Anda di halaman 1dari 37

1.

0
1.1

PENGENALAN
Pendahuluan

Bahasa adalah jiwa bangsa. Tanpa bahasa yang sempurna, maka


robohlah tamadun bangsa manusia. Bahasa Melayu yang lebih dikenali
sebagai lingua franca telah memperkasakan kedudukannya di rantau ini
sejak

berabad

yang

lampau

(Mohamad

Amin

Arshad,

2005).

Para

penuturnya yang satu ketika dahulu hanyalah di kalangan penduduk


pribuminya sahaja telah berkembang hingga menjadi bahasa serumpun di
kepulauan Melayu. Setelah kedatangan pedagang-pedagang dari barat
yang mana tujuan asalnya hanyalah untuk mencari tempat berdagang,
telah berminat untuk menuturkannya. Maka, bahasa Melayu telah maju
setapak lagi dengan berkembang kepada penutur barat.
Perkembangan bahasa Melayu melalui perkamusan telah dimulakan
oleh orang-orang Barat seperti orang Itali, Belanda, dan Inggeris. Kejayaan
mereka dalam mengumpulkan kosa kata Melayu yang diberi huraian dan
penjelasan menurut bahasa ibunda masing-masing kemudian disusun dan
diterbitkan dalam bentuk buku. Kamus-kamus tersebut menjadi sumber
rujukan utama kepada orang-orang barat yang ingin mempelajari bahasa
Melayu. Ini berpunca dari

kesedaran tentang bahasa anak negeri perlu

difahami dan dikuasai untuk memudahkan perniagaan.


Di samping itu pula, orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal
rantau Nusantara ini kerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan
oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubaligh Kristian turut sama

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 1

ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah


yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini
memerlukan kemahiran bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana
dan kamus bahasa Melayu dianggap penting.
1.2

Objektif Kajian
Kajian ini ialah membincangkan tentang peranan tokoh RJ Wilkinson
dalam bidang kebahasaan dan kesarjanaan bahasa beliau bersama sepuluh
tokoh bahasa yang lain iaitu Sir Henry Yule, George Coedes, John Crawford,
RO Winstedt, Frank Swettenhem, Maxwell, Thomas Bowney, CA Mess, Hugh
Clifford dan Houtman serta bidang kebahasaan dalam perancangan
perkamusan antara tokoh-tokoh bahasa tersebut.

1.3

Kaedah Kajian
Kaedah kepustakaan telah digunakan semasa menyiapkan tugasan
ini. Selain mendapatkan maklumat dari beberapa buah buku dan majalah,
saya turut menggunakan enjin carian seperti

laman sesawang untuk

dijadikan panduan dan rujukan semasa menyusun atur tugasan yang


diberikan ini. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai sumber turut
dianalisis mengikut kesesuaian untuk dikelaskan di bawah sub-topik yang
berkenaan.

1.4

Batasan Kajian

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 2

Kajian ini berfokus kepada peranan tokoh RJ Wilikinson dalam bidang


kebahasaan dan kesarjanaan bahasa beliau bersama sepuluh tokoh bahasa
yang lain iaitu Sir Henry Yule, George Coedes, John Crawford, RO Winstedt,
Frank Swettenhem, Maxwell, Thomas Bowney, CA Mess, Hugh Clifford dan
Houtman. serta bidang kebahasaan dalam perancangan perkamusan
antara tokoh-tokoh bahasa tersebut.

2.0

PERANAN TOKOH RJ WILKINSON DALAM BIDANG KEBAHASAAN.


R.J Wilkinson mula berkhidmat

di Tanah Melayu pada tahun 1889

sebagai pegawai pentadbiran kolonial. Setelah didorong oleh Sir William


Maxwell, gabenor negeri Selangor dan W. Skeat seorang penulis buku
tentang ilmu ghaib. Pada masa itu politik wakil-wakil Kerajaan Inggeris
bertujuan

memerintah

dan

mendalangi

para

Raja

tempatan

dan

menggunakan bahasa Melayu dengan fasih adalah menjadi syarat utama


untuk menjayakan pentadbiran. Beliau juga telah terpesona oleh Kamus
Melayu-Perancis Abbe Favre dan terkejut akan tahap pengetahuannya.
R.J Wilkinson berperanan besar dalam arena perkamusan.
menyusun

kamus

Inggeris-Melayu

pada

tahun

1895

m.

Beliau

Kemudian,

Wilkinson menyusun Kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada


tahun 1902m. Semenjak Wilkinson bertugas sebagai nazir sekolah di
Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu , beliau telah dilantik menjadi
Pengerusi Jawatankuasa Ejaan. Ketika itulah Ejaan Wilkinson terkenal. Pada
tahun 1903m, beliau kesempatan kepada beliau menerbitkan bukunya

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 3

Paper on Malay subjects dan menyelesaikan hampir keseluruhan draf


kamusnya. Dr. C. Hooykaas dalam bukunya Perintis Sastera mengatakan
bahawa Pantun Melayu yang dikumpulkan oleh R.J Wilkinson dan R.O
Winstedt (Malay Literature Series 12), mengandungi sejumlah lebih kurang
1,500

rangkap

pantun,

lebih

10%

daripadanya

adalah

seloka.

Weltanschauung atau pandangan hidup orang Melayu boleh juga wujud


dalam pantun tersebut.
Seterusnya kita lihat sumbangan R.J Wilkinson pada tahun 1901,yang
telah menyusun kamus dwibahasa iaitu A Malay-English Dictionary. kamus
dwibahasa yang merupakan kamus terawal pada abad ke-20. Kata
kemasukan kamus ini ditulis dalam ejaan jawi dengan aturan huruf Rumi
serta keterangan data dalam bahasa Inggeris (Abdul Rashid Daing Melebek,
2010).Wilkinson telah melakukan tiga kali semakan iaitu:
a) Edisi A Malay-English Dictionary I-II dalam ejaan Rumi pada tahun 1932.
b) Edisi A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi dengan tempelan ejaan
Jawi pada tahun 1959.
c) Pengemaskinian A Malay-English Dictionary dalam ejaan Rumi sepenuhnya
pada tahun 1959.
Kamus setebal 1300 halaman itu merupakan karya leksikografi yang
paling terperinci tentang bahasa Melayu hingga sekarang. Kamus ini
diulang cetak oleh Penerbit Macmillan di London pada tahun 1959.
Wilkinson juga telah mengumpulkan sebanyak 15 ribu frasa dan ungkapan
daripada Hikayat Abdullah untuk mendapatkan kosa kata kamus ini. Beliau
juga telah menggunakan 3 naskhah karya berbentuk hikayat seperti
Hikayat Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Koris dan Hikayat Bestamam. Tiha

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 4

cerita rakyat yang digunakan untuk menambahkan kosa kata ialah seperti
Sang Samba, Parang Putting dan Putra Jaya Pati serta satu roman panji.
Sehingga sekarang kamus ini merupakan kamus yang paling lengkap
tentang bahasa Melayu abad ke-19. Wilkinson banyak berbincang dengan
ahli leksikografi Belanda seperti Klinkert, Pijnappel dan Von Dewall serta
individu berbangsa Melayu bernama Zainal Abedin Haji Ghani, yang banyak
memberi

idea

dan

input

untuk

menyusun

kamus

ini.

Kekayaan

maklumatnya adalah luar biasa, terutama sekali mengenai Semenanjung


Tanah

Melayu

dan

Sumatera.

Kandungannya

mengandungi

istilah

berkenaan dengan bidang teknik (pelayaran, kraftangan), budaya, zoologi


dan botani.
Kamus

Wilkinson ini bermutu tinggi kerana beliau benar-benar

mengkaji kesusasteraan Melayu Klasik abad ke-17. Kamus ini turut


dilampirkan bukti-bukti dan contoh berserta rujukan terperinci. Wilkinson
tidak hanya menggunakan sumber-sumber sastera sahaja tetapi juga
merujuk buku-buku tentang batu permata, kraftangan kayu, teka-teki dan
ubi kayu. Semua rujukan ini dimasukkan ke dalam senarai pada akhir jilid
kedua kamusnya.
Jumlah kata dalam kamus Wilkinson terdapat sekitar 32 000
perkataan termasuk 17% merupakan rujukan. Ia adalah dua atau tiga kali
ganda jumlah yang ada pada kamus lain. Berikut adalah perbandingan
kadar asal perkataan (tidak termasuk rujukan) dengan kamus-kamus yang
wujud sekarang.
JENIS BAHASA

PERATU

JENIS BAHASA

PERATUS

S
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 5

Bahasa Sanskrit
Bahasa Jawa/Batavia
Bahasa Tamil/Hindi
Bahasa Sumatera
Lain-lain

2.5%
8.5%

Bahasa Arab/Parsi
Bahasa Semenanjung T.

