Anda di halaman 1dari 3

Tajuk : Kepentingan Membaca

ISI-ISI
-

Menambahkan ilmu pengetahuan


Meningkatkan kemahiran berbahasa
Hobi yang berfaedah
Mencetus idea baru
Pada era globalisasi ini, masyarakat semakin tasub
dengan teknologi yang serba canggih. Mereka lebih
meluangkan masa mereka dengan bermain permainan video
yang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Tidak
seperti kanak-kanak pada zaman dahulu kala, yang lebih
banyak meluangkan masa dengan perkara yang lebih sihat.
Aktiviti membaca semakin hari, semakin dilupakan. Walhal,
sudah terang lagi bersuluh membaca lebih banyak membawa
kebaikan. Budaya membaca haruslah dipupuk dalam diri
setiap individu agar ia tidak pupus dek arus masa.
Ada kata yang menyebut bahawa membaca jambatan
ilmu. Ini jelas terbukti bahawa membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan. Ini kerana cara belajar yang
betul adalah terdiri daripada tiga cara iaitu melihat atau
membaca, mendengar dan menulis. Selain itu, kebanyakan
pelajar cemerlang mengatakan bahawa mereka sering
mengamalkan budaya membaca yang mana dapat membantu
mereka dalam ujian penulisan yang sudah tentu memerlukan
idea yang banyak bagi menghasilkan karangan cukup bernas.
Selain dapat menambah ilmu pengetahuan, membaca
juga dapat meningkatkan kemahiran berbahasa. Ini kerana
kebanyakan pelajar melayu masih tidak dapat menguasai
kemahiran Bahasa Melayu dengan baik walaupun ini
merupakan bahasa percakapan harian mereka. Oleh itu, bagi
membetulkan kaedah berbahasa, kita perlulah lebih banyak
membaca kerana apa yang kita baca dapat dijadikan contoh
bagi kita di masa yang akan datang. Membaca juga
semestinya dapat menambah perbendaharaan kata.
Bagi sesetengah individu membaca merupakan perkara
yang seronok dan mereka adakalanya menjadikan membaca
sebagai satu hobi. Membaca boleh menjadi perkara yang
menyeronokkan apabila si pembaca memilih bahan bacaan
yang sesuai dengan citarasa yang diminati. Sebagai contoh,
kebanyakan remaja lebih cenderung memilih bahan bacaan
novel kerana ia mempunyai gaya bahasa yang menarik dan

sebati dengan diri si pembaca selain mempunyai jalan cerita


yang menarik dan kreatif. Aktiviti membaca semestinya lebih
baik berbanding melepak, merempit dan sebagai yang tidak
mendatangkan apa-apa kebaikan malahan mendatangkan
pelbagai keburukan.
Bagi seorang pelajar, membaca semestinya suatu
perkara yang wajib bagi mereka untuk berjaya kerana
membaca dapat membantu mereka berfikiran lebih kreatif
yang dapat mencetuskan idea-idea baru. Bagi mereka yang
ingin menjadi seorang novelis, membaca semestinya menjadi
suatu perkara yang amat penting kerana selain pengalaman
yang dilalui, hasil bacaan juga dapat membantu mereka dapat
menghasilkan sebuah novel yang dapat menarik minat si
pembaca dengan gaya bahasa yang menarik. Membaca
umpama sudu yang mengambil ilmu lalu disuapkan ke dalam
diri si pembaca agar dapat dipraktikkan dan dapat menjadi
seorang yang lebih berguna di masa yang akan datang.
Akhir kalam, budaya membaca semestinya perlu terus
diamalkan kerana ia memiliki seribu satu kebaikan yang dapat
menjadikan seseorang individu itu lebih baik. Oleh itu,
ayuhlah kita membaca bagi membangunkan tahap diri,
agama, bangsa dan negara.
-TAMAT-

Disediakan oleh: DANIAL AIMAN BIN


KAMARUZAMAN

Anda mungkin juga menyukai