octave
Aerial
Aerograph
Aerobe
Aesthetics
Hemoglobin
Aileron
Caisson
Primer
Rail
Tautology
Cobalt
Cybernetics
Cylinder
Accrue
Accommodation
Accumulation
Technique
Chiffon
Echelon
Frequency
Ream
Beaker
Easel
Chimpanzee
Decree
Zeolite
Neutron
Catalogue
Textile
Dialect
Diesel
Bogie
Pie
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Bahasa Melayu
Heroisme
Sosialisme
Materialisme
Monoteisme
Realisme
Oktaf
Aerial
Aerograf
Aerob
Estetika
Hemoglobin
Aileron
Kaison
Primer
Rel
Tautologi
Kobalt
Sibernetik
Silinder
Akru
Akomodasi
Akumulasi
Teknik
Sifon
Eselon
Frekuensi
Rim
Bikar
Isel
Cimpanzi
Dekri
Zeolit
Neutron
Katalog
Tekstil
Dialek
Diesel
Bogi
Pai

10
Cardioid
Ion
Premium
Congress
Linguistics
Oleomargarine
Thrombosis
Cardboard
Monsoon
Proof
Cartoon
Zoology
Tourmaline
Journal
Serious
Insurance
Ambulance
Coupon
Contour
Accountant
Phoneme
Phosphorus
Physiology
Banquet
Rhetoric
Rhythm
Scandium
Scooter
Script
Scenario
Scheme
Scholastic
Orthography
Nucleolus
Structure
Dualism
Duet
Tissue
Equinox
Quota
Continuum
Vacuum
Xenon
Latex
Extra
Polytheism
Zenith
Assimilation
Ferrum
Contingent
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

Kardioid
Ion
Premium
Kongres
Linguistik
Oleomargarina
Trombosis
Kadbod
Monsun
Pruf
Kartun
Zoologi
Turmalin
Jurnal
Serius
Insurans
Ambulans
Kupon
Kontur
Akauntan
Fonem
Fosforus
Fisiologi
Bankuet
Retorik
Ritma
Skandium
Skuter
Skrip
Senario
Skim / skema
Skolastik
Ortografi
Nukleolus
Struktur
Dualisme
Duet
Tisu
Ekuinoks
Kuota
Kontinum
Vakum
Xenon
Lateks
Ekstra
Politeisme
Zenit
Asimilasi
Ferum
Kontinjen

11
Dividend
Rational
Ideal
Action
Organization
Revolution
Confrontation
Projector
Logical
Psychological
Logic
Phonetics
Communist
Communism
Modernism
Descriptive
Sabotage
Garage
Image
Democracy
Novelette
Amateur
Telegraph
Autobiography
Decentralization
Rationalization
Professional
Flexible
Version

Dividen
Rasional
Ideal
Aksi
Organisasi
Revolusi
Konfrontasi
Projektor
Logis
Psikologis
Logik
Fonetik
Komunis
Komunisme
Modenisme
Deskriptif
Sabotaj
Garaj
Imej
Demokrasi
Novelet
Amatur
Telegraf
Autobiografi
Desentralisasi
Rasionalisasi
Profesional
Fleksibel
Versi

SUMBER ISTILAH
1. Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu
Mana-mana kata umum dalam bahasa Melayu (termasuk dialek daerah atau
dialek kuno/usang) boleh dijadikan istilah dengan syarat:
a. Kata itu tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri
yang dimaksudkan.
b. Kata yang tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
c. Kata yang paling singkat dipilih (sekiranya ada sekelompok
sinonim). Contohnya: hospital dan rumah sakit, dipilih hospital;
fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

12

2. Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun


Kalau tidak dapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu, maka
carilah pula daripada bahasa-bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu.
Misalnya :
gambut (Banjar)
nyeri (Sunda)
merarau (Iban)
gabi (Iban)

peat
pain
lunch
dinner

3. Perbendaharaan Kata Bahasa Asing


Kalau istilah yang diperlukan tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan
bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu, maka bolehlah diambil
katakata daripada bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah
mengutamakan bentuk ejaannya dalam bahasa sumber (iaitu disesuaikan,
seperlunya) dan penyebutannya mengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Demi
keseragaman, bahasa yang paling internasional (iaitu Inggeris) menjadi
sumber, melainkan bidang ilmu itu di luar kemampuan bahasa Inggeris.
Misalnya :
atom
atom
electron
elektron
professional
profesional
structure
struktur
3.1