1.5%
6%

1.4%
7.4%

Melayu
Bahasa Cina
Bahasa Eropah

1%
3.5%

2%

Terdapat 53% kata masukan lain tanpa diberi bahasa asalnya, yang
boleh dianggap sebagai perkataan bahasa Nusantara, terutamanya bahasa
Melayu. Kata masukan tentang zoologi dan botani merupakan 18%
daripada 53% kata masukan tersebut.
Berdasarkan perbandingan dengan kamus-kamus yang ada sekarang,
kadar perkataan yang berasal dari bahasa Arab adalah lebih tinggi dan
kadar perkataan yang berasal dari bahasa Eropah adalah agak rendah.
Dalam kalangan bahasa-bahasa Sumatera, bahasa Minangkabau yang
mendapat tempat utama, satu kedudukan yang diwarisi secara berturutturut oleh kamus-kamus yang lain. Menurut Abdul Rashid Daeng Melebek
(2010) para sarjana menyifatkan kamus ini sebagai kamus bahasa Melayu
dwibahasa yang terbesar sebagai ensiklopedia Melayu Klasik.
Kamus dwibahasa Inggeris-Melayu setebal 152 halaman yang disusun
oleh Sir Richard Winstedt dari University Of London merupakan edisi ketiga
yang dicetak pada tahun 1952. Menurut pengakuan penyusunnya dalam
pendahuluan edisi pertama yang ditulis di Kuala Pilah pada tahun 1913,
kamus ini disusun berdasarkan hasil yang dikumpulkan oleh Wilkinson
dalam Kamus Malay-English , dengan persetujuan penyusunnya sendiri.
Wilkinson telah menyerahkan semua bahan yang belum diterbitkan lagi
yang dikumpulkan selama 10 tahun sebelumnya untuk dimasukkan ke
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 6

dalam kamus ini. Winstedt telah menambahkan beberapa ratus perkataan


baharu, memperluaskan makna sebanyak mungkin dan memberi takrifan
dengan lebih terperinci bagi setiap kata masukan.
Sistem pengejaan yang digunakan ialah sistem pengejaan yang
terdapat dalam Kamus Kechil Tuan Wilkinson kecuali ejaan beberapa
perkataan kesusasteraan Arab yang didasarkan kepada pengejaan yang
lebih saintifik iaitu berdasarkan Kamus Besar Tuan Wilkinson. Perkataan
dialek ditandakan dengan bintang (*) tetapi bagi kaya dialek yang sudah
diketahui umum, kata-kata tersebut ditandai huruf awal negeri berkenaan,
misalnya K bagi negeri Kedah. Kata-kata sastera ditandai dengan tanda (+).
Dalam

keluaran

edisi

yang

kedua,

penyusun

kamus

telah

memperbaiki kesalahan ejaan dan kesalahan lain yang terdapat dalam edisi
pertama. Banyak penambahan perkataan dan frasa baharu yang diperoleh
daripada J.I Humprey, J.E Nathan, M.C Hay, C Boden Kloss dan

H.C

Robinson.
Satu lagi sumbangan Wilkinson adalah Kamus Jawi-Melayu-Inggeris
ketika beliau berkhidmat sebagai pegawai Inggeris di Tanah Melayu pada
akhir abad ke-19 hingga ke awal abad ke-20. Kamus Melayu Tulisan Jawi ini
telah disusun oleh Wilkinson dalam tahun 1902 dan diterbitkan pada tahun
1903. Huruf Arab dengan huruf Jawi Melayu digunakan dalam kamus ini.
Dengan itu, huruf Jawi Melayu digunakan sepenuhnya selain huruf-huruf
dari aksara bahasa Arab. Oleh yang demikian, huruf-huruf yang digunakan
oleh Wilkinson sama dengan huruf-huruf jawi yang digunakan sekarang,
kecuali huruf yang baru dicipta dalam Konvensyen Tulisan jawi di
Terengganu (Smail Dahalan, 1996). Oleh yang demikian, di bawah kata
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 7

masukan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini berlaku kerana alif ( )


mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti oleh B ( [ ), T
( \ ), TH ( ] ), J ( ), C ( c ), H ( a ), KH ( b ), D ( d ), DZ ( e ), R ( f ), S ( i ), SH
( j ), S ( k ), DL ( l ),T ( m ), TL ( n ), 'A ( o ), GH ( p ), NG ( p ), F ( q ), P ( s ),
K ( r ), K ( u ), G ( u ), L ( v ), M ( w ), N ( x ), W ( z ), H ( y ), Y ( ), NY
( ] ).Sepintas, agak sukar menggunakan kamus ini bagi pengguna sekarang
kerana urutan abjadnya yang berbeza. Sebenarnya, tidaklah susah kerana
kamus ini menyediakan indeks menurut abjad yang kita kenali sekarang ini.
Bahagian akhir kamus ini pula menyediakan nama burung, ular, dan pokok
berserta nama saintifiknya dalam bahasa Latin.

3.0

SEPULUH TOKOH SARJANA BAHASA


3.1 Sir Henry Yule
Sir Henry Yule merupakan anak kelahiran dari Inveresk, Scotland. Sir
Henry Yule mewarisi sifat bapanya yang tidak pernah kenal erti putus asa
dan senantiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sehingga ke peringkat
tertinggi.

Beliau mendapat pendidikan awal di Edinburgh, kemudian

menyambung pengajian beliau di Addiscombe, Chatam dan seterusnya di


Bengal Engineers pada tahun 1840.

Terdapat pelbagai sumbangan yang

telah beliau curahkan sepanjang penglibatannya dari pelbagai sudut.


Antara sumbangannya yang berjaya ditonjolkan adalah seperti dalam
penghasilan karyanya menerusi hasil penulisan beliau yang sangat
diminati. Oleh itu, hasil karyanya telah diambil sebagai salah satu contoh
hasil penulisan yang terbaik suatu masa dahulu. Hasil penulisannya

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 8

tersebut dalam sebuah buku yang bertajuk Narrative Misssion dan telah
digunakan sebagai salah satu rujukan khas oleh mahkamah Ana pada
tahun 1858.
Selain itu, beliau juga telah berjaya menerbitkan pula buku lain yang
berjudul Cathay dan Way Thither pada tahun 1866 dan buku yang berjudul
Book of Marco Polo. Sepanjang kariernya sebagai penulis, beliau

pernah

berkerjasama dengan Dr Authur C Burnell dalam menghasilkan Hobso


Jobson iaitu pada tahun 1886. Dalam hal ini, misi utama adalah untuk
menerbitkan sebuah kamus yang berkenaan tentang ungkapan-ungkapan
yang berbentuk kolokial Anglo-Indian Inggeris.
Seterusnya, Sir Henry Yule turut menyumbang Mirabilia pada tahun
1863 sebagai penghurai kepada Jordanus dan The Diary William Hedges
dari tahun 1887 hingga tahun 1889, dan beliau yang ketika itu merupakan
seorang bekas president bagi Hakluyt Society. Suntingannya bukan hanya
untuk

sekadar

mengandungi

huraian
sebuah

terhadap
biografi

dua

perkara

pertama

tadi

terhadap

bahkan

turut

seorang

yang

berpengaruh isitu Gabenor Pitt yang merupakan datuk kepada William Pitt
yang berjudul Eart of Chatham. Bukan sekadar itu sahaja, Sir Henry Yule
juga merupakan penyumbang kepada penciptaan sebuah kamus Oxford
Inggeris dan merupakan penasihat dalam pelbagai perkara yang berkaitan
dengan Oriental.
Tidak ketinggalan juga dengan hasil karya beliau yang telah banyak
memberi manfaat kepada masyarakat seperti hasil buku-bukunya yang
berjudul The Book of Ser Marco Polo: The Vietnam Concerning the
Kingdom and Marvels of the East, The Travels of Marco Polo: The Complete
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 9

Yule-Cordier Edition, Vol 1 by Mar Marco Polo The Travels of Marco Polo:
The complete Yule-Cordier Edition, Vol. 2 by Marco Polo, Book of Ser Marco
polo V1: The Venetian Concerning the Kingdoms and Marvels of the East,
Book of Ser Marco Polo V2: The Venetian Concerning the Kingdoms and
Marvels of the East, Book of Sera Marco Polo V2: The Venetian Concerning
the Kingdoms and Marvels of the East, Habson-Jobson dan banyak lagi.

