Anda di halaman 1dari 35

BAB ENAM

ISU-ISU MORAL
ISU-ISU MORAL
ALAM SEKITAR
KEHIDUPAN
EUTHANASIA
HUKUMAN MATI
PENGGUGURAN
DISKRIMINASI
ETIKA PERNIAGAAN
SEKSUALITI
BERSEKEDUDUKAN
HUBUNGAN SEJENIS
TEKNOLOGI MAKLUMAT
ALAM SEKITAR
Antroposentrisme.
mementingkan kehidupan manusia
berbanding hidupan lain
Perbuatan dianggap bermoral jika
membunuh binatang dan
mengeksploitasi tumbuhan
mendatangkan kebaikan untuk manusia.
Ekosentrisme.
semua bentuk kehidupan mempunyai
nilai intristik, iaitu tidak membezakan
kehidupan manusia dengan kehidupan
lain – sama-sama mempunyai hak.
EUTHANASIA
Tindakan menamatkan riwayat
seseorang pesakit atas permintaan
pesakit itu sendiri atau permintaan
keluarga pesakit dengan tujuan
mengurangkan kesakitan dan
kesengsaraan pesakit itu.
Terbahagi kepada dua iaitu;
Euthanasia sukarela
Euthanasia bukan sekarela
PANDANGAN DARI AGAMA
Ada beberapa negara yang meluluskan
undang-undang membenarkan euthanasia
tetapi mengikut syarat-syarat yang tertentu
Agama Islam mengharamkan euthanasia
dan dianggap sebagai membunuh orang
serta dikira sebagai dosa besar. Membunuh
diri pula dianggap syirik.
Agama Kristian- melarang penganutnya
membunuh orang lain dgn apa cara
sekalipun.
Samb…
Agama Buddha – melarang membunuh
manusia, binatang dan tumbuhan dan
meminta penganutnya memelihara dan
menjaga nyawa sehingga capai nirwana.
Agama Sikh menganggap perbuatan
euthanasia sebagai suatu perbuatan
kejam.
Agama Hindu juga menentang
euthanasia – tuhan sahaja boleh
mengambil nyawa
DARI SUDUT TEORI MORAL
Teleologi – kemoralan sesuatu tindakan
melihat kepada kesan atau akibat daripada
tindakan itu.
Utilitarian – tindakan yang membawa
kebaikan kepada orang ramai dianggap
bermoral.
Egoisme – tindakan doktor mementingkan
dirinya dianggap bermoral.
Deontologi – euthanasia dianggap salah
kerana memang secara semulajadinya
adalah salah.
HUKUMAN MATI

 Suatu hukuman yang diputuskan


oleh pihak mahkamah membabitkan
pesalah dibunuh samada secara
pancung, gantung, suntikan maut
dan sebagainya.
PIHAK YANG MENENTANG

Hukuman mati tidak berperikemanusiaan, kejam,


zalim dan tidak bertamadun serta menjatuhkan
martabat manusia.
Ketidakadilan dan kesilapan mungkin berlaku
dalam pengadilan dan penjatuhan hukuman.
Mengganggu proses perundangan sesebuah
negara kerana memakan masa perbicaraan yang
lama.
Tidak dapat mencegah jenayah berbanding
hukuman penjara untuk jangka masa panjang.
PIHAK YANG MENYOKONG
–Adil bagi mereka yang melakukan
kesalahan besar seperti membunuh.
Pesalah merbahaya tidak semestinya
dibiarkan hidup kerana dia akan mengulangi
perbuatannya atau mempengaruhi orang
lain.
–Dapat mengurangkan kos yang tinggi untuk
memelihara banduan di dalam penjara untuk
tempoh masa yang lama.
–Sebagai satu cara pencegahan - Amaran
untuk orang ramai.
Pandangan mengenai hukuman
mati
Di Malaysia, hukuman mati dijalankan
contohnya di bawah Akta Senjata Api,
Akta Dadah Berbahaya dan kesalahan
membunuh orang.
Dari sudut agama Islam, hukuman mati
termasuk dalam jenayah hudud dan
qisas iaitu hukuman mati bagi jenayah
zina dan bunuh. Tujuan hukuman mati
ialah sebagai pembalasan, pencegahan
dan pemulihan.
PENGGUGURAN.

