Anda di halaman 1dari 3

Kaum Melayu

SEWAKTU MENGANDUNG
Melenggang Perut/Kirim Perut/Mandi Tian
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia
dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang
geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi
membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
SEWAKTU BERSALIN
Potong Tali Pusat
Sejurus selepas bayi lahir, bidan akan menyambutnya dengan jampi dan serapah
lalu
disemburkan
dengan
daun
sirih.
Selepas bayi dibersihkan, tali pusatnya akan dipotong dengan menggunakan
sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak 1 ringgit.
Di sesetengah tempat tali pusat dipotong menggunakan cincin emas.
Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus
dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu
tanggal sendiri.
Azan/Qamat
Bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya.
Bayi perempuan akan diqamatkan.
Bapa atau datuk bayi tersebut akan melakukan upacara ini
Membelah Mulut
Upacara bermula dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah AlIkhlas
Ia diikuti dengan langkah mencecap atau merasakan sedikit air madu atau
kurma dan ada juga yang menggunakan emas yang dicelupkan ke dalam air
pinang
pada
mulut
bayi
yang
baru
lahir
tersebut.

Jampi
mentera
dibacakan.
Adat ini sudah tidak diamalkan lagi oleh masyarakat Melayu hari ini.
Berpantang
Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula
bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
Dilarang dari makan makanan seperti udang, kerang, ketam dan ikan pari serta memakan ikan
yang mempunyai sengat seperti ikan keli, sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan

bisa-bisa pada badan.


Digalakkan memakan nasi dengan ikan haruan yang dibakar atau direbus dan dibenarkan
minum air suam atau susu.

Selama berpantang mereka diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku. Tungku akan dituam
pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan untuk mengatasi masalah kesakitan selepas
bersalin.
Selesai bertungku, si ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan
kapur sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk mengatasi perut
buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping memberi keselesaan kepada wanita
selepas bersalin.
SELEPAS LAHIR
Tanggal Pusat/Cuci Lantai/ Naik Buai
Lazimnya bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam tempoh
seminggu. Pada ketika itu, adat cuci lantai akan diadakan. Kenduri doa
selamat akan diadakan pada permulaan adat ini. Selepas itu bidan akan
memulakan jampi serapahnya sambil memegang ayam dengan cara
mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin.
Seterusnya lantai itu akan dibersihkan. Mak bidan akan menjalankan
keseluruhan upacara ini. Sebelum itu, si ibu dan si bayi akan dimandikan,
diurut dan dibedak. Selesai upacara tersebut, bahan yang digunakan tadi
beserta sedikit wang akan dihadiahkan kepada bidan tersebut.
Cukur Rambut/ Potong Jambul

Pada hari itu, bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas talam yang dialas
dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya. Si bayi seterusnya dibawa ke tengah

majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat. Si bayi akan ditepung tawar serta
ditabur beras kunyit dan bertih. Para hadirin secara bergilir-gilir akan menggunting sedikit
rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi. Bilangan orang yang menggunting
rambut bayi tersebut hendaklah dalam bilangan yang ganjil, iaitu tiga, lima, tujuh dan seterusnya.
Setelah selesai pihak lelaki menjalankan acara menggunting, pihak perempuan pula mengambil
alih. Setelah selesai kedua-dua pihak menjalankan adat bercukur barulah kepala bayi tersebut
dicukur sepenuhnya oleh bidan atau sesiapa sahaja yang boleh melakukannya. Kesemua rambut
yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa. Akhirnya kelapa tersebut di tanam di sekitar
halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa
anak itu dilahirkan.
(Sumber:http://malaysiana.pnm.my/01/01010101mel_mengandung.htm)