3.2.George Coedes
George Coedes merupakan salah seorang sarjana barat yang telah
banyak mengkaji sejarah dan perkembangan di Asia Tenggara. Beliau telah
mempelajari indologi di Sorbonne dan seterusnya mempelajari bahasa dan
budaya Sanskrit di Berlin bersama R. Pischel. Beliau banyak menumpukan
perhatian pada epigrafi Khmer dan telah menulis banyak tentangnya.
Beliau juga telah menerbitkan artikel bertajuk Le Royoume De Crivijaya
pada tahun 1918 di Hanoi dan ini telah meningkatkan lagi reputasinya di
kalangan

orientalis

barat.

Coedes dilantik sebagai curator di Perpustakaan Kebangsaan Thailand


dalam tahun 1918 dan menjadi pengarah LEcole francaise dExtremeOrient sekitar tahun 1929 hingga 1946.
Dalam tempoh masa ini, beliau telah menerbitkan bukunya yang
bertajuk Recueil Des Inscriptions Du Siam ( Bangkok , 1924-29, 2 vols ).
Kemudiannya, beliau telah menerbitkan buku yang mempunyai siri yang
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 10

panjang di antara tahun 1937 dan 1942 . Tajuk buku tersebut ialah
Inscriptions Du Cambodge.Beliau menerbitkan buku edisi pertama yang
bertajuk Etats Hindouises dIndochine et dIndonesia di Hanoi pada tahun
1944 dan edisi ke dua pula diterbitkan pada tahun 1964 di Paris.
Coedes telah menulis banyak teks di dalam kajiannya antaranya
ialah, The Indianized States of Southeast Asia (1968,1975) dan The
Making of South East Asia (1996) di mana beliau telah membina satu
konsep Indianized Kingdom. Beliau juga telah menukis buku bertajuk
Angkor An Introduction yang telah diterbitkan di Paris pada tahun 1947.
Coedes juga adalah salah seorang daripada pengkaji yang menyatakan
bahawa

daerah

Asia

Tenggara

telah

lama

bertamadun.

Ini

adalah

berdasarkan kajiannya ke atas tinggalan-tinggalan zaman terdahulu.


Antaranya, beliau telah berjaya menterjemahkan prasati berbahasa Melayu
tertua yang ketiga iaitu prasasti Kedudukan Bukit. Prasasti ini ditemukan di
sebuah kampung bernama Kedudukan Bukit,di tepi sebuah sungai yang
bernama Sungai Tatug dan di kaki sebuah bukit yang bernama Bukit
Seguntang (Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain ,2006).
Nama bukit Seguntang ini ada tercatat dalam buku Sejarah Melayu
(Sulalatus Salatin).
Selain itu, Coedes juga telah berjaya menterjemah prasasti yang
ditemukan di Talang Tuwo iaitu di Palembang, Sumatera Selatan. Prasasti ini
bertarikh pada 684 Masihi. Prasasti seterusnya yang telah diterjemahkan
oleh Coedes ialah prasasti yang ditemui di Kota Kapur, di Pulau Bangka.
Satu lagi prasasti yang telah diterjemahkan oleh Coedes ialah prasasti yang
ditemukan di Karang Berahi. Prasasti ini bertarikh pada 686 masihi.
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 11

Daripada penemuan-penemuan prasasti ini, dapatlah kita mengetahui ciriciri bahasa yang digunakan, adat resam serta kepercayaan sesuatu bangsa
dan masyarakat pada masa itu di Nusantra ini. Dengan adanya terjemahan
pada prasasti tersebut maka pengkajian bidang Sejarah Bahasa Melayu
menjadi semakin meluas. Daripada teks yang terdapat prasasti-prasasti
tersebut,

kita

dapat

mengumpulkan

kata-kata

yang

boleh

diberi

padanannya dengan kata-kata bahasa Melayu Moden. Selain itu juga, kita
boleh melihat persamaan dan perbezaan kosa kata,

morferm, fonem,

morfologi, fonologi dan sebagainya antara bahasa Melayu Kuno dengan


bahasa Melayu Moden.

3.3 John Crawford


John Crawfurd dilahirkan di Pulau Islay, Scotland pada 13 Ogos 1783.
Pada asalnya, beliau merupakan seorang doctor perubatan di Scotland.
Beliau juga turut berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan penulisan.
Beliau juga merupakan seorang residen Tanah Melayu. Beliau telah
mempelajari bahasa dan budaya bahasa Melayu sewaktu beliau berada di
Tanah Melayu. Pada November 1811, John Crawfurd telah menjadi Residen
di Mahkamah Melaka. Waktu itu, beliau sangat berminat dalam bidang
penulisan

dan

bahasa.

Sebagai

seorang

Residen,

Crawfurd

telah

meneruskan pengajiannya dalam mendalami bahasa Jawa bagi tujuan


memupuk hubungan yang baik dengan para pembesar Jawa dan juga para
sasterawan.
Pada 1816, setelah Jawa kembali ditawan oleh Belanda, Crawfurd
kembali ke England dan kembali menulis. Beliau telah menerbitkan tiga jilid
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 12

History of the Indian Archipelago pada tahun 1820. Pada 1828 dan 1829
pula beliau telah menerbitkan jurnal yang ditulis berdasarkan pengalaman
beliau sewaktu menjadi utusan misi ke Burma. Terbukti dokumentasi
tersebut bermanafaat dan menjadi garis panduan untuk masa akan datang
dan sumber berguna untuk para sarjana.Hampir 140 tahun kemudian,
jurnal ini dicetak semula oleh Oxford Universiti Press. Sisa hidupnya
hanyalah dikhaskan untuk menulis buku dan juga makalah tentang Timur (
Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain , 2006).
Pelbagai sumbangan John Crawfurd dalam bidang kebahasaan, beliau
turut meneruskan kajian yang telah dijalankan oleh William Marsden dalam
bukunya A Grammar and Dictionary Of Malay Language, with a Pleminary
Dissertation (1852) pada bahagian tatabahasa.Beliau menyatakan bahawa
perbezaan dalam bahagian ucapan adalah tidak senyata dan sejelas
bahasa Eropah. Selain itu, John Crawfurd juga menulis sebuah buku yang
berjudul On Malayan and Polynesian Language and Races. Dalam buku ini,
beliau merumuskan bahawa kedua-dua bahasa Melayu dan Polinesia adalah
tidak sekeluarga. Pada 1848, beliau membuat kajian tentang perbandingan
bahasa di kawasan Nusantara iaitu bahasa Polinesia seperti bahasa Jawa,
Sumatera, dan Kalimantan. Beliau menerbitkan bukunya yang berjudul A
Grammar and Dictionary of the Malay Language dan bukunya ini terdapat
empat jilid. Dalam bukunya yang pertama, beliau membincangkan sejarah
bahasa Melayu dan bahasa Jawa.
Karya John Crawfurd yang seterusnya ialah On the Origin and History
ot Written Language (1806). Melalui buku ini, beliau membincangkan
tenttang

persoalan

mengenai

asal-usul

dan

perkembangan

bahasa.