Pengguguran ialah menamatkan


kehamilan sebelum kelahiran
seorang bayi.
Menurut kamus dewan, lahir sebelum
cukup bulan ( sebelum cukup atau
sampai masanya).
Pengguguran mungkin berlaku atas
sebab semulajadi atau disengajakan.
ANTI PENGGUGURAN
Undang-undang yang mengharamkan
pengguguran janin wajar diwujudkan. Janin
punyai hak untuk hidup
Pengguguran adalah perbuatan tidak bermoral
Wanita yang dirogol perlu diberi bimbingan dan
sokongan dan tiada hak baginya untuk
menggugurkan kandungannya itu.
Menghalalkan pengguguran akan menyebabkan
seks secara bebas berleluasa.
Pengguguran akan melahirkan gangguan
psikologi iaitu rasa bersalah kepada wanita yang
terlibat.
PRO PENGGUGURAN
Pengguguran secara haram masih berlaku
walaupun ada undang-undang yang
mengharamkannya.
Wanita yang enggan atau belum bersedia untuk
hamil atau hamil bukan kehendak sendiri
menganggapnya sebagai pilihan bermoral dalam
keadaan tertentu.
Memaksa wanita untuk melahirkan anak hasil
daripada perbuatan rogol adalah satu penderaan
dan paksaan.
Bayi yang dilahirkan secara terpaksa mungkin akan
menimbulkan penderaan kepada bayi berkenaan.
Gangguan psikologi tidak mungkin timbul jika
pengguguran dilakukan secara sukarela.
PANDANGAN AGAMA DAN
UNDANG-UNDANG
Di Malaysia – Pengguguran adalah salah di sisi
undang-undang dan boleh dipenjara maksimum
20 tahun kecuali pengguguran yang dilakukan
atas nasihat doktor.
Dari sudut Islam, tindakan itu dianggap salah
dan haram setelah janin bernyawa kecuali atas
nasihat doktor. Hukumnya bergantung kepada
peringkat pembesaran janin
Agama Kristian juga melarang pengguguran
kerana janin punyai hak untuk hidup.
Pengguguran dianggap sebagai pembunuhan
DARI SUDUT TEORI MORAL

Utilitarianisme – Tindakan
dianggap bermoral jika membawa
kebaikan kepada orang ramai.
Egoisme – Tindakan dianggap
bermoral jika membawa kebaikan
pada individu (ibu).
DISKRIMINASI.


Satu layanan berbeza terhadap
individu atau kumpulan disebabkan
perbezaan ras, jantina, kebudayaan,
warna kulit, agama, kelas sosial atau
taraf hidup.
BENTUK-BENTUK DISKRIMINASI
Diskriminasi dengan sengaja.
Diskriminasi layanan tidak sama.
Diskriminasi kesan tidak sama.
Diskriminasi masa lalu
Tindak balas terhadap orang yang
menentang diskriminasi.
JENIS DISKRIMINASI
Diskriminasi Jantina
Iaitu layanan berbeza terhadap individu atau
kumpulan atas dasar jantina.
Diskriminasi Ras
Iaitu perbezaan layanan berdasarkan
perbezaan ras atau kaum.
Diskriminasi umur, politik, agama dan
sosioekonomi.
Iaitu layanan yang berbeza yang diberikan
kepada individu atau kumpulan atas dasar
umur, fahaman politik dan agama.
ETIKA PERNIAGAAN

Pertimbangan moral yang


berlandaskan peraturan dan prinsip
tertentu yang menentukan samada
tindakan atau perlakuan dalam
perniagaan itu betul atau salah.
Kepentingan Etika Perniagaan
Biasanya, peniaga akan sentiasa berikhtiar untuk
meningkatkan perniagaan dan mengaut keuntungan
yang lebih hingga terlupa kepada tanggungjawab
mereka kepada masyarakat, mengelak daripada
membayar cukai, menjalankan perniagaan secara
haram dan seumpamanya.
Beberapa undang-undang dan akta telah
diperkenalkan oleh kerajaan seperti Akta Kawalan
Harga 1946, Akta Keterangan 1950, Akta Kawalan
Bekalan 1961, Akta Sewa beli 1967, Akta Timbang
dan Sukat 1972 dll.
Kod etika juga diperkenalkan supaya menjadi
panduan kepada peniaga untuk memiliki nilai dan
etika perniagaan yang baik.
Etika Dalam Amalan Perniagaan
Mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan
mana-mana pihak (pembekal atau pemodal)
Peniaga juga mempunyai tanggungjawab moral
terhadap pekerjanya seperti menjaga kebajikan,
tiada diskriminasi dan lain-lain.
Tanggungjawab peniaga kepada pembeli atau
pengguna perlu dititikberatkan seperti memberi
perkhidmatan yang memuaskan, harga barang
atau perkhidmatan yang berpatutan dan lain-lain.
Tanggungjawab peniaga kepada masyarakat -
derma dan sumbangan.
Tanggungjawab peniaga kepada kerajaan –
cukai.
DARI SUDUT TEORI MORAL
Egoisme : bertanggungjawab melakukan
sesuatu yang terbaik untuk kepentingan
dan kebaikan syarikat asalkan usahanya
itu membawa kebaikan dan kepentingan
dirinya.