Penyerapan Istilah Asing


Istilah asing dipinjam atas dasar:
a)
sesuai maknanya
b)
lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya
c)
istilah asing yang diserap itu mempermudah penyelarasan,
sekiranya istilah bahasa Melayunya mempunyai banyak
sinonim

3.2

Bentuk-bentuk Serapan
Kata yang diambil daripada bahasa asing bergantung pada:
i)
konteks/ situasi dan pemakaiannya dalam ayat
ii)
kemudahan belajar bahasa; dan
iii)
kepraktisan

3.3

Istilah Asing yang Sudah Lazim


Istilah asing yang sudah lama digunakan akan terus dipakai,
misalnya :
campaign
kempen

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

13
custom s
kastam
pension
pencen
Contoh Istilah Pinjaman Lain:
Bahasa Sanskrit:
agama, syurga, neraka, dosa, bakti, manusia, udara, cuaca, negara,
keluarga, raja, bendahara, kuasa, duli, beta, istana, pustaka, tentera,
cerita, harga, kota, desa, merdeka, kerja.
Bahasa Parsi:
bandar, dewan, domba, kahwin, kelasi, kenduri, medan, piala, nobat,
pasar, nakhoda, saudagar, pahlawan, jam, serunai.
Bahasa Arab:
adat, dunia, masjid, salam, ulama, masyarakat, syarikat, musim, ilmu,
khabar, hukum, huruf, nujum, kamus, murid, nafsu, hikayat, sejarah,
riwayat, kisah.
Bahasa Cina:
angpau, beca, cawan, dacing, pecai, samseng, sempoa, tauge, tauhu,
tauke, toko, tukang, tong, teko, mi, tocang.
Bahasa Tamil:
batil, kari, manikam, kapal, tirai, badai, tose, cerpu, katil, perisai,
talam, pinggan.
Bahasa Hindi:
acar, bakdul, kunci, dobi, lada, marmar, neraca, pateri, roti, tala, topi.

3.4

Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap


Istilah asing (ungkapan) tertentu yang lafaz dan ejaannya kekal dalam
semua bahasa, digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat
diberi garis bawah atau dicetak miring. Misalnya:
bona fide (Istilah bahasa Latin)
- diinterpretasi dengan niat baik, autentik yang tidak perlu
dipersoalkan)
esprit de corps (Istilah bahasa Perancis)
- semangat berpasukan
feit accompli (Istilah bahasa Perancis)

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

14
-

kenyataan yang dicapai / persetujuan yang dihadapi

weltanschauung (Istilah bahasa Jerman)


- pandangan dunia, sarwajagat
lingua franca (Istilah bahasa Latin)
- bahasa perantaraan
3.5

Ejaan Sanskrit
Imbuhan yang berasal dari bahasa sanskrit ialah jenis imbuhan yang
telah lama terserap ke dalam sistem tatabahasa Melayu. Imbuhan ini
terbahagi kepada dua, iaitu awalan dan akhiran.
i.
Awalan Sanskrit
Contohnya;
maha-:
maharani, mahakarya, maha mulia, maha besar,
maha agung
tata-:
tatatertib,
tatasusila,
tatacara,
tatakerja,
tataniaga, tatabahasa
pra-:
prasiswazah, prauniversiti, prasarana, prasyarat
swa-:
swadaya (kekuatan sendiri), swasta (berdiri
sendiri), swasambada
(keperluan sendiri),
swatantra (pemerintahan sendiri), swatenaga
(tenaga sendiri), swalayan (layan sendiri)
tuna-:
tunanetra (buta), tunakarna (tuli), tunakarya
(penganggur), tunawisma (tiada berumah),
tunaanggota (cacat)
eka-:
ekabahasa (satu Malaysia), ekamatra (satu
dimensi), ekanada (satu nada)
dwi-:
dwifungsi, dwibahasa
tri-:
tribulan (3 bulan), triwindu (24 tahun)
panca-:
pancasila (lima dasar)
pasca-:
pascasiswazah, pascamerdeka, pascamodenisme
ii.