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 13

Seterusnya, beliau juga menghasilkan kamus dan juga buku-buku nahu


bahasa Melayu. Dalam buku beliau A Grammar and Dictionary of the Malay
Language mengkhususkan tentang nahu yang dimulakan dengan abjad
jawi dan cara-cara penyebutan perkataan. Penggolongan perkataan yang
merangkumi kata nama, kata adjektif, kata ganti nama, dan kata kerja turut
dibincangkan dalam buku tersebut. Perbincangan tentang binaan ayat juga
turut dimuatkan dalam buku beliau.
Karya

yang

dihasilkan

oleh

John

Crawfurd

jelas

memberikan

sumbangan yang besar dalam asas pembinaan kamus dan nahu sama ada
bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Malah, buku yang dihasilkan oleh
beliau merupakan salah satu buku tatabahas terawal yang lengkap. Salah
satu sumbangan penting Crawfurd ialah sistem ejaan rumi Crawfurd. Dalam
tahun 1848, beliau berusaha merumikan tulisan jawi dan telah disiarkan
dalam Journal of Indian Archipelago dan Easten India.
Usaha beliau dalam penyelidikan tentang asal-usul bahasa Melayu
merupakan satu usaha yang telah meninggalkan kesan yang mendalam.
Penulisan Crawfurd mengenai nahu bahasa Melayu juga telah meletakkan
nama beliau sebaris dengan nama-nama ahli bahasa yang lain. Malah,
hasil-hasil karya beliau terus dimanafaatkan sehingga sekarang dan untuk
generasi akan datang.

3.4

R.O Winstedt

Richard Olaf Winstedt dilahirkan pada 2 Ogos 1878 di Kota Oxford,


England.

Winstedt cepat dan rajin membaca, tetapi sering mengalami

penyakit beguk dan tidak dapat menyertai sukan. Oleh itu beliau memilih
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 14

hidup yang alternatif yang wujud dalam buku dan dunia intelektual.
Mengikut Sheppard (Winstedt, 1969) anak muda ini telah memilih kursus
metafizika di Oxford dan pernah mengikuti kursus Undang-undang selama
setahun di universiti yang sama. Tetapi beliau ternyata tertawan dengan
karya-karya Robert Luois Stevenson pada akhir tahun ketiga di New
College.
Beliau telah menghasilkan dua buah buku yang berjudul Colloquial
(Malay: A simple Grammar with Consorvations) dan sebuah kamus yang
dianggap sangat penting dalam perkembangan bahasa Melayu iaitu A
Dictionary of Colloquial Malay-English and English Malay pada tahun 1920.
Kamus Winstedt ini dianggap baik kerana mengandungi banyak maklumat
tentang

geografi

tempatan.

Di

samping

itu,

beliau

juga

banyak

memasukkan kata-kata bahasa Indonesia. Menurut Jurnal Australian Journal


of Politics and History, Winstedt adalah cendekiawan British pertama
untuk membuat satu kajian yang sistematik mengenai bahasa Melayu
untuk

tujuan-tujuan

bersejarah,

malah

mengaplikasikan

pendekatan

sainstifik dalam tulisannya mengenai Sejarah Melayu.


Dengan

kata

lain,

kamus

Winstedt

ini

banyak

menunjukkan

persamaan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Menjelang abad


ke-20, Winstedt juga telah menghasilkan buku tatabahasa melayu yang
berjudul Malay Grammar iaitu pada tahun 1913. Namun begitu, pada tahun
1958 Winstedt telah menghasilkan An Unabridget English-Malay Dictionary
diikuti dengan kamus bahasa Melayu pada tahun 1960.

Winstedt

juga

turut memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan orang Melayu


khususnya, beliau sangat berminat untuk mendidik orang Melayu. Atas
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 15

cadangannya Sultan Idris Training College (S.I.T.C) telah ditubuhkan pada


1922. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menaik tarafkan Maktab
Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI).
Manakala Winstedt pula telah dianugerahkan Order of British Empire, Order
of St. Michael and St. George oleh kerajaan British.
Antara tahun 1924-1957, Pejabat Karang Mengarang di bawah
nasihat Winstedt telah berjaya menerbitkan 85 buah buku bacaan sekolah
di bawah Malay School Series. Di samping itu, Winstedt juga banyak
menghasilkan

buku-buku

mengenai

kesusasteraan Melayu

sepanjang

perkhidmatannya sebagai pegawai British di Tanah melayu. Pada tahap


awal penulisannya dalam bidang sastera bermula pada tahun 1907 iaitu
lima tahun sejak beliau menetap di Perak. Atas galakan Wilkinson, Winstedt
telah berjaya menghasilkan esei yang berjudul The Literature of Malay
Folklore.Beginning: Fables, Farcical Tales, Romance. Wan Abdullah Sabary
misalnya telah menggolongkan esei ini dalam siri Papers of Malays Subject
yang agak khusus ditujukan pada pegawai kolonial Inggeris untuk
mengenali Tanah Melayu. Selanjutnya pada tahap kedua beliau telah
menerbitkan A History of Classical Malay Literature diikuti dengan Father
Civet pada tahun 1908 dan diikuti dengan Musang Berjanggut setahun
selepas itu. Inti ceritanya yang didengar berpuluh-puluh zaman telah
dihidupkan kembali oleh Winstedt dalam bahasa yang sesuai dengan
zaman itu (Abdul Rashid Daing Melebek , 2010).
Sebagai perkembangan pada tahun 1910, Winstedt sendiri telah
merumikan

Hikayat

Seri

Rama

dan

setahun

selepas

itu

beliau

menghasilkan esei yang berjudul Awang Sulung Merah Muda, iaitu sebuah
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 16

sastera rakyat yang dituturkan oleh Pawang Ana, seorang penglipur lara
keturunan Temusai. Diikuti dengan esei berjudul Hikayat Anggun CHe
Tunggal yang dihasilkan pada 1914. Beliau juga turut menghasilkan esei
yang berjudul Misa Melayu pada tahun 1919 dan diikuti dengan
Shaman, Saiva and Sufi.A Study of the evolution of Malay magic pada
tahun 1925. Selain itu, dalam bidang kesusasteraan Melayu Winstedt juga
menghasilkan karyanya yang berjudul A Malay History of Riau and
Johore,etc. (Malay text of the Tuhfat Al-Nafis) pada tahun 1932. Pada tahun
yang sama juga beliau telah menerbitkan karyanya yang berjudul A
History of Johore, iaitu mengenai salasilah Kerajaan Johor. Sumbangannya
dalam bidang sastera tidak terbatas malah pada tahun 1934, beliau sekali
lagi menghasilkan sebuah tulisan yang berjudul A History of Perak dan
diikuti dengan A History of Malaya. Pada tahun 1938, beliau telah
menghasilkan karya yang berjudul The Date, Autorship, Content and Some
New MSS.Of Malay Romance of Alexander The Great diikuti dengan The
Malay Annals or Sejarah Melayu;(with An Outline of the Malay Annals...).
Manakala pada tahun 1940, beliau menghasilkan karya yang berjudul
Valentjin copy of The Sejarah Melayu.
Pada tahun 1941 pula, beliau menghasilkan karya yang berjudul The
Panji Tales dan A Literary Device Common to homer and the East. Diikuti
pula pada tahun 1943 dengan karya yang berjudul Nature in Malay
Literature and Folk Verse. Manakala pada tahun 1944 pula beliau
menghasilkan

An

Undersribed

Malay

Version

of

the

Ramayana.

Sumbangannya dalam bidang bahasa dan sastera amat besar dengan


kemunculan The Malays:A Cultural History pada tahun 1947. Pada tahun
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 17

yang sama juga Winstedt juga telah menghasilkan karyanya yang berjudul
Notes On Malay subjects.
Sumbangannya dalam bahasa Melayu tidak terhenti di sini sahaja.
Pada tahun 1949, beliau telah menghasilkan A Panji Tale From Kelantan
dan Malay Annals Again, Goa and the King Of Singapore. Pada tahun
1961, beliau telah menghasilkan satu lagi tulisannya yang berjudul
Modern Malay Poetry.

3.5

Frank Swettenham
Frank

Swettenham

atau

nama

sebenarnya

Frank

Athelstane

Swetttenham adalah salah seorang pegawai kolonial British yang terkenal


pada

zaman

penjajahan

British

di

Tanah

Melayu.

