Anda di halaman 1dari 10

Ciri Pedagogi Masa Kini :

Literasi Teknologi
Maklumat & Komunikasi.

Definisi
Teknologi
Makluma
t

Teknologi
Komunik
asi

Teknologi
Makluma
t&
Komunik
asi

Teknologi Maklumat
Teknologi yang digunakan oleh individu untuk
mengumpul data dan menganalisis data menjadi
maklumat berguna dan bermakna, serta untuk
menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk
seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.
Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk
tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan
ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan
kemampuan.

Teknologi Komunikasi

Membolehkan individu atau kelompok bertukar


data dan maklumat dalam ruang waktu dan
tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan
dalam masa yang sama (synchronous) melalui
rangkaian setempat atau global.

Literasi TMK
Menumpukan pembinaan
pengetahuan, kemahiran dan
kompeten secara asas tentang
beberapa perkakasan dan peranti
serta perisian untuk membolehkan
murid/individu melakukan tugasan
mudah sesuai dengan keperluan dan
tahap kognitifnya.
Asas literasi TMK sesuai mula
diperkenalkan di peringkat rendah.

Belajar dgn Bantuan TMK


TMK sebagai alat untuk membolehkan
pelajar/individu memperoleh maklumat dan
menjadikannya sesuatu yang bermakna.
TMK mampu meningkatkan motivasi, inovasi dan
daya kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar terangsang oleh visual, video, audio dan
animasi.
TMK membuka ruang bilik darjah/kuliah menjadi
ruang maya dan membolehkan pembelajaran berlaku
tanpa dibatasi ruang dan waktu serta dalam rentak
pelajar/individu tersebut.

ICT Sebagai Sumber Pendidikan


Terdapat banyak sumber bagi membolehkan
pelajar/individu untuk mendapatkan maklumat
dan meningkatkan pengetahuan mereka.
Ini termasuk perkhidmatan perpustakaan
maya, e-pembelajaran, Pembelajaran maya
( virtual library, e-learning , virtual learning)
Rangkaian atau sistem ICT menjadikan
maklumat yang tersimpan di luar batas
geografi negara mudah diperolehi dan
dipergunakan.

Peranan Guru, Pelajar, Pusat


Sumber Kementerian Pendidikan
Guru bukan lagi sebagai sumber utama memberi
dan menyampaikan maklumat tetapi bertindak
sebagai pemudah cara atau pengurus untuk
mendapatkan maklumat.
Guru harus mempunyai kebolehan menyusun
semula ledakan maklumat yang diperolehi dari
berbagai sumber supaya dapat dijadikan
maklumat yang berstruktur untuk tujuan
pengajaran.
Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh
membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran
seperti hipermedia atau multimedia.

Guru harus tahu menggunakan


teknologi komunikasi seperti CD
Rom, cakera padat, hantaran melalui
telesidang audio, video dan
komputer untuk memudahkan proses
penerimaan, penyaluran atau
penyebaran maklumat kepada
pelajar.

Peranan Pelajar Untuk Mendapat


Faedah Dari Perkembangan
Teknologi Maklumat
Pelajar harus bijak mengesan, mencari,
menilai, memilih dan menggunakan maklumat
yang sesuai secara berkesan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau
membuat keputusan tanpa mengira daripada
mana sumber tersebut diperolehi.
Pelajar hendaklah mendapatkan dan
melengkapkan diri dengan maklumat yang
sebanyak mungkin sesuai dengan matlamat
kerajaan mewujudkan masyarakat yang kaya
dengan maklumat menjelang tahun 2020

Pelajar juga harus tahu menggunakan


teknologi maklumat yang terdapat di pusat
sumber sekolah.
Pelajar tidak hanya bergantung kepada guru untuk
mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi hendaklah
berusaha sendiri untuk mendapatkannya.
Pendekatan pengajaran akan berubah daripada
tingkahlaku dan kognitif ke konstruktif di mana
pelajar digalakkan berfikir dan membina model
mental sendiri menggunakan teknologi maklumat.

Cara pelajar belajar tidak lagi terikat dalam


bilik darjah tetapi belajar di pusat sumber
elektronik melalui maklumat yang disalurkan
oleh satelit ke pusat sumber elektronik.

Anda mungkin juga menyukai