Akhiran Sanskrit
Contohnya:
-wan dan -man:

-wati:

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

seniman,
budiman,
cendekiawan,
jelitawan,
ilmuwan,
budayawan
(kecenderungan kini: ahli kimia, ahli
antropologi)
seniwati,
angkasawati,
biduanita,
karyawanita
(rujuk
karyawan),
sukarelawati

15

3.6

Imbuhan daripada Arab-Parsi


Awalan bi- berasal daripada bahasa Parsi.
bilazim (tidak lazim)
biadab (tidak beradab)
Akhiran (-wi, -i, -iah) membawa makna sifat atau ciri yang
terkandung dalam kata dasar)
Sejarawi, duniawi, bahari, manusiawi, azali
Alamiah, lahiriah, ilmiah, batiniah
Akhiran -in, -at, -ah
Mukminin, mukminat, muslimin, muslimat
ustaz,ustazah, sultan, sultanah
hadirin, hadirat, salihah, qariah

Rujukan
Asmah Hj. Omar. (2006). Panduan Wacana Akademik: Teori dan Penerapan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Hj. Omar. (2005). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ismail Ahmad. (1996). Penulisan Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Puteri Roslina Abdul Wahid. (2005). Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam
Peristilahan Undang-Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Nathesan. (1995). Laras Bahasa Ilmiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

16
Latihan Teknik dan Gaya Penulisan Ilmiah
Latihan 1:
Arahan: Berikan ejaan dalam bahasa Melayu yang betul untuk setiap istilah dalam
bahasa Inggeris berikut:
a.

scheme

______

b.

projector

c.

phoneme

d.

myth

e.

aerial

f.

pension

g.

efficient

h.

decentralization

i.

latex

j.

equinox

k.

aesthetics

l.

monotheism

m.

flexible

n.

lingua franca

- _________________

______

Latihan 2.
Arahan: Terdapat 10 kesalahan penggunaan perkataan/frasa/ayat yang kurang
sesuai untuk laras ilmiah. Garis dan nomborkan kesalahan tersebut, dan seterusnya
gantikan dengan perkataan/frasa/ayat yang lebih tepat di ruangan yang disediakan.
Seni Persembahan Tradisi Menjelang Awal Abad ke-21
Oleh:
Mohamed Ghouse Nasuruddin
Seni persembahan tradisi atau klasik (0) yang merangkumi bentuk-bentuk tarian,
muzik dan teater tradisional seperti yang kita sedia maklum boleh ditinjau dari segi
hiburan, ritual dan pengubatan. Seperti yang umum ketahui, seni ini juga boleh
dikategorikan dan dikelaskan dari segi genrenya, iaitu rakyat, istana atau dibahagikan
mengikut kegunaan unsurnya, iaitu tari, muzik dan drama.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

17
Persembahan untuk ritual yang mungkin merangkumi bentuk tarian dan teater
memuja semangat dan roh yang dipercayai mempengaruhi kehidupan ahli suku kaum
bagi memenuhi pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk kesyukuran, bernazar dan
perlindungan daripada malapetaka. Aspek kesyukuran, bernazar dan perlindungan
ialah sebahagian daripada persembahan untuk tujuan ritual.
Pada umumnya, kategori ritual untuk pengubatan ialah tarian yang dipanggil
magunatip dan mansayau daripada suku kaum Kwijau dan tarian sumayau daripada
suku kaum Dusun.
Kajian saya memperlihatkan tarian yang memenuhi keperluan yang sama
seperti tarian tolak bala dipersembahkan dan ditarikan oleh suku kaum Bidayuh untuk
menyemah rumah panjang. Suku kaum Melanau pula mengadakan tarian aluk-aluk
semasa berkabung sepanjang empat hari bagi meredakan suasana sedih dan muram
yang mengiringi sesuatu kematian.
(Dipetik dan diubah suai daripada Syarahan Perdana Pelantikan Profesor)