Kebolehan

dan

kemampuan Frank Swettenham menguasai bahasa Melayu sememangnya


tidak dinafikan. Keupayaan menguasai bahasa Melayu setelah belajar
dengan bimbingan Munshi Mohd. Said dalam masa 15 bulan mampu
membantunya mencapai kelulusan dalam peperiksaan jurubahasa ketika
itu. Kebolehan beliau mula terserlah apabila beliau mengetuai misi ke
Pangkor, pada Januari, Jun, dan Julai 1874.
Sumbangan pertama beliau dalam penulisan bahasa Melayu adalah
menterjemah Perjanjian Pangkor 1874 dengan bantuan Munshi Mohd. Said.
Beliau juga dikatakan telah menulis manuskrip tentang Hikayat Hang Tuah.
Namun begitu, penulisannya tentang bahasa Melayu adalah menghasilkan
Daftar Kata Bahasa Melayu-Inggeris dan Bahasa Inggeris-Melayu.
Hasil

kajian

beliau

tentang

bahasa

Melayu

telah

membantu

perkembangan bahasa Melayu yang lebih tersusun dan mempunyai sistem


Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 18

yang lebih mantap. Sistem-sistem yang diperkenalkan oleh beliau itu


akhirnya dikenali sebagai Sistem Ejaan Swettenham (1881). Penghasilan
daftar kata tersebut banyak membantu perkembangan bahasa Melayu
ketika itu kerana ia menggunakan bahasa Melayu berbanding Kamus
Marsdens yang popular ketika itu yang meggunakan bahasa Melayu
Sumatera.
Di dalam daftar kata tersebut, Swettenham telah memuatkan
beberapa huraian berkaitan sistem ejaannya. Antara kandungan daftar kata
tersebut ialah sistem vokal, diftong, konsonan, terjemahan, huruf-huruf jawi
Melayu, pertukaran unit sukatan dan ukuran, daftar kata, dan perbualan
harian Inggeris-Melayu. Penghasilan daftar kata ini membuktikan bahawa
Swettenham sememangnya banyak mendampingi masyarakat Melayu
ketika

itu.

Dalam

daftar

kata

Inggeris-Melayu

pula,

beliau

telah

menyenaraikan lebih kurang 5500 perkataan Inggeris di samping beberapa


bahagian perbualan harian dalam kedua-dua bahasa. Apa yang menarik
ialah daftar ini, bukan sahaja memuatkan terjemahan dalam ejaan rumi
bahasa Melayu, malah turut dimuatkan terjemahan dalam ejaan Jawi.

3.6. William Edward Maxwell


William Edward Maxwell atau dikenali juga dengan W.E Maxwell
merupakan seorang pegawai British yang popular di Tanah Melayu. Beliau
diberi gelaran Sir sewaktu berkhidmat sebagai pegawai British di Tanah
Melayu. Semasa pentadbirannya, beliau sentiasa berusaha mewujudkan
hubungan baik dengan penduduk di Tanah Melayu. Sir W.E Maxwell telah
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 19

mempelajari bahasa Melayu selama 16 tahun sewaktu berkhidmat sebagai


pegawai British di Pulau Pinang, Melaka dan Perak. Hasil dari pengalaman
beliau bertutur dalam bahasa Melayu dengan penduduk tempatan memberi
peluang kepadanya untuk menambah pengetahuan dalam bahasa Melayu.
Beliau juga turut membandingkan bahasa Melayu dengan bahasabahasa lain seperti bahasa Sanskrit bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa
Sumatera

dan

bahasa-bahasa

lain

di

Nusantara.

Kesan

daripada

hubungannya dengan orang Melayu dan usahanya mengkaji tentang


pelbagai dialek dalam bahasa Melayu, telah menjadikan beliau seorang
pegawai British yang mahir bertutur dalam bahasa Melayu. Ini telah
memberi idea kepadanya untuk menerbitkan buku tatabahasa Bahasa
Melayu yang berjudul A Manual of Malay Language. Hasil tulisannya telah
menjadi sumber rujukan kepada para pelajar, pegawai British yang
berkhidmat di Tanah Melayu dan juga pengkaji-pengkaji bahasa.
Sir William Edward Maxwell telah memberikan sumbangan yang besar
dalam perkembangan bahasa Melayu. Hasil karyanya yang paling popular
ialah Buku Tatabahasa Bahasa Melayu iaitu A Manual of Malay Languages
With an Introductary Sketch of the Sanskrit Element in Malay. Karyanya ini
merupakan buku tatabahasa bahasa Melayu moden pertama diterbitkan.
Ianya diterbitkan dalam abad yang ke-17. Dalam karyanya ini, beliau
menyatakan bahawa, bahasa Melayu mempunyai struktur dan binaan yang
sama. Namun sebutan yang sama hanya dapat didengar di daerah yang
sama tetapi sebutan akan berlainan di daerah atau negeri yang berlainan
walaupun mempunyai maksud yang sama. Beliau juga menjelaskan
bahawa perkataan saya dan awak mempunyai sebutan yang berlainan di
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 20

daerah

atau

negeri

yang

berlainan.

Beliau

telah

menulis

tentang

pembentukan kata, penggolongan kata, pembinaan ayat dan kamus dwi


bahasa. Beliau juga merumuskan tentang pengaruh bahasa lain di
Nusantara yang dibawa ke dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, dialek
Kedah banyak dipengaruhi oleh bahasa Pattani. Selain itu, bahasa Melayu
juga banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab, bahasa Sanskrit, bahasa Jawa,
bahasa Sumatera dan bahasa di kepulauan Melayu yang lain.
Maxwell turut mengklasifikasikan bahasa Melayu kepada beberapa
bahagian iaitu bahasa dalam, bahasa bangsawan, bahasa dagang dan
bahasa campuran atau kacukan. Dari aspek penulisan pula, Maxwell
menyatakan bahawa penulisan dalam bahasa Melayu banyak dipengaruhi
oleh bahasa Arab. Contohnya, antara karya penulisan bahasa Arab yang
diterjemah dalam bahasa Melayu iaitu Kisah 1001 Malam. Beliau juga
menyatakan, orang Melayu lebih baik dalam aspek pertuturan berbanding
aspek penulisan. Penulisan dalam bahasa Jawi banyak digunakan pada
masa itu.
Buku Tatabahasa A Manual of Malay Languages, hasil karangan
Maxwell mengandungi lima bahagian atau bab. Setiap bab di dalam buku
ini ditulis dalam susunan yang sempurna pada zamannya. Kamus
dwibahasa yang ditulis ini banyak membantu meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa
tersebut.

3.7

Thomas Bowrey

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 21

Bowrey adalah seorang tokoh yang menghasilkan buku perkamusan


seperti RJ Wilkinson namun, beliau menulis perkamusan Melayu dan buku
tatabahasa melayu. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1669 di Bristol, St
Phillips, Gloucestershire London, England dan telah menyertai syarikat
Hindia Timur Inggeris ke Asia Tenggara selama 19 tahun dan menghasilkan
beberapa karya. Selama beliau tinggal di Teluk Benggal dan Kepulauankepulauan di Asia Tenggara, beliau telah menghasilkan kamus dwibahasa
yang pertama pada lewat kurun ke-17. Kamus itu ditulis ketika dalam
perjalanan pulang ke England pada tahun 1688, dan kemudiannya
diterbitkan oleh The Sam London pada tahun 1701. Kamus ini bertajuk A
Dictionary of English and Malayo-Malayo and English (1701). Beliau juga
mengkaji tatabahasa Melayu semasa berada di Kepulauan Melayu dan
walaupun amat ringkas dalam bahasa Inggeris yang terkandung dalam
kamus tersebut. Kamus ini dicetak oleh The Sam London ketika beliau
berumur 32 tahun iaitu daripada 13 tahun barulah kamus beliau
dikeluarkan dan merupakan kamus pertama dwibahasa Melayu dihasilkan.
Sumbangan Thomas Bowrey dalam bahasa Melayu adalah amat besar
terutamanya di dalam bidang perkamusan. Beliau adalah tokoh pertama
yang menghasilkan perkamusan Melayu Inggeris dan telah berkembang
dengan pesat penggunaannya sehingga kini. Kamus beliau telah diterbitkan
pada tahun 1701 oleh The Sam London yang bertajuk A Dictionary of
English and Malayo-Malayo and English (1701). Pada bahagian pendahuluan
kamus ini, Thomas Bowrey telah menulis bahawa,..di mana-mana sahaja
di kepulauan-kepulauan ini..., bahasa Melayu telah diterima dan secara
umumnya digunakan di semua pelabuhan di kepulauan-kepulauan itu, dan
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 22

beliau juga menulis bahawa ... hanya untuk perdagangan di kebanyakan


tempat di mana bahasa Melayu digunakan. Kamus beliau ini mengandungi
senarai-senarai perkataan yang wujud dalam bahasa Inggeris-Melayu dan
juga

dalam

Melayu-Inggeris.