Utilitarianisme : Tindakan dikatakan


bermoral jika tindakan itu
memaksimumkan kebaikan untuk orang
ramai dan mengambil kira kepentingan
semua pihak.
BERSEKEDUDUKAN

Pasangan berlainan jantina tinggal


bersama tanpa ikatan perkahwinan
secara sah. Pasangan ini tinggal
bersama seperti suami isteri dan
sesetengah mereka mempunyai anak
di luar nikah.
Alasan mereka yang
bersekedudukan di Barat

Mereka dapat mengenali secara


lebih mendalam pasangan masing-
masing sebelum berkahwin.
Pasangan ingin menjimatkan wang
kerana kos perkahwinan tinggi.
Tidak mahu terikat dengan ikatan
perkahwinan.
Scot: Empat Jenis
Bersekedudukan
Linus blanket – Kerana kurang
keyakinan diri dan merasa kurang
selamat tinggal bersendirian
Emancipation – Berlaku di kalangan
gadis yang ingin bebas dari
kongkongan ibu bapa dan larangan
agama.
Convenience – Untuk mendapatkan
kemudahan asas sahaja.
Testing – Anggap bersekedudukan
sebagai perkahwinan percubaan.
DARI SUDUT TEORI MORAL
Egoisme – Tindakan dianggap bermoral
jika bersekedudukan membawa
kebaikan kepada dirinya.
Utilitarianisme – tindakan dianggap
bermoral jika ia merupakan pilihan
terbaik dan menguntungkan semua
pihak yang terlibat.
Eksistensialisme – dianggap bermoral
jika tindakan itu merupakan pilihan
terbaik oleh seseorang itu. Individu
bebas membuat pilihan.
PANDANGAN AGAMA
Kebanyakan agama melarang
pengikutnya bersekududukan sebaliknya
menggalakkan perkahwinan dan
berkeluarga terutamanya Islam.
Perbuatan itu dianggap keji, tidak
bermoral dan berdosa besar (zina).
Di Malaysia, bersekedudukan adalah
salah di sisi undang-undang sivil
mahupun syariah.
KESAN BERSEKEDUDUKAN
 Pembuangan bayi akibat penzinaan
 Anak tidak mempunyai bapa yang sah.
 Kemungkinan perempuan terpaksa
menanggung sendiri anak-anaknya
setelah berpisah dengan pasangannya.
 Kehidupan anak-anak tidak terurus.
 Kesukaran peninggalan harta kepada
pasangan.
HUBUNGAN SEJENIS

Dikenali sebagai homoseksualiti iaitu


keinginan untuk melakukan
hubungan seks dengan golongan
sejenis iaitu lelaki dengan lelaki dan
perempuan dengan perempuan.
PANDANGAN AGAMA DAN
UNDANG-UNDANG
Dari sudut agama, semua agama
menentangnya. Agama Islam menganggap
ianya perbuatan terkutuk dan haram.
Bersetubuh sesama lelaki dikenali sebagai
liwath manakala sesama wanita dikenali
sebagai sihaaq atau musaaqh.
Dari sudut undang-undang pula ada negara
yang membenarkannya seperti di United
Kingdom dan ada yang menganggapnya
sebagai satu kesalahan seperti di Malaysia.
DARI SUDUT TEORI MORAL
Naturalisme – walupun manusia digalakkan
membentuk dan mengekalkan hubungan
peribadi sesama manusia, hubungan
sejenis patut dijauhi kerana ia sesuatu yang
luar biasa.
Intuisionisme – individu menentukan
sesuatu perbuatan sebagai baik atau buruk
mengikut nalurinya sendiri.
Eksistensialisme – Individu bebas memilih
yang mana baik atau buruk untuk dirinya.
TEKNOLOGI MAKLUMAT


Tujuan penggunaan komputer adalah
untuk meningkatkan produktiviti
dalam zaman yang semakin banyak
maklumat yang perlu dikendalikan
dalam setiap industri.
Isu Berkaitan Komputer

Keselamatan – Fail atau data yang kita


bina mungkin dimusnahkan secara tidak
sengaja atau disengajakan
Persendirian (privacy) – menjadi isu
apabila seseorang memasuki data orang
lain dan membaca data itu.
Etika – Mungkin sedar atau tidak, kita
mempunyai masalah etika jika
membenarkan orang lain menggunakan
perisian yang hanya kita dibenarkan
menggunakannya.
Jenayah Komputer Yang Kerap
Berlaku
–Mencuri masa komputer untuk membina
perisian samaada untuk kegunaan
persendirian atau menjualkannya.
–Mencuri, memusnah atau memanipulasi
program atau data.
–Mengubah data yang disimpan dalam fail
komputer.
–Menyalin perisian secara tidak sah. (cetak
rompak)
–Penjenayah komputer dikenali sebagai hacker
dan ‘penyeluk poket elektronik’