Jawapan
0. Gugurkan frasa tersebut_________________
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)

18
Latihan 3
Arahan: Huraikan TIGA (3) ciri laras ilmiah yang terdapat dalam petikan yang
diberi. Jawapan anda haruslah berserta contoh dan huraian yang sesuai. Panjang esei
anda adalah antara 360 hingga 380 perkataan.
Hati
Oleh
Dr. Saifuzzaman Haji Yusoff
Hati ialah salah satu organ utama badan. Ia terletak di bahagian kanan atas abdomen
dan dilindungi oleh tulang rusuk. Pada keadaan normal, hati tidak dapat dirasai kerana
keseluruhan organ ini berada di bawah tulang rusuk kanan. Ia berbentuk segi tiga dan
berat normalnya sekitar 1.4 hingga 1.6 kilogram.
Hati terdiri daripada sekumpulan sel yang berbentuk heksagon atau segi enam
jika dilihat dengan menggunakan mikroskop. Susunan sel ini membentuk satu laluan
yang dinamakan sinusoid. Terdapat vena pusat yang melalui celahan sel ini. Sel-sel
hati ini disalir oleh salur darah hepatik yang bersambung dengan salur darah gaster.
Dalam keadaan normal, hati bekerja 24 jam sehari bagi memastikan fungsi
badan dapat berjalan dengan sempurna. Sel-sel darah merah yang sudah lama
(melebihi 120 hari) akan mengalami pemecahan, seterusnya membentuk satu bahan
yang dikenali sebagai bilirubin. Bilirubin dalam keadaan ini tidak larut air dan perlu
menjalani konjugasi, iaitu satu proses yang berlaku di dalam hati. Pada masa yang
sama, sekiranya hati tidak berfungsi dengan baik, konjugasi ini tidak akan berlaku dan
keadaan ini akan mengakibatkan peningkatan tahap bilirubin di dalam aliran darah,
lalu menyebabkan masalah penyakit kuning atau jaundis.
Kekuningan boleh berlaku sekiranya terdapat penyumbatan saluran hempedu
(seperti dalam kes batu hempedu). Keadaan ini disebabkan oleh ketepuan bilirubin
yang dikonjugasi oleh hati tidak dapat dirembeskan oleh hempedu hati ke dalam
perut. Kesannya, bilirubin yang telah dikonjugasi meningkat dengan tinggi dalam
darah dan seterusnya kesan kekuningan dapat dilihat pada mata, kulit dan air kencing.
Bagi bayi yang baru lahir, kekuningan biasanya berlaku pada usia empat hari.
Lazimnya keadaan ini berlaku bukan disebabkan masalah hati tetapi dua faktor lain.
Pertama ialah sel darah merahnya yang masih muda dan senang mengalami
pemecahan (hemolisis). Hal ini mengakibatkan kandungan bilirubin yang tinggi
dalam darah. Kedua berpunca daripada hati bayi pada usia ini masih belum matang
dan tidak dapat melakukan proses konjugasi dengan sempurna. Sekiranya kekuningan
yang berlaku pada bayi melebihi 300 mmol/dl kandungan bilirubin, bilirubin ini boleh
memasuki otak dan mengakibatkan kernikterus. Kernikterus boleh mengakibatkan
bayi tersebut mengalami terencat akal seumur hidup. Keadaan ini boleh dielakkan
dengan membuat pemeriksaan awal di hospital atau klinik bagi menentukan tahap
bilirubin. Sekiranya tahap bilirubin bayi tinggi, proses pengurangan bilirubin di dalam
darah boleh dilakukan dengan meletakkan bayi bawah sinaran lembayung ungu (ultra
violet) atau jika bayi tersebut berada dalam keadaan yang sangat serius, penukaran
darah harus dilakukan dengan segera.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Kosmik, Januari 2007)
PBM2022 Salinan Pelajar (PPB)