Sebagai

tambahan

beliau

juga

ada

memasukkan seperti penerangan dan peraturan tatabahasa pendek,


beberapa perkara, dialog-dialog dan surat-surat dalam bahasa Inggeris dan
Melayu. Kamus ini menerangkan dua bahagian iaitu

sebahagian aspek-

aspek semulajadi dalam morfologi kata kerja Melayu terutamanya yang


berkaitan dengan imbuhan pasif dan transitif me- dan ber- dan bandingkan
dengan fungsi-fungsi ayat moden kini yang boleh dijumpai di dalam buku
Tatabahasa Dewan (1994) dan penerapan semulajadi ke atas bentuk asas
sintetik bahasa Melayu dan perbandingannya dengan yang ada pada masa
kini.
Pada bahagian morfologi, adalah difahamkan bahawa beberapa
fungsi kepada imbuhan ber- adalah amat hampir dengan imbuhan aktif
meng-. Ini adalah bertentangan dengan tatabahasa moden pada buku
Tatabahasa Dewan (1994). Sebagai penanda pasif, ia kelihatan seperti
mempunyai versi bahasa Melayu berbanding dengan imbuhan pasif pada
bahasa Melayu lewat kurun ke-17. Sebagai bentuk asas di dalam sintaksis
(syntax), ia akan melaporkan tentang penerapan ke atas ayat-ayat
komplimen, persaudaraan dan bentuk-bentuk struktur interrogatif. Teori
morphological tradisional akan digunakan untuk menerangkan morfologi
itu. Sementara itu, teori X daripada Principle and Parameters of
Culicover (1997) akan digunakan untuk pembentukan tentang sintatik.

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 23

Sejarah perkembangan bahasa Melayu amatlah membanggakan kita.


Perubahan ejaan kerap berlaku sejak dari tahun 1701, iaitu Ejaan Rumi
Thomas Bowrey. Sistem ini menjadi begitu popular di kalangan guru dan
murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah. Sistem ini
digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa
Melayu. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu adalah
hasil kesepakatan majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan
Malaysia dan pemerintah Indonesia.

3.8

C.A Mees

C.A Mees adalah warga Belanda yang mula dikenali apabila beliau
terlibat dalam kajian tentang bahasa-bahasa di Asia Tenggara. Beliau
merupakan seorang tokoh pengkaji bahasa Melayu Banyak buku-buku
tentang bahasa Melayu telah dihasilkan. Ini jelas apabila buku Salasilah
Kutai terbitan Bahagian Humas Pemerintah Daerah Tingkat II Kutai (1979)
yang naskhahnya berasal dari buku De Kroniex van Koetei karangan M.A
Mees (1935). Manakala buku yang membincangkan tentang bahasa Melayu
ialah buku Tatabahasa Indonesia . Dr. C.A Mees telah menulis buku
Tatabahasa Indonesia

. Dalam tulisannya, beliau membuat pelbagai

gantian, dan misalan yang menyebabkan bahasa Indonesia menjadi lebih


luwes, dan kurang kaku.

Buku-buku karangan C. A Mees juga diguna

pakai oleh kerajaan tertentu. Ini jelas apabila buku Salasilah Kutai terbitan
Bahagian

Humas

Pemerintah

Daerah

Tingkat

II

Kutai

(1979)

yang

naskhahnya berasal dari buku De Kroniex van Koetei karangan M.A Mees
(1935). Sementara itu juga, buku C.A Mees sendiri bersumberkan naskhah
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 24

kuno dalam tulisan huruf Arab karya Tuan Chatib Muhammad Tahir pada 21
Zulhijjah 1285 Hijriah. C. A Mees juga merupakan salah seorang ahli
tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar
tatabahasa Melayu selain daripada Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Madong
Lubis, Sutan Muhammad Zain, Sultan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana,
Zaaba, dan lain-lain .
Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan
dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa
di Indonesia, misalnya dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan
mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan
tatabahasa yang disusun pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu
seperti Sejarah Melayu dan sebagainya. Antara sumbangan lain C. A Mees
ialah konsep yang dikemukakannya seperti pengenalan hukum bunyi,
pengkajian mengenai sesebuah kerajaan dan makhluk seperti manusia
yang terdapat di Asia Tenggara, menghasilkan buku tentang bahasa
Melayu, mengelaskan bahasa Melayu ke dalam rumpun-rumpun tertentu
dan menyatakan bahasa-bahasa Astronesia banyak persamaan. Beliau
banyak membawa idea-idea dan konsep-konsep baru dalam kemajuan
bahasa Melayu.

3.9 Hugh Clifford


Hugh Clifford atau lebih dikenali di Tanah Melayu sebagai Sir Hugh
Clifford telah mengembara ke Tanah melayu pada tahun 1887 iaitu ketika
berumur 17 tahun. Setelah lama bergaul dengan masyarakat Melayu,

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 25

beliau mula faham dan fasih berbahasa Melayu. Oleh itu, beliau telah
berminat untuk mengkaji asal usul bahasa Melayu.
Hugh Clifford telah dilahirkan pada 5 Mac 1866 di Ugbrooke Park
Devon, London.

Hugh Clifford merupakan salah seorang pengkaji barat

yang mengkaji bahasa Melayu di pelusuk Nusantara. Antara hasil kajian


beliau ialah dalam bidang penyelidikan asal usul Bahasa Melayu. Beliau
juga telah membandingkan bahasa Melayu kuno dengan bahasa Melayu
Klasik dan membuat kesimpulan bahasa kedua-dua bahasa tersebut
mempunyai persamaan dari segi cara sebutan dan bentuk ejaan hampir
sama. Dengan beberapa penemuan yang dikaji oleh beliau telah banyak
membantu bahasa Melayu berkembang pesat di seluruh Tanah Melayu.
Selain itu, Sir Hugh Clifford juga turut memberi takrifan terhadap
perkataan-perkataan

yang

terdapat

dalam

bahasa

Melayu.

Beliau

berpendapat bahawa pawang dirujukkan kepada mereka yang melakukan


kerja-kerja magis atau ghaib, khusus untuk mencari bahan galian,
mengenali

tumbuh-tumbuhan,

memperoleh

ikan

atau

perkara

yang

berkaitan dengan alam. Manakala tugas bomoh pula adalah semata-mata


untuk

penyembuhan

penyakit

yang

menyerang

manusia.

Walaupun

demikian fungsi kedua-duanya itu boleh ditukarganti penggunaannya.


Sumbangan paling besar, Hugh Clifford terhadap bahasa Melayu ialah
beliau dan F. Swettenham (1894) telah menyusun kamus Inggeris-Melayu
yang berjudul A Dictionary of the Malay Languages. Kamus tersebut telah
disusun dari abjad A hingga G setebal 509 halaman. Selain itu, Hugh
Clifford juga telah banyak mempelajari budaya dan adat-adat Melayu dan
mempraktikkannya dalam kehidupannya. Hal ini boleh dilihat apabila beliau
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 26

banyak bergaul dengan masyarakat Melayu di samping menjalankan tugas


sebagai Residen British di Pahang. Seterusnya, Hugh Clifford melibatkan diri
dalam bidang masyarakat melayu. Novel-novel dan cerita-cerita tersebut
ditulis berdasarkan pemerhatiannya semasa menjalankan tugas di Tanah
Melayu.

3.10 C. DE HOUTMAN
C. de Houtman atau nama penuhnya ialah Cornelis de Houtman telah
dilahirkan di Gouda, Belanda pada 2 April 1565. De Houtman merupakan
seorang pencinta bahasa dan telah mendapat ruang untuk mendalami
bahasa Melayu semasa beliau menjalankan tugasnya di Kepulauan Tanah
Melayu.

Beliau perlu belajar

menggunakan bahasa

Melayu semasa

menjalankan urusannya dengan para pedagang di rantau ini.


Cornelius de Houtman telah ditugaskan oleh Kerajaan Belanda untuk
membuat laporan tentang hasil kajiannya untuk mengadakan perniagaan di
sini. Antara tugas dan kecintaan de Houtman terhadap bahasa Melayu telah
mendorong beliau menghasilkan catatan-catatannya dalam bahasa Melayu.
Di

akhir

laporannya

memperturunkan

senarai

kepada

Kerajaan

perkataan

Melayu.

Belanda,

beliau

Perkataan

telah

Melayu

ini

dicatatkannya semasa singgah di Pelabuhan Bantam. Oleh kerana Cornelius


de Houtman bukanlah seorang ahli bahasa, maka perkataan yang ditulisnya
sebagaimana pemahaman ahli pelayaran Belanda menurut sistem linguistik
Belanda.
Senarai kosa kata bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Houtman
adalah percubaan awal unttuk merumikan bahasa Melayu. Melaluinya,
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 27

proses perumian yang dilakukan itu adalah berdasarkan sepenuhnya dari


sebutan lisan bahasa Melayu. Houtman telah membuat padanan sebutan
lisan bahasa Melayu dengan abjad rumi. Pengamatan dilakukan aspek
perbualan secara langsung ataupun ucapan-ucapan lisan dalam bahasa
Melayu.Senarai kosa kata ini adalah antara catatan-catatan pertama
berbahasa Melayu yang dimasukkan ke dalam sistem tulisan Barat iaitu
Rumi/Latin. Andainya diamati, tahap awal perumian ini dilakukan adalah
sebagai

langkah

awal

mempelajari

bahasa

Melayu

bagi

pedagang-

pedagang Eropah. Ia bukan pula bertujuan untuk menukarkan sistem


tulisan Jawi yang digunapakai pada ketika itu. Perumian secara khususnya
berlaku pada abad ke-19. Usaha yang paling dilihat ketara ialah apabila
William Marsden melakukan usaha terawalnya melalui bukunya A Grammar
of Malayan Language dan A Dictionary of London pada 1812. Langkah
beliau seterusnya disusuli pula oleh Padri C. H. Thomsen dengan bukunya A
Vocabulary of The English and Malayan Languages Containing About 2000
Words yang telah diterbitkan pada 1820. John Crawford pula meneruskan
usahanya pada tahun 1848.
Namun pada tahun 1878, Governor General Lord Carnavorn telah
mengeluarkan surat amaran kepada Negeri-negeri Melayu Bersekutu
supaya menubuhkan satu sistem Rumi secara baku untuk mengeja namanama

orang

dan

tempat

di

negeri-negeri

tersebut.

Maka,

sebuah

jawatankuasa telah dibentuk untuk satu sistem perumian dan ejaan bagi
nama-nama yang berkenaan telah disyorkan. Tidak lama selepas itu, satu
lagi jawatankuasa telah dibentuk oleh Kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu yang dipengerusikan oleh R.J Wilkinson. Hasilnya, sebuah buku
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 28

panduan ejaan

Rumi bahasa Melayu yang bertajuk Romanised Malay

Spelling telah dihasilkan. Ejaan ini juga dikenali sebagai Ejaan Wilkinson
dan telah diguna pakai sebagai panduan penyediaan buku teks di sekolah
di zaman penjajahan Inggeris.
Jelas di sini bahawa catatan Cornelius de Houtman telah memberi
impak yang besar kepada kita pada hari ini. Perbendaharaan kata Houtman
telah melakar sejarahnya yang tersendiri. Secara umumnya, dapatlah
dikatakan bahawa perbendaharan kata Cornelius de Houtman dapat
dijadikan bukti yang memperkukuhkan kenyataan tentang kewujudan satu
sistem unsur bunyi Melayu abad ke-16 yang menyamai sistem fonologi
bahasa Melayu Moden.

4.0

BIDANG

KEBAHASAAN

DALAM

PERANCANGAN

PERKAMUSAN

ANTARA TOKOH-TOKOH BAHASA.


Tradisi penyusunan kamus di rantau ini mengalami pengalaman yang
hampir sama seperti yang berlaku di Barat. Jika tradisi permulaan
perkamusan Melayu bermula dengan disiplin yang agak longgar apabila
bentuknya tidak memenuhi ciri-ciri sebuah kamus, tetapi lebih kepada
bentuk daftar kata atau glosari, perkembangan yang sama juga berlaku di
Barat.
Mengikut catatan sejarah , bentuk daftar kata atau glosari yang
muncul dalam tradisi bentuk dwibahasa . Hal yang sama juga berlaku
dalam tradisi perkamusan Melayu apabila didapati bentuk kamus yang
terawal adalah dalam bentuk dwibahasa ( Abdullah Hassan, 1987). Ini

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 29

berdasarkan pembuktian daftar kata dwibahasa Sanskrit-Melayu kuno pada


abad ketujuh atau kelapan atau penemuan glosari atau daftar kata Latin
dengan padanan bahasa Inggeris zaman Anglo-Saxon.Zaman sebelum
1630 dianggap sebagai tahap awal perkembangan perkamusan Melayu.
Kamus awal Melayu yang hanya mengandungi senarai kata-kaa dan istilahistilah tertentu dipercayai telah ada sebelum Portugis menakluki Melaka.
Kemudian pada 1701, sarjana Inggeris, Thomas Bowery telah
memperkemas usaha yang dirintis oleh Haex dengan menyusun kamus
Malayo and English and English and Malayo. Kamus ini ditujukan untuk
maksud perdagangan dan pentadbiran ketika itu. Senarai kata sudah
ditambah hingga merangkumi perdagangan dan istilah politik yang
digunakan di Johor. Pada 1801, seorang lagi sarjana Inggeris J. Howison
telah mengusahakan sebuah kamus yang agak serupa dengan kamus yang
diusahakan oleh Bowery. Kamus ini dianggap penting kerana memasukkan
deskripsi tatabahasa dan meninggalkan aspek neka bahasa.
Kamus yang pertama dianggap sempurna hanya terhasil pada 1812
oleh William Marsden, bertajuk A Dictionary of the Malayan Language.
Kamus ini diusahakan secara saintifik dan menganggapnya sebagai suatu
ilmu pengetahuan yang harus dibebaskan daripada kehendak memenuhi
keperluan golongan yang tertentu sahaja. Marsden juga telah menghasilkan
jilid lain pada tahun 1824, dengan judul The Grammar of the Malayan
Language. Dalam karya ini Marsden telah mentransliterasi huruf jawi
kepada huruf rumi dan memulakan sistem ejaan rumi.
Pada tahun 1852, John Crawford telah menghasilkan sebuah kamus
yang bertajuk The Grammar and Dictionary of the Malay Language. Usaha
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 30

ini terbahagi kepada dua bahagian, dengan Jilid I mengandungi deskripsi


sejarah dan tatabahasa bahasa Melayu. Jilid II ialah Malay-English and
English-Malay Dictionary. Sumbangan yang bererti dalam penyusunan
kamus Melayu diusahakan oleh R.J Wilkinson dengan judul Malay-English
Dictionary (1901). Penyusunan kamus tersebut dianggap sebagai suatu
percubaan ilmu perkamusan yang menjadi petunjuk kepada penyusunpenyusun terkemudian seperti Winstedt (1922), Hamilton (1923) dan
Swettenhem (1927).
Selepas tahun 1930 barulah lahir ahli perkamusan Melayu. Zaman
selepas 1956 adalah merupakan tahap moden dan lengkap perkembangan
perkamusan Melayu. Usaha perkamusan yang lebih moden dan lengkap
telah dijalankan sebaik sahaja Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada
1956 lagi.

5.0

KESIMPULAN

Walaupun begitu besar sumbangan para pengkaji Barat ini, namun


mereka juga tidak lari daripada melakukan kelemahan dalam kajian
mereka. Contohnya R.J Wilkinson yang berpegang teguh kepada ejaan
pengaruh Arab tahap kedua, dan ejaan pengaruh Melayu tahap pertama
yang diberi istilah oleh Zaba sebagai ejaan tua. Timbul kekeliruan dalam
kamus ini hingga orang Melayu yang mahir bahasanya pun agak sukar
membezakan kata-kata yang diejanya. Terdapat perkataan yang sama
ejaannya tetapi berlainan sebutan dan maknanya. Terdapat perkataan

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 31

dalam kamus ini yang telah ada ejaan Melayunya tetapi masih dikekalkan
ejaan pengaruh Arabnya.
Langkah yang dibuat oleh Wilkinson yang mengekalkan ejaan Jawi
yang asli mempunyai motif yang tertentu. Beliau sengaja mengekalkan
ejaan pengaruh Arab kedua dan pengaruh Melayu tahap pertama, untuk
menggambarkan kepada para pengguna kamus bahawa tulisan Jawi yang
digunakan untuk bahasa Melayu tidak sesuai kerana banyak yang
mengelirukan. Hal ini beliau perlu tanamkan ke dalam hati orang Melayu,
supaya mudah orang Melayu menerima tulisan rumi untuk bahasa Melayu
yang beliau sedang susun pada masa itu dan diterbitkan setahun selepas
terbitnya kamus ini, iaitu pada tahun 1904.
Usaha Wilkinson ini diteruskan oleh R.O Winstedt dalam tulisantulisannya. Beliau tetap terus menggunakan ejaan tua, dan usaha ini
dipertahankan terus oleh keraninya seorang Melayu yang bernama Daeng
Abd. Hamid. Ejaan yang digunakan oleh Wilkinson yang boleh mengelirukan
para pembaca bukunya adalah kerana beliau menggunakan sistem ejaan
tua. Terdapat beratus-ratus kata yang sama ejaan untuk beberapa kata
yang berlainan sebutan dan makna (homograf). Boleh dikatakan setiap
halaman bukunya yang tebal itu mengandungi kata-kata yang berbentuk
homograf. Ada kata yang sama ejaan tetapi mengandungi dua kata yang
berbeza sebutan dan makna seperti [ asta dan asut : asah dan asuh].
Terdapat juga kata yang sama ejaan yang mengandungi banyak kata yang
berbeza sebutan dan makna. Contoh homograf yng lain seperti [asak, asik,
asok] , [ angat, angit, engut, angut], [ alang, aling, along, elang, along] ,

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 32

[ambik, embak, embik, embok, embek, ombak],

[Untuk antang, anting,

entang, enteng, ontang, unting, untong].


Bukti-bukti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa pengekalan
ejaan pengaruh Arab memang sengaja ditonjolkan dengan menggunakan
alasan untuk memelihara keaslian dan kemurnian ejaan Jawi Melayu. Di
sebalik alasan itu ialah supaya orang Melayu akan sentiasa terkeliru
dengan sistem Jawi yang ada. Lama-kelamaan mereka akan benci terhadap
tulisan sendiri dan berpindah ke tulisan Rumi yang sedang diperluaskan
penggunaannya oleh penjajah pada masa itu. Pada masa yang sama
Wilkinson telah ditugaskan untuk menyusun sistem ejaan rumi Melayu.
Ejaan Jawi yang mengelirukan ini dipertahankan terus oleh orang
Inggeris yang lain termasuk orang melayu yang bekerja di bawah mereka.
Apabila sistem ejaan Rumi Melayu telah mula mantap, buku kamus
Wilkinson tidak lagi memasukkan versi tulisan Jawinya, melainkan hanya
versi yang rumi sahaja. Ini terbukti daripada kamusnya yang dicetak
selepas tahun 1932. Alasan yang diberikan ialah ejaan Jawinya telah ada
pada buku yang telah lama. Inilah taktik halus yang digunakan oleh orang
Barat untuk memisahkan orang Melayu daripada tulisan kesayangannya,
iaitu tulisan Jawi. Usaha ini terbukti kejayaannya apabila anak-anak Melayu
sekarang termasuk di negeri-negeri yang kuat latar belakang sekolah
agama tradisionalnya seperti di Kelantan dan Kedah, banyak yang tidak
tahu membaca Jawi.
Seperti para pengkaji sebelumnya, Winstedt juga begitu kontroversial
kerana beberapa sudut pandangannya yang boleh disebut imperialistik
yang diterapkan dalam berbagai-bagai buku karyanya tentang bahasa
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 33

Melayu, sastera dan budaya Melayu. Satu kenyataan yang cukup jelas
menggambarkan niat sebenar kerajaan Inggeris memberi pendidikan
kepada orang Melayu ialah kenyataan George Maxwell dalam Annual Report
bagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1920 (Abdul Rashid Daing Melebek ,
2010).
Tujuan kerajaan bukanlah hendak mengadakan segelintir pemuda
yang berpendidikan baik, tidak juga sebilangan budak yang kurang terdidik,
melainkan ialah untuk membaiki keadaan bilangan terbesar penduduk dan
menjadikan anak Melayu atau petani seorang nelayan atau petani yang
lebih cerdik daripada bapanya.Serta menjadikan ia mengerti, menerusi
pelajarannya, bahawa peluangnya dalam hidup ini adalah sesuai dengan
cara hidup sekelilingnya.
Begitu juga dengan Thomas Bowerey yang menyusun kamus
Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit
peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke
Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada
bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayat yang
dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).

Dengan penerangan dan huraian di atas dapatlah disimpulkan


bahawa penggunaan bahasa Melayu sudah sejak lama memiliki tradisi
nahunya. Oleh sebab kajian awal bahasa Melayu dilakukan oleh bukan
penutur ibunda bahasa Melayu iaitu pengkaji-pengkaji barat dan bahasa
Melayu itu sendiri telah dipengaruhi oleh nahu bahasa Arab dan bahasa
Inggeris, maka penyusunan nahunya juga tidak terlepas daripada pengaruh
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 34

kedua-dua bahasa ini. Walau bagaimanapun, beberapa orang penulis


tempatan telah berusaha menulis nahu yang lebih bersifat Melayu, namun
kerana rujukan awal dan pengetahuan nahu yang diterima berasal daripada
bahasa asing, maka pengaruh tersebut masih tidak dapat dilepaskan.
Sementelahan pula, hampir semua buku nahu bertitik tolak daripada
falsafah Yunani dan dikembangkan oleh penulis nahu bahasa Inggeris. Oleh
yang demikian, penulis-penulis terkemudian dalam menghasilkan bukubuku terpaksa merujuk pada buku-buku yang terdahulu.
Selain itu, kedatangan barat juga telah merintis kepada kewujudan
pelbagai teori tentang asal usul bahasa Melayu yang menjadi polemik besar
dalam kalangan tokoh barat seperti William Marsden, John Crawford,
Wilhelm Von Humbolt, Johan Casper Kern dan sebagainya yang mempunyai
alasan tersendiri tentang kewujudan bahasa Melayu. Oleh itu dapatlah
ditegaskan bahawa penjajahan Barat ke Tanah Melayu jika dilihat pada
suatu sudut sebenarnya membawa banyak manfaat khususnya dalam
pengembangan bahasa Melayu. Pelbagai hasil kajian yang dibuat

oleh

mereka sebenarnya dapat digunakan untuk mengukur setakat mana


kemajuan bangsa Melayu pada ketika itu.

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 35

6.0

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1987). 30 tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Daing Melebek dan Amat Juhari Moain (2006). Sejarah Bahasa
Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rashid Daing Melebek (2010). Sejarah Penyelidikan Barat Tentang


Bahasa dan Bangsa Melayu, Shah Alam,Selangor: Maya Press Sdn. Bhd

Ding Choo Ming ( 2006 ). Majalah Dewan Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa

dan

Pustaka.
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 36

Ismail Jusoh dan Mat Nor Hussin (2008). Perancangan Bahasa, FBMK ; UPM
Sedang.

Ibrahim Ahmad (1994). Perkamusan Melayu Suatu Pengenalan. Kuala


Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohamad Amin Arshad (2005). Bahasa Melayu Tinggi. UPM Serdang : Pusat
Pendidikan
Luar.

Smail Dahalan (1996). Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sejarah Rumpun Bahasa Melayu | 37